MAJLIS PENYERAHAN REPLIKA CEK KEPADA SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH JENIS KEBANGSAAN (SMJK) TAHUN 2019

TEKS UCAPAN KETUA MENTERI PULAU PINANG
SEMPENA MAJLIS PENYERAHAN REPLIKA CEK
KEPADA SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH JENIS KEBANGSAAN (SMJK) TAHUN 2019

14hb Januari 2019, 12:30 TENGAH HARI
AUDITORIUM A, TINGKAT 5, KOMTAR
--------------------------------------------------------------------------

YB Puan Chong Eng
Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras Hal-Ehwal Sekolah Cina dan Mubaligh

Ahli-ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri:
YB Tuan Phee Boon Poh
YB Tuan Soon Lip Chee

Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri:
YB Tuan Goh Choon Aik
ADUN Bukit Tambun

YB Tuan Teh Lai Heng
ADUN Komtar

YB Puan Heng Lee Lee
ADUN Berapit

YB Tuan Ong Ah Teong
ADUN Batu Lancang

YB Tuan Lee Chun Kit
ADUN Pulau Tikus

YB Tuan Kumaresan A/L Arumugam
ADUN Batu Uban

YB Tuan H'ng Mooi Lye
ADUN Jawi

YB Puan Lim Siew Khim
ADUN Sungai Pinang

YB Tuan Joseph Ng Soon Siang
ADUN Air Itam

Yang Berhormat Ahli-Ahli Dewan Rakyat

Ahli Jawatankuasa Penyelaras Hal-Ehwal Sekolah Cina dan Mubaligh

Para Pengerusi Lembaga Pengarah dan PIBG

Para Pengetua

Rakan-rakan Media

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian

Selamat Petang dan Salam Sejahtera.

Terlebih dahulu, saya ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan jutaan terima kasih kepada Jawatankuasa Penyelaras Hal Ehwal Sekolah Cina dan Mubaligh kerana sekali lagi telah berjaya memastikan majlis pada hari ini dapat berjalan dengan lancarnya. Ini merupakan majlis ketiga yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri selepas majlis yang sama diadakan untuk pemberian bantuan kepada Sekolah Mubaligh dan Sekolah Menengah Persendirian Cina sebelum ini.

Majlis pada hari ini adalah melibatkan pemberian bantuan kepada 12 Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) di seluruh Pulau Pinang. Pengagihan bantuan adalah mengikut keperluan dan permohonan oleh pihak sekolah.

Untuk tahun 2019, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sejumlah RM1,425,000 kepada 12 buah SMJK di Pulau Pinang. Berikut adalah jumlah peruntukan yang diluluskan kepada sekolah-sekolah berkenaan:

Sekolah

Peruntukan(RM)

SMJK JIT SIN BM

180000

SMJK CHUNG HWA CONFUCIAN

75000

SMJK UNION PULAU PINANG

80000

SMJK HENG EE PULAU PINANG

130000

SMJK SACRED HEART

70000

SMJK CHUNG LING (CF)

140000

SMJK JIT SIN SPS

140000

SMJK PEREMPUAN CINA PP

150000

SMJK CHUNG LING BUTTERWORTH

140000

SMJK CONVENT DATUK KERAMAT

140000

SMJK HENG EE BAYAN BARU

120000

SMJK PHOR TAY

60000

JUMLAH

1,425,000

 

Daripada jumlah besar ini, saya difahamkan bahawa peruntukan sebanyak RM180,000 iaitu 12.6 peratus digunakan untuk membina bangunan baru sekolah. RM94,000 atau 6.6 peratus digunakan untuk membaiki kerosakan struktur sekolah seperti bumbung, siling dan tangki air sekolah. Malah, 11.4 peratus daripada peruntukan iaitu sebanyak RM162,000 adalah untuk membaiki struktur sekolah seperti pendawaian semula bagi bangunan yang uzur dan ancaman anai-anai yang membahayakan keselamatan pelajar. Dalam pada itu, peruntukan sebanyak RM430,000 (30.2 peratus) diberi kepada sekolah untuk menaik taraf tandas dan perparitan sekolah. Selain itu, penaiktarafan bilik darjah, tapak sukan serta kantin adalah sebanyak RM559,000 (39.2 peratus).

Hadirin sekalian,

Meskipun jumlah peruntukan ini mungkin tidak berupaya menampung segala keperluan sekolah, tetapi saya amat berharap agar ia sedikit-sebanyak dapat mengurangkan beban yang terpaksa ditanggung oleh pihak sekolah terutamanya dalam memastikan keselesaan serta keselamatan anak-anak kita.

Suka saya tekankan bahawa sejak 10 tahun lalu, Kerajaan Negeri Pakatan Harapan Pulau Pinang tidak pernah gagal menyediakan dan menyelaras hal ehwal bantuan kewangan kepada sekolah-sekolah. Meskipun sebelum ini bidang pendidikan adalah di bawah kuasa Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri menghadapi beberapa kesukaran serta halangan, namun pentadbiran negeri ini telah membuktikan komitmen dalam memberikan infrastruktur pendidikan yang terbaik kepada para pelajar negeri ini.

Kerajaan Negeri bukan sahaja menyediakan peruntukan dari segi kewangan, malah turut memperuntukkan dua (2) bidang tanah seluas 16 ekar untuk tujuan pembinaan sekolah, iaitu masing-masing satu (1) di Seberang Perai Selatan (SPS) dan bahagian pulau iaitu di Bayan Baru.

Tuan-tuan dan Puan-puan,

Kini, segalanya telah ‘berubah’, gabungan Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan di bawah payung yang sama telah memberi harapan baharu terutamanya kepada bidang pendidikan negara ini. Seperti yang anda semua sedia maklum, RM15 juta di bawah peruntukan Kerajaan Persekutuan telahpun disalurkan kepada 81 buah SMJK di seluruh Malaysia termasuk 12 buah di Pulau Pinang. Dengan adanya penambahan peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan berkaitan, saya percaya pembangunan bidang pendidikan di negara ini akan bertambah baik.

Sehingga kini, Kerajaan Negeri telah menyalurkan RM12 juta 610 ribu 500 ringgit kepada SMJK di seluruh negeri ini. Peruntukan ini telah berjaya menyediakan suasana belajar yang lebih selesa serta selamat kepada anak-anak kita, dan secara tidak langsung memperlihatkan perjuangan dasar Kerajaan Negeri berhubung pembangunan modal insan Pulau Pinang.

Sebagaimana diumumkan, Jawatankuasa Dasar Pendidikan Negara (JKDPN) kini sedang mengumpul maklum balas serta cadangan berhubung sistem pendidikan sedia ada. Inisiatif berkaitan menunjukkan keikhlasan pentadbiran Kerajaan baharu yang sedia mendengar pendapat rakyat demi pembangunan bidang pendidikan khususnya menerusi penggubalan dan pelaksanaan dasar pendidikan negara yang lebih efektif.

Justeru, marilah kita bersama-sama menyumbang idea ke arah pembentukan sebuah sistem pendidikan baru demi melahirkan generasi pelapis yang lebih gemilang terutamanya dalam menghadapi cabaran revolusi perindustrian 4.0.

Akhir kata, saya berharap agar kita sama-sama berganding bahu untuk memastikan kualiti pendidikan negara diperkasakan dan mampu berdiri teguh di mata dunia.

Sekian, terima kasih.

 

 

 

Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang Tingkat 28, KOMTAR, 10502, George Town, Pulau Pinang