MAJLIS PERASMIIAN GALERI PENDIDIKAN ALAM SEKITAR JABATAN BOTANI PULAU PINANG DAN PELANCARAN BUKU “A NATURALIST’S GUIDE TO THE TREES OF SOUTH-EAST ASIA”

TEKS UCAPAN KETUA MENTERI PULAU PINANG
SEMPENA MAJLIS PERASMIIAN GALERI PENDIDIKAN ALAM SEKITAR JABATAN BOTANI PULAU PINANG DAN PELANCARAN BUKU “A NATURALIST’S GUIDE TO THE TREES OF SOUTH-EAST ASIA”

 

17 JANUARI 2019 (KHAMIS), 11.15AM

GALERI PENDIDIKAN ALAM SEKITAR, JABATAN TAMAN BOTANI PULAU PINANG

Yang Berhormat Jagdeep Singh Deo
Exco Perumahan Kerajaan Tempatan

Yang Berhormat Wong Hon Wai
MP Bukit Bendera

Yang Berhormat Jason Ong Khan Lee
Adun Kebun bunga

Yang Berhormat Dato’ Seri Farizan bin Darus
Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang

Yang Berusaha Dr Saw Leng Juan
Kurator Jabatan Taman Botani Pulau Pinang

Yang Berusaha Encik Mohd Azwa Shah Bin Ahmad
Pengarah Jabatan Taman Botani Pulau Pinang

Yang Berbahagia Encik Rusli bin Tahir
Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Pulau Pinang

Yang Berbahagia Encik Cheok Lay Leng
Pengurus Besar Penang Hill Corporation

Yang Berbahagia En Allen Tan
Pengarah Urusan The Habitat Penang Hill

Ketua–Ketua Bahagian dan Unit Jabatan Taman Botani Pulau Pinang

Kakitangan-Kakitangan Jabatan Taman Botani Pulau Pinang

Rakan - Rakan Media

Tuan-Tuan Dan Puan-Puan Yang Dihormati Sekalian

Salam Sejahtera dan Selamat Tengahari.

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kerana kita dapat berkumpul bersama-sama pada hari ini bersempena dengan Majlis Perasmian Galeri Pendidikan Alam Sekitar Jabatan Taman Botani Pulau Pinang dan melancarkan buku 'A Naturalist's Guide To The Trees Of South - East Asia.

Saya ingin mengambil kesempatan di sini untuk merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak penganjur kerana sudi mengundang saya untuk merasmikan program ini. Saya difahamkan bahawa perintis penubuhan Galeri Pendidikan Alam Sekitar Jabatan Taman Botani Pulau Pinang adalah Pn.Noor Syazalina Binti Mohd Yusof, seorang kakitangan dari Unit Pendidikan Alam Sekitar, Bahagian Pengurusan Biodiversiti Jabatan Taman Botani Pulau Pinang dan telah dibantu dari segi percambahan idea dan penambahan sumber maklumat pameran di dalam galeri oleh Pn.Nurul Ain Binti Mohd Nadri dan Pn.Ili Sapura binti Abdul Ghani. Ilham penubuhan galeri ini ditubuhkan setelah mereka membuat lawatan kerja rasmi ke R.D.C Sabah (Rain Forest Discovery Centre Sabah) dan FRIM (Forest Research Institute Malaysia). Penubuhan galeri ini juga banyak mendapat khidmat nasihat dan tunjuk ajar daripada Jabatan Perhutanan Teluk Bahang Pulau Pinang. Secara rasminya galeri ini telah mula beroperasi pada 2 Januari 2017. Penubuhan Galeri Pendidikan Alam Sekitar melalui 2 Fasa iaitu Fasa yang pertama adalah fasa penubuhan galeri pada tahun 2015 dan fasa ke-2 adalah fasa naiktaraf galeri pada tahun 2016.

Ilmu pengetahuan diiringi dengan kesedaran yang akan membentuk amalan yang baik terhadap alam. Bukan tidak ada usaha ke arah menerapkan pendidikan alam sekitar. Jabatan Taman Botani mempunyai unit Pendidikan Alam Sekitar yang berkaitrapat dengan orang awam untuk merancang penyediaan dan pembangunan program Pendidikan Alam Sekitar di Jabatan Taman Botani supaya mencapai objektif Taman Botani Pulau Pinang, bersesuaian dengan visi dan misi Taman Botani bagi memberi pendedahan pendidikan mengenai biodiversiti secara umum kepada orang awam. Taman Botani Pulalu Pinang merupakan salah satu tempat yang sering dikunjungi untuk aktiviti riadah. Taman Botani juga sering mengadakan program pendidikan alam sekitar dan lawatan secara berpandu (guided tour) juga disediakan.

Unit Pendidikan Alam Sekitar juga telah merangka, melaksana dan mengukuhkan jaringan kerjasama sebagai penghubungcara dalam program ex-situ & in-situ dengan Taman-Taman Botani Seluruh Malaysia dan Agensi yang terlibat bagi memastikan penyediaan program & pembangunan jaringan hubungan kerjasama program dapat dilaksanakan dengan sebaiknya dan memenuhi ekspektasi taman-taman botani Malaysia. Unit ini juga telah menganjurkan Program Botanical Explorace, 'Botanic Hunt' selama 2 tahun berturut-turut dan mendapat sambutan yang sangat baik dari orang awam dan mengadakan Program Khidmat Masyarakat (CSR) di dalam Taman Botani bersama orang awam.

Untuk pengetahuan semua, kesedaran alam sekitar juga adalah salah satu daripada nilai patriotisme yang mesti diterapkan. Patriotisme dan aspek kenegaraan adalah nilai-nilai penentu kepada jati diri rakyat dan riwayat sesebuah negara bangsa. Alam sekitar adalah milik bersama dan ia perlu dijaga.

Please allow me to also say a few words in English, with respect to the launch of the book “A Naturalist’s Guide to the Trees of Southeast Asia” as the publisher and some of our other guests here are from overseas. This book as I understand is an easy-to-use guide to both common and some rare trees, shrubs and palms in Southeast Asia. It is a photo-illustrated book covering 286 species. I am very happy that the Penang Botanic Gardens is associated with this publication. I congratulate Dr Saw in initiating the work and to John Beaufoy Publishing Limited to bring this book into print. I am certain that this richly illustrated book will be very useful to lay people like many of us in knowing the trees surrounding us.

I understand from Dr.Saw that some of the trees illustrated in this book have been photographed from Penang Botanic Gardens itself. This is a testament of the good collections of living treasures found in this garden. I have a quick scan of the book and indeed I am impressed with the well-illustrated photographs of the species found in the book with short descriptions, ecology and uses. Personally, I found the short accounts of the uses of these plants interesting. With this short brief, I wish to launch this book by Dr Saw Leng Guan, A Naturalist’s Guide to the Trees of Southeast Asia.

Dengan harapan dan doa agar usaha murni ini mendapat keberkatan dari Tuhan, sukacitanya saya dengan ini merasmikan “MAJLIS PERASMIAN GALERI PENDIDIKAN ALAM SEKITAR JABATAN TAMAN BOTANI PULAU PINANG DAN MELANCARKAN BUKU 'A NATURALIST'S GUIDE TO THE TREES OF SOUTH - EAST ASIA”

Akhir kata, sekali lagi saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada penganjur yang telah berusaha keras menggembleng tenaga untuk merealisasikan acara pagi ini.

Sekian, terima kasih.

 

 

Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang Tingkat 28, KOMTAR, 10502, George Town, Pulau Pinang