MAJLIS SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN 2019

UCAPAN YAB TUAN CHOW KON YEOW

KETUA MENTERI PULAU PINANG

SEMPENA

MAJLIS SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN 2019

25 OGOS 2019

DEWAN SRI PINANG

Y.A.Bhg. Toh Puan Dato’ Seri Utama Hajah Majimor bt Shariff,

YB Chong Eng,

Exco Pembangunan Wanita, Keluarga, Keterangkuman Gender dan Agama Selain Islam

YB Teh Lai Heng

ADUN Komtar

Dif Dif jemputan/Dato Seri /Dato/presiden NGO NGO

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian.

Salam Sejahtera dan Selamat Pagi,

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak penganjur JPWK Kawasan Tanjung, Persatuan Perjuanita dan ke atas kerjasama jabatan-jabatan kerajaan dan NGO bagi menjayakan program "Sayangi Malaysiaku" sempena sambutan Hari Kemerdekaan yang ke 62 pada pagi ini.

Hari Kemerdekaan disambut setiap tahun untuk mengenang jasa tokoh-tokoh seperti Tunku Abdul Rahman, Tun Tan Cheng Lok, Tun VT Sambathan dan seluruh rakyat Tanah Melayu. Jadi, sambutan meriah ini juga mengingatkan kita semua betapa pentingnya rakyat harus menyayangi Malaysia, tanah air kita.

Melalui sambutan Hari Kemerdekaan kita dapat mengeratkan hubungan rakyat yang berbilang kaum di negara kita. Negara kita telah pun mencapai kemerdekaan selama 62 tahun dan keharmonian yang terhasil daripada perpaduan antara rakyat Malaysia merupakan satu keistimewaan dan juga daya tarikan kepada pelabur asing untuk melabur di negara kita. Jadi, apabila rakyat bahagia, negara sejahtera. 

Oleh itu, Tema untuk Hari Kemerdekaan ke 62 ini ialah "Sayangi Malaysiaku: Malaysia Bersih. Sempena dengan Tema tersebut, kita di Pulau Pinang merayakan Hari Mulia ini dengan lebih meriah. Penganjur-penganjur dan ahli ahli Jabatan- jabatan Kerajaan terus melibatkan diri untuk menjayakan sambutan Hari Kebangsaan pada tahun ini. Mereka menyediakan acara-acara seperti aktiviti memanah, pemeriksaan kesihatan asas, tarian Tradisional, persembahan keselamatan oleh ahli Bomba, pertandingan mewarna, cabutan bertuah dan lain lain lagi.

Oleh kerana sambutan pada tahun ini lebih besar dan lebih meriah, kita menjangka acara ini mendapat sambutan hebat daripada kira kira 700 orang untuk menyertai aktiviti-aktiviti yang beraneka jenis secara sukarela.

Kerajaan Negeri Pakatan Harapan merupakan sebuah kerajaan yang selalu merancang projek projek untuk meningkatkan taraf hidup masyarakat terutamanya isi rumah yang berpendapatan rendah serta memperkasa pembangunan petempatan untuk semua. Pelbagai usaha kerajaan untuk meningkatkan produktiviti dan kemajuan rakyat sedang dalam perjalanan.

Untuk maklumat kalian, Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga (JPWK) ditubuhkan di Pulau Pinang untuk menyelaraskan program-program di bawah MMK Pembangunan Wanita dan Keluarga Perbandanan Pembangunan Wanita Pulau Pinang (PWDC) bagi memastikan visi Pulau Pinang 2030 dicapai. Hingga hari ini, Kerajaan Negeri telah memberi sokongan terutamanya dari segi kewangan untuk menjalankan program seperti pemerkasaan wanita dan pembangunan keluarga.

Akhir sekali, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan ke atas kerjasama PWDC, JPWK, Perjuanita, wanita-wanita NGO dan ahli ahli Jabatan Kerajaan yang telah bertungkus lumus memberi sumbangan masa mereka sehingga tugasan masing-masing dapat disiapkan dengan sempurna untuk menjayakan sambutan hari yang mulia ini.

Sekian. Terima kasih.

Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang Tingkat 28, KOMTAR, 10502, George Town, Pulau Pinang