PHC APPRECIATION NIGHT 2014

Posted in Dari Meja Ketua Menteri

TEKS UCAPAN KETUA MENTERI / PENGERUSI LEMBAGA PBBPP
MAJLIS MAKAN MALAM TAHUNAN PBBPP 2014
12 JANUARI 2014
7.30 MALAM

AHLI-AHLI EXCO KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG
AHLI-AHII LEMBAGA PENGARAH PBBPP
JEMPUTAN-JEMPUTAN KEHORMAT
SEMUA KAKITANGAN PBBPP

Pertamanya saya ingin mengucapkan terima kasih atas jemputan ke ‘Majis Malam Penghargaan PBBPP 2014’ atau “PHC APPRECIATION NIGHT 2014”.

Para hadirin yang dihormati sekelian,

TAHNIAH diucapkan kepada semua.

PBBPP ingin memaklumkan bahawa jumlah pengunjung telah mencecah 1.23 juta orang (setakat 31hb Disember 2013) serta jumlah kutipan jualan tiket adalah sebanyak RM12.8 juta (setakat 22hb Disember 2013) berbanding dengan 1.2 juta pengunjung dan RM12.35 juta kuitpan pada tahun 2012. 

Sasaran tahun 2014 adalah seramai 1.65 juta pengunjung dan RM10 juta telah diperuntukkan untuk projek pembangunan tahun ini.

Para hadirin sekelian,

Di sini, saya juga ingin MENYARANKAN  kepada semua warga PBBPP  bahawa kita seharusnya perlu memupuk nilai-nilai intergriti di dalam setiap diri kita semua dan terus bangun menggorak langkah maju kehadapan bagi menjadikan setiap urusan, setiap sasaran, setiap impian dapat dicapai dengan CEMERLANG DAN GEMILANG.

Akhir kata, sekali lagi TAHNIAH diucapkan atas segala pencapaian yang telah dicapai sepanjang tahun 2013 antaranya adalah Projek Bumbung (Roof Project) di PBBPP yang telah siap pada 15hb September 2013. Projek tersebut telah menelan belanja sebanyak RM3.78 juta yang telah diperuntukkan di bawah bajet UPEN serta melebihi 92% daripada RM7.6 juta.  

SYABAS DAN TAHNIAH! 

Sekian, terima kasih.