PESTA PERAYAAN PONGGAL PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2014

Posted in Dari Meja Ketua Menteri

TEKS UCAPAN YAB. TUAN LIM GUAN ENG
KETUA MENTERI PULAU PINANG

PESTA PERAYAAN PONGGAL
PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2014

Terlebih dahulu, saya mengucapkan Selamat Menyambut Perayaan Ponggal, “Ponggal Nal Valthukal”, Ponggolo Ponggol! Ponggolo Ponggal! Saya juga mengucapkan Selamat menyambut hari Maulidur Rasul 1435 Hijrah.    

Saya berasa amat gembira hari ini kerana ini adalah tahun kedua berturut-turut, kita sedang menyambut Perayaan Ponggal di Kompleks Pejabat Lembaga Wakaf Hindu Negeri Pulau Pinang.

Saya dapat melihat sambutan tahun ini adalah lebih besar dan lebih meriah dari tahun lalu. Tahun ini, saya difahamkan bahawa para hadirin juga akan turut dihiburkan dengan persembahan musikal dan pentas selepas acara perasmian ini.

Tambahan lagi, kita amat bertuah kerana tahun ini kita dapat menyambut Pesta Ponggal Kerajaan Negeri pada hari perayaan Ponggal ini juga.   

Di sini, saya ucapkan terima kasih kepada YB. Prof. Dr. P. Ramasamy selaku Pengerusi dan juga kepada kakitangan-kakitangan Lembaga Wakaf Hindu Negeri di atas segala usaha anda sekalian dalam melaksanakan persiapan dan menjayakan sambutan tahun ini.   

Pepatah “Thai Poranthal Valli Porakum” iaitu bila lahirnya bulan Thai, peluang untuk kemajuan tetap akan wujud, sentiasa dilaung-laungkan. 

Akan tetapi, para hadirin sekalian di sini sedang fikir sekarang bahawa di Malaysia pada tahun ini, adalah amat dijangka, kos sara hidup akan meningkat mendadak lagi seperti gula, petrol, tariff elektrik dan tol lebuhraya. Dengan ini, hanya beban yang akan meningkat kepada rakyat.  

Saya pun faham tentang apa yang dirisaukan oleh para hadirin sekalian. Begitulah Kerajaan Pakatan Rakyat yang sentiasa menegaskan, apa yang kita perlu sebaik-baiknya membanteras adalah amalan rasuah. Baru-baru ini, KPMG telahpun membuat kajian dan membuat rumusan yang amat mengejutkan di kalangan syarikat-syarikat yang disenaraikan dalam Bursa Malaysia.

a) 90% menyatakan penipuan adalah sebahagian daripada kos perniagaan.
b) 80% percaya rasuah telah bertambah dalam 3 tahun kebelakangan ini.
c) 81% bersetujui bahawa mereka bayar wang sogokan untuk memperolehi kelulusan pentadbiran daripada agensi kerajaan.

Kegagalan pihak berkenaan mengambil tindakan akan menjadikan masalah rasuah akhirnya meruntuhkan negara.

Kenaikan harga barang dan kos sara hidup dapat dikawal dengan mudahnya sekiranya kita membanteras tabiat rasuah. Amalan itulah yang dipegang kuat oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Pulau Pinang di mana kami melaksanakan sistem Cekap, Akauntabiliti Telus,  proses tender terbuka serta sistem tadbir urus yang efektif. Saya dengan bangganya menyatakan di sini bahawa Kerajaan Pulau Pinang tidak meningkatkan apa-apa caj bagi perkhidmatan tempatan yang berada dalam kawalan kami, seperti cukai pintu dan tanah, tarrif air dan lesen perniagaan.

Di sini, saya juga berharap macam bubur nasi manis Ponggal melimpah keluar dari periuk tanah bila dimasak. Sokongan anda semua kepada Kerajaan Pakatan Rakyat akan sentiasa melimpah dengan penuh keyakinan dan kepercayaan untuk menerajui Kerajaan yang penuh amanah, cekap dan progresif. 

Dengan harapan tersebut saya mengakhiri ucapan saya.

“PONGGAL NAL VALTHUKAL“
“PONGGALO PONGGAL”

Nandri, Vanakkam. Terima kasih.