SEMPENA MAJLIS PENYERAHAN SIJIL KELULUSAN POLIS BANTUAN PBA HOLDINGS BHD

Posted in Dari Meja Ketua Menteri

UCAPAN KETUA MENTERI PULAU PINANG
SEMPENA MAJLIS PENYERAHAN SIJIL
KELULUSAN POLIS BANTUAN PBA HOLDINGS BHD
PADA 28 JANUARI 2014
HOTEL TRADERS

Selamat pagi dan salam sejahtera
Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kerana menjemput saya ke Majlis Penyerahan Sijil Kelulusan Polis Bantuan PBA Holdings Bhd pada pagi ini. Saya juga turut mengalu-alukan kehadiran Yang Dihormati Senior Deputy Commissioner of Police, Dato’ Wira Abd Rahim bin Hj Hanafi, Ketua Polis Pulau Pinang yang mewakili Commisioner of Police Dato’ Wira Ayub bin Hj Yaakob Pengarah Jabatan Pencegahan dan Pembenterasan Jenayah Malaysia untuk menyampaikan sijil kelulusan pada pagi ini.
Sebelum itu, tidak lewat saya bagi pihak Lembaga Pengarah PBAHB untuk mengucapkan tahniah dan syabas kepada anak syarikat iaitu Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn Bhd (PBAPP) kerana berjaya memperolehi dua anugerah industri KeTTHA, iaitu sebagai Syarikat Bekalan Air Terbaik bagi tahun 2013 dan Anugerah Kecekapan (Efficiency Award) baru-baru ini.
Kerajaan Negeri Pulau Pinang berbangga dengan PBAPP. Ramai yang melihat PBAPP sebagai antara sebuah syarikat bekalan air yang terbaik di negara ini. Pencapaian PBAPP sering dijadikan rujukan oleh syarikat bekalan air yang lain di negara ini.
Petunjuk Prestasi Utama (KPI) PBAPP dalam tahun 2012 adalah:
Liputan bekalan air 100% di kawasan bandar and 99.7% di kawasan luar bandar;
Kualiti air terawat yang mematuhi piawaian “Kualiti Air Kebangsaan” yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan;
Kadar air tak berhasil (NRW) 17.6% iaitu yang terendah di negara ini, berbanding purata kebangsaan 36.4% 
Tarif domestik terendah bagi penggunaan air sehingga 35,000 liter sebulan. Bagaimanapun, malangnya tarif domestik terendah telah membawa kepada penggunaan  per kapita tertinggi di Malaysia – 302 liter/kapita/hari; dan
Kecekapan kutipan bil 92.4%.
Operasi dan fasiliti PBAPP juga mematuhi piawaian-piawaian ISO 9001:2008 untuk pengurusan kualiti; ISO 14001:2004 bagi pengurusan alam sekitar meliputi sebuah empangan dan tiga loji rawatan air; OHSAS 18001:2007 bagi kesihatan dan keselamatan pekerjaan; MS ISO/IEC 17025 bagi pengujian kimia makmal di Loji Rawatan Air Sungai Dua dan MS ISO/IEC 27001:2007 untuk keselamatan maklumat juga di Loji Rawatan Air Sungai Dua.
Yang dihormati Dato’-dato’, tuan-tuan dan puan-puan,
PBA Holdings Bhd melalui anak syarikatnya iaitu Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn Bhd sentiasa menitik-beratkan aspek keselamatan di semua lokasi dan premis operasinya di negeri Pulau Pinang ini. Sebagai syarikat bekalan air, ia telah dikategorikan sebagai SASARAN PENTING DAN KAWASAN LARANGAN oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Saya juga difahamkan, mengikut Arahan Tetap Sasaran Penting di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972, beberapa kawasan terutama loji saringan, kawasan empangan, rumah pam, sesalur agihan dan terusan air telah dikenalpasti sebagai Sasaran Penting dimana jika berlaku kerosakan ianya akan mengakibatkan kesan yang amat buruk terhadap ekonomi Negara atau Keselamatan Negara dan fungsi-fungsi kerajaan.
Ini menunjukkan betapa pentingnya peranan serta fungsi syarikat ini yang membekalkan air iaitu salah satu daripada perkara asas dalam kehidupan kita semua.
Bagi memastikan tahap keselamatan di kawasan yang telah disytiharkan, mengikut Arahan Tetap Sasaran Penting (Pasukan Kawalan), pihak Syarikat iaitu PBAPP dikehendaki mengadakan satu Angkatan Keselamatan iaitu pasukan Polis Bantuan bagi menjaga kawasan-kawasan berkenaan.
Bagi mematuhi Arahan Tetap Sasaran Penting dan Akta Kawasan Larangan dan Tempat Larangan 1959 tersebut, pihak kami telah mengadakan perbincangan awal dengan pegawai dari Ibu Pejabat Polis Kontijen Pulau Pinang untuk menyiapkan kertas kerja polis bantuan pada bulan Januari 2013.
PBAHB telah mengemukakan permohonan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada 3 Mei 2013 bagi mendapatkan kelulusan penubuhan Angkatan Keselamatan iaitu Unit Polis Bantuan Syarikat.
Pada 29 November 2013 pihak PDRM telah memberi kelulusan untuk menubuhkan Unit Polis Bantuan PBAHB.
Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada PDRM kerana meluluskan permohonan dalam tempoh yang singkat, iaitu tidak sampai setahun. Biasanya, tempoh kelulusan itu mengambil masa yang agak lama.
Saya juga difahamkan PBAHB adalah Syarikat air yang ke-empat mendapat kelulusan untuk menubuhkan Unit Polis Bantuan selepas Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS), Syarikat Air Darul Aman (SADA) Kedah dan Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS).
Pasukan polis bantuan juga berfungsi sebagai ‘mata dan telinga’ kepada PDRM selain peranan utamanya iaitu mencegah berlakunya jenayah di premis dan lokasi PBAHB. Bagaimanapun saya meminta agar sebagai pasukan beruniform, imej yang baik perlu dititik-beratkan agar kredibiliti sebagai polis bantuan sentiasa dipandang tinggi.
Saya berharap pasukan ini dapat menjalankan tugas yang diamanahkan dengan sebaik mungkin, mengikut bidang kuasa yang telah diluluskan.
Sebelum mengakhiri ucapan, sekali lagi saya mengucapkan tahniah kepada PBAHB kerana berjaya mewujudkan pasukan polis bantuan sendiri dan juga kepada pihak PDRM kerana memberi kelulusan dan hadir pada majlis pagi ini.
Diharap hubungan yang baik yang sedia terjalin di antara kedua-dua pihak iaitu PBAHB dan PDRM akan dikekalkan dan lebih erat pada masa hadapan.
Sekian terima kasih.