SEMPENA MAJLIS PENYAMPAIAN INSENTIF SKIM KEMENANGAN SUKAN KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG [SKIMAS]

Posted in Dari Meja Ketua Menteri

 

TEKS UCAPAN YANG AMAT BERHORMAT TUAN LIM GUAN ENG
KETUA MENTERI PULAU PINANG
SEMPENA MAJLIS PENYAMPAIAN INSENTIF SKIM KEMENANGAN SUKAN KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG [SKIMAS]
PADA JAM 12.00 TENGAH HARI, HARI SABTU, 18 april 2015,
BERTEMPAT DI BILIK GERAKAN, ARAS 28, KOMTAR

Salam sejahtera dan selamat tengah hari.

Terlebih dahulu saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah dan syabas kepada barisan atlet Negeri Pulau Pinang yang telah berjaya mengharumkan nama Negara dan Negeri di kejohanan-kejohanan sukan peringkat negara dan juga antarabangsa sepanjang tahun 2014.

Sebagai tanda penghargaan Kerajaan Negeri Pulau Pinang, mereka yang cemerlang akan diberikan insentif berbentuk kewangan bagi pemenang-pemenang pingat bagi kejohanan-kejohanan berikut:

1. Sukan Asia Ke-17, Incheon 2014

2. Sukan Asia Para Games, Incheon 2014

3. Kejohanan Skuasy Terbuka Wanita Dunia 2014, Edisi ke – 30 di Wadi Degla Club, Cairo

4. Sukan Orang Pekak Malaysia [SOPMA ke- 18, Melaka 2014] dan

5. Paralimpiad 2014, Perlis

Seramai 44 atlet dari Negeri Pulau Pinang telah mewakili negeri dan negara dan daripada 44 atlet in, 32 daripada mereka merupakan atlet OKU. Jumlah pingat yang berjaya dikutip di kejohanan bertaraf antarabangsa adalah 4 pingat emas, 4 pingat perak dan 10 pingat gangsa manakala jumlah pingat yang berjaya dikutip di kejohanan peringkat kebangsaan adalah 14 pingat emas, 17 pingat perak dan 16 pingat gangsa. Jumlah peruntukkan yang telah diluluskan untuk kesemua penerima insentif hari ini adalah sebanyak RM170,800.00.

Bil Kejohanan Emas Perak Gangsa Jumlah Insentif

1 Sukan Asia Ke-17, Incheon 2014 3 4 7 RM111,200.00

2 Sukan Asia Para Games, Incheon 2014 0 0 2 RM1,800.00

3 Kejohanan Skuasy Terbuka Wanita Dunia 2014, Edisi ke – 30 di Wadi Degla Club, Cairo 1 0 0 RM24,000.00

4 Sukan Orang Pekak Malaysia [SOPMA ke- 18, Melaka 2014] 3 2 1 RM3,900.00

5 Paralimpiad 2014, Perlis 11 15 15 RM27,900.00

6 Kejohanan Karate Senior Dunia Ke-22, 2014 di Bremen, Jerman. 0 0 1 RM2,000.00

JUMLAH 18 21 28 RM170,800.00

Walaupun insentif yang berbentuk kewangan dapat mendorong para atlet untuk mengekalkan dan meningkatkan prestasi masing-masing, saya pasti bahawa kepuasan yang dirasai ketika bergelar juara lebih bermakna. Bagi Kerajaan Negeri Pulau Pinang, kejayaan anda merupakan kejayaan Negeri Pulau Pinang. Oleh itu, syabas diucapkan!

Sekian, terima kasih.