UPACARA PENGAKUAN PENERIMAAN JAWATAN AHLIMAJLIS-AHLIMAJLIS MAJLIS BANDARAYA PULAU PINANG

Posted in Dari Meja Ketua Menteri

TEKS UCAPAN KETUA MENTERI PULAU PINANG
DI UPACARA PENGAKUAN PENERIMAAN JAWATAN AHLIMAJLIS-AHLIMAJLIS
MAJLIS BANDARAYA PULAU PINANG
 
PADA 5 JANUARI 2017 (HARI KHAMIS) JAM 9:00 PAGI 
BERTEMPAT DI DEWAN PERSIDANGAN MAJLIS, DEWAN BANDARAYA, JALAN PADANG KOTA LAMA
 
********************************
 
YB. Dato' Haji Mohd. Rashid bin Hasnon
Timbalan Ketua Menteri (I) Pulau Pinang
 
YB. Prof. Dr. P. Ramasamy a/l Palanisamy
Timbalan Ketua Menteri (II) Pulau Pinang
 
YB. Chow Kon Yeow
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang
Merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalulintas dan Tebatan Banjir
 
Yang Berhormat-Yang Berhormat,
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang,
 
YB. Dato’ Seri Haji Farizan bin Darus
Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang
 
Yang Berhormat-Yang Berhormat
Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri dan Ahli Dewan Rakyat
 
YBhg. Dato’ Patahiyah bt Ismail
Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pulau Pinang,
 
Ahli–Ahli Majlis
Majlis Bandaraya Pulau Pinang,
 
Yang Berusaha Ar. Yew Tung Seang, Setiausaha Bandaraya
 
Ketua-Ketua Jabatan dan pegawai-pegawai,
 
Para Wartawan,
 
Dato’ / Tuan / Puan yang saya hormati sekalian.
 
Selamat pagi dan salam sejahtera,
 
Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat, tuan-tuan dan puan-puan sekalian kerana sudi meluangkan masa untuk menghadiri upacara pada pagi ini.
 
Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada semua Ahli majlis atas perlantikan mereka oleh Pihak Berkuasa Negeri. Sebagai Ahli majlis tuan-tuan dan puan-puan perlu memastikan pembayar cukai mendapat perkhidmatan terbaik serta manfaat daripada hasil penyediaan kemudahan infrastruktur, menyelaras pembangunan yang mampan, membangunkan imej persekitaran beridentiti, berkualiti serta meningkatkan ekonomi yang dinamik dan berdaya saing.
 
Sejajar dengan status Bandaraya, MBPP akan pastikan perbezaan dengan menyediakan laluan khusu basikal di seluruh pulau dan sistem berkongsi basikal secara awam seperti mana yang diamalkan di semua bandaraya besar. Sebanyak RM9.92 juta telah diperuntukkan untuk Projek Membina dan Menaiktaraf Laluan Basikal Dari Tanjung Tokong ke Jambatan Sultan Abdul Halim dan Lapangan Antarabangsa Bayan Lepas. Manakala tambahan RM1.85 juta perlu diperuntukkan untuk mengwujudkan (Common bike sharing system) sistem berkongsi basikal secara awam. 
 
Kejayaan MBPP bukan sahaja bergantung semata-mata kepada pihak pengurusan yang berwibawa dan berkesan tetapi juga hasil sokongan, komitmen dan “team work” daripada semua Ahli majlis, pegawai dan kakitangan. Anda semua harus menjalankan tanggungjawab secara 3B (bersih, bijak dan berani) agar memberikan perkhidmatan 3A (Available, Accessible and Affordable) untuk mengatasi masalah 3C (Crime, Cleanliness and Congestion of Traffic) yang merangkumi kerja 3D (Dirty, Difficult, Dangerous) agar kita menjadi kerajaan berjiwa rakyat yang enable, empower and enrich the people ( memperkasakan rakyat, memperkuasakan rakyat dan memperkayakan rakyat.)
 
MBPP mengamalkan perbelanjaan berhemah dan urus tadbir berasaskan prinsip CAT (Cekap, Akauntabiliti dan Telus) yang berjaya mencatatkan prestasi kewangan cemerlang dengan lebihan bajet dalam penyata kewangan untuk tiga tahun berturut-turut iaitu sebanyak RM47.57 juta untuk 2013, RM177.95 juta untuk 2014 dan RM146.04 juta untuk 2015. Kejayaan Majlis dalam mengekalkan prestasi kewangan yang baik membolehkan usaha untuk meningkatkan penyediaan kemudahan awam, MBPP akan melaksanakan beberapa projek pembangunan dengan kos RM5.2 juta. Di antara projek yang dicadangkan untuk meningkatkan kemudahan dan keselesaan kepada rakyat termasuk pembinaan pasar awam di kawasan Batu Feringgi.
 
Perbelanjaan sebenar bagi tahun 2015 adalah sebanyak RM46.02 juta bagi pengurusan sisa pepejal dan RM41.28 juta untuk pembersihan awam. MBPP telah memperuntukkan sebanyak RM95.64 juta bagi tahun 2016 dan RM90.04 juta bagi tahun 2017 untuk kedua-dua pengurusan kebersihan tersebut. Pada amnya, perkhidmatan pungutan, mengangkut dan pembuangan sampah adalah diswastakan kecuali kerja-kerja pembersihan awam adalah diuruskan secara dalaman oleh kakitangan MBPP yang kini dilaksanakan oleh anggota seramai 908 orang bagi memenuhi hasrat menjaga kebajikan rakyat tempatan.
 
Pada tahun 2015, GDV di bahagian Pulau adalah berjumlah RM2,764,677,000.00 hasil daripada pembangunan yang telah diluluskan oleh MPPP dan GDV bagi tahun 2016 suku yang pertama adalah sebanyak RM245,670,000.00 yang mana jumlah ini akan melebihi dan bertambah bagi keseluruhan tahun 2016. Ini menunjukkan bahawa sekitar hartanah masih membangun dengan pesat yang penting dalam keadaan ekonomi yang mencabar dan lembah sekarang.
 
Pada masa yang sama, MBPP akan terus melaksanakan program-program penghijauan dan keceriaan bandar seperti penanaman pokok, kerja-kerja landskap, menaiktaraf taman dan kawasan permainan kanak-kanak serta pemasangan lampu hiasan. Jumlah peruntukan untuk program penghijauan dan keceriaan bandar adalah sebanyak RM13,119,283.00 juta.
 
Bagi memperkasakan pengurusan lalu lintas dan pengangkutan awam, MBPP akan meneruskan projek pembinaan dan menaiktaraf jalan seperti Projek Pembinaan Jalan Berkembar Jalan Paya Terubong, membina dan menaiktaraf Jalan Masjid Negeri, pembinaan jalan bawah (underpass) untuk menghubungkan Jalan Mount Erskine ke Jalan Burmah, melebar dan menaiktaraf Jalan Brown, melebar dan menaiktaraf Jalan Zoo serta menaiktaraf sebahagian Lebuhraya Tun Dr. Lim Chong Eu di antara Gat Jalan Prangin dan Gat Lebuh Cecil di mana RM198.95 juta telah diperuntukkan untuk tujuan tersebut.
 
Peruntukan sebanyak RM11.61 juta telah disediakan untuk tujuan mengatasi masalah banjir di kawasan bandaraya dengan menjalankan beberapa projek tebatan banjir seperti menaiktaraf sistem saliran di Hilir Sungai Pinang, Sistem Saliran Bandar S10, Lencongan Sungai Jelutong di Jalan Tengku serta Jalan Merican dan Lebuh McNair.
 
Peruntukan sebanyak RM2.11 juta juga telah disediakan untuk menaiktaraf bahu jalan dan laluan pejalan kaki mengikut konsep rekabentuk sejagat (universal design). Di samping ini, peruntukan sebanyak RM1.75 juta telah disediakan untuk kerja-kerja pelebaran dan menaiktaraf jalan-jalan secara amnya. 
 
Majlis telah memasang sebanyak 496 buah Kamera Litar Tertutup (CCTV) manakala 32 buah kamera CCTV lagi adalah dipasang melalui peruntukan Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT). Majlis kini dalam proses pemasangan sebanyak 75 buah kamera CCTV tambahan. Sebanyak RM8.07 juta telah diperuntukkan pada tahun 2017 untuk pemasangan sebanyak 150 buah kamera CCTV baru dan juga kerja-kerja penyelenggaraan bagi kamera CCTV sedia ada. Seterusnya, peruntukan sejumlah RM0.91 juta turut disediakan untuk pemasangan 22 buah kamera bagi tujuan pemantauan kerja-kerja tanah dengan menggunakan CCTV dan drone. Dengan semua pemasangan sedia ada dan yang dicadangkan ini, Majlis akan mempunyai 775 buah kamera CCTV pada penghujung tahun 2017.
 
Kesemua langkah-langkah ini adalah perlu agar menjalankan tranformasi Pulau Pinang sebagai sebuah bandaraya bertaraf antarabangsa dan pintar, khususnya yang bersih, hijau, sihat dan selamat.
 
Kerajaan Negeri amat prihatin dengan bebanan yang ditanggung oleh rakyat berpendapatan rendah dengan keadaan ekonomi yang gawat ekoran skandal 1MDB yang menyebabkan penurunan nilai matawang ringgit secara mendadak, lebih-lebih lagi selepas cukai GST sebanyak 6% dilaksanakan sejak April 2015. Berikutan itu, sebagai sebuah Kerajaan Negeri yang berjiwa rakyat dan memahami penderitaan rakyat golongan kurang berpendapatan, Kerajaan Negeri akan memberikan pengecualian cukai pintu bagi tahun 2017 kepada semua penghuni rumah kos rendah, rumah sederhana rendah dan rumah kampung/ bertanah.
 
Pengecualian cukai ini sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan yang dapat dimanfaatkan oleh pemilik rumah kos rendah, rumah kos sederhana rendah dan rumah kampung adalah sebanyak RM8,058,628.78 yang sepatut dipungut pada tahun 2017 oleh Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) .
 
Selain daripada pengecualian cukai yang diberikan sebanyak RM8,058,628.78 ini Kerajaan Negeri juga telah mengarahkan MBPP untuk menanggung beban GST untuk tahun 2017 sebanyak RM14.4 juta yang tidak akan dibayar oleh rakyat tetapi ditanggung sendiri oleh MBPP. Ini bermakna rakyat Pulau Pinang akan mendapat penjimatan sebanyak RM14.4 juta daripada pembayaran GST.
 
Saya juga ingin mengumumkan bahawa Kerajaan Negeri akan memberikan potongan cukai pintu sebanyak 6% untuk semua hartanah lain termasuk hartanah komersil. Potongan 6% ini akan memberikan penjimatan kepada pemilik di kawasan MBPP sebanyak RM11,829,732.70.
 
    RM Juta
i) Pengecualian Cukai Pintu Untuk Pemilik Rumah Kos Rendah, Sederhana Rendah Dan Rumah Kampung 8.06
ii)

Pengecualian Bayaran GST Untuk Perkhidmatan MBPP

14.4
iii) Potongan Cukai Pintu 6% 11.83
    34.29
 
 
 
 
Sekian, terima kasih.