Majlis Penyampaian Cek Peruntukan Kerajaan Negeri Pulau Pinang Kepada Sekolah-Sekolah Mubaligh, 2017

Ucapan Ketua Menteri Pulau Pinang

Sempena Majlis Penyampaian Cek Peruntukan Kerajaan Negeri Pulau Pinang

Kepada Sekolah-Sekolah Mubaligh, 2017

31 Januari 2017

Auditorium A, Komtar


Selamat tengah hari dan salam sejahtera.

Saya bersyukur kerana dapat bertemu dengan anda semua sekali lagi selepas satu tahun. Ini adalah tahun ke-9 kita berhimpun bersama-sama untuk majlis penyampaian sebegini yang membuktikan Kerajaan Negeri Pulau Pinang di bawah pimpinan Pakatan Harapan tepati janji yang kami buat pada tahun 2009, di mana selama 9 tahun, kata tetap dikotai.

Dalam tempoh masa sebulan sahaja, kami telah menyalurkan Peruntukan Kerajaan Negeri 2017 kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC), Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK), Sekolah Menengah Persendirian Cina dan hari ini kepada sekolah mubaligh. Tetapi, di manakah peruntukan Kerajaan Persekutuan yang seharusnya disalur kepada sekolah-sekolah tersebut di atas? Peruntukan Tahun 2014 Kerajaan Persekutuan kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Cina baru sahaja disalurkan hanya pada tahun ini, bila akan sampai giliran bagi SMJK & Sekolah Mubaligh? Ke manakah mereka sorokkan peruntukan yang dijanjikan sebelum itu, sedangkan sekarang sudah menjelang tahun 2017? Tambahan lagi, peruntukan RM50 juta yang dijangkakan pada tahun 2016 masih belum diberikan tahun ini sungguhpun telah dijanjikan oleh dua orang Menteri MCA akan dibayar sebelum Tahun Baru Cina.

Hari ini, kami akan menyalurkan RM 1.18 milion kepada 22 buah sekolah mubaligh yang membuat permohonan dan berkelayakan. Jumlah peruntukan yang telah diperuntukkan kepada sekolah mubaligh sejak tahun 2009 adalah sebanyak 10.0705 milion. Saya memang faham jumlah ini pasti tidak mencukupi untuk menampung segala keperluan sekolah berbanding dengan kekurangan-kekurangan yang dihadapi oleh sekolah-sekolah mubaligh di Pulau Pinang. Akan tetapi, saya ingin menekankan di sini, peruntukan yang diberikan oleh kerajaan negeri seharusnya dianggap sebagai bonus kepada sekolah, kekurangan-kekurangan yang dihadapi oleh sekolah-sekolah mubaligh adalah disebabkan pengabaian Kerajaan Persekutuan untuk lebih daripada 50 tahun.

Tumpuan tahun ini diberikan ke atas usaha-usaha untuk menaiktaraf Infrastruktur Sekolah seperti kerja-kerja menaiktaraf tandas dan perparitan sekolah yang menelan kos perbelanjaan RM375 ribu – 31.8% daripada jumlah peruntukan.

Peruntukan sebanyak RM50 ribu (4.2%) digunakan untuk pembinaan blok baru, RM190 ribu (16.1%) telah disalurkan untuk membaiki kerosakan struktur seperti bumbung, siling dan tangki sekolah. RM80 ribu (6.8%) adalah untuk membaiki struktur seperti pendawaian semula bagi bangunan yang uzur. Manakala. Kerja-kerja bilik darjah, makmal sains dan tapak sukan sekolah merangkumi 24.6% (RM290 ribu) daripada jumlah peruntukan. Pembinaan pagar dan pintu diberi sebanyak RM 65 ribu (5.5%), Kelengkapan Sekolah sebanyak RM25 ribu (2.1%) dan lain-lain sebanyak RM105 ribu (8.9%). Kini keadaan infrastruktur di kebanyakan sekolah telah dinaikkan taraf agar suasana yang lebih sesuai dapat diwujudkan di sekolah-sekolah itu untuk berlakunya pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Saya dimaklumkan bahawa peruntukan yang diagihkan pada tahun lepas telah digunakan dengan cermat oleh PIBG dan Lembaga Pengurus Sekolah.

Berikut adalah jumlah Peruntukan Kerajaan Negeri yang diluluskan kepada sekolah-sekolah berkenaan:

Nama Sekolah

PERUNTUKAN (RM)

SK ASSUMPTION

20,000

SK CONVENT BM

30,000

SK CONVENT BW

40,000

SK CONVENT GREEN LANE

60,000

SK CONVENT LEBUH LIGHT

100,000

SK METHODIST NIBONG TEBAL

70,000

SK PEREMPUAN METHODIST

100,000

SK PYKETT METHODIST

10,000

SK ST MARK BW

30,000

SK ST MARK PERAI

15,000

SK ST XAVIER AIR ITAM

30,000

SK ST XAVIER CAWANGAN

50,000

SMK (L) METHODIST

100,000

SMK (P) METHODIST

100,000

SMK CONVENT BUTTERWORTH

40,000

SMK CONVENT GREENLANE

25,000

SMK CONVENT LEBUH LIGHT

100,000

SMK CONVENT PULAU TIKUS

40,000

SMK METHODIST NIBONG TEBAL

60,000

SMK ST GEORGE

15,000

SMK ST MARK (M)

80,000

SMK ST XAVIER LEBUH FARQUHAR

65,000

 

1,180,000

Pelaksanaan cukai GST sebanyak 6% sejak April 2015 membebankan rakyat, terutamanya bagi golongan berpendapatan rendah. Projek-projek pembangunan yang dijalankan oleh sekolah-sekolah juga tidak dapat elak daripada tanggungan GST. Kerajaan Negeri juga akan memberikan potongan cukai pintu sebanyak 6% untuk semua hartanah lain termasuk hartanah komersil. Potongan 6% ini akan memberikan penjimatan kepada pemilik di kawasan MBPP sebanyak RM11,829,732.70 dan MPSP sebanyak RM9,907,892.00 dan akan menyebabkan MBPP dan MPSP menanggung 100% bayaran GST sebanyak RM21.74 juta kepada MBPP dan MPSP. Jumlah keseluruhan pengecualian untuk rumah kos rendah, rumah kos sederhana rendah dan rumah kampung serta pengurangan cukai pintu secara am sebanyak 6% bagi tahun 2017 adalah berjumlah RM55.19 juta.

Kami tidak membuat janji-janji yang kosong, kami memberikan bantuan dan sokongan kepada semua rakyat jelata. Bantuan kewangan sekolah tidak akan berhenti sekiranya kami masih berada di sini.

Sekali lagi, saya menyeru pihak PIBG dan lembaga pengurus supaya menguruskan peruntukan yang diperuntukkan dengan cermat.

Sekian, terima kasih.

Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang Tingkat 28, KOMTAR, 10502, George Town, Pulau Pinang