MAJLIS PERASMIAN MULA KERJA PENGECATAN SEMULA BLOK 38, PANGSAPURI CENTURY

Posted in Dari Meja Ketua Menteri

UCAPAN KETUA MENTERI PULAU PINANG

SEMPENA MAJLIS PERASMIAN MULA KERJA PENGECATAN SEMULA BLOK 38,

PANGSAPURI CENTURY, JALAN PANTAI JEREJAK

12 Mac 2017


YB Dato Haji Mohd Rashid bin Hasnon
Timbalan Ketua Menteri (I) Pulau Pinang

Dato Rosli bin Jaafar
Pengurus Besar PDC

Encik Sangar a/l Krishnan
Pengerusi Perbadanan Pengurusan Pangsapuri Century

Rakan-rakan media

Tuan-tuan dan Puan-puan sekalian

Di sini, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak Penang Development Corporation (PDC) yang sudi bekerjasama dengan Perbadanan Pengurusan (MC) untuk memastikan majlis pengecatan semula projek di Blok 38, Pangsapuri Century, Jalan Pantai Jerejak pada hari ini dapat direalisasikan. Di dalam hal ini, PDC sebagai pengurus projek telah melaksanakan tanggungjawab sosial korporat (CSR) meskipun mengetahui Blok 38 dibina oleh pihak swasta.

Seperti mana yang kita semua sedia maklum, Pangsapuri Century mempunyai satu blok bangunan 9 tingkat yang telah siap dibina pada tahun 1993 oleh pihak swasta dan mengandungi 143 unit kediaman dan 13 unit komersil.

Kerja-kerja pengecatan semula di Blok 38, Pangsapuri Century ini melibatkan kos keseluruhan sebanyak RM153,600.

Dalam usaha untuk membantu MC Blok 38, dengan sukacita dimaklumkan bahawa pihak Kerajaan Negeri telah menghulurkan bantuan dana di mana agihan perkongsian kos adalah seperti berikut:

Bil

Pihak Terlibat

Kos

Perkongsian

(RM)

Peratus

Perkongsian

(%)

1

YAB Ketua Menteri

70,600

46.00

2

MC Blok 38, Pangsapuri Century

30,000

19.50

3

YB Dr. T Jayablan

(ADUN Kawasan Batu Uban)

20,000

13.00

4

YB Dato’ Haji Mohd Rashid

(TKM1/ ADUN Kawasan Pantai Jerejak) /

16,500

10.75

5

YB Sim Tze Tzin

(Ahli Parlimen Pantai Jerejak)

16,500

10.75

 

Jumlah

153,600

100.00

 


Kerja-kerja pengecatan ini telah ditawarkan kepada Intrusa Global Enterprise. Kerja-kerja tersebut telah bermula pada 1 Mac 2017 dan dijangka siap pada 30 April 2017 dengan mengambil tempoh masa selama dua (2) bulan. Perasmian hari ini adalah yang dianggap sah oleh Kerajaan Negeri kerana dianjurkan oleh YB Timbalan Ketua Menteri (I), Dato Mohd Rashid bin Hasnon.

Blok 38, Pangsapuri Century ini tidak pernah menjalankan kerja-kerja pengecatan semula sejak siap dibina pada tahun 1993 dan selepas 26 tahun. Ini juga mencerminkan keprihatinan Kerajaan Negeri ke atas rumah pangsa ini serta janji yang telah kami berikan kepada penduduk di mana saya telah berjumpa sendiri dengan wakil penduduk.

Kejayaan di dalam pelaksanaan kerja-kerja pengecatan semula ini telah melambangkan kerjasama erat di antara penduduk Blok 38, dengan Kerajaan Negeri Pulau Pinang khususnya di dalam usaha menaiktaraf bangunan ini. Saya yakin selepas bangunan ini dicat semula nanti, ianya akan memberikan wajah baru yang akan menambahkan harga dan nilai hartanah di sini.

Akhir sekali, saya dengan berbesar hati, melancarkan secara rasmi kerja-kerja pengecatan semula Blok 38, Pangsapuri Century, Jalan Pantai Jerejak ini.

Sekian, terima kasih.