MAJLIS PERASMIAN KEJOHANAN BOLA KERANJANG PIALA PYDC PERINGKAT KAWASAN SEBERANG PERAI 2017

TEKS UCAPAN KETUA MENTERI PULAU PINANG

KEJOHANAN BOLA KERANJANG PIALA PYDC PERINGKAT KAWASAN SEBERANG PERAI 2017

TARIKH: 09 APRIL 2017 (AHAD) MASA: 1100 PAGI

 

Terima kasih saudara pengacara majlis.

Salam Sejahtera diucapkan kepada semua.

Terlebih dahulu saya bagi pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang, ingin mengalu-alukan kehadiran pasukan dan peserta bagi acara ini, juga merakamkan ucapan terima kasih atas sokongan padu serta kerjasama erat yang telah diberikan kepada pihak penganjur supaya dapat menjayakan Kejohanan Bola Keranjang Piala PYDC.

Saya juga ingin mengucapkan syabas kepada 7 pasukan wanita yang sudi bertanding dalam kejohanan ini. Saya mengucapkan syabas kepada kepada pemain wanita, terima kasih kerana sudi menyertai pertandingan ini.

Seperti mana semua sedia maklum, terdapat jumlah 56 pasukan telah menyertai kejohanan ini bagi 2 kawasan dalam 3 kategori iaitu Kumpulan lelaki berumur 15 tahun ke 20 tahun, Kumpulan lelaki berumur 21 tahun ke 30 tahun dan Kumpulan wanita yang berumur 15 tahun ke 30 tahun.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

Bagi pihak PYDC, juga menjalankan kajian dan soal selidik di antara golongan belia, untuk persediaan Pelan Tindakan Pembangunan Belia Negeri Pulau Pinang. kami harap dapat menemui cabaran dan permintaan golongan belia, supaya dapat memahami fikiran dan cabaran golongan belia daripada aspek pendidikan, sosial ekonomi, kehidupan, pembangunan diri, tahap penglibatan masyarakat dan agama.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

Sebelum mengakhiri ucapan ini, saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada pihak penganjur, iaitu PYDC, dan JKKK Taman Kota Permai juga Persatuan Bola Keranjang Negeri Pulau Pinang, telah menjayakan pertandingan ini.

Sekian, terima kasih.

Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang Tingkat 28, KOMTAR, 10502, George Town, Pulau Pinang