MAJLIS PENYAMPAIAN CEK PINJAMAN TABUNG USAHAWAN TANI MUDA (TUTM) NEGERI PULAU PINANG

TEKS UCAPAN KETUA MENTERI PULAU PINANG
SEMPENA MAJLIS PENYAMPAIAN CEK PINJAMAN TABUNG USAHAWAN TANI MUDA
NEGERI PULAU PINANG

26 April 2017
Auditorium C, KOMTAR
_____________________________________________

 

Selamat tengahari dan salam sejahtera.

Bersyukur kita kerana dapat bersama-sama berkumpul pada hari ini sempena Majlis Penyampaian Cek bagi Tabung Usahawan Tani Muda (TUTM) Negeri Pulau Pinang. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada pihak PDC, Jabatan Pertanian, Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan Jabatan Perikanan Negeri Pulau Pinang bersama-sama dengan Kerajaan Negeri melaksanakan TUTM sejak pada tahun 2015.

Saya merakamkan ucapan terima kasih kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang dan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) Cawangan Pulau Pinang yang telah bekerjasama dengan Kerajaan Negeri bagi menjayakan ceramah yang penting kepada peserta-peserta TUTM mengenai kepentingan melunasi hutang dan pengurusan kewangan yang baik.

Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah melancarkan Program Mikro Kredit yang dinamakan Tabung Usahawan Tani Muda (TUTM) sempena Majlis Perasmian Agrofest Pulau Pinang 2014 di Tapak Ekspo Bandar Seberang Jaya pada 13 Jun 2014.

Matlamat utama penubuhan TUTM adalah untuk memberi bantuan pinjaman maksimun RM5,000 tanpa faedah kepada usahawan tani muda dalam sektor pertanian, perternakan dan perikanan. Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah memperuntukkan RM750,000 bagi TUTM dalam usaha Kerajaan Negeri untuk memberikan galakkan kepada para pengusaha terutamanya golongan muda dan belia berumur 40 tahun ke bawah untuk menjadikan sektor industri asas tani sebagai kerjaya dan berpotensi sebagai punca pendapatan yang lumayan.

Sejak TUTM diwujudkan sehingga 26 April 2017, sejumlah RM330,000 telah diagihkan kepada 66 orang termasuk 8 peminjam pada hari ini. Peratusan peminjam TUTM mengikut kaum adalah seperti berikut:-

Kaum

Bilangan

Peratusan

Melayu

62 orang

94%

India

2 orang

3%

Cina

2 orang

3%

Pecahan peminjam TUTM mengikut Agensi adalah seperti berikut:-

Agensi

Bil. Peminjam

Jabatan Pertanian

43

Jabatan Perkhidmatan Veterinar

20

Jabatan Perikanan

3

Pecahan peminjam mengikut daerah adalah seperti berikut:-

Daerah

Bil. Peminjam

Barat Daya

8

Timur Laut

1

Seberang Perai Utara

19

Seberang Perai Tengah

31

Seberang Perai Selatan

7

Kerajaan Negeri di bawah MMK Pertanian & Industri Asas Tani, Kesihatan dan Pembangunan Desa mengharapkan lebih ramai lagi permohonan yang diterima dalam usaha Kerajaan Negeri membantu usahawan pertanian, perternakan dan perikanan bagi mengembangkan perusahaan mereka.
Pada masa ini terdapat juga sebahagian kecil daripada peminjam yang tidak menjelaskan bayaran balik pinjaman seperti ditetapkan. Kita berharap peminjam-peminjam akan bekerjasama dengan membuat pembayaran balik kerana jika tidak ianya akan menjejaskan peluang pengusaha-pengusaha yang lain bagi mendapat kemudahan pinjaman.

Sehingga Mac 2017, seramai 58 orang peserta telah menyertai TUTM. Daripada jumlah peserta tersebut, seramai 32 orang atau 55% telah membuat bayaran balik mengikut jadual yang telah ditetapkan. Jika dilihat dari peratusan kutipan bayaran balik, sehingga Mac 2017 jumlah kutipan bayaran balik adalah RM99,400 atau 78% dengan jumlah tunggakan adalah RM28,200.00 (22%).

Prestasi ini adalah kurang memuaskan dan kita berharap agar mendapat sokongan semua pihak untuk memperbaiki kadar pembayaran balik.

Sekian, terima kasih.

Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang Tingkat 28, KOMTAR, 10502, George Town, Pulau Pinang