Press Announcement on Gold and Jewellery Cluster at Batu Kawan Industrial Park (BKIP) led by Penang Goldsmith Association

Speech by Chief Minister of Penang

Press Announcement on Gold and Jewellery Cluster at Batu Kawan Industrial Park (BKIP) led by Penang Goldsmith Association

Level 28, Komtar, Penang
18 May 2017

 

Good afternoon. I am pleased to be present today at the announcement of Gold and Jewellery Cluster at Batu Kawan Industrial Park. The investments of these five companies of the Penang Goldsmith Association involved in the of gold and jewellery industry will add shine and glitter not only to Penang as the hub for gold and jewellery but also to Batu Kawan Industrial Park as the emerging centre of technology activities in Penang.

Penang Leads in Gold and Jewellery Exports in Malaysia Contributing RM 6.1 Billion Or 85% of Malaysia's Total Exports of RM 7.2 Billion

The Penang gold and jewellery industry in Penang is almost two centuries old and is the main contributor to the Malaysian gold and jewellery industry. The gold jewellery exports in 2016 for Malaysia is valued at RM7.2 billion, and out of the RM7.2 billion exports, Penang gold & jewellery industry exports contributed about RM6.1 billion exports or equivalent to about 85%. Penang companies have been exporting precious metal jewellery to more than 20 countries such as Japan, USA, Germany, UAE, Canada, Hong Kong, Thailand, Philippines and Singapore.

Penang plays a major role as goldsmiths crafting fine jewellery for export markets and the Penang Goldsmith Association considers Penang as the gold and jewellery state of Malaysia as Penang is the pioneer in the gold and jewellery industry. The Penang Goldsmith Association is one of the oldest trade/industry association in Penang, having been established in 1832. Penang Goldsmith Association has strength of more than 400 companies, mostly local companies, in the gold and jewellery industry. We hope that the entry of these five companies into Batu Kawan Industrial Park will strengthen Penang’s position as a major gold finishing hub, create higher value jobs and income opportunities for the craftsmen and downstream stakeholders in this industry.

Penang also hosts the first ever gold museum in Malaysia - the PG Gold Museum located in Lebuh Bishop. In terms of retail, Penang has its fair share of gold and jewellery retail outlets located mainly along Campbell Street, Pitt Street, Lebuh Ah Quee, and Market Street in George Town and also in Butterworth. Gold Jewellery is also one of the What-to-shop in Penang” items.


Gold and Jewellery Cluster at Batu Kawan Industrial Park (BKIP)


Five goldsmith and jewellery manufacturing companies under the Penang Goldsmith Assocation will be making a total investment of RM49.6 million with a total land area of 4.2 acres at Batu Kawan Industrial Park. The details of the individual company’s investments are as follows:

No

Company

Investment (RM)

1

G2 Gold (M) Sdn Bhd

24.6 million

2

Jin Huo Gold & Jewellery Industries (M) Sdn Bhd

12.5 million

3

TC Success Jewellery Sdn Bhd

6.8 million

4

TC Jewellery Sdn Bhd

2.9 million

5

LKT Luck Sdn Bhd

2.8 million

 

Total

49.6 million

These investments from the five companies will also create an estimated 730 jobs, and these new jobs will include high value professional gold and jeweler goldsmith craftsman jobs. This is in addition to the 8,000 skilled talents in this industry currently in Penang. The five companies are expected to commence construction by the second half of 2017 or first half of 2018, pending approval from relevant authorities and the facilities are expected to be completed within one year.

Gold which is considered as safe haven and an instrument of value hedging will continue to provide the competitive edge for these companies which have had long experience and established reputation in this industry. This industry is also moving from mainly traditional craftmanship to modern hi-tech design and manufacturing facilities. This will also be synergized with the automation, software and technology in Penang involved in this industry.

Closing Remark

The growth of the gold and jewelery industry companies provides another boost to the ‘Powered in Penang’ brand. Penang as an entrepreneurial state continues to be a destination of choice for investments – be it traditional industries or new growing businesses. I wish to congratulate the Penang Goldsmith Association members - G2 Gold (M) Sdn Bhd, Jin Huo Gold & Jewellery Industries (M) Sdn Bhd, TC Success Jewellery Sdn Bhd, TC Jewellery Sdn Bhd and LKT Luck Sdn Bhd for this landmark growth of their gold and jewellery manufacturing business at Batu Kawan Industrial Park (BKIP). The State Government through agencies such as InvestPenang and Penang Development Corporation will continue to facilitate, promote and further support the growth and development of the industry.

Thank you.

-----------------------------------------------------------------------

Ucapan Ketua Menteri Pulau Pinang YAB Lim Guan Eng
Pengumuman Media Untuk Gold and Jewellery Cluster di Taman Perindustrian Batu Kawan (BKIP) Oleh Penang Goldsmith Association

Tingkat 28, Komtar, Penang
18 Mei 2017


Selamat petang dan salam sejahtera.

Saya gembira kerana dapat hadir pada hari ini untuk mengumumkan Gold and Jewellery Cluster di Taman Perindustrian Batu Kawan. Pelaburan daripada 5 syarikat di bawah Penang Goldsmith Association yang terlibat dalam industri emas dan barang kemas akan memberi sinar dan kilauan bukan sahaja untuk Pulau Pinang sebagai hub untuk emas dan barang kemas tetapi juga untuk Taman Perindustrian Batu Kawan sebagai pusat baru untuk aktiviti teknologi di Pulau Pinang.

Pulau Pinang Mendahului Dalam Eksport Emas dan Barang Kemas Di Malaysia Dengan Menyumbang RM6.1 Bilion Atau 85% Daripada Jumlah Eksport Malaysia Sebanyak RM7.2 Bilion

Industri emas dan barang kemas di Pulau Pinang bermula dua abad yang lalu dan ia merupakan penyumbang utama kepada industri emas dan barang kemas di Malaysia. Ekspot barangan kemas emas bagi Malaysia pada tahun 2016 bernilai RM7.2 bilion, dan daripada jumlah eksport RM7.2 bilion itu, eksport industri emas dan barang kemas Pulau Pinang telah menyumbang sebanyak RM6.1 bilion iaitu bersamaan dengan 85%. Syarikat-syarikat di Pulau Pinang telah mengekspot logam barangan kemas berharga ke lebih daripada 20 buah negara seperti Jepun, Amerika Syarikat, Jerman, UAE, Kanada, Hong Kong, Thailand, Filipina dan Singapura.

Pulau Pinang memainkan peranan utama sebagai tukang emas yang mengukir barangan kemas halus untuk pasaran eksport dan Penang Goldsmith Association menganggap Pulau Pinang sebagai negeri emas dan barang kemas di Malaysia kerana Pulau Pinang adalah perintis untuk industri emas dan barang kemas. Penang Goldsmiths Association adalah salah satu persatuan yang paling tua di Pulau Pinang, ia ditubuhkan pada tahun 1832. Penang Goldsmiths Association mempunyai kekuatan lebih daripada 400 buah syarikat, kebanyakannya adalah syarikat tempatan, yang terlibat dalam industri emas dan barang kemas. Kami berharap kemasukan lima buah syarikat di Taman Perindustrian Batu Kawan dapat mengukuhkan lagi kedudukan Pulau Pinang sebagai hub utama pemprosesan emas, mewujudkan lagi peluang perkerjaan yang bernilai dan peluang pendapatan untuk tukang emas dan pihak yang terlibat dalam industri ini.

Pulau Pinang juga menjadi tuan rumah untuk Muzium Emas pertama di Malaysia – PG Gold Museum yang terletak di Lebuh Bishop. Dari segi jualan runcit, Pulau Pinang mempunyai kedai emas dan barang kemas yang terletak di sepanjang jalan Lebuh Campbell, Lebuh Pitt, Lebuh Ah Quee dan Lebuh Pasar di George Town dan juga di Butterworth. Barangan Kemas Emas ini merupakan salah satu dalam senarai belian di Pulau Pinang.

Gold and Jewellery Cluster di Taman Perindustrian Batu Kawan

5 buah syarikat perkilangan emas dan barang kemas di bawah Penang Goldsmith Association akan melabur sebanyak RM49.6 juta dengan keseluruhan keluasan sebanyak 4.2 ekar di Taman Perindustrian Batu Kawan. Senarai pelaburan syarikat-syarikat tersebut adalah seperti berikut:

No

Syarikat

Pelaburan

(RM)

1

G2 Gold (M) Sdn Bhd

24.6 juta

2

Jin Huo Gold & Jewellery Industries (M) Sdn Bhd

12.5 juta

3

TC Success Jewellery Sdn Bhd

6.8 juta

4

TC Jewellery Sdn Bhd

2.9 juta

5

LKT Luck Sdn Bhd

2.8 juta

 

JUMLAH

49.6 juta

Pelaburan daripada 5 syarikat ini akan mewujudkan 730 peluang pekerjaan dan peluang pekerjaan baru ini termasuk tukang emas yang profesional. Ini akan menambahkan lagi bakat di mana terdapat seramai 8,000 pekerja mahir yang sekarang berada di Pulau Pinang. 5 buah syarikat ini dijangka memulakan kerja-kerja pembinaan dalam pertengahan tahun 2017 ataupun awal tahun 2018, bergantung kepada kelulusan daripada pihak berkuasa dan kemudahan dijangka siap dalam lingkungan 1 tahun.

Emas dianggap sebagai perlindungan dari segi kewangan dan juga suatu alat perlindungan nilai yang akan terus menawarkan daya saing kepada syarikat-syarikat yang mempunyai lebih pengalaman dan juga terkenal dalam industri ini. Industri ini juga telah menuju ke arah daripada pertukangan tradisional kepada reka bentuk moden berteknologi tinggi dan kemudahan pembuatan. Ini juga akan dapat disinergikan dengan automasi, perisian dan teknologi yang terlibat dalam industri ini.

Penutup

Pertumbuhan syarikat dalam industri emas dan barang kemas memberi suatu lagi rangsangan kepada jenama “Powered in Penang”. Pulau Pinang sebagai suatu negeri keusahawan akan terus menjadi destinasi pilihan untuk pelaburan baik untuk industri tradisional ataupun perniagaan baru. Saya ingin mengucapkan tahniah kepada ahli-ahli Penang Goldsmith Association iaitu G2 Gold (M) Sdn Bhd, Jin Huo Gold & Jewellery Industries (M) Sdn Bhd, TC Success Jewellery Sdn Bhd, TC Jewellery Sdn Bhd dan LKT Luck Sdn Bhd yang menjana pertumbuhan dalam perniagaan melibatkan perkilangan emas dan barang kemas di Taman Perindustrian Batu Kawan. Kerajaan Negeri Pulau Pinang menerusi agensi seperti InvestPenang dan PDC akan terus menyediakan kemudahan, mempromosi dan memberi sokongan untuk membantu pertumbuhan dan perkembangan industri ini.

Sekian, terima kasih.

Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang Tingkat 28, KOMTAR, 10502, George Town, Pulau Pinang