MAJLIS PERASMIAN GERAI PENJAJA PASAR AWAM, TAMAN BERJAYA, NIBONG TEBAL

UCAPAN KETUA MENTERI PULAU PINANG
MAJLIS PERASMIAN GERAI PENJAJA PASAR AWAM, TAMAN BERJAYA, NIBONG TEBAL, SEBERANG PERAI SELATAN
PADA 10 / 06 / 2017 ( SABTU )

 

Terima kasih kerana jemput saya datang ke Pasar Awam Taman Berjaya Nibong Tebal ini. Saya pun tidak tahu kenapa pada awal tahun ini sahaja saya sudah datang ke Nibong Tebal ini sudah masuk kali keempat. Saya rasa macam kawasan saya pulak.

Tuan-tuan dan puan-puan sekelian,

Saya telah dimaklumkan, walaupun pasar awam ini telah lama dibina iaitu sejak taman ini diwujudkan lebih 20 tahun yang lalu. Ia tidak pernah dinaik taraf sehingga Kerajaan Negeri bertukar kuasa kepada Kerajaan Negeri Pakatan sekarang pada tahun 2008. Penaiktarafan pasar dijalankan pada tahun 2013 dengan kos RM1.73 juta. Saya diberitahu pasar awam ini telah menjadi pasar awam yang menjadi tumpuan utama bagi penduduk yang tinggal dalam kawasan Nibong Tebal ini dan juga lain-lain tempat termasuk dari Negeri Perak dan Kedah

Atas keprihatinan Kerajaan Negeri, pasar ini telah berubah wajah dan terbahagi kepada beberapa bahagian yang mana tempat jualan telah diasingkan mengikut kategori.

Tuan-tuan dan puan-puan sekelian,

Dengan jumlah 251 petak niaga keseluruhannya yang telah disediakan oleh Majlis Perbandaran Seberang Perai, sejumlah 229 petak telah berjaya disewa kepada peniaga manakala 22 petak lagi masih lagi kosong. Saya harap peniaga-peniaga dapat berniaga dengan lebih selesa dan tidak lagi terkena hujan atau panas dengan bumbung baru ini. Saya harap baki petak kosong dapat dipenuhkan oleh penjaja kecil yang ingin berniaga.

Tuan-tuan dan puan-puan sekelian,

Pada hari ini, kita lihat bangunan bumbung tambahan Pasar Awam Taman Berjaya yang siap terbina ini boleh memberi menafaat kepada peniaga-peniaga dan juga pengunjung-pegunjung yang datang ke sini.

Tuan-tuan dan puan-puan sekelian,

Inilah berikutan jelajah “ Listening Tour ” dengan penjaja/ peniaga bersama YB Tuan Chow Kon Yeow pada 13 Oktober 2016 tahun lalu di Pasar Awam Taman Berjaya ini bersama YB Soon. Anda semua meminta Kerajaan negeri membina bumbung tambahan antara kompleks makanan & minuman dan bangunan tinggi yang menjual barang-barang plastik ini. Sebagai kerajaan berjiwa rakyat, saya telah meluluskan sebanyak RM 199,964.00 pada 28 Disember 2016 untuk bumbung ini. Saiz bumbung tambahan ini adalah 11.1 Lebar meter x 45 meter Panjang dan boleh menempatkan banyak peniaga-peniaga.

Di samping itu juga, saya mohon pihak Majlis Perbandaran Seberang Perai dapat membuat sesuatu untuk menyedarkan orang ramai menjaga kebersihan dalam kawasan pasar contohnya seperti inisiatif daripada YB. Soon Lip Chee ADUN Jawi buat dengan menjadikan tembok batu yang ada disini dengan membuat lukisan mural dengan tema “ Pengasingan Sisa Dipunca “ sebagai satu didikan awal kepada orang awam.

Majlis Perbandaran Seberang Perai juga akan menyediakan peruntukan untuk kerja-kerja memasang “ Metal deck “ disekeliling bangunan jualan barangan am ini dalam tahun ini juga bagi mengelakan peniaga-peniaga terkena tempias hujan dan juga panas.

Selain daripada itu juga, masalah tempat letak kereta yang sangat terhad yang mana sehingga kini hanya ada dalam 112 petak dan 2 petak untuk OKU. Ini amat tidak mencukupi dengan bertambahnya pengunjung yang datang kepasar awam ini terutamanya pada hujung minggu sabtu dan ahad, lebih-lebih lagi semasa hendak menyambut hari kebesaran pelbagai kaum. Kajian akan dibuat untuk melihat macam mana menambahkan tapak letak kereta.

Dengan ini, saya merasmikan Bumbung Tambahan Gerai Penjaja Pasar Awam Tama Berjaya ini dan Lukisan Mural Pasar Awam Taman Lukisan Mural.

Sekian, terima kasih.

Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang Tingkat 28, KOMTAR, 10502, George Town, Pulau Pinang