MAJLIS PERASMIAN PEMBAYARAN PROGRAM iSEJAHTERA

TEKS UCAPAN KETUA MENTERI PULAU PINANG
SEMPENA MAJLIS PERASMIAN PEMBAYARAN PROGRAM iSEJAHTERA 
PADA 18 JUN 2017



Selamat pagi, Salam Bersih dan Selamat Sejahtera.

Pertama sekali saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al Mubarak bagi seluruh muslimin dan muslimat yang hadir ke Majlis Pembayaran Program iSejahtera bagi Jun 2017.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Pengerusi Jawatankuasa MMK Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar, YB. Phee Boon Poh, kekuatan tenaga kerja Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Pegawai Penyelaras KADUN(PPK), Ahli Parlimen, Ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK), serta pegawai-pegawai kerajaan yang bertungkus lumus memastikan program kebajikan negeri Pulau Pinang dapat berjalan dengan lancarnya.

Kerajaan Negeri berhasrat menjadikan Pulau Pinang sebuah Negeri Keusahawanan dan Kebajikan. Secara tahunan, Kerajaan Negeri Pakatan Harapan telah memberikan sumbangan kepada rakyat melalui program-program emas seperti Program Penghargaan Warga Emas, Program Bantuan OKU, Program Bantuan Ibu Tunggal, Program Ibu Emas dan Program Skim Pelajar Emas dengan sumbangan sebanyak RM100. Dalam pada itu, bagi meringankan beban ibu bapa, Kerajaan Negeri turut memberikan bayaran secara one-off RM100 kepada Pelajar Tahun 1 & 4 dan Tingkatan 1 & 4 di bawah Skim Pelajar Emas; RM200 (one-off) melalui Program Anak Emas. Bagi meringankan beban waris warga emas, ibu tunggal dan OKU dalam pengurusan jenazah, Kerajaan Negeri Pakatan Harapan akan memberikan bantuan secara one-off RM1,000.

Kerajaan Negeri telah memberikan bantuan kewangan dalam pelbagai bentuk sebanyak RM412 juta sejak 2008. Program iSejahtera hari ini merangkumi penerima anak emas (RM200), ibu emas (RM100) dan wang khairat (pengurusan jenazah)(RM1000). Kesemua ini dapat dilaksanakan kerana pentadbiran CAT dan kepimpinan bersih yang membolehkan Kerajaan Negeri yang sentiasa mencatatkan lebihan Belanjawan tanpa perlu mengenakan GST. Bagi Majlis Pembayaran iSejahtera Bagi Bulan Jun 2017, Kerajaan Negeri memperuntukkan sebanyak RM288,700.00 kepada 1402 orang penerima. Majlis pembayaran ini tidak terhenti setakat bulan Jun sahaja malah akan dilaksanakan secara bulanan mengikut KADUN sehingga bulan September 2017.

DAERAH

KADUN

PROGRAM

JUMLAH

PENERIMA

ANAK EMAS

IBU TUNGGAL

SUMBANGAN PENGURUSAN JENAZAH

SPU

Permatang Berangan

35

-

3

38

Sungai Dua

77

-

4

81

Penaga

47

-

8

55

Teluk Air Tawar

35

-

4

39

Bertam

39

-

3

42

Pinang Tunggal

31

-

10

41

JUMLAH

264

 

32

296

SPS

Sungai Bakap

141

-

71

212

JUMLAH

141

-

71

212

SPT

Seberang Jaya

-

488

12

500

JUMLAH

-

488

12

500

DBD

Batu Maung

61

-

15

76

Bayan Lepas

60

32

7

99

Pantai Jerejak

32

-

5

37

Pulau Betong

23

114

9

146

Teluk Bahang

22

-

14

36

JUMLAH

198

146

50

394

JUMLAH KESELURUHAN

603

634

165

1402

Kesemua ini dapat dilaksanakan kerana Kerajaan Negeri akan terus berpegang kepada prinsip bahawa sebuah kerajaan bersih akan menjalankan tata kelola dan urustadbir Kerajaan yang lebih baik daripada sebuah kerajaan yang mempunyai unsur-unsur rasuah. Ini boleh dilihat melalui prestasi Kerajaan Negeri sejak tahun 2008 yang mana telah mencatatkan lebihan Belanjawan setiap tahun, penurunan hutang negeri sebanyak 90% dan pertambahan nilai rizab aset sebanyak 50%.

Kerajaan Negeri juga telah berjaya meningkatkan lebihan belanjawan yang terkumpul sebanyak RM578 juta dalam tempoh lapan (8) tahun pemerintahan (2008-2015) berbanding dengan lebihan RM 373 juta sepanjang 50 tahun (1957-2007) di bawah Kerajaan Negeri yang lama. Hasil kerajaan bersih inilah yang mendapat pujian bukan sahaja daripada Laporan Ketua Audit Negara tetapi juga Transparency International.

Saya amat berharap kepada gandingan dan permuafakatan pemimpin pejabat daerah, wakil rakyat serta rakyat dapat merealisasikan aspirasi ke arah negeri keusahawanan dan kebajikan serta dapat mewujudkan keharmonian dan kesejahteraan kepada Negeri Pulau Pinang yang tercinta.

“Saya Sayang Pulau Pinang”.
Sekian, terima kasih.

LIM GUAN ENG
Ketua Menteri Pulau Pinang

Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang Tingkat 28, KOMTAR, 10502, George Town, Pulau Pinang