Majlis Perasmian "Berhibur Bersama Despicable Me 3 di Pulau Pinang"

Posted in Dari Meja Ketua Menteri

Ucapan Ketua Menteri Pulau Pinang
Majlis Perasmian "Berhibur Bersama Despicable Me 3 di Pulau Pinang"
22 Jun 2017, 9.15pm

 

Saya mengucapkan selamat petang dan terima kasih kerana sudi hadir untuk majlis pelancaran “Berhibur Bersama Despicable Me 3 di Pulau Pinang” dari Universal Pictures.

Saya pasti The Despicable Me 3 tidak perlu diperkenalkan lagi. Karektor comel bewarna kuning memakai ‘Overalls dan goggles ‘– dikenali sebagai Minions yang sangat sukakan pisang dan mempunyai bahasa yang tersendiri, mencuit hati semua.

Bermula dari malam ini 22hb Jun sehingga 3hb September iaitu dari Hari Raya sehinggalah Sambutan Kemerdekaan, peminat-peminat Minions boleh berhibur bersama Despicable Me 3 dan rakan-rakan disini, di Seberang Perai, Pulau Pinang.

Setahu saya, ini adalah acara luar terbesar untuk Despicable Me 3 di Malaysia, dimana karektor –karektor “pop-out” adalah untuk semua, kawan-kawan atau keluarga sempena musim perayaan ini.

Taman “pop-out” ini adalah 100% selfie dan wefie extravaganza! Kerana acara ini diadakan di luar, anda akan dapat menyaksikan si comel Minion sebesar 32 kaki yang diperbuat dari bunga dan ‘inflatable’ setinggi 15 kaki yang akan menyambut anda semua di sini. Salah satu acara utama adalah, 4600 kaki Kubah di tengah-tengah padang. Di dalam ruangan Kubah, anda akan dapat melihat paparan karektor-karektor dari Despicable Me 3.

Apa yang lebih menarik adalah di ruangan Penang Corner, anda dapat merakamkan “Minion Moments” anda bersama elemen-elemen utama yang mewakili Pulau Pinang dan saya rasa semua akan suka untuk kesana memandangkan ia berhawa dingin sepenuhnya.

Penganjur juga menayangkan “Starlight Cinema” percuma yang akan membawa anda menjelajah bersama Gru dan rakan-rakan Minions dari Despicable Me and 2. Filem tersebut akan ditayangkan pada 25 & 26 Jun sempena Hari Raya dari jam 8malam sehingga 10malam. Pada masa yang sama, tayangan filem tersebut juga akan dibuat pada setiap Jumaat dan Sabtu sehingga 3 September 2017, pada waktu yang sama. Anda boleh bawa makanan ringan dan tikar kerana kami mahu anda bersantai bersama keluarga, rakan-rakan dan orang tersayang. Sebagai sebahagian daripada inisiatif oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang, acara ini adalah percuma kepada semua dan kami berharap semua orang akan mencipta kenangan yang tidak dapat dilupakan disini.

Seperti yang dapat anda lihat, Butterworth adalah tempat yang anda perlu jelajahi ketika anda berada di sini. Sekiranya anda mahu melihat seni mural, Art Walk Butterworth ada di belakang saya. Ia adalah lorong yang dipenuhi dengan seni mural yang lucu, dan penuh ekspresi untuk keseronokan anda. Terdapat juga sebuah gerai di sini yang terkenal dengan “Hainanese Chicken Chop”.

Bercakap tentang makanan, Pulau Pinang telah berjaya sekali lagi! Dua sajian tempatan telah tersenarai di World Street Food Top 50 2017. Line Clear Nasi Kandar berada di tangga ke-9 dan Jalan Siam Char Koay Teow berada dalam carta 50 terbaik. Sekali lagi, Pulau Pinang ditonjolkan sebagai tempat di mana terdapat begitu banyak untuk dilihat dan dilakukan.

"Di mana Keseronokan Tidak Pernah Berakhir" – Slogan ini menyatakan banyak kebenaran dalam tema ‘Visit Penang Year’ kami setiap kali.

Baru-baru ini, Pulau Pinang telah disenaraikan sebagai salah satu daripada 10 tempat percutian asia mesra bajet yang terbaik. Tiada sebab yang lebih baik daripada ini. Pulau Pinang adalah tempat dimana setiap yang dibelanjakan adalah untuk yang terbaik.

Dari restoran 5 bintang hingga ke makanan jalanan bertaraf dunia, pantai yang berpasir putih hingga ke hijau hutan, dengan status Unesco Heritage Site, kami tawarkan kepada anda semuanya.

Kos keseluruhan acara ini adalah berjumlah RM900,000.00, ditanggung oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Acra ini dianjurkan oleh JWL Events, disokong oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Penang Global Tourism, dengan kerjasama Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP).

Dengan ini, secara rasmi saya melancarkan “Berhibur Bersama Despicable Me 3 di Pulau Pinang.”

Kepada semua sahabat yang beragama Islam, Selamat Meyambut Hari Raya Aidilfitri.

Terima kasih dan selamat malam.