PROGRAM PENANAMAN POKOK SEMPENA SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN YANG KE-60

Posted in Dari Meja Ketua Menteri

Ucapan Ketua Menteri Pulau Pinang

Sempena Program Penanaman Pokok Sempena Sambutan Hari Kemerdekaan Yang Ke-60

pada 27 Ogos 2017

Terdahulu, ia adalah satu penghargaan bagi saya untuk merasmikan majlis penanaman 3000 pokok dari spesis Tabebuia Spp (Tecoma) hari ini yang melibatkan sebanyak 3000 batang pokok yang ditanam secara serentak di kawasan kolam tadahan (wet pond) bersebelahan Ibu pejabat MPSP, Bandar Perda serta di 12 lagi lokasi yang telah dikenalpasti di ketiga-tiga daerah Seberang Perai.

Pulau Pinang memenuhi tanggungjawabnya sebagai sebuah bandar yang bertaraf antarabangsa dalam menanami kesedaran dan mewujudkan satu platform yang membolehkan semua orang di seluruh dunia untuk menyertai usaha untuk menanam semula pokok dan memerangi perubahan iklim. dengan menunjukkan sokongan bagi membina persekitaran yang sihat, mampan, menangani perubahan iklim dan melindungi bumi untuk generasi masa depan.

Kerajaan Negeri mempunyai visi untuk menjadikan Pulau Pinang sebuah negeri yang Bersih, Hijau, Selamat, Sihat dan Ceria. Semenjak 2010, kami telah memulakan satu siri inisiatif alam sekitar untuk meningkatkan kecekapan sumber seperti perkhidmatan bas CAT secara percuma, Tiada Beg Plastik Percuma setiap hari, larangan bekas makanan polistirena, memberi insentif untuk bangunan hijau, membina laluan basikal dan memperkenalkan sistem perkongsian basikal Link Bike serta melaksanakan Dasar Pengasingan Sisa Di Punca.

Pulau Pinang telah mencapai 38% kadar kitar semula yang tertinggi di negara ini berbanding dengan 22% kadar kitar semula negara dan berharap untuk meningkatkan kadar kitar semula kepada 40% menjelang tahun 2020. Kami adalah negeri pertama yang menentang loji tenaga kuasa nuklear di Malaysia dan akan terus berbuat demikian.

Program ini juga adalah merupakan salah satu program di bawah Keutamaan Yang Dipertua (YDP) bagi mencapai sasaran banadaray rendah karbon menjelang 2022. Kami berharap Malaysia dapat meninggalkan loji tenaga kuasa nuklear seperti Jerman. Kami tidak akan membenarkan sebarang pembinaan loji tenaga kuasa nuklear di Pulau Pinang dan Kerajaan Persekutuan telah bersetuju dengan keputusan kami.

Tambahan pula, kami telah menanam lebih daripada 271,000 pokok di Pulau Pinang sejak tahun 2008 sebagai tambahan kepada 3000 pokok baru yang ditanam hari ini. Semua majlis rasmi untuk melindungi biodiversity semulajadi. Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah berhenti menghidangkan sup sirip ikan yu. Kami sedang menuju ke arah negeri hijau yang pertama di Malaysia.

Kami tidak pernah membenarkan pembalakan hutan simpan kekal, tidak seinci persegi pun disentuh.

Pulau Pinang merupakan satu-satunya negeri yang tidak pernah menebang hutan simpanan kekal seinci pun daripada 544.011 hektar hutan simpan kekal ditebang di Semenanjung Malaysia dalam tempoh 10 tahun yang lalu. Negeri yang terkecil di Malaysia iaitu Perlis turut menebang sebanyak 167 hektar hutan simpanan kekal. Malaysia masih sempat menyelamatkan hutan hujan tropika yang berusia 130 juta tahun ini dengan meningkatkan dan tidak mengurangkan kawasan hutan simpanan kekalnya. Ini merupakan suatu tindakan yang masih belum terlambat jika semua pihak yang terlibat mempunyai komitmen yang sama dan menggembleng tenaga dalam usaha tersebut termasuk bayaran pampasan yang dikenakan oleh Kerajaan Persekutuan untuk menghalang Kerajaan Negeri supaya tidak menebang hutan simpanan kekal secara tidak bertanggung jawab.

Di sini wujudnya suatu pemintaan segera dimana penebangan hutan simpanan kekal yang telah diwarta untuk perlindungan harus diberhentikan dengan serta-merta dimana hutan tersebut telah dikeluarkan daripada warta memberi peluang kepada pembalak ataupun kroni pemaju untuk mengaut untung yang besar atas pengorbanan alam sekitar. Di Semananjung Malaysia (rujukan kepada graf), Pahang merupakan penyumbang terbesar di mana sebanyak 161,369 hektar hutan telah ditebang dalam masa 10 tahun, diikuti oleh Kelantan 157,919 hektar dan Perak 74,032 hektar.

Keluasan Hutan Simpanan Kekal (HSK) Yang Dilesenkan Untuk Pengusahasilan Mengikut Status Tanah, 2006-2015 (ha)

Negeri

2006

2007

2008

2009

2010

2011

2012

2013

2014

2015

Jumlah

Pahang

13694

8892

12594

11350

12646

16314

19373

19835

22214

24467

161379

Kelantan

19880

17385

21243

16969

17943

15232

11727

13163

12255

12122

157919

Perak

9500

7901

6220

6616

6927

8213

7010

8722

6898

6025

74032

Terengganu

5096

3920

3861

3089

6909

8112

9530

8502

8269

4453

61741

Johor

8090

6072

5725

1480

2889

1944

3570

1583

3606

3195

38154

Kedah

2222

2007

2435

2028

3646

4978

2451

4715

3602

4658

32742

Negeri

Sembilan

1898

2473

1106

421

415

1458

820

609

1410

1130

11740

Selangor

2646

1905

893

23

376

-

39

-

-

-

5882

Melaka

57

-

45

20

-

-

-

-

133

-

255

Perlis

-

-

-

-

-

2

-

-

-

165

167

Pulau Pinang

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

Jumlah

63083

50555

54122

41996

51751

56253

54520

57129

58387

56215

544011

***Sumber: Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia, Kementerian Sumber Asli & Alam Sekitar Malaysia

Konsep pelaksanaan program ini adalah berteraskan kepada “PUBLIC, PRIVATE, PEOPLE & PARTNERSHIP – 4P's” yang melibatkan Asli Majlis MPSP, pihak pengurusan tertinggi MPSP dan kakitangan MPSP dengak kerjasama pihak swasta.

Sekian, terima kasih.