MAJLIS PERASMIAN DEWAN JKKK TAMAN INDERAWASIH, PERAI

Posted in Dari Meja Ketua Menteri

UCAPAN KETUA MENTERI PULAU PINANG

MAJLIS PERASMIAN DEWAN JKKK TAMAN INDERAWASIH, PERAI

10.30 pagi | Sabtu | 2 September 2017 | Taman Inderawasih, Perai

 

Selamat pagi dan salam muhibah. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak penganjur kerana sudi menjemput saya pada pagi yang mulia ini untuk merasmikan Dewan JKKK Taman Inderawasih, Perai.

Jawatankuasa Keselamatan Kampung dan Kemajuan Komuniti adalah merupakan nadi dan jentera pentadbiran Kerajaan Negeri di peringkat akar umbi. JKKK bertanggung jawab dalam membantu membangunkan kampung dan kawasan komuniti mereka serta memainkan peranan sebagai perantara pihak kerajaan dengan masyarakat.

Itulah sebabnya pihak kerajaan negeri telah menaikkan elaun bulanan Pengerusi kepada RM700, Setiausaha kepada RM600 dan juga ahli-ahli JKKK biasa kepada RM50. Ini perlukan peruntukan tahunan sebanyak RM7,295,600 untuk semua JKKK.

Majlis Perbandaran Seberang Perai telah meluluskan pengurusan Dewan Taman Inderawasih kepada JKKK Taman Inderawasih. Baru-baru ini, MPSP juga telah membelanjakan amaun melebihi RM 75 ribu untuk membaiki dan menaiktaraf Dewan Taman Inderawasih.

Dewan JKKK Taman Inderawasih serba lengkap dengan 2 buah bilik mesyuarat, sebuah study corner dan sebuah gelangang badminton. Saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada Pengerusi, Dato' Ng Hooi Lai dan ahli-ahli JKKK yang sentiasa memikul tanggungjawab mereka dengan cemerlang. Marilah kita memberikan perkhidmatan baik agar meringkankan beban ADUN anda YB Prof P. Ramasamy, yang sibuk dengan tugasnya sebagai TKM 2 Pulau Pinang.

Dengan ini saya merasmikan dewan JKKK Taman Inderawasih, Perai.

Sekian, terima kasih.