Majlis Perasmian Pameran ‘Resonance of Magical Moments-Donation from the Estate of Tan Choon Ghee’

Ucapan Ketua Menteri Pulau Pinang

Sempena Majlis Perasmian Pameran ‘Resonance of Magical Moments-Donation from the Estate of Tan Choon Ghee’

Tarikh : 09hb. September 2017 (Sabtu)
Masa : 4.00 petang
Tempat : Galeri BSLNPP Paras Bawah Dewan Sri Pinang, 10200 Lebuh Light Pulau Pinang

 

Salam Sejahtera dan Selamat Petang.

I am most glad to be here for this historic exhibition.

Tan Choon Ghee’s fondness of sketching the beauty of Penang’s street scenes and ports makes these works most interesting and extraordinary. Even in his worldwide sojourn to places like Barcelona, London, Venice and Paris, he captured the uniqueness and beauty of buildings in those countries through the production of remarkable sketches and paintings that impressed everyone who has seen them.

Although Tan Choon Ghee left us on 28 December 2010, his works are still highly sought after, viewed, treasured and appreciated to this day. He will always be remembered as Malaysia’s best watercolour artist of his generation.

To Madam Kam Hye Sin, the widow of the late Mr. Tan Choon Ghee, I, together with all Penangites would like to express our sincere gratitude to her for generously donating 124 pieces of her late husband’s works to the Penang State Art Gallery’s permanent collection. This noble act is highly appreciated and will hopefully be emulated by all local artists and art lovers, especially by those from Penang.

I sincerely hope that all artists and art lovers will take advantage of this golden opportunity to appreciate and be inspired by Mr. Tan’s works, which will further enhance the vibrancy of the visual art scene in Penang. The late Mr. Tan was one of the Penang artists who inspired and motivated the Penang State Government to cultivate new talents and to develop art and culture.

The Penang state government hopes to make Penang a hub for art, culture and heritage in Malaysia. Apart from gaining UNESCO World Heritage city status, the Penang state government will be building this hub through our RM20 million Penang Art District project. A city can only be regarded as an international city when it is also a centre of art and culture.

We believe that art and culture can be one of the economic game changers that drive Penang's transformation into an international and intelligent city. In light of the planned RM20 million Penang State Museum restoration project, it is hoped that these two projects will place Penang prominently on the international art and cultural front.

Thank you.

Malay version:

Terlebih dahulu saya berasa amat berbangga kerana telah dijemput untuk merasmikan pameran yang cukup bersejarah ini bersempena dengan sumbangan sebanyak 124 buah karya mendiang Tan Choon Ghee oleh balu beliau iaitu Puan Kam Hye Sin bagi dijadikan Koleksi Tetap Balai Seni Lukis Negeri Pulau Pinang (BSLNPP).

Walaupun pelukis Tan Choon Ghee telah meninggalkan kita pada tanggal 28hb. Disember 2010, hasil- hasil karyanya masih terus dicari, disimpan, ditatap, dihayati dan dihargai sehingga ke hari ini. Beliau senantiasa dikenang sebagai seorang pelukis cat air yang terunggul di negara ini dalam era generasi beliau. Hasil- hasil karya Tan Choon Ghee yang gemar melakarkan keindahan dan suasana pemandangan di lebuh - lebuh serta pelabuhan- pelabuhan di Pulau Pinang merupakan sesuatu yang sangat menarik dan luar biasa untuk dihayati. Malah, sepanjang pengembaraan Tan Choon Ghee ke seluruh dunia seperti di Barcelona, London, Venice dan Paris, beliau telah mengabadikan keunikan dan keindahan bangunan-bangunan di negara-negara tersebut melalui penghasilan lakaran- lakaran dan lukisan-lukisan yang mempesonakan setiap mata yang menatapnya.

Saya juga ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada balu mendiang Tan Choon Ghee iaitu Puan Kam Hye Sin diatas kemurahan hati beliau dengan mendermakan sebanyak 124 buah karya suami kesayangan beliau kepada BSLNPP bagi dijadikan sebagai koleksi tetap. Semangat ini wajar dicontohi oleh semua kerana setiap karya yang dihadiahkan kepada BSLNPP bagi dijadikan sebagai koleksi tetap secara automatiknya akan menjadi aset negeri. Karya-karya ini akan disimpan dengan baik dan akan dipamerkan kepada pelawat- pelawat BSLNPP dari masa ke semasa. Kita berasa amat bertuah kerana kita kini mempunyai koleksi karya-karya terbaik pelukis tersohor Tan Choon Ghee. Jika kita ingin membelinya mungkin nilai keseluruhannya akan mencecah jutaan ringgit.

Selain itu, saya juga ingin merakamkan ucapan syabas di atas penerbitan monograf Tan Choon Ghee: Resonance of Magical Moments-Donation from the Estate of Tan Choon Ghee. Monograf ini akan menjadi satu rujukan yang istimewa berkenaan dengan karya-karya beliau.

Terima Kasih.

Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang Tingkat 28, KOMTAR, 10502, George Town, Pulau Pinang