Anak-anak Malaysia Walk

Ucapan Ketua Menteri Pulau Pinang

Anak-anak Malaysia Walk

6 September 2017 ECO World Gallery, Batu Kawan


1. Syukur kerana #AnakAnakMalaysia Walk telah mendapat restu Tuan Yang Terutama Gabenor Pulau Pinang, Tun Dato’ Seri Utama (Dr.) Haji Abdul Rahman Bin Haji Abbas dan beliau berkelapangan untuk bersama-sama kita pada hari ini.

2. Saya mewakili Kerajaan Negeri Pulau Pinang ingin mengucapkan terima kasih kepada Eco World Development Group Berhad sebagai penganjur '#AnakAnakMalaysia Walk' sempena Sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia pada tahun ini.

3. Kita bersama-sama berjalan dari pelbagai golongan, usia, tanpa mengira bangsa dan agama kerana semangat bersatu padu perlu disemat dalam jiwa setiap rakyat Malaysia. Kami semua di sini kerana kami cintai tanah air yang kita dilahirkan, dibesarkan dan akan dikuburkan.

Keranamu Malaysia
 
Kita cintai Malaysia dan Pulau Pinang:
 
kerana kita enggan membenci antara satu sama lain
 
kerana kita menyangkal fitnah yang menguburkan kebenaran
 
kerana kita menyanggah ketakutan terhadap perbezaan dan kerencaman
 
kerana kita menjauhi rasuah yang merosakkan jiwa
 
kerana kita menentang autokrat yang menindas kebebasan
 
kerana kita menolak kleptokrat yang menidakkan keadilan
 
kerana kita tidak membenarkan mereka merompak masa depan anak-anak kita sebagaimana kita dirompak
 
Kita cintai Malaysia dan Pulau Pinang kerana kita menghormati kerencaman budaya dan agama
 
Kita cintai Pulau Pinang kerana Pulau Pinang adalah bersih, hijau, selamat dan sihat
 
Kita cintai Malaysia yang memberi kehidupan dan kegembiraan, serta yang menjanjikan harapan bagi hari esok yang lebih cerah
 
Cintai Malaysia!

Keranamu Malaysia
 
We Love Malaysia and Penang :
 
because we refuse to hate each other
 
because we refute lies that buries truth
 
because we repudiate fear of differences and diversity
 
because we renounce bribes that corrupt our soul
 
because  we resist autocrats who stifle freedom
 
because we reject kleptocrats who deny justice
 
because we will not permit them to steal our children's future as they have stolen ours
 
We love Malaysia and Penang because we respect our different faith and cultures
 
We Love Penang simply because Penang is clean, green, safe and healthy
 
We love Malaysia that gives life and joy, a promise of hope for a better tomorrow
 
Love Malaysia!

因为你,马来西亚
 
我们爱马来西亚与槟城:
 
因为我们拒绝互相憎恨
 
因为我们拒绝以谎言葬送真理
 
因为我们不害怕彼此的不同与多元
 
因为我们唾弃以贿赂来出卖我们的灵魂
 
因为我们抵抗压制自由的独裁者
 
因为我们拒绝无视公义的盗国者
 
因为我们不允许他们在盗走我们的未来之后还要再盗走我们小孩的未来
 
我们爱马来西亚及槟城因为我们尊重不同信仰与文化
 
我爱槟城,只因为槟城清洁、绿化、安全又健康
 
我们爱马来西亚,那个生机勃勃、欢乐、承诺带来希望与美好明天的马来西亚
 
我们爱马来西亚!

Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang Tingkat 28, KOMTAR, 10502, George Town, Pulau Pinang