MAJLIS PERASMIAN PROGRAM “FOREST BATHING” DI HUTAN SIMPAN BUKIT JURU

TEKS UCAPAN KETUA MENTERI PULAU PINANG
DI MAJLIS PERASMIAN PROGRAM “FOREST BATHING” DI HUTAN SIMPAN BUKIT JURU

23 SEPTEMBER 2017 (SABTU), 9.00 PAGI
 -----------------------------------------------------------------------------

 

Selamat pagi dan salam sejahtera,

Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada MPSP dan IOI Oleochemichal kerana telah berusaha dan berjaya menganjurkan majlis pada pagi ini.

Hadirin dihormati,

Bukit Juru yang mempunyai keluasan sebanyak 150 hektar merupakan hutan simpan yang telah diwartakan pada Jun 1981. Laluan ini mempunyai 646 tangga untuk menaiki bukit. Diatas bukit, kita boleh melihat pemandangan sekitar Seberang Perai yang indah. Bukit Juru ini boleh dijadikan sebagai “Forest Bathing” kepada penduduk Seberang Perai yang sukakan aktiviti santai di kawasan hutan.

Saya difahamkan pada 25 Februari yang lalu, IOI Oleochemichal, Perai telah menyumbang sebanyak RM13,000 dari segi kewangan dan tenaga bagi membaik pulih laluan untuk Bukit Juru ini yang mempunyai 646 tangga.

Mengambil kesempatan pada hari ini, saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Jabatan Perhutanan Negeri Pulau Pinang kerana memasang susur tangan pada tangga sediada di kawasan bahaya, mencuci laluan tangga dan membuat ’tagging’ nama pokok sediada. Kerja –kerja ini telah bermula sejak 28 Ogos 2017 dan siap pada 18 September 2017. Kos keseluruhan adalah RM 19,344.70.

Pihak IOI Oleochemical Industries Berhad juga telah membaiki pondok sediada termasuk melaksanakan kerja-kerja mengecat , menyediakan papan tanda arah dan 4 buah bangku taman untuk kegunaan pendaki bukit.

Selepas ini, Bukit Juru akan menjadi satu lagi destinasi untuk para pendaki. Walaupun bukit ini tidak setinggi dan secabar Bukit Cherok To Kun, atau Bukit Bendera, tetapi ia masih merupakan satu destinasi baru bagi para pendaki yang baru.

Terima kasih kepada semua pihak yang bekerjasama membangunkan semula Bukit Juru.

Dengan ini, saya merasmikan program “Forest Bathing” di Hutan Simpan Bukit Juru.

Sekian, terima kasih.

Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang Tingkat 28, KOMTAR, 10502, George Town, Pulau Pinang