MAJLIS PERASMIAN PROGRAM SUKAN KOMUNITI DAERAH TIMUR LAUT 2017 (I LOVE PENANG MORNING WALK)

Posted in Dari Meja Ketua Menteri

TEKS UCAPAN KETUA MENTERI PULAU PINANG
SEMPENA MAJLIS PERASMIAN PROGRAM SUKAN KOMUNITI DAERAH TIMUR LAUT 2017
(I LOVE PENANG MORNING WALK)

28 OKTOBER 2017
TAMAN BANDARAYA PULAU PINANG
.............................................................................................

 

Bersyukur kita kepada Tuhan kerana dapat bersama-sama berkumpul pada pagi hari yang indah ini sempena Sukan Komuniti Daerah Timur Laut 2017, I Love Penang Morning Walk 2017. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan selamat datang kepada semua peserta terutamanya dari komuniti Timur Laut dan juga peserta dari seluruh Pulau Pinang.

Barisan penaja bagi program ini terdiri daripada YB Chow Kon Yeow yang menaja medal dan Syarikat Maestro Swiss yang menaja minuman VICO untuk peserta. Tuan/ Puan sekali lagi, satu tepukan gemuruh kepada semua penaja program hari ini.

Selaras dengan agenda pembangunan yang menyeluruh di Pulau Pinang iaitu untuk mengukuhkan keharmonian sosial dan memperluas penyertaan sosial termasuk golongan OKU, maka Kerajaan Negeri melalui MMK Belia dan Sukan telah melaksanakan pelbagai program sukan berbentuk komuniti untuk penyertaan masyarakat Pulau Pinang dengan hasrat untuk membentuk masyarakat yang lebih sihat dan lebih aktif. I Love Penang Morning Walk DTL 2017 diharap dapat mengukuhkan keharmonian di samping memupuk budaya sihat di kalangan komuniti Timur Laut.

Pada kesempatan ini, saya ingin mengucapkan terima kasih di atas penglibatan para peserta yang menyertai I Love Penang Morning Walk DTL 2017. PDTDTL telah berjaya mempromosikan konsep Kerajaan Negeri yang Cleaner, Greener, Healthier and Safer Penang melalui penganjuran program DTL Morning Walk 2017 ini. Satu tepukan kepada PDTDTL atas kejayaan ini.

Dengan ini, saya merasmikan Program I Love Penang Morning Walk DTL 2017. Syabas dan tahniah kepada pihak penganjur dan semua peserta.

Sekian, terima kasih.