MAJLIS PERASMIAN RAIN GARDEN DAN PELANCARAN BUKU LOST IN BAGAN

Posted in Dari Meja Ketua Menteri

TEKS UCAPAN KETUA MENTERI PULAU PINANG
SEMPENA MAJLIS PERASMIAN RAIN GARDEN DAN PELANCARAN BUKU LOST IN BAGAN

28 OKTOBER 2017,10:00 PAGI
TAPAK BFF, JALAN JETI LAMA, BUTTERWORTH
----------------------------------------------------------------------------------

 

Selamat pagi dan salam sejahtera.

Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi menjemput saya untuk merasmikan Rain Garden dan melancarkan Buku Lost In Bagan.

Sebelum ini, tapak ini merupakan tempat letak kereta dan kini tapak ini telah dijadikan satu tempat yang mempunyai landskap yang cantik dan boleh dijadikan green area bagi kegunaan awam.

Saya difahamkan Rain Garden mempunyai sekelompok tanaman yang dapat berfungsi menyerap serapan air hujan yang tinggi dan bertindak sebagai penapis aliran air hujan dari permukaan tanah yang kedap air. Ianya juga adalah berkonsepkan pocket park.

Pada bulan Mac yang lalu, Majlis Pecah Tanah telah diadakan dan Rain Garden ini telah siap dijalankan pada Ogos 2017. Kos keseluruhan adalah sebanyak RM 343,918.11 di mana RM 100,000 dibiayai oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang manakala baki RM 243,918.11 adalah daripada Think City. Komponen Projek adalah seperti berikut:

i. Platform (Raised Stage)
ii. Pam dan alur air (Pump & Channel)
iii. Teres (Stepped Terrace)
iv. Bangku
v. Lampu
vi. Petak letak kereta OKU dan basikal

Rain Garden ini akan diserahkan kepada MPSP dan saya ingin menyeru kepada seluruh penduduk setempat dapat sama-sama menjaga kemudahan awam yang telah disediakan di sini.

Di samping merasmikan Rain Garden pada pagi ini, kita juga akan melancarkan sebuah buku hasil dari anak Butterworth, iaitu karikatur Encik Azmi Hussin dan buku terbarunya bertajuk Lost in Bagan. Saya difahamkan buku ini juga menampilkan kenangan penulis yang membesar dengan keluarganya di Butterworth @ Bagan. Ini adalah buku ketiga Azmi selepas Tanjong Life dan Little Mamak.

Dalam bukunya, Azmi “membawa” pembaca melalui kawasan bandar untuk mencari tempat lepak kegemarannya dan makanan. Untuk makluman semua, En Azmi juga disenaraikan dalam Malaysia Book of Records sebagai bilangan karikatur yang paling banyak dalam sehari.

Dengan itu, saya merasmikan Rain Garden dan melancarkan Buku Lost in Bagan pada hari ini selaras dengan Pulau Pinang yang bersih, hijau, sihat dan selamat!

Sekian, terima kasih.