MAJLIS PELANCARAN MENAIKTARAF DAN PELEBARAN JALAN BUKIT MINYAK

Posted in Dari Meja Ketua Menteri

TEKS UCAPAN KETUA MENTERI PULAU PINANG
SEMPENA MAJLIS PELANCARAN MENAIKTARAF DAN PELEBARAN JALAN BUKIT MINYAK

PADA 29 OKTOBER 2017, 9.00 AM
-----------------------------------------------------------------------

 

Salam Sejahtera dan Salam Bersih.

Saya gembira untuk hadir di sini hari ini untuk Majlis Pelancaran Menaiktaraf Dan Pelebaran Jalan Bukit Minyak di Seberang Perai Tengah.

Projek menaiktaraf dan pelebaran jalan raya ini akan memainkan peranan utama sebagai jalan arus yang menghubungkan kawasan jalan Bukit Minyak dengan Taman Kota Permai/Alma/Bukit Mertajam dan Jalan Bukit Tengah/Simpang Ampat/Batu Kawan, yang mana akan meningkatkan rangkaian pengangkutan jalan serta menyediakan alternatif akses percuma kepada pengguna jalan raya.

Dalam usaha berterusan kami untuk meningkatkan pembangunan infrastruktur, Jalan Bukit Minyak yang berukuran 1.26 km yang sedia ada di Seberang Perai Tengah, akan dinaiktaraf dari 2 lorong sedia ada dengan lebar 8.5 meter ke 4 lorong dengan lebar 30.48 meter. Untuk keselamatan pengguna jalan raya, kami juga telah menyediakan 2 lorong khas yang ditetapkan untuk penunggang motosikal sahaja.

Projek ini akan berintegrasi dengan pembangunan di sekitar Bukit Tengah/Bukit Minyak dan Alma/Bukit Mertajam untuk meningkatkan landskap ekonomi.

Kos projek untuk pelebaran jalan raya ini ialah RM7.95 juta dan dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri sebagai sebahagian daripada tanggungjawab Kerajaan Negeri untuk meningkatkan dan mempercepatkan pembangunan infrastruktur di Pulau Pinang terutamanya di kawasan Seberang Perai.

Sejak tahun 2008 hingga 2016, sebanyak 77% daripada keseluruhan Peruntukan Pembangunan Negeri, Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) dan Perbadanan Pembangunan Negeri Pulau Pinang (PDC) telah dibelanjakan untuk pembangunan kawasan Seberang Perai. Daripada keseluruhan peruntukan sebanyak RM3,077,152,950.39, sebanyak RM2,379,145,953.56 atau 77% daripada jumlah tersebut adalah untuk pembangunan kawasan Seberang Perai.

Projek ini telah diberikan melalui tender terbuka kepada Lumson Bina Engineering Sdn Bhd, sejajar dengan prinsip CAT (Cekap, Akauntabiliti dan Telus). Manakala PDC adalah agensi pelaksana. Projek ini bermula pada 18 Mac 2016 dan tarikh siap dijangka asalnya ialah 17 Mac 2018. Walau bagaimanapun, disebabkan proses pengambilan tanah, tarikh siap kerja yang dijangkakan akan dilanjutkan hingga April 2019. Untuk maklumat, biaya untuk pengambilan tanah adalah RM21.4 juta. Kemajuan projek sedang berjalan kini pada 38%.

Saya dengan sukacitanya ingin memaklumkan bahawa PDC baru-baru ini telah melancarkan 5 projek infrastruktur untuk menerajui pertumbuhan dan pembangunan di kawasan Seberang seperti berikut:-

-Pembinaan jalan raya berharga RM7.8 juta yang menghubungkan Penang Science Park dan Juru untuk meningkatkan dan mempercepatkan pembangunan infrastruktur

-Pembinaan jambatan baru di Sungai Kerian, Nibong Tebal, Seberang Perai Selatan yang menghubungkan Taman Victoria dengan Tanjung Berembang dengan kos projek sebanyak RM25.8 juta

-Menaik taraf Jalan Bukit Tambun dari 2 lorong ke 6 lorong dengan kos RM23.9 juta

-Pelebaran jambatan sedia ada di Batu Kawan yang mana dari 2 lorong (11m lebar) hingga 6 lorong (40m). Kos projek ialah RM33.5 juta

-Jambatan dan Jalan dari Batu Kawan ke Valdor berharga RM22 juta yang berukuran 1.2 km.

Keseluruhannya, enam (6) projek infrastruktur ini (termasuk projek yang dilancarkan hari ini, iaitu RM7.95 juta), Kerajaan Negeri dan PDC telah memperuntukkan sejumlah RM120.95 juta untuk pembangunan infrastruktur iaitu jalan raya, jambatan dan kerja-kerja berkaitan di Seberang Perai.

Kerajaan Negeri dan PDC berbangga untuk memaklumkan bahawa semua enam (6) projek infrastruktur ini adalah bebas daripada bayaran tol.

Dengan adanya penyambungan dan akses yang baik ini saya yakin kawasan Batu Kawan, Bukit Minyak dan kawasan sekitar Tambun, Jawi, Nibong Tebal akan menjadi tempat yang menarik untuk operasi bagi sektor perkilangan dan juga pertumbuhan ekonomi.

Dengan ini, saya merasmikan Pelancaran Projek Menaiktaraf dan Pelebaran Jalan yang bernilai 7.9 juta di Jalan Bukit Minyak untuk rakyat di Negeri Pulau Pinang

Sekian, terima kasih.