‘CITY WALK 1.1.18’ SEMPENA ‘CITY DAY 2018’

TEKS UCAPAN KETUA MENTERI PULAU PINANG
‘CITY WALK 1.1.18’ SEMPENA ‘CITY DAY 2018’

1 JANUARI 2018 (7.25 PAGI)
LEBUH PANTAI, PULAU PINANG

 

LOCAL STROKE FOR GLOBAL FOLKS: LOCAL COOK RULING FOR STREET HAWKERS

Selamat pagi dan Selamat Tahun Baharu 2018.

Terlebih dahulu, marilah kita bersama-sama memanjatkan rasa syukur kepada Tuhan kerana sekali lagi kita dapat berkumpul sambil menghirup udara pagi yang segar Tahun Baharu 2018 untuk menggalakkan amalan hidup yang sihat selari dengan Pulau Pinang yang bersih, hijau, sihat dan selamat.

Saya ingin merakamkan penghargaan kepada Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) atas penganjuran Program 'City Walk 2018' untuk kali yang ke-6 sempena sambutan 'City Day 2018'.

Saya difahamkan seramai 5100 orang peserta telah mendaftar bagi menyertai aktiviti berjalan kaki hari ini sejauh 5 kilometer.

Saya telah menerima cabaran daripada syarikat insuran untuk berjalan 12,500 langkah setiap hari sejak bulan lepas. Walaupun sasaran ini amat mencabar bagi saya memandangkan jadual harian saya yang sangat padat, tetapi saya bangga dapat mencapai matlamat 12,500 langkah setiap hari, kecuali 4 hari. Oleh yang demikian, tiada alasan lagi bagi anda semua untuk tidak melakukan aktiviti sihat sebegini.

The UK Guardian newspaper did a feature on the best places to eat,live and drink in Penang on December 16. Clearly Penang is a top tourist destination in Asia as can be seen by the increase in tourist arrivals. Last year the Penang International Airport (PIA) recorded 6.7 million passengers and is expected to reach 7.1 million passengers this year. This far exceeds the 6.5 million capacity of the PIA which was only expected to be achieved in 2020. Finally, the Prime Minister had to announce in the 2018 Budget of an expansion of PIA, expected to be 12 million passengers capacity from the present 6.5 million.

One of the key attractions of Penang is of course our UNESCO World Heritage City of George Town, our street food and the diversity and hospitality of our people. The state government has defended the unique taste and quality of our street food by implementing a policy of “Local Cooks Ruling for Street Hawkers” to ensure that foreign workers do not take over and destroy or change our unique local flavour. That is the reason why you see locals cooking amongst our street food hawkers – not foreign workers cooking as in some others cities in Malaysia. It is this local stroke for global folks that ensure our Penang food can remain as the best in the world.

Pada tahun ini sekali lagi Kerajaan Negeri Pulau Pinang dengan kerjasama Majlis Bandaraya Pulau Pinang akan menganjurkan untuk tahun ke-4 Penang Hot Air Balloon Fiesta 2018 pada 24 dan 25 Februari 2018 bertempat di Padang Polo.

Akhir kata, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menyeru kepada supaya rakyat Pulau Pinang supaya dapat berganding bahu dan bekerjasama bagi merealisasikan hasrat Kerajaan Negeri menjadikan Pulau Pinang sebagai sebuah negeri bersih, hijau, sihat dan selamat. 'Selamat Tahun Baharu 2018'. Semoga Pulau Pinang terus maju dan berjaya!

Sekian, terima kasih.

Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang Tingkat 28, KOMTAR, 10502, George Town, Pulau Pinang