MAJLIS PENYERAHAN CEK REPLIKA KEPADA SEKOLAH-SEKOLAH MUBALIGH

TEKS UCAPAN KETUA MENTERI PULAU PINANG

SEMPENA MAJLIS PENYERAHAN CEK REPLIKA

KEPADA SEKOLAH-SEKOLAH MUBALIGH

9hb Jan 2018, 12:00 Tengahari

Auditorium A, Tingkat 5, KOMTAR

 

 

Salam sejahtera dan selamat tengah hari.

Sempena majlis yang penuh bermakna ini, saya bagi pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada Ahli Lembaga Pengarah Sekolah, Pengetua, Guru-guru dan PIBG, Jawatankuasa Penyelaras Hal-Ehwal Sekolah Cina dan Mubaligh di bawah pimpinan YB Puan Chong Eng, Ahli Dewan Undangan Negeri/ Ahli Parlimen/ Ahli Majlis dan semua yang terlibat dalam memberi kerjasama sepenuhnya untuk menjayakan majlis yang cukup bermakna pada hari ini.

Pada tahun 2008, barisan pemimpin Kerajaan Negeri Pakatan Harapan telah diberi mandat untuk mengetuai Negeri ini melangkah ke era yang baru. 10 tahun berlalu, pentadbiran yang dikatakan kurang pengalaman telah membawa pembaharuan kepada rakyat negeri, di mana negeri kita mencatatkan pelaburan sebanyak RM69 bilion - peningkatan sebanyak 86.5% (bagi tempoh 2008 hingga Sep 2017) berbanding dengan tempoh 10 tahun sebelumnya, iaitu dari 1998 ke 2007, hanya sebanyak RM 37 bilion. Pulau Pinang merangkul tempat ke-2 bagi jumlah pelaburan keseluruhan di Malaysia bagi tempoh Jan-Sep 2017 apabila mencatatkan pelaburan sebanyak RM9.9 bilion. Pulau Pinang juga telah menongkah arus apabila jumlah pelaburan yang diluluskan telah meningkat daripada RM3.9 bilion pada Jan-Sep tahun 2016 kepada RM9.9 bilion bagi tempoh yang sama iaitu peningkatan sebanyak 154%.

Pulau Pinang dikenali sebagai negeri keusahawanan dan berkebajikan dan telah berjaya dalam usaha memangkinkan pertumbuhan ekonomi dengan bantuan pentadbiran CAT yang cekap, akauntabel dan telus.

Tahun ini, Kerajaan Negeri memperuntukkan RM1.02 juta kepada 21 buah Sekolah Mubaligh yang telah membuat permohonan. Berikut adalah peruntukan yang diluluskan kepada sekolah-sekolah yang terlibat.

 

Nama Sekolah

Peruntukan Yang Disalurkan (RM)

SK CONVENT BM

20,000

SK CONVENT GREEN LANE

50,000

SK CONVENT LEBUH LIGHT

60,000

SK METHODIST NIBONG TEBAL

40,000

SK PEREMPUAN METHODIST

70,000

SK PYKETT METHODIST

20,000

SK ST MARK BW

20,000

SK ST MARK PERAI

20,000

SK ST XAVIER AIR ITAM

45,000

SK ST XAVIER CAWANGAN

45,000

SMK (L) METHODIST

80,000

SMK (P) METHODIST

50,000

SMK CONVENT (M) BUKIT MERTAJAM

70,000

SMK CONVENT BUTTERWORTH

80,000

SMK CONVENT GREENLANE

60,000

SMK CONVENT LEBUH LIGHT

60,000

SMK CONVENT PULAU TIKUS

70,000

SMK METHODIST NIBONG TEBAL

30,000

SMK ST GEORGE

10,000

SMK ST MARK (M)

70,000

SMK ST XAVIER LEBUH FARQUHAR

50,000

 

1,020,000

 

SMK Convent Butterworth dan SMK (L) Methodist mendapat peruntukan yang paling banyak pada tahun ini iaitu masing-masing mendapat sebanyak RM80,000 untuk kerja-kerja menaiktaraf dan pembaikian.

Pecahan peruntukan adalah seperti berikut :

  1. a) Pembinaan bangunan baru – 9% (RM40,000)
  2. b) Pembaikan struktur sekolah seperti bumbung, siling dan tangki sekolah - 7% (RM150,000)
  3. c) Pendawaian semula bangunan yang uzur – 6% (RM190,000)
  4. d) Penaiktarafan kemudahan sekolah yang rosak – 2% (RM125,000)
  5. e) Pengindahan/Pengubahsuaian sekolah – 1% (RM10,000)
  6. f) Penaiktarafan tandas/perparitan sekolah – 6% (RM190,000)
  7. g) Pembinaan pagar dan pintu – 3% (RM30,000)
  8. h) Penaiktarafan bilik darjah, tapak sukan dan kantin – 22% (RM224,000)
  9. i) Kegunaan-kegunaan lain – 6% (RM61,000)

Sekolah Mubaligh merupakan “conforming school” yang sepatutnya mendapat perhatian sepenuhnya dari Kerajaan Persekutuan. Akan tetapi, Kerajaan Persekutuan tidak memperuntukkan bantuan kewangan yang secukupnya kepada sekolah sehingga keadaan sekolah kurang memuaskan.

Seperti mana yang semua sedia maklum, ini merupakan tahun ke-10 Kerajaan Negeri Pakatan Harapan mengadakan majlis sedemikian sejak mengambil tampuk pemerintahan pada tahun 2008. Dalam Laporan Ketua Audit Negara 2016 yang baru diumumkan, Pulau Pinang mengekalkan rekod cemerlang dengan mencatat lebihan/keuntungan setiap tahun dengan keuntungan sebanyak RM89.2 juta.

Ini bermakna keuntungan Kerajaan Negeri secara terkumpul sejak 2008 adalah RM667 juta berbanding dengan RM105.7 juta untuk tempoh 9 tahun yang sama sebelum 2008. Jumlah RM667 juta adalah lebih daripada jumlah RM373 juta oleh Kerajaan Negeri lama selama 50 tahun dari 1957 hingga 2007.

Pulau Pinang juga mempunyai kadar pengangguran antara yang terendah di Malaysia iaitu hanya 2%. Sebarang pemberhentian pekerja tidak akan memberi kesan kepada Pulau Pinang kerana banyak syarikat-syarikat baru akan dibuka. Pengukuhan perkembangan ekonomi dalam sektor pembuatan, perkhidmatan dan pelancongan sebenarnya akan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan sehingga Pulau Pinang masih dijangka menghadapi kekurangan sekitar 20,000 pekerja. Untuk tempoh 6 bulan pertama 2017, Pulau Pinang mendahului carta pelaburan di Malaysia dengan RM7.7 bilion dan 8,162 peluang pekerjaan baru. Bagi sektor pelancongan, hotel-hotel menunjukkan peningkatan kadar penghunian sebanyak 6% manakala Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang mencatatkan peningkatan dalam jumlah penumpang kira-kira 8% pada tahun 2017.

Rizab aset pula meningkat hampir RM1 bilion kepada RM1.83 bilion, dan hutang negeri telah berjaya dikurangkan sebanyak 90% kepada RM68 juta pada akhir 2016, iaitu jumlah hutang paling rendah di Malaysia. Jelas, 9 tahun pentadbiran Pakatan Harapan telah memperlihatkan betapa banyak boleh dilakukan berbanding 50 tahun terdahulu sebelum 2008.

Kerajaan Negeri mampu menyalurkan peruntukan sebanyak RM12 juta kepada sekolah-sekolah termasuklah kepada Sekolah Cina, Sekolah Tamil, Sekolah Agama Rakyat dan Sekolah Mubaligh setiap tahun sungguhpun Kerajaan Negeri tidak mengutip cukai GST untuk mendapatkan wang. Walaupun ekonomi dunia meleset, Kerajaan Negeri tidak pernah mengurangkan jumlah peruntukan yang disalurkan.

Oleh itu, Kerajaan Persekutuan yang mengenakan cukai GST sepatutnya mampu menampung segala perbelanjaan pembangunan yang dipohon oleh Sekolah Mubaligh. Malah sekiranya diberikan peluang memerintah Putrajaya, kami akan membuktikan bahawa kami mampu meneruskan pemberian bantuan ini walau tanpa pelaksanaan GST. Tiada sebarang sebab Kerajaan Persekutuan tidak boleh memberikan RM10 juta setiap tahun kepada Sekolah Mubaligh apabila Belanjawan Kerajaan Persekutuan adalah 270 kali ganda lebih besar daripada Kerajaan Negeri yang memberikan RM1 juta.

 

Sekian, terima kasih.

Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang Tingkat 28, KOMTAR, 10502, George Town, Pulau Pinang