MAJLIS BANTUAN PELAJAR MISKIN SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH PARLIMEN BAGAN

Ucapan Ketua Menteri Pulau Pinang

Sempena Majlis Bantuan Pelajar Miskin Sekolah-Sekolah Rendah Dan Menengah Parlimen Bagan

4 Februari 2018 (3pm)
Seberang Perai Arena

Pulau Pinang Sebagai Negeri Berkebajikan : Bantuan Sumbangan Pelajar RM100 di Parlimen Bagan

Tahun ini, seramai 30 orang pelajar dari 22 buah sekolah di Parlimen Bagan akan menerima sumbangan RM100 setiap seorang. Ini akan melibatkan 660 orang pelajar dengan jumlah besar sebanyak RM66,000.

Sejak tahun 2011 sehingga 2018, Ahli Parlimen Bagan merangkap Ketua Menteri Pulau Pinang YAB Lim Guan Eng telah memperuntukan sebanyak RM484,000 kepada murid-murid miskin di dalam kawasan Parlimen Bagan.

2011 – RM 55,000
2012 – RM 55,000
2013 – RM 55,000
2014 – RM 55,000
2015 – RM 66,000
2016 – RM 66,000
2017 – RM 66,000
2018 – RM 66,000
Jumlah - RM484,000

Ini adalah sebahagian daripada usaha mewujudkan negeri berkebajikan di Pulau Pinang. Sejak tahun 2008 hingga 2016, sebanyak 77% daripada keseluruhan Peruntukan Pembangunan Negeri, Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) dan Perbadanan Pembangunan Negeri Pulau Pinang (PDC) telah dibelanjakan untuk pembangunan kawasan Seberang Perai. Daripada keseluruhan peruntukan sebanyak RM3,077,152,950.39 sebanyak RM2,379,145,953.56 atau 77% daripada jumlah tersebut adalah untuk pembangunan kawasan Seberang Perai.

Senarai nama murid tersebut disediakan oleh 22 buah sekolah masing-masing.

Dun Bagan Dalam:
SK Sungai Nyior
SK Convent
SK St Mark
SK Kuala Perai
SK Assumption
SJK(C) Chung Hwa 2
SMK Convent

Dun Bagan Jermal:
SK Bagan Tuan Kechil
SK Mak Mandin
SK Bagan Jermal
SJK(C) Chung Hwa Pusat
SJK(C) Chung Hwa 1
SJK(C) Kwang Hwa
SJK(C) Mak Mandin
SJK(T) Mak Mandin
SMK Mak Mandin
SMK Kampung Kastam

Dun Sungai Puyu:
SK Sungai Puyu
SJK(C) Li Hwa
SK Bagan Ajam
SMK Bagan Jaya
SMJK Chung Ling Butterworth

Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang Tingkat 28, KOMTAR, 10502, George Town, Pulau Pinang