MAJLIS PERASMIAN POCKET PARK DAN MAJLIS PECAH TANAH NAIK TARAF GELANGGANG PELBAGAI GUNA LEBUH KAMPUNG BENGGALI

TEKS UCAPAN KETUA MENTERI PULAU PINANG
SEMPENA MAJLIS PERASMIAN POCKET PARK DAN MAJLIS PECAH TANAH NAIK TARAF GELANGGANG 
PELBAGAI GUNA LEBUH KAMPUNG BENGGALI

24 FEBRUARI 2018 (SABTU), 09:00 PAGI
POCKET PARK, LEBUH BENGGALI, BUTTERWORTH

 

Selamat pagi dan salam sejahtera.

Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kerana sudi menjemput saya untuk hadir bersama-sama dalam Majlis Perasmian Pocket Park & Majlis Pecah Tanah Naik Taraf Gelanggang Pelbagai Guna Lebuh Kampung Benggali pada pagi ini.

Saya difahamkan bahawa Projek Naiktaraf Pocket Park Lebuh Kampung Benggali ini merupakan salah satu pengisian program di bawah Intervensi Pelan Tindakan Pekan Lama, Pelan Butterworth Baharu kerjasama Majlis Perbandaran Seberang Perai dan Think City Sdn Bhd selaras dengan Inisiatif Cleaner, Greener, Safer and Healthier yang dibawa oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Kerjasama di antara MPSP dan Think City Sdn Bhd dalam memperkasakan projek fizikal di bawah Pelan Butterworth Baharu melalui pendekatan kreatif untuk unlocking the power of partnership melalui konsep 4Ps (Public, Private, People & Professional) yang merupakan 'game-changer' dalam kehidupan mampan dan berdaya huni untuk penduduk setempat.

Keunikan pocket park atau taman mini ini ialah walaupun berskala kecil seluas 1,095 kaki persegi di tanah MPSP tetapi ruangan di dalam kawasan pocket park dipenuhi dengan ruang rehat, alat senaman, alat mainan dan tumbuhan hijau. Projek naiktaraf Pocket Park Lebuh Kampung Benggali ini dibina dengan kos keseluruhan berjumlah RM300,000 yang mana dibiayai sepenuhnya oleh Think City Sdn Bhd dengan kerjasama MPSP.

Seterusnya saya juga difahamkan bahawa bagi fasa seterusnya, gelanggang pelbagai guna di Lebuh Benggali turut akan dinaiktaraf dan disediakan pelbagai kemudahan awam untuk dimanfaatkan oleh penduduk di kawasan ini. Selepas projek Pocket Park ini yang siap pada bulan November 2017, projek naiktaraf gelanggang pelbagai guna bakal dibina dengan kos keseluruhan berjumlah RM450,000 yang mana akan dibiayai oleh MPSP dan Think City Sdn.Bhd. Ia dijangka akan bermula penghujung April 2018. Gelanggang berkeluasan 1,466 kaki persegi ini akan dinaiktaraf dengan ditambah komponen ini iaitu Multi use hardcourt, Dual use space – sports / event space, Shaded Spectator Seat, Landscaping dan Visual corridor / Pedestrian walkaway to Temple.

Gelanggang pelbagai guna di Lebuh Kampung Benggali ini adalah kemudahan awam dan sosial yang dibina untuk kegunaan penduduk melaksanakan pelbagai aktiviti outdoor. Berdasarkan analisa survey Community Engagement yang dilaksanakan oleh MPSP dan Think City, seramai 2,215 orang telah memilih untuk cadangan menaiktaraf gelanggang sebagai ruang awam untuk digunakan oleh penduduk. Inilah interaksi atau penglibatan dengan masyarakat yang antara lain menunjukkan keberkesanan 4Ps Partnership.

Secara keseluruhan, terdapat 4 komponen bagi projek menaiktaraf di Lebuh Benggali iaitu Pocket Park, Kolam Renang, Dewan Ria dan hardcourt. Pocket Park telah pun siap sepenuhnya manakala kolam renang masih di dalam proses menaiktaraf di bahagian dalaman dan Projek menaiktaraf Hardcourt pula dijangka siap sepenuhnya pada bulan Disember 2018. Manakala Dewan Ria pula akan dijadikan Digital Library yang pertama di Seberang Perai dan dijangka akan siap pada akhir tahun 2019.

Oleh itu, dengan wujudnya kemudahan awam seperti pocket park dan gelanggang pelbagai guna ini adalah selaras dengan inisiatif Kerajaan Negeri Pulau Pinang dalam mewujudkan Pulau Pinang ke arah “Cleaner, Greener, Safer & Healthier” (Bersih, Hijau, Selamat & Sihat).

Justeru, saya dengan ini merasmikan Majlis Perasmian Pocket Park Dan Majlis Pecah Tanah Naik Taraf Gelanggang Pelbagai Guna Lebuh Kampung Benggali pada pagi ini.

Sekian, terima kasih.

Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang Tingkat 28, KOMTAR, 10502, George Town, Pulau Pinang