MAJLIS PERASMIAN PROJEK PEMASANGAN LAMPU JALAN DI TAMAN TUNKU

TEKS UCAPAN

YAB TUAN LIM GUAN ENG

KETUA MENTERI PULAU PINANG

MAJLIS PERASMIAN PROJEK PEMASANGAN LAMPU JALAN DI TAMAN TUNKU, SEBERANG JAYA, 20 APRIL 2018

 

Salam sejahtera,

 

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Majlis Perbandaran Seberang Perai kerana sudi menjemput saya hadir pada malam ini untuk merasmikan Taman Malam Bercahaya (Night Park) yang pertama di Seberang Perai. Konsep taman malam bercahaya ialah inisiatif baru untuk menggalakkan penggunaan oleh orang awam pada waktu malam.

 

Pada hari ini, kita dapat menyaksikan penyempurnaan projek pemasangan lampu jalan di keseluruhan Taman Tunku Seberang Jaya yang akan memanfaatkan para pengguna Taman Tunku. Projek ini telah mula dilaksanakan pada 13 Mac 2018 dan berjaya disiapkan pada 30 Mac 2018

 

Saya telah dimaklumkan bahawa MPSP telah membelanjakan sebanyak RM 116,770.72 untuk pemasangan 15 unit tiang konkrit, 1 tiang highmast, 15 unit Lampu Jalan LED (90watt / unit), 3 unit Lampu Jalan LED (120 watt /unit), 6 unit Lampu Limpah LED (100 watt / unit).

 

Disamping itu, MPSP juga menaiktaraf pencahayaan sediaada di Taman Tunku dengan membelanjakan RM 19,639.00 yang melibatkan 6 tiang dekoratif konkrit dengan 12 unit Lampu Limpah LED (100 watt / unit) .

 

Hadirin yang saya hormati sekalian,

 

Untuk makluman semua, fasa pada kali ini ialah fasa ketiga yang dilaksanakan di sepanjang laluan trek jogging di Taman Tunku, Seberang Jaya. Fasa pertama telah dilaksanakan di sebelah Sungai Pertama berdekatan Safira Country Club pada 18 Oktober 2017 yang melibatkan pemasangan dua puluh (20) batang tiang dan sebelas (11) unit lampu awam jenis konkrit TNB (150 watt) di laluan trek jogging sepanjang 626 meter yang menelan belanja sebanyak RM 60, 496.60.

 

Manakala fasa kedua pula telah siap dilaksanakan pada 10 Januari 2018 dengan memasang sebanyak sebelas (11) batang tiang konkrit dan lapan (8) unit lampu (150 watt) di laluan trek jogging sepanjang 328 meter yang menelan belanja sebanyak RM 42, 700.00. Jumlah kos keseluruhan adalah sebanyak RM239,606.32.

 

Pemasangan lampu LED di taman ini bukan sahaja bertujuan untuk mengurangkan kegunaan tenaga elektrik, kos elektrik tetapi juga merendahkan tahap pengeluaran karbon dioksida.

 

Kita harap kita berpeluang lagi untuk menaik taraf taman malam bercahaya ini sebagai usaha ke arah menjadikan Pulau Pinang sebagai negeri hijau.

 

Dengan itu, saya sukacita merasmikan Projek Pemasangan Lampu Jalan di Taman Tunku, Seberang Jaya.

Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang Tingkat 28, KOMTAR, 10502, George Town, Pulau Pinang