MAJLIS JAMUAN MAKAN MALAM PERSATUAN MELAYU PULAU PINANG (PEMENANG)

Posted in Dari Meja Ketua Menteri

UCAPAN KETUA MENTERI PULAU PINANG

SEMPENA MAJLIS JAMUAN MAKAN MALAM PERSATUAN MELAYU PULAU PINANG (PEMENANG)

PADA 26 JUN 2018

DI GRAND BALLROOM, PENANG GOLF CLUB

Salam Sejahtera dan Salam Bahagia.

Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan terima kasih  atas jemputan PEMENANG kepada saya untuk menghadiri Majlis Jamuan Makan Malam  pada malam ini.

Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua yang hadir terutamanya ahli-ahli PEMENANG, para tetamu-tetamu  kehormat, para jemputan khas, serta media masa dan media cetak yang hadir pada malam  ini.

Saya amat gembira melihat para hadiri semua di sini dalam keadaan ceria, bersama - sama menyambut Hari Raya Aidilfitri dalam suasana gembira dan harmoni.

Di Aidilfitri inilah kesempatan terbaik sekali untuk kita  saling melupakan semua perselisihan dan perbezaan seterusnya mengukuhkan kerjasama di antara satu sama lain. Ambillah peluang ini untuk kita saling bermaaf-maafan dan mengukuhkan lagi persahabatan yang sedia terjalin.

Sebelum mengakhiri ucapan, saya bagi pihak kerajaan negeri Pulau Pinang mengambil kesempatan  di sini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin kepada semua rakan-rakan /ahli-ahli PEMENANG dan rakyat Pulau Pinang amnya.

Lemah gemalai Si Tuan Puteri

Berkain Batik Cantik Sekali

Berjumpa  , Bermaafan Di Aidilfitri

Moga Persahabatan Kekal Abadi

Sekian, terima kasih.