MAJLIS JAMUAN MAKAN MALAM AMAL AIDILFITRI PERSATUAN TITIAN KASIH PULAU PINANG 2018

Posted in Dari Meja Ketua Menteri

UCAPAN KETUA MENTERI PULAU PINANG 
DI MAJLIS JAMUAN MAKAN MALAM AMAL AIDILFITRI PERSATUAN TITIAN KASIH PULAU PINANG 2018

14 JULAI 2018
HOTEL CITITEL, PULAU PINANG

YB MOHAMAD BAKTHIAR BIN WAN CHIK 
TIMBALAN MENTERI KEBUDAYAAN DAN PELANCONGAN MERANGKAP AHLI PARLIMEN BALIK PULAU

YB RSN RAYER 
AHLI PARLIMEN JELUTONG

YB JAGDEEP SINGH DEO 
EXCO KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG

YB DATO HALIM BIN HUSSEIN 
EXCO KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG

YANG BERBAHAGIA PUAN SERI DATO RAIHANA BT HM IBRAHIM 
PENAUNG PERSATUAN TITIAN KASIH PULAU PINANG

YANG BERBAHAGIA DATO' BASIR AHMAD 
PENASIHAT PERSATUAN TITIAN KASIH PULAU PINANG

YANG BERBAHAGIA DATO' HAJAH MARINA BINTI PUTEH
PENGERUSI PERSATUAN TITIAN KASIH PULAU PINANG MERANGKAP NAIB YANG DIPERTUA PERTUBUHAN KEBAJIKAN INSAN PENYAYANG MALAYSIA

YANG BERBAHAGIA ENCIK SUMAI BIN HARUN 
YANG DI PERTUA PERTUBUHAN KEBAJIKAN INSAN PENYAYANG MALAYSIA

YBHG TAN SERI DATO SRI DR. HAJI MOHD YUSSOF BIN LATIFF 
PRESIDEN PERSATUAN MELAYU PULAU PINANG (PEMENANG)

DATO DATO/DATIN DATIN/TUAN TUAN/PUAN PUAN

Salam Sejahtera dan Selamat Hari Raya.

Terlebih dahulu saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada Jawatankuasa Penganjur kerana sudi menjemput saya untuk menghadiri Majlis Makan Malam Amal Aidilfitri Persatuan Titian Kasih Pulau Pinang 2018 pada malam ini.

Saya mengambil kesempatan menghadiri majlis pada malam ini bagi membolehkan saya bertemu dan beramah mesra dengan semua lapisan rakyat Pulau Pinang yang sentiasa menyokong pentadbiran Kerajaan Negeri Pulau Pinang selama ini.

Saya difahamkan Persatuan Titian Kasih ini telah ditubuhkan pada tahun 2006 dan usianya sudah pun menjangkau 12 tahun. Persatuan ini sedang bergiat aktif menjalankan program-program bercorak kemasyarakatan seperti pendidikan, kesihatan, kekeluargaan dan sosial .

Bermula dengan hanya 50 orang ahli, kini Persatuan Titian Kasih telah mencapai 300 orang ahli. Persatuan Titian Kasih telah menjadi medium perantaraan masyarakat bagi merujuk kes-kes kebajikan yang memerlukan bantuan seperti Pusat Urus Zaakat dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Tahun ini Persatuan Titian Kasih akan memberi tumpuan kepada aktiviti & program pembangunan keluarga dan juga akan memohon bantuan dengan EXCO yang berkenaan bagi melatih ibu-ibu tunggal dan suri rumah sepenuh masa yang ingin menambahkan pendapatan dan dapat bekerja dari rumah.

Saya berharap persatuan-persatuan seperti ini akan terus bergerak aktif dalam membantu masyarakat yang memerlukan bantuan selain menjalinkan hubungan yang baik dengan Agensi-agensi Kerajaan Negeri mahupun Kerajaan Persekutuan dalam melaksanakan program dan aktiviti kemasyarakatan di masa hadapan.

Sekian, terima kasih.