MAJLIS MAKAN MALAM DAN PENYAMPAIAN HADIAH NUTP (NATIONAL UNION OF THE TEACHING PROFESSION)

UCAPAN KETUA MENTERI PULAU PINANG

SEMPENA MAJLIS MAKAN MALAM DAN PENYAMPAIAN HADIAH NUTP (NATIONAL UNION OF THE TEACHING PROFESSION)

PADA 18 OGOS 2018 
DI BERJAYA HOTEL, BURMAH ROAD

Yang Dihormati saudara/i Pengacara Majlis,

Yang Berusaha Saudara Chan Thye Choon
Timbalan Presiden NUTP Semenanjung.

Yang Berusaha Sdr. Harry Tan Huat Hock
Setiausaha Agung NUTP Semenanjung

Sdr. Wang Heng Suan
Bendahari Agung NUTP Semenanjung

Barisan ahli jawatan kuasa Tertinggi NUTP Semananjung

Ahli Majlis Kebangsaan NUTP

Saudara/ saudari yang dihormati sekalian

Selamat Petang dan Salam Sejahtera.

Terlebih dahulu, saya mengalu-alukan kepada saudara dan saudari Selamat datang ke negeri Pulau Pinang, Pulau Mutiara yang indah dan damai menggamit kehadiran saudara-saudari untuk memeriah kejohanan sukan NUTP di Pulau Pinang. Juga tidak dilupakan kepada pihak NUTP yang sudi menjemput dan mengundang saya untuk majlis perasmian kejohanan sukan NUTP yang berlangsung di Pulau Pinang bagi tahun 2018 pada kali ini.

Pada kesempatan ini juga, saya merakamkan ucapan tahniah kepada semua hadirin, khususnya saudara/ saudari yang berjaya melibatkan diri dalam kejohanan sukan pada kali ini. Kita sedia maklum sukan menyihatkan tubuh dan badan kita malah juga mencerdaskan minda.

Selain dari itu, saya juga difahamkan sukan NUTP ini melibatkan secara langsung ahli-ahli NUTP di seluruh Malaysia. Maka sudah tentu bukan sekadar bersukan semata-mata tetapi memberi terjemahan kepada yang lebih meluas lagi iaitu perpaduan untuk semua dalam kalangan ahli NUTP dan bertolak ansur jika terdapat berbeda budaya.

Saudara dan saudari hadirin sekalian,

Guru sebagai pembina negara dan pembimbing generasi modal insan yang berada di institusi pendidikan masing-masing di bawah seliaan saudara dan saudari, juga tidak dilupakan dengan kemahiran- kemahiran pengetahuan dan kemahiran nilai dalam pelbagai lapangan seperti mana guru-guru peroleh. Saya juga amat mengharapkan kejayaan kepada anak didik kita seumpama itu.

Ahli NUTP dan hadirin pada malam ini, saya juga amat mengharapkan NUTP sentiasa menyokong kerajaan yang ada, semua dasar-dasar kerajaan yang membawa kebaikan untuk kesejahteraan rakyat haruslah mendapat sokongan dan membantu membangunkan bersama-sama kerajaan sedia ada hari ini.

Sekali lagi saya merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kepada semua ahli NUTP yang berjaya menganjurkan sukan NUTP di negeri Pulau Pinang bagi tahun 2018 ini saya percaya pihak NUTP bukan sahaja menjemput saya untuk majlis pada kali ini malah akan terus membuat engagement sepanjang masa dengan berterusan terhadap kerajaan Pakatan Harapan khususnya sokongan yang tidak berbelah bahagi.

Saya dengan ini merasmikan Kejohanan Sukan NUTP peringkat kebangsaan bagi tahun 2018 yang berlangsung di Negeri Pulau Pinang.

Sekian, terima kasih.

Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang Tingkat 28, KOMTAR, 10502, George Town, Pulau Pinang