MAJLIS PERASMIAN PROGRAM DIGITAL EKONOMI DALAM PEMBANGUNAN USAHAWAN

UCAPAN KETUA MENTERI PULAU PINANG
SEMPENA MAJLIS PERASMIAN PROGRAM DIGITAL EKONOMI DALAM PEMBANGUNAN USAHAWAN

15 SEPTEMBER 2018
DEWAN MAHLIGAI KENCANA, WISMA PERKESO, SEBERANG JAYA

Puan Sumathi Selvam
Ketua Pegawai Eksekutif 
Yayasan Kemajuan Sosial Malaysia (YKSM)

Puan Elia Mastura Kamaruddin
Pengerusi 
Pertubuhan Kebajikan & Kemajuan Sosial (PKKS)

Dato’ Danial Abdullah
Pengerusi 
Pertubuhan Kebajikan dan Sosial Seberang Perai

Dr. Mary Ann Harris
Ketua Pegawai Kewangan 
Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP)

Puan Jariyah Binti Hashim
Ketua Jabatan, Pembangunan & Pengeluaran Industri
Pihak Berkuasa Perlaksanaan Koridor Utara(NCIA)

Cik Ajri Zarith Nur binti Ahmad
Eksekutif Perbadanan
Pembangunan Pulau Pidang, PDC (Bahagian Usahawan)

Puan Nachiamei A/P Ramasamy
Naib Presiden, Pendidikan & Modal Insan
Pihak Berkuasa Perlaksanaan Koridor Utara(NCIA)

Ms. Ong Bee Leng
Ketua Pegawai Eksekutif 
Penang Women’s Development Corporation(PWDC)

Encik Ashran bin Dato’ Ghazi
Ketua Pegawai Eksekutif
Malaysia Global Innovation & Creativity Centre (MaGIC)

Madam Krista Goon
Pengasas Redbox Studio

Encik Balachandran a/l Ramachandran
Pengarah 5CANALE Sdn Bhd

En. Naresh a/l Tan Sri Ramesh
Pelita Samudra Pertama(M) Sdn Bhd

En. Sharath a/l Tan Sri Ramesh
Pelita Samudra Pertama(M) Sdn Bhd

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada jawatankuasa penganjur kerana menjemput saya bagi merasmikan Program Digital Ekonomi Dalam Pembangunan Usahawan Wanita pada petang yang mulia ini.

Saya difahamkan program ini dianjurkan oleh pihak Yayasan Kemajuan Sosial Malaysia (YKSM) dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan turut melibatkan Pertubuhan Kebajikan dan Kemajuan Sosial (PKKS). Majlis ini berjaya mengumpulkan seramai lebih kurang 250 orang usahawan-usahawan yang terdiri daripada pelbagai bidang industri antaranya seperti industri pembuatan makanan, industri pembuatan pakaian, ejen kosmetik dan penjagaan kulit, industri pelancongan/homestay dan juga perkhidmatan.

Kesemua usahawan-usahawan ini mempunyai latar belakang yang berlainan. Ada yang bermula dari pelajar universiti yang bakal menamatkan pelajaran dalam bidang keusahawan, bakal-bakal usahawan yang baru berjinak dalam industri dan usahawan-usahawan yang telah berjaya melebarkan sayap perniagaan ke peringkat luar negara.

Usaha seperti ini memang digalakkan oleh Kerajaan Negeri seperti yang dibentangkan dalam Ucapan Belanjawan Negeri Pulau Pinang 2018 oleh Mantan Ketua Menteri Pulau Pinang, YB Lim Guan Eng pada 2 November 2017.

Di bawah Pembangunan Modal Insan, Kerajaan Negeri berharap dapat menyediakan prasarana bagi menghadapi Revolusi Industri 4.0 kepada pelapis-pelapis generasi akan datang. Data is king, talent is everything.

Sementara itu, Kerajaan Negeri menyambut baik usaha yang dijalankan oleh pihak Yayasan dengan menyediakan platform ini kepada peniaga dan usahawan-usahawan IKS untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkaitan peluang dan cabaran yang ditawarkan oleh Revolusi Industri 4.0. Saya difahamkan bahawa 60% peserta yang hadir pada hari ini telah mendaftar untuk mengikuti kursus jangka masa pendek dengan Yayasan bagi memantapkan kemahiran mereka dalam bidang “Internet of things” (IOT). Syabas saya ucapkan!

Kita tidak perlu berasa takut kerana ini bukanlah perkara baru. Memiliki telefon pintar bukan perkara baru, memiliki akaun Facebook, Instagram, Twitter pun bukan perkara baru, cumanya hari ni bagaimana untuk menggunakan platform ini sebagai penghubung dalam perniagaan yang dijalankan. Kursus-kursus teknikal ini dapat dipraktiskan agar seiring dengan teknologi.

Usahawan perlu melengkapkan diri dalam kemahiran-kemahiran ‘niche’ yang amat relevan dalam industri yang berkaitan. Platform digital juga tidak boleh dipandang remeh oleh sesetengah masyarakat kerana inilah trend terkini. Sangat penting bagi semua masyarakat mengetahui fungsi dan penggunaan agar tidak ketinggalan dalam arus permodenan.

Saya yakin, usaha ini dapat memastikan usahawan-usahawan wanita menambah pendapatan mereka dan juga memasarkan produk dan perkhidmatan ke luar negara tanpa ragu-ragu dengan kesahihan platform yang digunakan untuk perniagaan.

Akhir kata, semoga penganjuran program pada hari ini dapat memberi manfaat kepada kita semua dalam menghadapi dunia yang penuh mencabar masa kini.

Sekian, terima kasih.

Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang Tingkat 28, KOMTAR, 10502, George Town, Pulau Pinang