Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang kecewa dengan Pos Malaysia berikutan tindakan menaikkan caj komisen yang dikenakan iaitu daripada 70 sen kepada 90 sen bagi setiap pembayaran bil air.

Posted in Dari Meja Ketua Menteri

 Kenyataan Akhbar Ketua Menteri Pulau Pinang, YAB Lim Guan Eng pada 4.3.2011 di Komtar, George Town.

_____________________________________________________________

 

Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang kecewa dengan Pos Malaysia berikutan tindakan menaikkan caj komisen yang dikenakan iaitu daripada 70 sen kepada 90 sen bagi setiap pembayaran  bil air. Walau bagaimananpun Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBA) belum membuat sebarang keputusan dan akan terus menggunakan perkhidmatan Pos Malaysia sebagai medium bagi memudahkan orang awam membayar bil.

 

 

PBA membelanjakan RM700, 000 setiap tahun sebagai komisen kepada Pos Malaysia. Ini dilakukan bagi mengurangkan beban kepada pengguna Pulau Pinang. Peningkatan 20 sen iaitu daripada 70sen sehingga 90 sen telah mengakibatkan peningkatan kos sebanyak RM200 000 dari RM700, 000 kepada RM900, 000 setiap tahun.

  

Kerajaan negeri Pulau Pinang Malaysia berharap bahawa Pos tidak akan meningkatkan kos yuran sebagai sebahagian daripada perkhidmatan kepada pelanggan dan juga memenuhi tanggung jawab sosial mereka kerana air merupakan keperluan bagi setiap orang. Seperti itu adalah 70 sen dibebankan untuk setiap bil air sudah tinggi berbanding dengan kos 50 sen perkhidmatan dikenakan oleh bank.

 

Oleh itu, kerajaan negeri Pulau Pinang berharap Pos Malaysia mempertimbangkan semula keputusan untuk menaikkan caj komisen sebagai sebahagian daripada perkhidmatan kepada pelanggan dan juga memenuhi tanggungjawab sosial kerana air merupakan keperluan asas bagi setiap orang. Bayaran caj komisen 70sen dilihat sudah tinggi berbanding 50sen perkhidmatan yang dikenakan oleh bank dan perkara ini terbukti akan membebankan rakyat terutama daripada golongan rendah.

 

 

 

Kenaikan kadar caj komisen ini adalah satu tindakan tidak masuk akal Pos Malaysia dan hanya dilihat sebagai satu cara untuk Pos Malaysia bagi mengaut keuntungan tanpa mengira nasib golongan bawahan. Sekiranya Pos Malaysia masih berkeras dengan tindakan untuk terus menaikkan kadar caj ini, lebih baik Pos Malaysia berhenti daripada terus menggunakan nama Pos Malaysia sebaliknya menggantikan dengan Pos Mata Duitan.

 

 

PBA tidak mempunyai pilihan lain selain terus menanggung kos komisen seperti mana yang telah dimeterai dalam perjanjian antara Pos Malaysia dan PBA. Dan saya sendiri telah mengarahkan agar PBA tidak memberhentikan peruntukan tersebut bagi mengelakkan kesulitan kepada semua masyarakat yang ingin membayar bil mereka di pejabat- pejabat Pos Malaysia.

 

 

LIM GUAN ENG