MAJLIS PERASMIAN JETI TAMBAHAN DAN DATARAN TEMPAT LETAK KERETA JETI NELAYAN CHANGKAT

Posted in Dari Meja Ketua Menteri

TEKS UCAPAN KETUA MENTERI PULAU PINANG
MAJLIS PERASMIAN JETI TAMBAHAN DAN DATARAN TEMPAT LETAK KERETA JETI NELAYAN CHANGKAT
NIBONG TEBAL, SEBERANG PERAI SELATAN
20 / 05 / 2017 ( SABTU )


Tuan-tuan dan puan-puan sekelian.

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada nelayan-nelayan yang berpengkalan dijeti ini yang berusaha supaya kemudahan asas di jeti ini disediakan dengan memohon kepada beberapa jabatan Kerajaan Persekutuan yang berkaitan untuk mendapatkan peruntukan termasuklah membina Jeti Tambahan Nelayan Changkat ini. Walaupun gagal dalam permohonan mereka tetapi ini adalah antara usaha murni ahli-ahli Persatuan Nelayan Changkat ini lakukan untuk kebaikan bersama.

Tuan-tuan dan puan-puan sekelian,

Saya telah dimakmumkan, jeti nelayan ini telah dibina pada tahun 2008 daripada sokongan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia ( LKIM ) yang memperuntukan melebihi kos sebanyak RM 500,000.00 sahaja untuk membina jeti ini. Sejak pembinaan Jeti Nelayan Changkat ini siap dibina, saya diberitahu tidak ada sebarang kemudahan asas yang disediakan seperti bekalan air, dan tempat letak kereta pun tidak sediakan dengan baik yang hanya dipasang hanya panel solar bekalan eletrik sahaja. Itu pun sudah rosak kerana tiada penyelengaraan.

Tuan-tuan dan puan-puan sekelian,

Sejak pentadbiran Negeri Pulau Pinang ini diambil alih oleh pakatan harapan pada bulan Mac 2008, kita lihat bukan jeti nelayan ini sahaja yang mengalami kekurangan kemudahan asas. Masih banyak lagi jeti-jeti nelayan yang masih lagi tidak ada kemudahan asas seperti ini. YB. Soon Lip Chee ADUN Jawi mengambil berat tentang kemudahan Jeti Nelayan Changkat ini dan meminta bantuan daripada saya. Jika tidak ada hubungan yang baik antara ahli-ahli nelayan di sini terutama Pengerusi Nelayan Changkat ini, saya yakin banyak maklumat berkaitan jeti ini tidak akan sampai ke pengetahuan YB Kawasan. Begitu juga hubungan antara JKKK Kawasan dan pihak nelayan di sini.

Saya amat gembira sejak En Abdul Rahman Bin Ibrahim menjadi Pengerusi Persatuan Nelayan Changkat ini dua tahun yang lalu perubahan dalam kawasan jeti nelayan ini sedikit demi sedikit berubah wajah dengan sokongan penuh daripada Kerajaan Negeri Pulau Pinang melalui YB. Soon Lip Chee ADUN Jawi.

Tuan-tuan dan puan-puan sekelian,

YB. Soon Lip Chee ADUN Jawi beritahu saya, Jeti Nelayan Changkat adalah antara jeti yang menjadi tumpuan kaki pancing penduduk tempatan malah dari luar Negeri Pulau Pinang. Jeti Nelayan Changkat melalui facebook, whatsapp yang sentiasa dikemaskini oleh ahli-ahli persatuan ini. Inilah yang kita mahukan, walaupun berkerja sebagai nelayan, kita tidak boleh ketinggalan dalam bidang teknologi maklumat untuk menyebarkan keseluruh dunia memberitahu apa yang menariknya di Jeti Nelayan Changkat ini.

Tuan-tuan dan puan-puan sekelian,

Menaiktaraf Jalan Masuk Ke Jeti Nelayan Changkat

YB. Soon Lip Chee ADUN Jawi telah memohon kepada Pejabat Daerah SPS supaya jalan masuk dari jalan utama ( Jalan Ke Pulau Burung ) masuk ke Pengkalan Jeti Nelayan Changkat ini di turap semula melalui surat bertarikh 26 April 2016 tahun lalu. Oleh kerana jalan ini dibawah seliaan Jabatan Pengairan dan Saliran ( JPS ), Jabatan ini telah berjanji akan menurap semula jalan ini melalui peruntukan sistem “ Marris “ sepanjang 1.3 kilometer. Kos untuk menurap semula jalan adalah sebanyak RM 100,000.00 sahaja yang akan dijalankan pada awal bulan April 2017 ini seperti yang kita lihat hari ini.

Menaiktaraf Dataran Tempat Letak Kereta

Pada 26 April 2016 juga, YB. Soon Lip Chee ADUN Jawi telah memohon kepada Pejabat Daerah SPS setelah menerima permohonan daripada Pengerusi Persatuan Nelayan Changkat supaya dataran tempat letak kereta dinaiktaraf dengan premix. Permohonan ini juga telah mendapat perhatian daripada Pengawai Daerah SPS untuk menguruskan dalam masa terdekat ini.

Dalam Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Daerah SPS pada 27 Mac 2017. Mesyuarat telah memaklumkan permohonan untuk mendapatkan peruntukan sebanyak RM 70,000.00 sahaja daripada Jabatan Kewangan Negeri Pulau Pinang telah diluluskan setelah YB. Soon Lip Chee ADUN Jawi membuat surat permohonan terus kepada YAB. Ketua Menteri Pulau Pinang. Saya luluskan permohonan ini memandangkan keperluan tempat letak kereta ini memang amat diperlukan.

Bekalan Air Bersih

Berkaitan bekalan air, YB. Soon Lip Chee ADUN Jawi juga telah membuat permohonan kepada Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM ) pada 26 April 2016 tahun lalu jawapan yang diterima tiada peruntukan.

Lanjutan dari itu, saya telah membuat permohonan kepada PBAPP SPS supaya bekalan air dapat dibekalkan dan lawatan bersama pengawai PBAPP telah diadakan pada 10 Februari 2017. Diberitahu PBAPP tidak boleh memasang paip dari Jalan Pulau Burung sehingga jeti nelayan ini. PBAPP meminta persatuan ini menanggung sepenuhnya kos kemasukan paip air ke jeti nelayan ini.

YB. Soon Lip Chee ADUN Jawi juga telah memohon peruntukan daripada saya untuk memasuki bekalan air di Jeti Nelayan Changkat ini setelah Persatuan Nelayan Changkat ini tidak mempunyai sumber kewangan untuk memasuki bekalan air bersih ini kerana kos amat tinggi. Saya pun luluskan juga sebanyak RM 9,946.00 sahaja. Ini adalah kerana untuk kegunaan orang ramai khususnya para nelayan disini untuk keselesaan mereka.

Jeti Tambahan Nelayan Changkat

Pada 13 Oktober 2016, “ Listening Tour “ bersama YB. Tuan Chow Kon Yeow Exco Kerajaan Tempatan, YB. Tuan Soon Lip Chee ADUN Jawi serta beberapa jabatan seperti MPSP, Pejabat Daerah SPS, JPS SPS dan JKR SPS telah melawat ke jeti nelayan ini berikutan ada permohonan daripada persatuan nelayan ini untuk membina jeti tambahan kepada YB. Soon Lip Chee ADUN Jawi semasa majlis gotong royong di jeti ini pada bulan April 2016 yang lalu.

Hasil daripada “ Listerning Tour “ ini nelayan-nelayan yang berpengkalan di Jeti Nelayan Changkat telah mendapat manfaat yang mana Kerajaan Negeri Pulau Pinang melalui saya telah meluluskan peruntukan sebanyak RM 199,900.00 sahaja. Kos sebanyak itu telah berjaya dipanjangkan lagi sejauh 45meter panjang x 3meter lebar. Saya harap dengan terbinanya jeti tambahan ini masalah nelayan yang mana bot-bot mereka yang sebelum ini diikat pada tiang-tiang yang dipacak ditebing sungai ini dapat diikat dijeti ini dengan selesa lagi.

Kesimpulan

Dalam masa satu tahun sahaja, Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah meluluskan peruntukan sebanyak RM 379,846.00 sahaja yang melibatkan menurap semula mini tar jalan masuk ke jeti nelayan ini, bekalan air bersih, menurap dataran letak kereta dan membina Jeti Tambahan Nelayan Changkat ini. Ini adalah kerana kerajaan yang ada sekarang ini amat perihatin terhadap keperluan rakyatnya.

Saya amat harapkan nelayan-nelayan disini dapat bersama-sama menjaga kemudahan asas yang disediakan disini. Ini bukan untuk diri kita sendiri tetapi juga untuk orang ramai begitu juga jika pengkalan jeti ini diuruskan dengan baik, saya amat yakin pelancong-pelancong dari luar akan datang ke sini dengan syarat kemudahan asas perlu disediakan dahulu, selain daripada itu, kehijauan disekeliling jeti ini perlu dipelihara dengan baik.

Saya jangkakan, dalam masa beberapa tahun ini, jeti ini akan dikelilingi dengan pembangunan. Kita lihat pembangunan di Batu Kawan sedang rancak dan di kawasan Byram ini juga akan ada rancangan pembangunan masa hadapan. Oleh itu, marilah kita bersama-sama menjadikan jeti nelayan ini sebagai satu daya tarikan daripada pelancong luar datang ke sini.

Sekian, terima kasih.

FAMILY DAY FOR PBAPP’S NATIONAL CHAMPIONS CONTINGENT

Posted in Dari Meja Ketua Menteri

SPEECH BY CHIEF MINISTER OF PENANG
FAMILY DAY FOR PBAPP’S NATIONAL CHAMPIONS CONTINGENT

20th May 2017
TECH DOME PENANG

On behalf of the Penang State Government, I would like to congratulate the PBAPP contingent again for winning the title of ‘Champion Contingent of the National-level Worker’s Day Gathering 2017’.

We know that this win was the result of voluntary participation by 80 employees of the PBAPP family.

While most Penangites and Malaysians were enjoying a day off with families and friends on ‘Labour Day’, you chose to represent PBAPP and Penang in a national-level parade competition at Putrajaya. We also appreciate the fact that some of you have been doing this for years. However, what matters most is that your sacrifice, dedication and commitment have paid off handsomely this year.

I was quite heartened to learn that, in the process of winning the title, you incorporated waving mini Penang flags and PBAPP flags in your parade routines for 2.5 hours. You have done PBAPP and Penang proud on 1st May 2017 by emerging as the champion contingent and by besting other more established contingents set up by other bigger companies.

If I am not mistaken, PBAPP’s achievement of emerging as the ‘Champion Contingent of the National-level Worker’s Day Gathering 2017’ marks another first for Penang. I have not heard of any other Penang organisation that has managed to achieve such a feat in recent years. So, please accept our heartiest congratulations and appreciation for this achievement.

When I heard about this win, I thought that we should give something back to you and your families for your good work on 1st May 2017. Since you were ‘working hard for PBAPP and Penang’ on Labour Day 2017, it is only appropriate that we give you back some quality time with your families today.

This is the reason for the ‘PBAPP National Day Parade Champions Family Day Celebration’. This is our way of saying ‘thank you’ and I hope that you will enjoy a great day together with your families in the Penang Tech Dome.

In closing, I would like to say that it is a pity that many of us did not manage witness your title-winning parade performance at Putrajaya because it was not shown on TV. However, we now look forward to your performance at the State-level National Day celebrations this year.

Please keep up the good work and show us what PBAPP can do.

Finally, I would like to announce a one-month interim bonus for all PBAPP employees, to be paid in June 2017. This is to reward all PBAPP employees for working hard to ensure that there is no water rationing in Penang until today.

Thank You.

Pelancaran Pengecatan Logo I Love Penang

Posted in Dari Meja Ketua Menteri

Ucapan Ketua Menteri Pulau Pinang

Di Program Pelancaran Pengecatan Logo I Love Penang

pada 20 Mei 2017 (Sabtu) di Taman Free School:

 

Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah melancarkan kempen "I Love Penang - Saya Sayang Pulau Pinang; 我爱槟城; நான் பெனாங் நேசிக்கிறேன்" pada 9 Februari 2017. Beberapa program untuk menyemarakan kempen ini telahpun dianjurkan sempena dengan pelancaran kempen tersebut, antaranya adalah beberapa acara larian I Love Penang di bahagian Pulau dan bahagian Seberang Perai dan baru-baru ini di Bukit Bendera.

Selaras dengan kempen tersebut, Bahagian Perumahan Negeri Pulau Pinang berpendapat bahawa untuk menyemarakan lagi dan memupukkan semangat cinta rakyat terhadap Negeri Pulau Pinang, maka kempen ini juga perlu dipanjangkan kepada skim-skim perumahan awam di Negeri Pulau Pinang.

Dalam pada ini pada 3 Mac 2017, Majlis Mesyuarat Kerajaan telah bersetuju dengan cadangan YB Jagdeep Singh Deo agar logo "I Love Penang" ataupun "Saya Sayang Pulau Pinang", "我爱槟城" dan "நான் பெனாங் நேசிக்கிறேன்" dicat pada skim-skim perumahan awam di seluruh Negeri Pulau Pinang. Dalam pada itu, Bahagian Perumahan Negeri Pulau Pinang telah mengenal pasti 45 blok skim perumahan awam di kelima-lima daerah Negeri Pulau Pinang untuk ditandakan logo tersebut.

Kos keseluruhan projek ini adalah dijangkakan dalam RM222,590.20 dan tempoh penyiapan keseluruhan projek adalah dijangka siap sepenuhnya pada Oktober, 2017. Saya berasa gembira kerana dapat hadir ke Taman Free School yang merupakan printis kempen pengecatan logo "I Love Penang", "Saya Sayang Pulau Pinang", "我爱槟城" dan "நான் பெனாங் நேசிக்கிறேன்" untuk Negeri Pulau Pinang dan dengan ini, Kerajaan Negeri Pulau Pinang mengharapkan agar seluruh rakyat negeri Pulau Pinang senantiasa berada dalam keadaan selesa, sihat dan harmoni.

Hendaklah rakyat Negeri Pulau Pinang senantiasa diperingati tanah bumi Negeri Pulau Pinang adalah kepunyaan kita selama-lamanya dan sebarang cadangan daripada mana-mana pihak seperti Kerajaan Persekutuan baru-baru ini untuk mengambil alihnya melalui cara menjadikannya satu Wilayah Persekutuan akan langsung tidak diterima oleh pihak rakyat jelata Negeri Pulau Pinang.