Penang International Property Summit 2016

Posted in Dari Meja Ketua Menteri

 

Chief Minister’s Speech
Penang International Property Summit 2016
8 January 2016

I wish to congratulate the organizer of this event, the Penang State Housing Committee for organizing this second installment of the Penang International Property Summit, at the SPICE Arena.

This summit is a testament to our motto of being Competent, Accountable and Transparent (CAT), the axis upon which we have administered our state.

The Penang State Government has continued engaging with all stakeholders in the property sector in Penang, from the developer to the consumer.

Since we took over the reigns of administration in Penang in 2008, I am confident that I am correct when I say that there has been much positive changes in Penang, which has made Penang in turn, one of the most attractive states to live in and invest in, where property is concerned.

As a result of our CAT governance, which abhors corruption and which prioritizes good governance and clean leadership, citizens throughout Malaysia and even outside of Malaysia, want a piece of the pie in Penang.

This however, has led to Penang seeing, in the recent years, a rise in property prices. The Penang State Government is clearly aware of this phenomenon and in order not to become the victims of our success, we have prioritized the provision of public and affordable housing to Penangites in particular.

In this regard, I am certain all those attending this Summit, are aware of the various affordable housing guidelines that exists in Penang, whereby incentives are given to developers who partake in the state government’s affordable housing initiative.

I would like to commend the private sector who have joined our initiative, especially having regard to the complete failure by the Federal Government to provide affordable housing to Penang under the various Federally initiated affordable housing programmes.

I remember PM Najib Razak announcing that 9,999 units of affordable housing would be built in the constituency of Air Itam and Air Putih, my constituency on the eve of GE13. Clearly, that proved to be but an empty promise.

To-date, it is disappointing to note that despite Penangites being the third highest tax payer in the country whereby last year alone, we have paid a sum of RM6.3 billion, only a mere 2% of that amount has been re-channeled back to Penang. In any event unfortunately, not a single cent, for public affordable and housing.
This is why a Summit like this, is very important, because the Penang State Government engages with the private sector in its Public-Private Partnership mode, so as to listen to the private sector as to how we can enhance the delivery system of housing in particular, of affordable housing to Penangites.

We are all ears to your constructive suggestions and inputs, and I am confident to say that the said suggestions and inputs will be taken into consideration by the State Government and may be even implemented as policies and guidelines.

This is evidenced by the first PIP Summit held last year, whereby I am certain you are aware, several suggestions and inputs by the private sector had in fact not only been considered, but have been implemented, as you have been briefed just now by YB Jagdeep.

In the last quarter of 2015, the State Government having cognizance of the economic crunch facing developers, have addressed their difficulties by allowing corporate guarantees to be accepted for payments of contributions, as opposed to bank guarantees which was hitherto the practice.

However, in order to curb any form of abuse towards this guideline, we have imposed several strict conditions, which include, amongst others, the requirement for a joint and several guarantee to be submitted by the directors and shareholders of the respective companies and also for a registrar's caveat to be entered into the lands being developed.

This is an example of how the Penang State Government is sensitive to the difficulties being faced by the developers, and it is hoped that by introducing such new measures, they will be able to continue with their affordable housing initiatives, which in turn, will generate economic growth for Penang.

Touching on this aspect, whereby we are sensitive to the needs from the angle of the developers, the Federal Government must forthwith approve all outstanding Advertising Permit and Developers' License (APDL) by Penang developers. By not so approving them, the Federal Government is economically sabotaging, not only developers from Penang but all Penangites as a whole, as the housing industry, as far as any one particular housing development is concerned, involves some 140 industry players.

In my new year’s address, I dubbed 2016 as the ‘Transformational year”. I note YB Jagdeep’s new year’s address where housing was concerned was dubbed ‘The year of delivery of housing in Penang’.

In this regard, when I mention transformation it refers largely to the RM27 billion Transport Masterplan (TMP) – a five-in-one “big bang” approach towards resolving traffic congestion involving buses, taxis, cable-car, watertaxis/ferries and LRT/monorail. It would also encompass transformation in the housing and property sector, whereby we see a realization, commencing this year onwards, of the various people-centric policies that have been introduced by the Penang State Government prior to this.

Although it has been a challenging 2015, and economic pundits prospect that 2016 will be equally if not, more challenging, I am confident that Penang, with its continued vision of being an international and intelligent city, coupled with governance Competency, Accountability and Transparency, will be able to weather 2016, even where the housing and property sector is concerned.

Based on Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) approvals for construction projects, the Gross Development Value was RM RM3,565,075,900.00 in 2014. For the first half of 2015, the GDV of approved projects was RM1,981,540,000.00 clearly indicating that 2015 will easily exceed 2014. This shown that the construction industry is still recording strong growth in Penang despite prevailing economic downturn in Malaysia.

Penang will continue to be an attractive place to invest in and at the same time, the Penang State Government will continue to prioritise the provision of affordable housing to Penangites, so that we will be able to fulfill our aspiration of “Satu Rumah, Satu Keluarga” for Penangites.

 

MAJLIS ANGKAT SUMPAH DAN PENERIMAAN JAWATAN AHLI MAJLIS-AHLI MAJLIS MPSP 2016

Posted in Dari Meja Ketua Menteri

 

TEKS UCAPAN

YAB KETUA MENTERI PULAU PINANG
MAJLIS ANGKAT SUMPAH DAN PENERIMAAN JAWATAN
AHLI MAJLIS-AHLI MAJLIS MPSP 2016
MAJLIS PERBANDARAN SEBERANG PERAI
8 JANUARI 2016 (JUMAAT), JAM 9:00 PAGI
DI DEWAN KENANGA, MPSP

Selamat pagi dan salam sejahtera.
....................................................................................................................

Terima kasih kerana telah diberi kesempatan berjumpa sekali lagi di dalam Dewan Kenanga, MPSP dalam Majlis Angkat Sumpah Ahli Majlis tahun 2016.

Di pagi yang mulia ini ingin saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada semua Ahli Majlis atas perlantikan mereka. Saya juga ucapkan terima kasih kepada semua Ahli Majlis yang tamat perkhidmatannya.

Saya juga mengharapkan kerjasama yang terbaik terjalin diantara Ahli Majlis dengan pegawai-pegawai MPSP di dalam menjalankan tugas harian kerana hubungan ini akan dapat memantapkan perkhidmatan yang diberikan kepada rakyat.

Hadirin sekalian,
MPSP mengamalkan perbelanjaan berhemah dan urus tadbir berasaskan prinsip CAT (Cekap, Akauntabiliti dan Telus). Ini bermakna segala hasil yang dikutip daripada rakyat akan digunakan untuk membiayai perkhidmatan yang terbaik dan pembangunan kepada pembayar cukai. Majlis telah berjaya mencatatkan prestasi kewangan yang membanggakan dengan mencatatkan lebihan dalam penyata kewangan untuk tiga tahun berturut-turut iaitu sebanyak RM4.15 juta untuk tahun 2012, RM2.74 juta untuk tahun 2013 dan RM0.17 juta untuk tahun 2014.

Dalam usaha untuk meningkatkan penyediaan kemudahan awam, MPSP akan melaksanakan beberapa projek pembangunan berdasarkan hasil atau matlamat yang boleh dicapai (outcome-based budgeting). Peruntukan kewangan sebanyak RM1.18 juta telah dirancang untuk digunakan daripada Wang Sumbangan Menggantikan Penyediaan Kemudahan Awam (Tapak dan Bangunan Penjaja) pada tahun 2016 bagi tujuan berkenaan yang merangkumi projek menaiktaraf pasar-pasar awam, kompleks makanan dan tapak penjaja untuk keselesaan orang awam yang akan diteruskan lagi.

Pada amnya, perkhidmatan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam adalah diuruskan secara sepenuhnya oleh kakitangan MPSP yang kini dilaksanakan oleh anggota seramai 2508 orang bagi memenuhi hasrat menjaga kebajikan rakyat tempatan.

Bagi tahun 2012, GDV yang diluluskan adalah RM 2,512,956,400.00. Bagi tahun 2013, GDV yang diluluskan adalah RM1,669,385,182.00. Bagi tempoh Januari sehingga Disember 2014, MPSP telah meluluskan projek-projek pembangunan hartanah bagi seluruh Seberang Perai yang menghasilkan GDV berjumlah RM 483,880,000.00. Manakala, bagi tempoh Januari sehingga November 2015 pula, GDV yang dihasilkan mengalami pertumbuhan menggalakkan iaitu berjumlah RM826,300,000.00. Jumlah keseluruhan dari tahun 2012 hinnga November 2015 adalah RM 5,492,521,582.00. Ini menunjukkan bahawa sektor pembinaan di Seberang Perai terus berkembang pesat dan pertumbuhan ekonomi sangat memberangsangkan.

Dalam menyahut inisiatif Kerajaan Negeri bagi mewujudkan Seberang Perai yang lebih bersih, indah, selamat dan sihat, program-program penghijauan akan diteruskan oleh Majlis Perbandaran Seberang Perai bagi tahun 2016. Secara keseluruhan, peruntukan sebanyak RM 3.2 juta telah disediakan bagi tujuan tersebut yang meliputi kerja-kerja penanaman pokok-pokok teduhan, cadangan bagi menaiktaraf taman-taman rekreasi awam serta kawasan lapang, penyelenggaraan taman-taman permainan serta pemasangan kemudahan alatan senaman (outdoor gym). Selain itu, projek pengindahan landskap secara Corporate Social Responsibility (CSR) akan turut dipergiatkan sepanjang tahun 2016 dimana sebanyak 32 buah lokasi telah dikenalpasti untuk tajaan mana-mana pihak swasta yang berminat.

Bagi tujuan menggalakkan gaya hidup yang lebih sihat, sepanjang 18.6km laluan utama telah dikenalpasti dari Pantai Bersih ke Kuala Muda melalui Telok Air Tawar untuk dijadikan sebagai laluan berbasikal yang berkonsepkan 'road sharing'. Ini adalah bagi memenuhi keperluan masyarakat setempat dalam menjalankan aktiviti riadah dan rekreasi secara berterusan di Seberang Perai. Sebanyak RM 50,000.00 telah diperuntukkan untuk tujuan pemasangan papan tanda berbasikal di sepanjang laluan tersebut. 

Peruntukan sebanyak RM3 juta telah disediakan untuk penyelenggaraan lampu jalan awam di seluruh Seberang Perai. Peruntukan sebanyak RM500,000.00 juga telah disediakan untuk tujuan menaiktaraf parit di kawasan Taman Senangin yang kerap dilanda banjir kilat. Melalui Program Bandar Selamat, pihak MPSP juga telah menyediakan sebanyak RM500,000.00 bagi melaksanakan pemasangan railing, laluan pejalan kaki, pemasangan lampu jalan dan tempat letak motorsikal berkunci di 4 lokasi yang telah dipilih iaitu Jalan Jenahak, Seberang Jaya, Taman Putri Gunung, Rumah Pangsa Desa Wawasan dan Rumah Pangsa Jalan Mohd Saad.


Bagi program Bandar Selamat, meskipun MPSP tidak termasuk dalam senarai PBT yang menerima peruntukan daripada Kementerian Dalam Negeri, tetapi MPSP telah memperuntukkan melalui Bajet MPSP tahun 2016 sebanyak RM 500,000.00 untuk pelaksanaan Program Bandar Selamat di kawasan Seberang Perai.

Bagi memantau kegiatan jenayah dan masalah trafik, sebanyak 110 buah kamera CCTV telah dipasang yang dapat dipantau dari pusat kawalan bangunan ibu pejabat MPSP di Bandar Perda dan Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara, Tengah dan Selatan. Pada tahun 2016, peruntukan sebanyak RM2juta akan disediakan oleh Majlis bagi penyelenggaraan kamera-kamera CCTV.

Dalam usaha meningkatkan kualiti pembersihan parit monsun dan kolam takungan di seluruh Seberang Perai, MPSP telah menyediakan peruntukan sebanyak RM7.5 juta bagi menjalankan penyelenggaraan parit monsun dan kolam takungan.

Pada tahun ini Pulau Pinang akan melaksanakan Pengasingan Sisa Pepejal di Punca (Segregation At Source) mulai bulan Jun 2016 dan saya percaya kita dapat melaksanakannya dengan baik memandangkan kadar kitar semula MPSP sehingga November adalah 39%. Bagi meneruskan cabaran dalam pembersihan, pada tahun ini, sebanyak RM98.99 juta (peningkatan RM5 juta berbanding tahun lepas) diperuntukan untuk meningkatkan mutu perkhidmatan kebersihan di Seberang Perai. Walaupun MPSP mempunyai tanggungjawab dalam memastikan Seberang Perai semakin bersih, tetapi kerjasama daripada penduduk juga diperlukan dalam aspek kebersihan.

Dari segi kawalan banjir, MPSP telah menyediakan RM11.51 juta (peningkatan RM3.42 juta) untuk tujuan penyelenggaraan rumah pam, parit monsoon, kolam takungan dan juga akan meneruskan projek kawalan banjir dengan peruntukan wang caruman yang akan dipohon dengan Jawatankuasa Tebatan Banjir Kerajaan Negeri.

Untuk mewujudkan sistem lalulintas yang lebih menjamin keselamatan dan keselesaan pengguna jalanraya, peruntukan sebanyak RM17.54 juta (peningkatan RM0.93 juta) untuk penyelenggaraan lampu isyarat, tempat letak kereta, pondok bas, pemasangan lampu dan papan tanda lalulintas.

Para hadirin sekalian,

Berhubung dengan dasar tukang masak tempatan, Kerajaan Negeri memandang serius akan perkara ini. Atas sebab itu, Kerajaan Negeri mahu Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) melipatgandakan usaha dan mengambil tindakan penguatkuasaan, termasuk membatalkan lesen ke atas penjaja, yang masih menggunakan khidmat tukang masak warga asing untuk memasak masakan tempatan.
Larangan dicadangkan hanya terpakai kepada orang asing dan bukan rakyat Malaysia dan hanya untuk gerai-gerai penjaja dan bukannya restoran/ hotel. Dengan pelaksanaan ini, kita akan mampu memelihara citarasa masakan tempatan Pulau Pinang yang sememangnya terkenal di serata dunia.
Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

Kita perlu ingat bahawa semua kerja kita tidak akan berjaya tanpa semangat berpasukan. Marilah kita mengikis mentaliti silo kerana kerja bersama lebih bernilai daripada kerja seorang diri. Apatah lagi elaun tetap Ahli Majlis sudah pun dinaikkan daripada RM1500 kepada RM2500 sebulan menjadikan keseluruhan elaun Ahli Majlis RM4000. Kita harus berusaha kuat sehingga negeri Pulau Pinang menjadi negeri yang paling bersih, hijau, sihat dan selamat di Malaysia. Barulah Pulau Pinang boleh mencapai taraf negeri antarabangsa dan pintar.

Saya ingin mengakhiri ucapan saya dengan memperkenalkan 3A, B, C, D, E dan yang baru F sebagai panduan kepada semua Ahli Majlis. MPSP bertanggungjawab memberikan perkhidmatan 3A iaitu – yang Available (sedia ada), Accessible (mudah dapat), Affordable (berkemampuan). Ahli majlis mesti bersikap 3B – Bersih, Bijak, Berani untuk mengatasi 3 masalah utama 3C – Cleanliness, Crime, Traffic CONGESTION ,dan rela menjalankan kerja 3D – Difficult, Dirty, Dangerous kerana Kerajaan Negeri Pakatan Harapan adalah Kerajaan Negeri berjiwa rakyat yang 3E – Enable the people (perkasakan rakyat) , Empower the people (perkuasakan ratyat), Enrich the people (perkayakan rakyat). Ingat untuk jadi Ahli Majlis yang menjalankan kerja 3F- Fast (cepat), Firm (tegas), Friendly (mesra).

Sekian, terima kasih.

 

UPACARA PENGAKUAN PENERIMAAN JAWATAN AHLIMAJLIS-AHLIMAJLIS MAJLIS BANDARAYA PULAU PINANG

Posted in Dari Meja Ketua Menteri

 TEKS UCAPAN KETUA MENTERI PULAU PINANG

DI UPACARA PENGAKUAN PENERIMAAN JAWATAN
AHLIMAJLIS-AHLIMAJLIS MAJLIS BANDARAYA PULAU PINANG

7 JANUARI 2016 (9:00 PAGI)
DI DEWAN BANDARAYA, PULAU PINANG

Selamat pagi dan salam sejahtera.

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada semua Ahli Majlis atas pelantikan mereka oleh Pihak Berkuasa Negeri. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada mereka yang telah menamatkan perkhidmatannya. Sebagai Ahli Majlis, tuan-tuan dan puan-puan akan menghadapi banyak cabaran memandangkan harapan rakyat akan lebih besar dengan pencapaian status Bandaraya oleh Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) pada 1.1.2015.

MBPP mengamalkan perbelanjaan berhemah dan urus tadbir berasaskan prinsip CAT (Cekap, Akauntabiliti dan Telus). Ini bermakna segala hasil yang dikutip daripada rakyat akan digunakan untuk membiayai perkhidmatan yang terbaik dan pembangunan kepada pembayar cukai. Majlis telah berjaya mencatatkan prestasi kewangan yang membanggakan dengan mencatatkan lebihan dalam penyata kewangan untuk tiga tahun berturut-turut iaitu sebanyak RM80.09 juta untuk 2012, RM47.57 juta untuk 2013 dan RM177.95 juta untuk 2014.

Dalam usaha untuk meningkatkan penyediaan kemudahan awam, MBPP akan melaksanakan beberapa projek pembangunan berdasarkan hasil atau matlamat yang boleh dicapai (outcome-based budgeting). Peruntukan kewangan sebanyak RM118.97 juta telah disediakan pada tahun 2016 bagi tujuan berkenaan yang merangkumi projek menaiktaraf pasar-pasar awam, kompleks makanan dan tapak penjaja untuk keselesaan orang awam yang akan diteruskan lagi.

Perbelanjaan sebenar bagi tahun 2014 adalah sebanyak RM43 juta bagi pengurusan sisa pepejal dan RM40.78 juta untuk pembersihan awam. MBPP telah memperuntukkan sebanyak RM94.52 juta bagi tahun 2015 dan RM100.31 juta bagi tahun 2016 untuk kedua-dua pengurusan kebersihan tersebut.

Pada amnya, perkhidmatan pungutan, mengangkut dan pembuangan sampah adalah diswastakan kecuali kerja-kerja pembersihan awam adalah diuruskan secara dalaman oleh kakitangan MBPP yang kini dilaksanakan oleh anggota seramai 895 orang bagi memenuhi hasrat menjaga kebajikan rakyat tempatan. MBPP akan mengisi tenaga pekerja tambahan sebanyak 101 orang anggota pada awal tahun ini secara kontrak.

Sungguhpun kos perbelanjaan modal dan operasi dari segi pembersihan awam meningkat, ia adalah perlu berdasarkan kepada keutamaan untuk menjaga rakyat tempatan daripada pekerja asing dan sekaligus boleh membuktikan kesanggupan rakyat Malaysia untuk melaksanakan cabaran tugas yang dianggap dirty, difficuilt and dangerous (3D).

Nilai Pembangunan Kasar (GDV) merupakan projek-projek yang diluluskan oleh MBPP berdasarkan Pelan Kebenaran Merancang dan Pelan Bangunan serta telah mempunyai Notis Mula Kerja (Borang B), yang mana ia menggambarkan nilai sebenar nilai pembangunan di bahagian Pulau.

Pada tahun 2014, GDV di bahagian Pulau adalah berjumlah RM3,565,075,900.00 hasil daripada pembangunan yang telah diluluskan oleh MBPP dan GDV bagi separuh tahun 2015 yang pertama adalah sebanyak RM1,981,540,000.00 yang mana jumlah ini akan melebihi dan bertambah bagi keseluruhan tahun 2015. Ini menunjukkan pertumbuhan ekonomi dan sektor pembinaan masih berkembang dengan pesat.

Pada masa yang sama, MBPP akan terus melaksanakan program-program penghijauan dan keceriaan bandar seperti penanaman pokok, kerja-kerja landskap, menaiktaraf taman dan kawasan permainan kanak-kanak serta pemasangan lampu hiasan. Bagi tujuan ini, peruntukan sebanyak RM4.283 juta telah disediakan.

Bagi memperkasa pengurusan lalu lintas dan pengangkutan awam, MBPP akan meneruskan projek pembinaan dan menaiktaraf jalan yang termasuk menambahbaik saliran serta menaiktaraf laluan pejalan kaki seperti Projek Pembinaan Jalan Berkembar Jalan Paya Terubong serta membina dan menaiktaraf Jalan Masjid Negeri, persimpangan Jalan Mount Erskine dan Jalan Zoo serta menaiktaraf sebahagian Lebuhraya Tun Dr. Lim Chong Eu di mana RM63 juta diperuntukkan untuk tujuan tersebut.

Lorong basikal merupakan KPI yang dapat membezakan sebuah Majlis Perbandaran dan Majlis Bandaraya. MBPP telah berusaha untuk menggalakkan penggunaan basikal yang mesra alam dan untuk tujuan rekreasi. Sebanyak RM3 juta telah diperuntukkan untuk Projek Membina dan Menaiktaraf Laluan Basikal dari Tanjung Tokong ke Jambatan Sultan Abdul Halim dan Lapangan Antarabangsa Bayan Lepas. Ini merupakan sebahagian daripada keseluruhan kos projek sebanyak RM30 juta untuk lorong basikal sepanjang 33km daripada Tanjung Tokong ke Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, di mana kos sebanyak RM30 juta ini adalah termasuk juga kos yang dibiayai oleh pihak swasta.

Peruntukan sebanyak RM2 juta telah disediakan untuk penyelenggaraan lampu jalan awam di seluruh pulau. Peruntukan sebanyak RM2 juta juga telah disediakan untuk tujuan menaiktaraf parit di kawasan Bandar George Town serta RM1 juta untuk menaiktaraf bahu jalan dan laluan pejalan kaki mengikut konsep rekabentuk sejagat.

Dalam usaha Kerajaan mengurangkan kadar jenayah di kawasan perumahan, Kementerian Dalam Negeri telah meluluskan peruntukan sebanyak RM600,000 kepada MBPP bagi tahun 2016 untuk projek-projek inisiatif Program Transformasi Kerajaan (GTP) 2.0 NKRA Bandar Selamat - Pemutihan Kawasan Black Spot.

Bagi memantau kegiatan jenayah dan masalah trafik, sebanyak 558 buah kamera CCTV telah dipasang yang dapat dipantau dari pusat kawalan MBPP di Komtar serta Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Kontinjen dan Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut. Pada tahun 2016, peruntukan sebanyak RM9.36 juta akan disediakan oleh Majlis bagi pemasangan dan penyelenggaraan kamera-kamera CCTV. Sebanyak 180 buah kamera CCTV tambahan akan dipasang pada tahun 2016.

Portal pelancong internet terbesar di dunia, Lonely Planet pada Oktober 2015 telah menyenaraikan George Town sebagai salah satu daripada 10 bandar raya terbaik untuk dilawati di dunia dan Los Angeles Times pada Disember 2015 telah menyenaraikan Pulau Pinang (pulau) sebagai bandaraya yang perlu dilawati pada tahun 2016. Forbes dan Yahoo Travel juga menyebut George Town sebagai destinasi tarikan ramai. Ini menunjukkan bahawa George Town dan Pulau Pinang mempunyai impak yang positif sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO yang lestari dan hijau.

Dalam usaha untuk membangunkan dan menghidupkan kembali kawasan di sekitar Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR), Kerajaan Negeri kini sedang menimbang cadangan untuk mewujudkan satu lagi terminal bas ekspres di sekitar kawasan ini yang telah dihentikan operasinya pada 1 Jun 2014 yang lalu. Ini selaras dengan usaha untuk menjadi kawasan Komtar sebagai hab teksi, bas dan LRT/monarail. Walau bagaimanapun, ia masih dalam peringkat perbincangan dengan pihak Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).

Berhubung dengan dasar tukang masak tempatan, Kerajaan Negeri memandang serius akan perkara ini. Atas sebab itu, Kerajaan Negeri mahu Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) melipatgandakan usaha dan mengambil tindakan penguatkuasaan, termasuk membatalkan lesen ke atas penjaja, yang masih menggunakan khidmat tukang masak warga asing untuk memasak masakan tempatan.

Larangan dicadangkan hanya terpakai kepada orang asing dan bukan rakyat Malaysia dan hanya untuk gerai-gerai penjaja dan bukannya restoran/ hotel. Dengan pelaksanaan ini, kita akan mampu memelihara citarasa masakan tempatan Pulau Pinang yang sememangnya terkenal di serata dunia.
Disiplin harus menjadi agenda utama berikutan suatu peristiwa yang memalukan MBPP. Saya mencadangkan agar disiplin semua kakitangan MBPP dikaji dan dirombak semula berikutan kes 2 orang pegawai MBPP yang telah ditahan kerana terlibat dalam pengedaran dadah. Ini adalah penting dalam melahirkan kakitangan yang lebih disiplin dan bertanggungjawab.

Kita perlu ingat bahawa semua kerja kita tidak akan berjaya tanpa semangat berpasukan. Marilah kita mengikis mentaliti silo kerana kerja bersama lebih bernilai daripada kerja seorang diri. Apatah lagi elaun Ahli Majlis sudah pun dinaikkan daripada RM1000 kepada RM4000 sebulan. Kita harus berusaha kuat sehingga Pulau Pinang menjadi bandaraya yang paling bersih, hijau, sihat dan selamat di Malaysia. Barulah Pulau Pinang boleh mencapai taraf negeri antarabangsa dan pintar.

Sekian, terima kasih.