PHC APPRECIATION NIGHT 2014

Posted in Dari Meja Ketua Menteri

TEKS UCAPAN KETUA MENTERI / PENGERUSI LEMBAGA PBBPP
MAJLIS MAKAN MALAM TAHUNAN PBBPP 2014
12 JANUARI 2014
7.30 MALAM

AHLI-AHLI EXCO KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG
AHLI-AHII LEMBAGA PENGARAH PBBPP
JEMPUTAN-JEMPUTAN KEHORMAT
SEMUA KAKITANGAN PBBPP

Pertamanya saya ingin mengucapkan terima kasih atas jemputan ke ‘Majis Malam Penghargaan PBBPP 2014’ atau “PHC APPRECIATION NIGHT 2014”.

Para hadirin yang dihormati sekelian,

TAHNIAH diucapkan kepada semua.

PBBPP ingin memaklumkan bahawa jumlah pengunjung telah mencecah 1.23 juta orang (setakat 31hb Disember 2013) serta jumlah kutipan jualan tiket adalah sebanyak RM12.8 juta (setakat 22hb Disember 2013) berbanding dengan 1.2 juta pengunjung dan RM12.35 juta kuitpan pada tahun 2012. 

Sasaran tahun 2014 adalah seramai 1.65 juta pengunjung dan RM10 juta telah diperuntukkan untuk projek pembangunan tahun ini.

Para hadirin sekelian,

Di sini, saya juga ingin MENYARANKAN  kepada semua warga PBBPP  bahawa kita seharusnya perlu memupuk nilai-nilai intergriti di dalam setiap diri kita semua dan terus bangun menggorak langkah maju kehadapan bagi menjadikan setiap urusan, setiap sasaran, setiap impian dapat dicapai dengan CEMERLANG DAN GEMILANG.

Akhir kata, sekali lagi TAHNIAH diucapkan atas segala pencapaian yang telah dicapai sepanjang tahun 2013 antaranya adalah Projek Bumbung (Roof Project) di PBBPP yang telah siap pada 15hb September 2013. Projek tersebut telah menelan belanja sebanyak RM3.78 juta yang telah diperuntukkan di bawah bajet UPEN serta melebihi 92% daripada RM7.6 juta.  

SYABAS DAN TAHNIAH! 

Sekian, terima kasih.

PHC APPRECIATION NIGHT 2014 (2)

KENYATAAN MEDIA SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA (SPRM) – SPRM BERTINDAK BEBAS, TELUS DAN PROFESIONAL

Posted in Dari Meja Ketua Menteri

PSUKPP/21/0352/16(0074/2014)
10 Januari, 2014

YBhg. Tan Sri Abu Kassim Bin Mohamed
Ketua Pesuruhjaya
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)
Ibu Pejabat SPRM
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
Peti Surat 6000
62007 PUTRAJAYA
 
YBhg. Tan Sri,
 
KENYATAAN MEDIA SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA (SPRM) – SPRM BERTINDAK BEBAS, TELUS DAN PROFESIONAL
 
Dengan hormatnya saya merujuk kenyataan media yang dikeluarkan oleh pihak YBhg. Tan Sri bertarikh 5 Januari 2014 berkenaan perkara tersebut di atas.
2.   Dimaklumkan bahawa kenyataan media yang dikeluarkan oleh pihak tuan pada 5 Januari 2013 yang mendakwa SPRM telahpun mengambil tindakan ke atas pembaziran wang rakyat yang melibatkan RM6.5 bilion melalui pendedahan yang dibuat dalam Laporan Tahunan Ketua Audit Negara 2012, saya ingin memaklumkan bahawa saya telah membuat semakan dengan YB Dr. Tan Seng Giaw dan telah difahamkan oleh beliau bahawa sehingga kini tiada tindakan tegas diambil oleh pihak SPRM ke atas mereka-mereka yang menyalahgunakan wang rakyat.
 
3.   Dalam pada itu, dalam kenyataan media yang sama juga, SPRM menyatakan bahawa SPRM tidak pernah mengeluarkan kenyataan yang SPRM sedang menyiasat isu pembelian Mercedes-Benz S300L oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang.
Sekali lagi, pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang bersedia untuk mengalu-alukan pihak SPRM membuat sebarang siasatan ke atas pembelian Mercedes-Benz S300L untuk kegunaan rasmi saya. Kerajaan Negeri dan saya sendiri akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak YBhg. Tan Sri kerana Kerajaan Negeri melaksanakan urus tadbir yang bersih dan tidak ada sebarang unsur yang perlu disembunyikan.

4.   Semoga perkara ini mendapat perhatian serius daripada YBhg. Tan Sri dan maklum balas awal YBhg. Tan Sri berhubung perkara ini adalah dinantikan. Segala perhatian dan kerjasama YBhg. Tan Sri amatlah dihargai.
Sekian, terima kasih.
 
Yang ikhlas,
 
(LIM GUAN ENG)
Ketua Menteri Pulau Pinang

———————————————————————————————————————————————

SPRM Bertindak Bebas, Telus Dan Profesional

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengulangi tidak pernah mengeluarkan kenyataan bahawa SPRM sedang menyiasat isu pembelian Mercedes-Benz S300L oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Justeru, SPRM juga menafikan ada menjalankan sebarang siasatan buat masa sekarang.
 
Sementara SPRM menyambut baik pendirian Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang mengalu-alukan sebarang siasatan isu pembelian Mercedes-Benz S300L oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang, SPRM juga ingin membetulkan kenyataan yang beliau keluarkan semalam.
 
Dakwaan bahawa tiada tindakan yang diambil oleh SPRM dalam isu dakwaan pembaziran wang rakyat yang melibatkan kerajaan BN, sebagaimana dibentangkan oleh Laporan Ketua Audit Negara 2012, SPRM menegaskan kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang itu tidak benar dan tidak berasas sama sekali.
 
Sambil SPRM mengalu-alukan apa jua pandangan konstruktif, SPRM juga berharap YB Lim Guan Eng meneliti Laporan Tahunan-Laporan Tahunan SPRM dan juga Laporan Tahunan-Laporan Tahunan Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah (JKMR) dikeluarkan sebelum ini, yang turut diedarkan kepada Ahli-Ahli Parlimen. Kedua-dua dokumen ini turut memperincikan tindakan yang telah diambil oleh SPRM ke atas isu-isu berkaitan dengan Laporan Ketua Audit Negara.
 
Kenyataan-kenyataan SPRM, laporan tahunan SPRM dan laporan tahunan JKMR, yang dianggotai Ahli-Ahli Parlimen sendiri, menunjukkan SPRM telah  mengambil tindakan wajar secara bebas, telus dan profesional ke atas perkara-perkara yang dibangkitkan oleh Laporan Ketua Audit Negara, termasuk yang terbaru dikeluarkan awal Oktober 2013.
 
Sekurang-kurangnya 15 perkara yang dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2012 telah pun dibuka kertas siasatan dan sedang disiasat. Tindakan-tindakan yang diambil, sama ada tuduhan di mahkamah atau khidmat nasihat, dimaklumkan kepada JKMR dan Panel Penilaian Operasi (PPO)  dari semasa ke semasa.
 
JKMR, salah sebuah badan bebas yang memantau perjalanan SPRM sejak 2009, turut dianggotai oleh wakil DAP iaitu YB Dr Tan Seng Giaw. Sekiranya memerlukan maklumat lanjut mengenai status kes dan tindakan diambil SPRM, YB Lim Guan Eng juga boleh merujuk kepada JKMR menerusi wakil DAP yang menganggotainya.
 
Justeru, SPRM ingin menegaskan SPRM menjalankan siasatan secara bebas, telus dan profesional mengikut Akta SPRM 2009 dan tidak bertanggungjawab kepada laporan-laporan media yang memetik sumber dan tidak berasas.
 
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Putrajaya
5 Januari 2014