Penang Bounces Back With Bosch Solar’s RM2.2 Billion in Renewable Energy Plant at Batu Kawan

Posted in Dari Meja Ketua Menteri

 Speech by YAB Tuan Lim Guan Eng, Chief Minister of Penang  at Press Conference on Friday, June 24, 12 noon – 1 p.m. at Komtar, Penang

 

Penang Bounces Back With Bosch Solar’s RM2.2 Billion in Renewable Energy Plant at Batu Kawan

 

Good afternoon,

 

Penang achieves another milestone in the State’s history by landing the first fully integrated crystalline photovoltaic (PV) facility in the country.We are indeed very proud to be chosen as the location for Bosch Solar Energy because the competition was intense in that Penang had to compete with potential sites within and outside Malaysia, including manufacturing superpowers like China.  I was informed that Bosch Solar Energy initially explored and analysed forty-five (45) sites in twenty-three (23) countries.  In Malaysia itself, Bosch evaluated over 10 sites.

 

Menangani Masalah 3C Di Pulau Pinang Ke arah Pulau Pinang Yang Lebih Bersih, Lebih Hijau Lebih Selamat Dan Kurang Sesak.

Posted in Dari Meja Ketua Menteri

 Sejak kerajaan negeri mengambil alih pemerintahan kerajaan negeri Pulau Pinang pada Mac 2008, usaha gigih telah dijalankan untuk menangani masalah teruk 3C yang menghantui rakyat Pulau Pinang iaitu, Cleanliness, Crime and Congestion.

Sistem baik dengan tender terbuka dan inisiatif hijau, etika kerja positif hasil pengiktirafan pekerja-pekerja yang membersihkan jalan dan longkang serta semangat berpasukan membolehkan Pulau Pinang menjadi lebih bersih.

 Kerjasama dan usaha polis membolehkan Pulau Pinang menjadi No 1 di Malaysia dalam penurunan Indeks kadar jenayah sebanyak 27%. Dalam 3 tahun ini, jelas sekali bahawa Pulau Pinang kini Lebih Bersih, Lebih Hijau dan Lebih Selamat.

 Masalah paling rumit adalah kesesakan trafik. Berlainan dengan New Zealand yang mempunyai lebih banyak biri-biri daripada manusia, Pulau Pinang mempunyai kenderaan yang lebih banyak (2 juta) daripada manusia(1.5 juta). Beberapa projek trafik telah dicadangkan. Salah satu pelan rancangan trafik yang dijalankan di bawah adalah dibuka kepada orang awam untuk mendapat pandangan umum.

Sila dapatkan maklumat lanjut serta pelan-pelan dari laman web MPPP.  File PDF boleh dimuat turun dari pautan http://www.mppp.gov.my/c/document_library/get_file?p_l_id=10255&folderId=801215&name=DLFE-10702.pdf

Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan mencadangkan pemberian sebanyak RM 25,000 kepada semua 25 orang mangsa dan Rumah Anak Yatim

Posted in Dari Meja Ketua Menteri

DAP mengucapkan takziah kepada semua 16 orang mangsa yang maut dan 9 orang lain yang cedera dalam malapetaka tanah runtuh Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Batu 14, Hulu Langat, Selangor.

Malapetaka ini amat menyayat hati dan telah menyentuh hati semua rakyat Malaysia tanpa kira bangsa dan agama yang penuh simpati dan kesedihan kepada mangsa-mangsa.

DAP juga ingin ucapkan terima kasih kepada pasukan penyelamat dan pihak polis yang bertungkus-lumus menjalankan kerja mencari dan menyelamat mangsa-mangsa dengan penuh dedikasi.

DAP akan menyerahkan kepada pihak berkuasa berkenaan untuk mengambil tindakan yang sewajarnya untuk memastikan tragedi seperti ini dapatlah dielakkan.

Pada masa yang sama, kerajaan negeri Pulau Pinang akan mencadangkan pemberian sebanyak RM 25,000 kepada semua mangsa dan Rumah Anak Yatim. Sungguhpun wang tidak seberapa, ia adalah sokongan moral untuk memberikan semangat kepada keluarga mangsa yang maut dan untuk mereka yang terselamat teruskan kehidupan mereka dengan tabah hati.

Kenyataan Akhbar Ketua Menteri Pulau Pinang, Setiausaha-Agung DAP Dan Ahli Parlimen Kawasan Bagan Lim Guan Eng Di Kuala Lumpur Pada 22 Mei 2011.