THE LAUNCHING OF ONLINE POLL FOR DEVELOPMENT CORRIDOR, SEBERANG PERAI SELATAN

Posted in Dari Meja Ketua Menteri

 

SPEECH BY CHIEF MINISTER OF PENANG
THE LAUNCHING OF ONLINE POLL FOR DEVELOPMENT CORRIDOR, SEBERANG PERAI SELATAN

15 December 2015 (1.00 pm)
Bilik Gerakan, Level 28, Komtar

Good morning.

The State Government, through the PDC, has initiated a development corridor /enclave of Southern Seberang Perai i.e. from Juru, southwards to Byram/Changkat that encompasses areas in Bukit Minyak, Nibong Tebal and Batu Kawan which includes PDC’s Batu Kawan Industrial Park, Penang Science Park and Bukit Tengah Industrial Park. The catalyst of this development corridor is the RM4.5 billion Sultan Abdul Halim Shah (Second Penang Bridge) which has connected the south of the island to the southern part of the mainland.

This concept of development corridor is also in line with PDC’s 5- year Strategic Plan 2016-2020, whereby PDC will look into the creation of new attractive corridors of growth across the State of Penang. The strategies will include land acquisition plans, developing master plans for infrastructure and value added programmes in targeted corridors, compiling data and developing stronger capability to support decision making.

The overall area involved in this Development Corridor, at Seberang Perai Selatan, is about 30,000 acres (120 sq km) and is bounded by Sg Juru (in the North) and Sg Krian (in the South) and to the east by the Federal Expressway.

This Development Corridor has the potential to be developed into a manufacturing, services and commercial/residential hub that will promote economic and social growth.

As the State undertakes this programme, it is also our commitment and effort to preserve the eco system, natural habitat historical landmarks and traditional kampungs as heritage kampungs for tourism and homestay.

The entire programme on the development corridor will take 20 -25 years. The concept of the development will create jobs for all levels of society, and will accelerate economic and population growth.

With the development corridor in place, the State will emphasise on the infrastructure in terms of connectivity, transport master plan which includes MRT/LRT serving the area. The qualities of amenities, services and infrastructure will definitely be an added value to the areas.

To get public feedback and engagement, the PDC will carry out an online poll over a 6-month period for the public to choose a suitable name for the development corridor. Examples of suggested names are Penang Mutiara, Penang Jaya, Penang Raya, Penang Maju, Penang Putra and Mutiara Seberang.

The public is also welcomed to suggest any other names that they consider suitable. The online poll will be available in the PDC and State Websites.

Thank you.

-- BM version --
UCAPAN KETUA MENTERI PULAU PINANG

SEMPENA MAJLIS PELANCARAN UNDIAN DALAM TALIAN BAGI KORIDOR PEMBANGUNAN, SEBERANG PERAI

15 DISEMBER 2015 (1.00 PETANG) BILIK GERAKAN, TINGKAT 28, KOMTAR

Selamat pagi.

Kerajaan Negeri melalui PDC, telah memulakan pembangunan koridor / wilayah Selatan Seberang Perai iaitu dari Juru, ke arah Selatan ke Byram / Changkat yang merangkumi kawasan di Bukit Minyak, Nibong Tebal dan Batu Kawan, termasuk Taman Perindustrian Batu Kawan, Penang Science Park dan Taman Perindustrian Bukit Tengah. Pemangkin koridor pembangunan ini ialah Jambatan Kedua Pulau Pinang Sultan Abdul Halim Shah dengan kos binaan RM4.5 bilion yang menyambungkan Selatan Pulau dengan kawasan Selatan Seberang Perai.

Konsep pembangunan koridor ini juga selaras dengan Pelan Strategik 5-tahun PDC untuk tahun 2016-2020, di mana PDC akan melihat kepada pembinaan koridor baru yang menarik bagi pertumbuhan di seluruh Negeri Pulau Pinang. Strategi-strategi ini termasuk rancangan pengambilan tanah, membangunkan pelan induk untuk infrastruktur dan program nilai tambah dalam koridor yang disasarkan, menyusun data dan membangunkan keupayaan yang lebih kukuh untuk menyokong dalam membuat keputusan.

Keseluruhan kawasan yang terlibat dalam pembangunan koridor di Seberang Perai Selatan, kira-kira 30,000 ekar (120 km persegi) dan disempadani oleh Sungai Juru (di Utara) dan Sg Krian (di Selatan) ke Timur Lebuhraya Persekutuan.

Pembangunan koridor mempunyai potensi untuk dibangunkan untuk bidang pembuatan, perkhidmatan dan hab komersial/kediaman yang akan menggalakkan pertumbuhan ekonomi dan sosial.

Apabila Kerajaan Negeri menjalankan program ini, ia juga merupakan komitmen dan usaha untuk mengekalkan ekosistem, habitat semula jadi mercu tanda bersejarah dan kampung tradisional sebagai kampung warisan bagi pelancongan dan “homestay”.

Seluruh program pembangunan koridor ini akan mengambil masa selama 20 -25 tahun. Konsep pembangunan ini akan mewujudkan peluang pekerjaan bagi semua lapisan masyarakat dan akan mempercepatkan pertumbuhan ekonomi dan penduduk.

Dengan pembangunan koridor ini, Kerajaan Negeri akan memberi penekanan kepada infrastruktur dari segi perhubungan (connectivity), pelan induk pengangkutan yang termasuk MRT / LRT yang akan disediakan untuk kawasan itu. Kualiti kemudahan, perkhidmatan dan infrastruktur pasti akan menjadi satu nilai tambah kepada kawasan pembangunan koridor ini.

Untuk mendapatkan pandangan dan maklum balas orang ramai, PDC akan menjalankan undian secara online daripada orang awam dalam tempoh 6 bulan untuk memilih nama yang sesuai untuk pembangunan koridor. Sebagai contoh nama-nama yang dicadangkan ialah Pulau Pinang Mutiara, Pulau Pinang Jaya, Pulau Pinang Raya, Pulau Pinang Maju, Pulau Pinang Putra dan Mutiara Seberang.

Orang ramai juga dialu-alukan untuk memberi cadangan nama lain yang sesuai. Undian dalam talian ini boleh didapati dalam Laman Web PDC dan Kerajaan Negeri.

Sekian, terima kasih.

 

 

ECO-TOURISM FORUM: SEBERANG PERAI’S POTENTIALITY

Posted in Dari Meja Ketua Menteri

 

UCAPAN KETUA MENTERI PULAU PINANG
DI ECO-TOURISM FORUM: SEBERANG PERAI’S POTENTIALITY

PADA14 DISEMBER 2015 (9:30 PAGI)
HOTEL THE LIGHT, SEBERANG JAYA

Selamat pagi dan salam sejahtera.
…………………………………………………………………

Terlebih dahulu saya ingin merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) kerana sudi menjemput saya ke forum pada pagi ini.

Eko-pelancongan merupakan satu bidang yang mempunyai potensi perkembangan yang paling besar dalam industri pelancongan dunia. Negeri Pulau Pinang khususnya Seberang Perai mempunyai potensi yang tinggi untuk menjadi destinasi eko-pelancongan di rantau ini dengan kehijauan semulajadinya.

Saya difahamkan bahawa Seberang Perai mempunyai beberapa kawasan yang berpotensi untuk dibangunkan sebagai destinasi eko-pelancongan. Di antaranya, Air Hitam Pelajaran Air Hitam Dalam di Lahar Yooi, dan kawasan sekitar bakau Kuala Bekah di Penaga, Seberang Perai Utara. Kawasan-kawasan ini juga menjadi destinasi persinggahan untuk beribu-ribu ekor burung yang terdiri dari beratus-ratus spesies pada setiap tahun.

Sementara itu, di Teluk Air Tawar - pantai Kuala Muda juga merupakan satu kawasan yang penting bagi persinggahan burung-burung di mana pencinta burung mendapat beberapa spesis burung yang jarang ditemui telah dilihat di kawasan tersebut sejak kebelakangan ini. Pemerhati burung dari Jepun dan Korea juga sering melawat tempat-tempat ini untuk aktiviti memerhati burung. Jika kawasan itu dipromosikan sebagai tempat eko pelancongan, ia akan menarik pencinta alam semula jadi dari seluruh dunia dan menjadikan Seberang Perai sebuah destinasi eko-pelancongan utama di rantau ini.

Dengan menjadikan eko-pelancongan sebagai salah satu produk pelancongan, Pulau Pinang akan menjadi destinasi utama para pelancong dengan kepelbagaian produk pelancongannya. Dengan harapan tersebut, saya dengan ini merasmikan Eko-Tourism Forum: Seberang Perai’s Potentiality pada hari ini.
Sekian, terima kasih.

 

BERSEMPENA UPACARA ULANGTAHUN KE-50 MUZIUM NEGERI PULAU PINANG

Posted in Dari Meja Ketua Menteri

 

UCAPAN OLEH Y.A.B TUAN LIM GUAN ENG
BERSEMPENA UPACARA ULANGTAHUN KE-50 MUZIUM NEGERI PULAU PINANG, 13 DISEMBER 2015

Selamat Sejatera,

Majlis Penutupan Sambutan Ulangtahun Ke-50 Muzium Negeri Pulau Pinang merupakan kesinambungan kepada perasmian Sambutan Ulangtahun Ke-50 yang telah berlangsung pada bulan April lepas. Majlis penutupan ini pula bermatlamat untuk meraikan para penderma samada sumbangan dalam bentuk lukisan mahupun artifak. Hasil sumbangan ini turut dipamerkan bersempena dengan Majlis Penutupan Sambutan Ulangtahun ke-50 pada malam ini.

Hadirin dan Hadirat yang dihormati,

Dengan adanya komitmen dan sokongan daripada Kerajaan Negeri Pulau Pinang melalui Dana Perolehan Koleksi Tetap Balai Seni Lukis, Lembaga Muzium komited bagi menambahkan Koleksi Tetap dengan memperolehi koleksi karya-karya daripada para pengkarya Pulau Pinang, Malaysia dan juga antarabangsa agar ianya setanding dengan galeri-galeri awam dan swasta yang lain.

Dengan usaha ini, secara tidak langsung ianya memberi pengiktirafan kepada pengkarya-pengkarya tempatan apabila karya mereka diperolehi dan dijadikan sebagai aset dan hak milik Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Balai Seni Lukis bukan sahaja sebuah institusi seni tampak yang menyumbangkan perkembangan sektor industi pelancongan negeri, malah ianya juga telah meletakkan nama negeri Pulau Pinang dalam aliran utama dunia seni lukis tanah air dan antarabangsa.

Sesungguhnya, pihak Lembaga Muzium mengharapkan sokongan dan kerjasama dari masyarakat supaya nilai sejarah dan warisan dari koleksi artifak dapat ditambah dan dikekalkan.

Sehubungan dengan itu, saya dengan sukacitanya merasmikan Majlis Penutupan Sambutan Ulang Tahun Ke-50 Muzium Negeri Pulau Pinang.

Sekian, terima kasih.