Kenyataan Akhbar Ketua Menteri Pulau Pinang, Y.A.B. Lim Guan Eng Sempena Lawatan Tapak dan Percubaan Operasi Perkhidmatan BEST Pada 18 Februari 2011

Posted in Dari Meja Ketua Menteri

Dalam bajet 2011 yang dibentangkan pada 2 Nov 2010 dalam Mesyuarat Dewan Undangan Negeri, Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah berjanji untuk mencari inisiatif kreatif dan innovatif untuk mengurangkan kesesakan lalulintas dan beban kewangan warga Pulau Pinang, khususnya golongan bawah.

 

Penyediaan 16 buah bas BEST ini adalah komitmen Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk menunaikan janji ini. Ia diharapkan dapat mengurangkan kesesakan trafik di Jambatan dan jalan pada waktu puncak. Pada masa yang sama, ia dapat mengurangkan kos pengangkutan kerana tambang bas ditaja sepenuhnya untuk tempoh masa 6 bulan. Pengguna hanya perlu membayar kos letak kereta sebanyak RM1 sebuah kereta bagi sepanjang hari. Ini membolehkan setiap orang pekerja / pengguna dapat menjimatkan sekurang-kurangnya RM250 sebulan.

 

Sistem Park & Ride ini dengan 16 buah bas BEST dijangka boleh mengangkut hampir 1,000 pekerja / pengguna. Sesiapa yang bekerja di FIZ Bayan Lepas turut layak menikmati perkhidmatan BEST ini dan sekaligus dijangka dapat mengurangkan hampir 1,000 kenderaan.

 

Perkhidmatan BEST ini telah dibahagikan kepada 3 laluan iaitu Laluan A, Laluan B dan Laluan C. Laluan A telah menumpukan kepada kawasan FIZ 1,2 dan BLIP. Laluan B telah menumpukan kepada kawasan FIZ 3 manakala Laluan C menumpukan kepada kawasan FIZ 4 dan Technoplex. Untuk menentukan masa tiba bas di kilang masing-masing, tiga percubaan perjalanan bas (Test Run) telah diadakan pada 30/11/2010, 01/12/2010 dan 02/12/2010. Dua percubaan perjalanan bas juga diadakan pada 14/02/2011 dan 16/02/2011. Satu jadual masa BEST yang menunjukkan anggaran masa tiba di perhentian bas telah dihasilkan oleh Rapid Penang telah dihantar kepada FREPENCA pada 6 Februari 2011.

 

Merujuk kepada sebutharga yang dikemukakan oleh Rapid Penang pada 14 Februari 2011, harga bulanan untuk perkhidmatan satu bas shuttle BEST adalah berjumlah RM11,000. Sehubungan dengan itu, kos operasi untuk 16 buah bas shuttle Bridge Express Shuttle Transit(BEST) yang berjumlah RM176,000 sebulan Kerajaan Negeri Pulau Pinang berharap agar Rapid Penang boleh menawarkan harga yang lebih rendah sebanyak RM150,000 sebagai tanggungjawab korporat social (CSR) mereka.

 

Merujuk kepada FREPENCA, 22 kilang telah memberi maklumbalas mereka terhadap sistem Park&Ride ini dan terdapat lebih kurang 1100 pekerja yang berminat untuk menggunakan sistem ini.

 

LIM GUAN ENG

1,500 Guru Kafa Akan Diberikan RM100

Posted in Dari Meja Ketua Menteri

Kenyataan Akhbar Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng Di Komtar, George Town Pada 15.2.2011.

 

Kesemua 1,500 Guru Kafa Akan Diberikan RM100 Sempena Majlis Sambutan Maulidur Rasul Pulau Pinang Bertemakan “Wasatiyyah(Kesederhannaan) Tonggak Kecemerlangan Ummah.

Kesemua 1,500 guru Kafa akan diberikan RM100 sempena Majlis Sambutan Maulidur Rasul Pulau Pinang bertemakan “Wasatiyyah(Kesederhanaan) Tonggak Kecemerlangan Ummah. Bayaran RM 100 one-off ini akan makan perbelanjaan RM150,000 dan akan dicadangkan oleh saya kepada mesyuarat EXCO pada hari Khamis ini.

 

Pada tahun lepas, kerajaan negeri telah memberikan RM100 one-off kepada guru-guru Kafa sempena perayaan Awal Muharaam. Buat kali pertama juga dalam tahun 2010, semua guru Kafa telah diberikan RM250 duit raya menyambut Hari Raya Puasa.

 

Pembayaran ini dapat dibuat kerana kerajaan negeri mengamalkan perbelanjaan berhemah; urustadbir CAT yang cekap, akauntabel dan telus; serta kempimpinan integriti, bersih dan bersih daripada rasuah. Kejayaan ini diakui bukan sahaja oleh Laporan Ketua Audit Negara 2008 dan 2009 yang memuji lebihan Bajet paling besar sebanyak RM 88 juta pada 2008 dan RM77 juta pada 2009 tetapi juga oleh badan anti-rasua Kesederhanaan adalah adil

h antarabangsa terunggul Transparency International.

 

Kesederhanaan dalam Islam akan menolak dakwaan pemimpin BN tertentu bahawa Islam adalah ekstrimis, mundur, miskin, tidak demoktratik dan korup. Seperti yang dinyatakan oleh ulamak Islam terkenal Dr Yusof Al Qaradhawi,

Kesederhanaan dalam Islam disumberkan daripada kesederhanaan method dan undang undang seperti berikut:-

1.     Kesederhanaan adalah adil

2.     Kesederhanaan adalah konsisten

3.     Kesederhanaan adalah keamanan

4.     Kesederhanaan adalah lambang kebaikan

5.     Kesederhanaan adalah lambang kekuatan

6.     Kesederhanaan adalah tunjang kekuatan

 

Kerajaan negeri percaya amalan kesederhanaan dalam kehidupan rakyat tanpa kira agama dan kaum akan dapat menyatupadukan rakyat untuk menikmati bersama kemakmuran, keamanan dan harmoni serta kamajuan membina modal insan.

LIM GUAN ENG

Melantik Karpal Singh & Co Untuk Keluarkan Saman Malu Atas ADUN UMNO Pulau Betong Muhammad Farid Saad Dan Utusan Malaysia

Posted in Dari Meja Ketua Menteri

Kenyataan Akhbar Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng Di Komtar, George Town Pada 15 Februari 2011

 

Melantik Karpal Singh & Co Untuk Keluarkan Saman Malu Atas ADUN UMNO Pulau Betong Muhammad Farid Saad Dan Utusan Malaysia Kerana Meludah Ke Langit Dengan Fitnah Bahawa Kerajaan Negeri Pulau Pinang Mengedarkan Buku Risalah "My Balik Pulau” Yang Didakwanya Lupa Sejarah Dan Hina Melayu.

 

Kerajaan negeri Pulau Pinang akan melantik syarikat guaman Karpal Singh & Co. untuk keluarkan  saman malu atas ADUN UMNO Pulau Betong Muhammad Farid Saad dan Utusan Malaysia dengan fitnah mereka pada 2 Februari 2011 bertajuk bahawa kerajaan negeri Pulau Pinang telah mengedarkan buku risalah “My Balik Pulau”. Dalam lapuran bertajuk “Lupa Sejarah, Hina Melayu”, kerajaan negeri PR Pulau Pinang didakwa mengedarkan risalah yang memperlekehkan sumbangan dan peranan orang Melayu di Balik Pulau.

 

Utusan Malaysia telah terus mangadu-dombakan isu ini dengan lapuran susulan pada hari berikutnya yang berbentuk menghasut sentimen perkauman terhadap kerajaan negeri PR Pulau Pinang yang mahukan pinggirkan sumbangan orang Melayu. UMNO, Farid dan Utusan Malaysia telah meludah ke langit kerana yang keluarkan risalah “My Balik Pulau” tidak lain, tidak bukan adalah kerajaan BN negeri yang lama.

 

Ia diluluskan oleh kerajaan negeri BN lama sebelum Mac 8, 2008 dan sebelum PR mengambil alih tampuk pemerintahan kerajaan negeri. Maka Farid patut tahu kerana beliau adalah sebahagian daripada pentadbiran kerajaan negeri lama. Lagipun beberapa penyokong kuat UMNO beliau adalah penyumbang ke atas keluaran “My Balik Pulau” ini.

 

Sungguhpun kerajaan negeri telah menjelaskan perkara itu dan meminta Farid tarik balik dan minta maaf atas sifat perkauman anti-bukan melayu dengan pembohongan dan fitnah yang menganiayai kerajaan negeri PR Pulau Pinang atas sesuatu yang bukan salahnya, Farid enggan buat demikian. Sebaliknya Utusan Malaysia teruskan laporan palsu yang mendakwa kerajaan negeri  mengeluarkan risalah "My Balik Pulau" yang sebenarnya dikeluarkan oleh UMNO dan kerajaan persekutuan.

 

Oleh itu kerajaan negeri telah membuat keputusan pada mesyuarat EXCO minggu lepas untuk saman malu ADUN UMNO ini kerana telah menggembar-gemburkan risalah "My Balik Pulau" dengan sentimen perkauman di Utusan Malaysia yang membuat lapuran besar bertajuk "lupa sejarah, hina Melayu". Penasihat Undang-undang Negeri Dato Faiza telah menasihatkan agar saya sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang mengeluarkan saman malu untuk mewakili kerajaan negeri Pulau Pinang.

 

Dalam keghairahan buat serangan hentam-keromo ke atas kerajaan negeri PR Pulau Pinang semua fakta dan kebenaran dilupai dan dibelakangkan. Sungguhpun yang "bersalah" adalah BN/UMNO dan kerajaan persekutuan sendiri, serangan bertubi-tubi dijalankan ke atas kerajaan negeri PR Pulau Pinang yang dimangsakan sebagai kembiri hitam.

 

Kerajaan negeri PR Pulau Pinang tidak akan berdiam diri dan menanggung lagi kesalahan orang lain, khususnya UMNO yang jahat seribu jahat ini. Politik rasis dan benci-membenci UMNO dan BN untuk menutup skandal rasuah mereka mestilah dilawan berhabis-habisan, yang jelas sebagai reaksi terhadap pembongkaran skandal RM30 juta Pulau Jerejak yang berlaku di bawah Tan Sri Koh Tsu Koon yang serahkan Pulau Jerejak habis kepada UDA.

 

LIM GUAN ENG