Mengatasi Masalah Kesesakan Trafik Dengan Menawarkan Tender Terbuka Untuk Pelan Induk Pengangkutan Awam Pulau Pinang Sebanyak RM 27 Bilion Dan Mempergiatkan Demokrasi Perumahan Dengan Meneruskan Projek Rumah Awam Dan Mampu Milik

Posted in Dari Meja Ketua Menteri

Utusan Hari Raya Aidilfitri 1435 Oleh Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng Di Komtar, George Town Pada 26.7.2014.

Mengatasi Masalah Kesesakan Trafik Dengan Menawarkan Tender Terbuka Untuk Pelan Induk Pengangkutan Awam Pulau Pinang Sebanyak RM 27 Bilion Dan Mempergiatkan Demokrasi Perumahan Dengan  Meneruskan Projek Rumah Awam Dan Mampu Milik.

Bagi pihak kerajaan negeri Pulau Pinang, kami ingin ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri maaf zahir dan batin. Semoga kejayaaan menunaikan ibadah puasa di kalangan masyarakat Islam dapat diraikan dengan suasana meriah tanpa melupakan kehibaan dan kepiluan ekoran nahas MH370 yang masih kehilangan di Lautan Hindi dan kezaliman nahas MH17 yang ditembak jatuh oleh puak pengganas di timur Ukraine.

Kerajaan negeri ingin sekali mengucapkan takziah serta simpati dan solidariti kepada semua mangsa-mangsa dan ahli keluarga kedua-dua nahas kapalterbang ini. Pada masa yang sama, kerajaan negeri juga menyanjung tinggi ketabahan hati dan kecekalan semangat penduduk Palestin di Gaza yang dimangsakan oleh pengganas rejim Israel dan mengecam keganasan bukan sahaja oleh Israel tetapi juga negara-negara yang berkepala keras terus menyokong Israel.

Kerajaan negeri bangga dengan usaha gigih rakyat Pulau Pinang untuk menjadikan Pulau Pinang terus aman dan damai serta maju dan adil. Menjelang usaha menjadikan Pulau Pinang sebuah negeri bertaraf antarabangsa dan pintar yang bersih, hijau, sihat dan selamat kian dicapai, adalah perlu diingatkan bahawa syarat penting kejayaan adalah masyarakat yang berharmoni dan bersatu-padu. Bukan sekadar bersikap toleransi tetapi juga harus saling hormat-menghormati demi mengekalkan hubungan silaturahim di kalangan masyarakat majmuk kita.

Oleh itu adalah dikesali pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab mempertikaikan kebajikan hal ehwal Islam di Pulau Pinang sungguhpun dalam aspek peruntukan kewangan adalah jauh lebih baik sebelum 2008. Tambahan peruntukan kewangan kepada hal ehwal agama Islam telah mengundang banyak kritikan oleh pihak yang sama sebagai tidak menghormati kaum bukan Islam tetapi kini kerajaan negeri dikritik pula sebagai mengabaikan Islam.

Fitnah haruslah ditolak dan fakta ditegakkan. Peruntukan kewangan untuk hal ehwal Islam adalah RM25.49 juta di bawah BN pada 2008, manakala di bawah PR selepas 2008 adalah RM35.78 juta (2009), RM37.85 juta (2010), RM63.21 juta (2011), RM64.03 juta (2012), RM54.55 juta (2013) dan RM51.17 million untuk 2014. Ini adalah jauh lebih banyak daripada apa yang diberikan oleh BN sebelum ini dan itulah sebabnya tambahan peruntukan ini dikritik oleh Gerakan sebagai anti-bukan Islam.

Bagi agama bukan Islam, peruntukan kewangan hanya mula diberikan pada 2012 dengan jumlah wang sebanyak  RM 801,315 pada 2012, RM 1,384,425 pada 2013 dan sehingga 24 Julai 2014 sebanyak RM 477,500.

Kerajaan negeri juga menggalakkan pihak swasta mengadakan interaksi dan aktiviti bersama di kalangan pelbagai agama untuk memupuk hubungan silaturrahim. Oleh itu upacara perasmian bangunan baru oleh sebuah NGO, Penang India Association, yang didoakan oleh sami Hindu, paderi Kristain dan imam Islam adalah satu perkembangan positif. Malangnya ia telahpun dipolitikkan oleh pihak tidak bertanggungjawab sebagai bangunan kerajaan negeri yang dihadiri oleh Timbalan Ketua Menteri II Professor P. Ramasamy dan dengan sengaja tidak mahu menyebut bahawa Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri G. Palanivel juga turut hadir dalam majlis perasmian tersebut.

Kerajaan negeri percaya rakyat akan menolak motif dan niat jahat golongan tidak bertanggungjawab ini yang ingin menghancurkan harmoni kaum dan agama. Kerajaan negeri tidak akan dialihkan perhatian daripada memberikan tumpuan kepada 2 cabaran utama rakyat Pulau Pinang iaitu memperbanyakkan bekalan rumah yang mampu dimiliki oleh rakyat dan masalah pengangkutan awam.

Kerajaan negeri akan berusaha mengatasi masalah kesesakan trafik dengan menawarkan tender terbuka untuk Pelan Induk Pengangkutan Awam Pulau Pinang sebanyak RM27 bilion dan mempergiatkan demokrasi perumahan dengan  meneruskan projek rumah awam dan mampu milik. Kerajaan negeri berkeyakinan dapat mengatasi masalah perumahan mampu milik dengan dana RM500 juta untuk membina lebih 22,000 unit di kelima-lima daerah di Pulau Pinang.

Akan tetapi masalah kesesakan trafik amat bergantung kepada kesediaan kerajaan persekutuan meluluskan lessen operasi kerana pengangkutan awam bukanlah bidangkuasa negeri tetapi kuasa mutlak kerajaan pusat. Kerajaan negeri akan terus berinteraksi dengan kerajaan pusat untuk mencari penyelesaian bersama.


LIM GUAN ENG

Penang To Press Ahead With An Open And Competitive Tender To Implement The RM27 billion Penang Transport Master Plan

Posted in Dari Meja Ketua Menteri

Press Conference Statement by Chief Minister of Penang, Mr Lim Guan Eng on Friday, 25 July, 2014 in KOMTAR, George Town, Penang.

Penang To Press Ahead With An Open And Competitive Tender To Implement The RM27 billion Penang Transport Master Plan

The Penang State Government at its State EXCO meeting yesterday has decided to go ahead with its plan to call for an open and competitive tender (Request for Proposal) to appoint a Project Delivery Partner (PDP) to help implement the RM27billion Penang Transport Master Plan.

This Request for Proposal is based on the recommendations as contained in the Penang Transport Master Plan Strategy for implementation from 2014 to 2030.
 
The Penang State Government intends to achieve for both Penang Island and Seberang Perai : (i) a well-defined and fully connected road network and dispersal system and (ii) a well-integrated and sustainable public transport systems (both land and sea mode). In other words, this will combine buses, trams, MRT and water taxis.

The Project Delivery Partner (PDP) concept is chosen by the Penang State Government so as to assist in facilitating delivery of the overall Transport Master Plan strategy including system integration. The Penang Transport Master Plan encompasses both the mainland and the island to ensure that the mainland is not left out but is part of an integrated and holistic public transport system that can benefit all 1.6 million Penangites.

 They are also responsible to ensure smooth implementation, successful delivery and performance of the work packages with their respective target costs and completion dates.

For public transport projects ( both land and sea mode), the Project Delivery Partner (PDP) is responsible for the delivery of fully commissioned systems to the State Government and must meet all the requirements of the Federal Government, existing laws and relevant authorities.

The tender will be opened after the Hari Raya break on 15 August 2014 and will close on 16 December 2014. Another press conference will be held then.

Tenderers are allowed to form a consortium or a joint venture with local or foreign companies. The paid up capital or shareholders' fund of the lead company ( in the case of joint venture/ consortium shall not be less than RM 500 million.

They must also have a track record of at least two large scale projects of at least RM500 million each currently undertaken or successfully completed in the last five years.

They must have track record of at least one highway or public transport project with minimum RM500 million in contract value in progress or successfully completed in the last ten years.

The State Government will consider proposals by the tenderers as regards Funding/ Business models by way of land swap with development potentials and especially where Transit-oriented Development concept can be applied along the proposed transit corridors.

The successful implementation of the Penang Transport Master Plan will ensure the continuous growth of the Penang economy and uplift the standard and quality of life in the State in her quest to be a location of choice for investors, tourists and a habitat of choice for a livable and sustainable environment.


LIM GUAN ENG

PEMBATALAN MAJLIS RUMAH TERBUKA KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG SEMPENA HARI RAYA AIDIL FITRI 2014

Posted in Dari Meja Ketua Menteri

KENYATAAN AKHBAR OLEH Y.A.B. TUAN LIM GUAN ENG,
KETUA MENTERI PULAU PINANG
25 JULAI 2014

PEMBATALAN MAJLIS RUMAH TERBUKA KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG SEMPENA HARI RAYA AIDIL FITRI 2014

1. Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang pada 24 Julai 2014 telah bersetuju membatalkan Majlis Rumah Terbuka Kerajaan Negeri sempena Hari Raya Aidil Fitri 2014 bagi menghormati mereka yang terkorban dalam tragedi pesawat MH17 yang terhempas di Ukraine pada 17 Julai yang lalu.

2. Selain dari itu, Majlis Rumah Terbuka sempena Hari Raya Aidil Fitri 2014 anjuran saya sendiri sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang, Majlis Rumah Terbuka Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) serta Majlis Rumah Terbuka Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) turut dibatalkan.

3. Pembatalan ini dibuat susulan daripada pengumuman yang dibuat oleh Mesyuarat Kabinet semalam.. Dalam kenyataan akhbar yang dikeluarkan melalui Pejabat Perdana Menteri menyebut bahawa pembatalan Majlis Rumah Terbuka Jemaah Menteri dan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Malaysia sempena Aidilfitri Tahun 2014 dibatalkan bagi menghormati mangsa nahas pesawat MH17.

4. Walaupun rakyat masih bersedih di atas tragedi ini, umat Islam di seluruh Negeri disyariatkan untuk meraikan Hari Raya Aidil Fitri setelah berjaya menjalani ibadah puasa selama sebulan. Majlis-majlis sambutan Hari Raya Aidil Fitri 2014 boleh diadakan tetapi dengan kesederhanaan dan penuh ketertiban. Ahli-ahli Yang Berhormat ADUN Kawasan boleh mengadakan sambutan Hari Raya Aidil Fitri di kawasan masing-masing secara sederhana. Begitu juga Jabatan-jabatan/agensi Kerajaan, sambutan Hari Raya Aidil Fitri boleh diadakan untuk kalangan warga kerja masing-masing tanpa melibatkan jemputan luar.

5. Kerajaan Negeri juga terlebih dahulu telah mengibarkan bendera separuh tiang mulai 17 Julai 2014 hingga 19 Julai 2014 bagi menyatakan kesedihan dan simpati rakyat Pulau Pinang kepada keluarga mangsa pesawat MH17 tersebut.

6. Kerajaan Negeri menyatakan pendirian bahawa kami akan berdiri bersama Kerajaan Persekutuan demi keadilan kepada keluarga mangsa-mangsa nahas pesawat MH17 .

 


LIM GUAN ENG