Kenyataan Akhbar Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng Di Komtar George Town Pada 26.2.2011

Posted in Dari Meja Ketua Menteri

Kerajaan Negeri Pulau Pinang mengucapkan tahniah kepada tiga pegawai kerajaan negeri yang dinaikkan pangkat iaitu Setiausaha Kerajaan Negeri Dato Zainal Rahim bin Seman sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia, Pegawai Kewangan Negeri Dato Farizan bin Darus sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri dan YDP Majlis Perbandaran Seberang Perai MPSP Tn Haji Moktar Jait sebagai Pegawai Kewangan Negeri. Sungguhpun kerajaan negeri Pulau Pinang keberatan untuk melepaskan Dato Zainal tetapi beliau lebih diperlukan untuk mencurah bakti  dalam perkhidmatan awam peringkat kebangsaan.

 

Pengumuman kenaikan pangkat ketiga-tiga pegawai kanan semalam oleh Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Sidek Hasan semalam menunjukkan prestasi baik dalam perkhidmatan mereka. Ia juga memperakui kejayaan mereka dalam menjalankan urustadbir Cekap Akauntabel dan Telus atau CAT sehingga Pulau Pinang dipuji oleh Ketua Audit Negara kerana lebihan Bajet yang paling besar dalam sejarah Pulau Pinang sebanyak RM88 juta pada 2008 dan RM77 juta pada 2009. Kerajaan negeri Pulau Pinang terkenal sebagai pentadbiran bersih sehingga menjadi negeri tunggal dalam sejarah Malaysia yang dipuji oleh badan antarabangsa terunggul anti-rasuah Transparency International.

 

MPSP juga melihat transformasi daripada keadaan bangkrap bila RM230 juta dibelanjakan dengan membazir atau keadaan ragu-ragu  dalam tempoh masa 7 tahun. Keadaan defisit dalam bajet MPSP hanya dapat diberhentikan pada tahun 2008 dan kini dalam keadaan pulih dengan lebihan surplussetiap tahun 2008,2009 dan 2010.

 

Pulau Pinang kini dilihat lagi bersih, hijau dan selamat. Kadar jenayah di Pulau Pinang turun sebanyak 27% pada 2010, iaitu penurunan yang paling besar dalam negara.

 

Kenaikan pangkat ini membuktikan bahawa pegawai kerajaan negeri Pulau Pinang memang mempunyai kewibawaan dan adalah satu pengiktirafan prestasi baik yang boleh dicapai. Hanya dengan pentadbiran awam yang bertaraf antarabangsa barulah negeri Pulau Pinang boleh menjayakan tranformasi menjadi negeri bertaraf antarabangsa yang pintar.

 

LIM GUAN ENG

 

Press Statement By DAP Secretary-General And MP For Bagan Lim Guan Eng In Kuala Lumpur On 21.2.2011

Posted in Dari Meja Ketua Menteri

 The Employees Provident Fund (EPF) 5.8 % Dividend Or RM21.61 Billion Payout For 2010 As Compared To 2009’s 5.65% Is Inadequate And Not Commensurate With The 40% Increase In EPF’s Gross Investment Income.

DAP expresses disappointment at the declaration by EPF of a mere 5.8% dividend or RM 21.61 billion payout for 2010 as inadequate and not commensurate with the 40% increase in EPF gross investment income of RM24.06 billion as compared to 2009's RM17.22 billion. As compared to 2009’s 5.65% dividend, this increase of only 0.15% to 5.8% dividend does not reflect the economic recovery of Malaysia in 2010 with an expected growth rate of 7.2%

 

Despite Malaysia suffering a recession in 2009 with negative growth rate of -1.7%, EPF could still pay 5.65%.  It does not make sense that with an expected growth rate of 7.2% there is only a marginal increase in dividend rate to 5.8%.

 

EPF chairman Tan Sri Samsudin Osman said the higher dividend came partly from the good performance of the stock market last year. If so, then there should be a higher dividend as the stock market rose by 19.3% from 1,272.78 points at end of 2009 to 1,518.91 points at end of 2010. In contrast to the 19.3% rise in the performance of stock market, the 2010 dividend rate only rose by 2.7% from 5.65% to 5.8%.

 

The EPF dividend is one of the few direct benefits programs that can benefit Malaysians especially the 11 million working Malaysians. Looking at Singaporeans who were given cash directly from between $100-$800 cash under the 2011 Singapore budget  costing S$3.2 billion to lower and middle-income families.

 

DAP hopes that EPF can explain why the dividend rate rose by only 2.7% in 2010 as compared to 2009 when the stock market expanded by 19.3% and the economy rebounded from -1.7% growth rate in 2009 to 7.2% in 2010.

                                                                        LIM GUAN ENG

Kenyataan Akhbar Ketua Menteri Pulau Pinang, Y.A.B. Lim Guan Eng Sempena Lawatan Tapak dan Percubaan Operasi Perkhidmatan BEST Pada 18 Februari 2011

Posted in Dari Meja Ketua Menteri

Dalam bajet 2011 yang dibentangkan pada 2 Nov 2010 dalam Mesyuarat Dewan Undangan Negeri, Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah berjanji untuk mencari inisiatif kreatif dan innovatif untuk mengurangkan kesesakan lalulintas dan beban kewangan warga Pulau Pinang, khususnya golongan bawah.

 

Penyediaan 16 buah bas BEST ini adalah komitmen Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk menunaikan janji ini. Ia diharapkan dapat mengurangkan kesesakan trafik di Jambatan dan jalan pada waktu puncak. Pada masa yang sama, ia dapat mengurangkan kos pengangkutan kerana tambang bas ditaja sepenuhnya untuk tempoh masa 6 bulan. Pengguna hanya perlu membayar kos letak kereta sebanyak RM1 sebuah kereta bagi sepanjang hari. Ini membolehkan setiap orang pekerja / pengguna dapat menjimatkan sekurang-kurangnya RM250 sebulan.

 

Sistem Park & Ride ini dengan 16 buah bas BEST dijangka boleh mengangkut hampir 1,000 pekerja / pengguna. Sesiapa yang bekerja di FIZ Bayan Lepas turut layak menikmati perkhidmatan BEST ini dan sekaligus dijangka dapat mengurangkan hampir 1,000 kenderaan.

 

Perkhidmatan BEST ini telah dibahagikan kepada 3 laluan iaitu Laluan A, Laluan B dan Laluan C. Laluan A telah menumpukan kepada kawasan FIZ 1,2 dan BLIP. Laluan B telah menumpukan kepada kawasan FIZ 3 manakala Laluan C menumpukan kepada kawasan FIZ 4 dan Technoplex. Untuk menentukan masa tiba bas di kilang masing-masing, tiga percubaan perjalanan bas (Test Run) telah diadakan pada 30/11/2010, 01/12/2010 dan 02/12/2010. Dua percubaan perjalanan bas juga diadakan pada 14/02/2011 dan 16/02/2011. Satu jadual masa BEST yang menunjukkan anggaran masa tiba di perhentian bas telah dihasilkan oleh Rapid Penang telah dihantar kepada FREPENCA pada 6 Februari 2011.

 

Merujuk kepada sebutharga yang dikemukakan oleh Rapid Penang pada 14 Februari 2011, harga bulanan untuk perkhidmatan satu bas shuttle BEST adalah berjumlah RM11,000. Sehubungan dengan itu, kos operasi untuk 16 buah bas shuttle Bridge Express Shuttle Transit(BEST) yang berjumlah RM176,000 sebulan Kerajaan Negeri Pulau Pinang berharap agar Rapid Penang boleh menawarkan harga yang lebih rendah sebanyak RM150,000 sebagai tanggungjawab korporat social (CSR) mereka.

 

Merujuk kepada FREPENCA, 22 kilang telah memberi maklumbalas mereka terhadap sistem Park&Ride ini dan terdapat lebih kurang 1100 pekerja yang berminat untuk menggunakan sistem ini.

 

LIM GUAN ENG