SEMPENA MAJLIS PERASMIAN PROGRAM MAMMO PENANG

Posted in Dari Meja Ketua Menteri

 

UCAPAN KETUA MENTERI PULAU PINANG

SEMPENA MAJLIS PERASMIAN PROGRAM MAMMO PENANG

21 MAC 2015


Terlebih dahulu saya ingin merakamkan kesyukuran kepada Tuhan kerana memberi kesempatan kepada kita semua untuk berkumpul pada hari ini bagi merasmikan Program Mammo Penang.

Kemudahan Pemeriksaan Mammogram percuma ini merupakan sebuah program sayangi wanita yang telah dirancang oleh kerajaan negeri Pakatan Rakyat semenjak tahun 2013 lagi. Jumlah penduduk Negeri Pulau Pinang sehingga tahun 2013 adalah berjumlah hampir 1.7 juta orang. Daripada jumlah tersebut seramai 810,000 orang adalah wanita dan wanita yang berusia 35 tahun dan ke atas adalah sekitar 10% daripada 520,000 orang iaitu kira-kira 52,000 orang merupakan sasaran peserta program ini. Program ini diadakan khusus untuk pengundi-pengundi yang berdaftar di Pulau Pinang

Umum mengetahui bahawa, kanser payudara merupakan penyakit yang amat berbahaya kepada golongan wanita yang menjangkau umur 40 tahun dan ke atas. Pengesanan di peringkat awal mampu mencegah komplikasi dan kemudaratan kesan daripada penyakit kanser ini.

Perkhidmatan ini turut menyediakan perkhidmatan pengangkutan pergi balik dari pusat khidmat Adun ke pusat Pemeriksaaan Mammogram ini.

Program ini diadakan pada hujung minggu iaitu pada hari Sabtu dan Ahad khusus untuk membolehkan golongan surirumah yang tidak mempunyai kemudahan pengangkutan sendiri untuk turut sama mengambil peluang untuk membuat pemeriksaan tanpa membazirkan masa menunggu dan berbaris.

Di sini saya juga ingin merakamkan ucapan tahniah sekali lagi kepada Pihak BP Diagnostik Sdn Bhd kerana telah terpilih sebagai pengendali program Mammo Penang ini dengan nilai kontrak RM2,246,400 untuk 3 tahun.

Kerajaan Negeri juga ingin merakamkan penghargaan dan ucapan terima Kasih di atas kerjasama dan sumbanngan pihak Bridged Wanita bagi menjayakan program Mammo Penang ini bersama-sama pejabat ADUN dan Kadun setiap kawasan. Adalah menjadi tanggungjawab mereka untuk mendapatkan seramai 40 orang peserta untuk setiap sesi pemeriksaan.

Pihak Kerajaan Negeri bersama-sama pihak BP Diagnostik Sdn Bhd telah bersetuju untuk memeterai kontrak selama tiga (3) tahun untuk perkhidmatan ini. Sebagaimana telah dimaklumkan sebentar tadi program ini akan berjalan pada setiap hujung minggu iaitu pada hari Sabtu dan Ahad di dua buah pusat pemeriksaan iaitu di Menara Penang Garden dan juga di Pusat Pemeriksaan BP Diagnostik Sdn Bhd di Bukit Mertajam. Ini bermakna setiap kawasan ADUN berpeluang untuk sekurang-kurangnya 3 kali setiap tahun untuk menghantar pengundi-pengundi mereka untuk menikmati perkhidmatan ini. Takwim pemeriksaan telahpun disediakan sehingga hujung tahun ini bagi membolehkan pejabat ADUN bersedia dan mendapatkan peserta dari kawasan masing-masing.

Pemilihan Syarikat BP Diagnostik sebagai pengendali program ini bukanlah dibuat secara tergesa-gesa dan secara tangkap muat sahaja. Syarikat ini terpilih selepas menjalankan sistem tender terbuka berdasarkan kemampuan mereka dari segi kemampuan profesional dan peralatan yang mereka miliki. Pemilihan ini dibuat dengan teliti dan latar belakang syarikat yang memiliki lebih dari 50 pusat diagnostik di seluruh negara dan juga memiliki lebih dari 200 pusat pemeriksaan juga di seluruh negara.

Akhir kata saya dengan ini melancarkan Program Mammo-Penang ini dan berharap agar program ini akan dapat memberikan manfaat kepada semua rakyat Pulau Pinang amnya dan golongan wanita Khasnya.

Sekian , terima kasih

 

PERUNTUKAN BANTUAN KEWANGAN KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG KEPADA SEKOLAH-SEKOLAH TAMIL, 2015

Posted in Dari Meja Ketua Menteri

 

 

PERUNTUKAN BANTUAN KEWANGAN KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG KEPADA SEKOLAH-SEKOLAH TAMIL, 2015
Majlis Penyampaian Cek Di Auditorium A, Komtar Pada 20 Mac 2015
[Ucapan Ketua Menteri Negeri Pulau Pinang YAB Tuan Lim Guan Eng]

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada para hadirin yang sudi hadir untuk Majlis Penyampaian Cek ini. Majlis Penyampaian Cek ini adalah majlis yang ketujuh yang telah kami mulakan sejak 2009. Saya berjanji di sini bahawa Kerajaan Negeri Pulau Pinang di bawah pimpinan saya akan terus membantu pendidikan dan sekolah-sekolah Tamil di negeri ini selagi kami mentadbir negeri ini.

Saya dapati bahawa peruntukan yang diagihkan dalam enam tahun ini telah digunakan dengan cermat oleh PIBG dan guru-guru besar untuk melaksanakan kerja-kerja penambahbaikkan kemudahan infrastruktur di sekolah-sekolah Tamil dan dengan itu telah berjaya mewujudkan suasana kondusif untuk pembelajaran dan pengajaran.

Pembinaan Bilik-Bilik Darjah:
1) Dua (2) buah bilik darjah di SJKT Ramakrishna
2) Tiga (3) buah bilik darjah di SJKT Ladang Changkat
3) Empat (4) bilik darjah di SJKT di Permatang Tinggi
4) Dua (2) bilik darjah di SJKT di Ladang Transkrian
5) Dua buah bilik darjah di SJKT Ladang Krian

Pembinaan Dewan Sekolah
1) Dewan serbaguna tertutup di SJKT Jalan Sungai
2) Dewan serbaguna tertutup di SJKT Tasik Permai
3) Dewan terbuka di SJKT Sungai Ara
4) Dewan terbuka di SJKT Ladang Mayfield
5) Dewan Terbuka di SJKT Ladang Juru
6) Dewan Terbuka di SJKT Nibong Tebal
7) Dewan Terbuka di SJKT Bukit Mertajam
8) Dewan Terbuka di SJKT Mak Mandin
Penubuhan Makmal Komputer
1. SJKT ladang Sungai Bakap
2. SJKT Ladang Changkat
3. SJKT Ladang Byram
4. SJKT Ladang Jawi
5. SJKT Ladang Krian
6. SJKT Ladang Sempah
7. SJKT Ladang Malakoff
8. SJKT Transkrian
9. SJKT Sungai Ara

Selain itu, pondok bacaan, pondok menunggu dan setor alat sukan juga telah dibina di beberapa buah sekolah lagi. Kerja-kerja untuk menaiktaraf tandas, lantai, longkang, bilik darjah, kantin, padang permainan, pejabat guru dan guru besar dan memperbaiki bumbung yang bocor juga telah dilakukan di kebanyakan sekolah.

Pendekkata, pihak kami telah membantu memperbaiki infrastruktur di sekolah-sekolah Tamil Pulau Pinang sehinggakan sekolah-sekolah ini dikatakan sebagai yang terbaik dari segi kemudahan fizikal di seluruh negara. Sebagai balasan sumbangan ini, kami berharap para guru dan guru-guru besar akan berusaha untuk menjadikan sekolah Tamil di Pulau Pinang sebagai sekolah yang paling baik di seluruh negara dalam pencapaian akademik.

Selain itu, pada tahun ini pelajar-pelajar lepasan sekolah Tamil telah mendaftar pencapaian cemerlang dalam peperiksaan SPM dan STPM sehinggakan pelajar terbaik dalam SPM dan STPM tahun ini merupakan pelajar-pelajar yang telah memulakan pengajian rendah mereka di sekolah Tamil. Saya berasa bangga kerana ramai pelajar dari sekolah Tamil di Pulau Pinang juga telah mencapai gred tinggi dalam SPM dan STPM pada tahun ini.

Saya berasa pihak yang mendesak supaya sekolah Tamil ditutup adalah golongan yang tidak bertanggungjawab. Harus diingat bahawa hak untuk mengadakan sekolah Tamil dan sekolah Cina termaktub dalam Perlembagaan Negara kita. Oleh yang demikian hal ini tidak harus dipersoalkan oleh mana-mana pihak. Apa yang menarik di sini ialah golongan yang menuntut supaya sekolah Tamil ditutup tidak pernah menghulurkan sebarang bantuan kepada kemajuan sekolah-sekolah Tamil. Hujah-hujah mereka terhadap penutupan sekolah Tamil juga tidak berasas kerana mereka tidak pernah menjalankan sebarang kajian untuk memahami masalah yang dihadapi oleh sekolah-sekolah Tamil di negara ini.

Para hadirin sekalian, satu lagi aspek untuk meningkatkan bilangan murid ke sekolah Tamil ialah dengan mewujudkan peluang untuk melanjutkan pendidikan pada peringkat yang lebih tinggi. Malangnya, pendidikan Tamil di negara ini berakhir dengan sekolah rendah Tamil. Mereka yang menamatkan darjah enam di sekolah Tamil langsung tidak mempunyai peluang untuk meneruskan pendidikan menengah dalam aliran Tamil selepas itu.

Saya telah menulis surat kepada Menteri Pendidikan, Tan Sri Muyiddin Yasin, menawarkan tanah kerajaan negeri Pulau Pinang diberikan sebagai ganti untuk kebenaran mendirikan sekolah menengah Tamil di Pulau Pinang. Malangnya, permintaan saya tidak diberi pertimbangan yang wajar oleh Menteri Pendidikan. Kementerian Pendidikan bersembunyi di sebalik Akta Pendidikan Negara untuk menolak permintaan saya. Alasan bahawa Akta Pendidikan Negara tidak membenarkan sekolah menengah dalam aliran Tamil itu tidak berasas kerana sekolah antarabangsa yang gunakan bahasa pengantar selain daripada Bahasa Malaysia juga dibenarkan.

Untuk makluman para hadirin, pada tahun ini pun Kerajaan negeri Pulau Pinang telah memperuntukkan sebanyak RM1.75 juta. Sama seperti tahun-tahun lepas peruntukan ini telah diagihkan berlandaskan keperluan setiap sekolah. Disebabkan ini bantuan yang diperuntukkan kepada setiap sekolah adalah berlainan. Ada yang mendapat lebih daripada RM100 ribu dan ada juga yang mendapat kurang. Saya yakin, sama seperti tahun-tahun lepas para guru besar dan PIBG akan bekerjasama dengan Jawatankuasa Khas Sekolah-Sekolah Tamil di bawah YB timbalan Ketua Menteri 2 dalam menguruskan peruntukan ini dengan sebaik-baik yang mungkin.

Malah, Kerajaan Negeri telah membuat keputusan untuk memperuntukkan RM100 ribu sebagai bantuan khas kepada tadika-tadika di sekolah Tamil di negeri ini. Peruntukan khas ini ialah untuk menguruskan tadika dengan lebih baik dan meningkatkan kualiti kemudahan di tadika.

Di samping itu, dalam dua buah sekolah lagi tadika akan dibuka dalam masa tiga tahun ini.

Sebelum mengakhiri ucapan saya biar saya merakamkan terima kasih kepada ahli Jawatankuasa Khas Sekolah Tamil Dato’ Dr. Anba, Dato’ Rajoo, Puan Mangaleswary dan En. Anil kerana sumbangan mereka kepada sekolah-sekolah Tamil di negeri ini dalam tujuh tahun ini melalui Jawatankuasa Khas Sekolah-Sekolah Tamil. Saya berharap mereka akan terus membantu Kerajaan Negeri Pulau Pinang mencapai impiannya untuk meningkatkan taraf akademik sekolah-sekolah Tamil di Pulau Pinang. Sekian, terima kasih.

 

 

Official Opening of PMC Clinical Skills & Education Centre Seberang Jaya

Posted in Dari Meja Ketua Menteri

 

SPEECH BY
YAB MR. LIM GUAN ENG
Chief Minister of Penang

Official Opening of PMC Clinical Skills & Education Centre Seberang Jaya

17 March 2015

It gives me great pleasure to be here today for the official opening of this new PMC Clinical Skills and Education Centre in Seberang Jaya. I am grateful to the Board of Directors of PMC and the RCSI-UCD Management for the honour they have bestowed on me in inviting me to grace and officiate at the Opening Ceremony of this Centre. I am particularly pleased to welcome our distinguished guests from the Royal College of Surgeons in Ireland and University College Dublin as today is St Patrick’s Day, the National Holiday of Ireland.

Penang has its own St. Patrick Day’s parade that mirrors the fantastic diversity of our ethnicities in our Penang Community. I would like to say “Kayd Meela Fawl che” to everyone which is Irish language for hundred thousand welcomes!

On behalf of the State of Penang, congratulations to Penang Medical College and their joint-owners, the Royal College of Surgeons in Ireland and University College Dublin for their remarkable progress over the years.

I understand that PMC students are exclusively attached to Hospital Seberang Jaya as well as Hospital Pulau Pinang. To have two of the world’s oldest and leading medical schools, RCSI and UCD, approximately 230 years and 160 years respectively, working with local public hospitals through PMC is a great joy for us. Not only will their participation ensure PMC’s graduate doctors are globally recognised but it will also encourage knowledge and expertise sharing to meet the standards of the Irish Medical Council as well as other international standards. It is the State’s expectation for PMC-RCSI-UCD and Hospital Seberang Jaya to continue fostering this close relationship that will benefit not only the community in Penang and Malaysia but also students from all over the world.

As an added bonus, I know that many of PMC’s graduate doctors return to work in Malaysian hospitals and this can only mean the eventual improvement of our healthcare system. This can only further the State’s and Country’s reputation for quality healthcare and advance medical tourism industry.

And this year, for the first time in its history, PMC, RCSI and UCD are offering scholarships amounting to over RM2 million in totals, for Malaysian students applying to enter PMC in September 2015. We look forward to the announcement of the inaugural recipients of these scholarships this year.

It is a great honour for us that PMC students graduate with Irish medical degrees and that PMC is the only medical school outside the EU whose graduates can apply for internship in Ireland. Also, students who have undergone housemanship or internship at any one of our Malaysian Government Hospitals will also be recognised by the Irish Medical Council.

We in Penang gives assurances to two basic rights to education – the right to pursue excellence and get recognition, and the right of freedom of opportunity to be the best we want to be. You are free to be what you are or wear what you like in Penang.

PMC, to date, has more than 1,200 graduates and we expect to see growing international appeal as we move towards achieving global education hub status. Congratulations on the opening of PMC Clinical Skills & Education Centre in Seberang Jaya, as we look forward to the future of PMC.

Thank you.