FMM-OCBC Heritage Cycle & Walk 2016

Posted in Dari Meja Ketua Menteri

Speech by Chief Minister of Penang
FMM-OCBC Heritage Cycle & Walk 2016
28 August 2016, 9.45am


A very good morning to all of you.

I am very pleased to see all of you who have gathered here today to participate in the FMM-OCBC Heritage Walk and Cycle 2016 event organized by the Federation of Malaysian Manufacturers (FMM) Penang Branch and co-organised with OCBC Bank (Malaysia) Berhad and Lions Club International District 308 B2 as the Charity Partner.

First of all, I would like to congratulate the organizing committee in making this event a huge success.

The Penang state government has, in ”2010 launched the “Cleaner, Greener and Heathier Penang” as part of an effort to transform Penang into the most environmentally friendly and liveable city in Malaysia through education, enforcement and appreciation. This is to restore the current living environment into a cleaner and more sustainable city, which in turn will improve the quality of living.

Many of you would have personally experienced and enjoyed the improved environment while walking or cycling along the routes of the event today. To boost the “Cleaner, Greener and Healthier Penang" initiatives, this year, the committee has included a special event called “Cycling with Corporate sponsors” by inviting 20 corporate sponsors to ride together with selected underprivileged children from various homes to tour around the heritage sites. This is a small effort to promote a more caring society as well to those underprivileged children.

MAJLIS PENYERAHAN BANTUAN PENDAFTARAN PELAJAR KE INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI (IPT) TAHUN 2016 (ZON PULAU)

Posted in Dari Meja Ketua Menteri

UCAPAN KETUA MENTERI PULAU PINANG
SEMPENA MAJLIS PENYERAHAN BANTUAN PENDAFTARAN PELAJAR KE INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI (IPT) TAHUN 2016

27 Ogos 2016 (SABTU),
DEWAN TERBUKA, TAPAK PESTA, SUNGAI NIBONG


Selamat pagi dan salam sejahtera kepada semua,

1. Bersyukur kita kepada Tuhan kerana memberi peluang dan ruang untuk kita semua bertemu pada hari ini, bersempena dengan Majlis Penyerahan Bantuan Pendaftaran Pelajar ke Institut Pengajian Tinggi (IPT) Bagi Sesi Akademik Kedua 2015/2016 bagi pengajian Ijazah Sarjana Muda dan Bagi Sesi Akademik Pertama 2016/2017 untuk pengajian Diploma.

2. Selamat datang dan tahniah diucapkan kepada 157 orang pelajar daripada Daerah Timur Laut (DTL), 93 orang pelajar daripada Daerah Barat Daya (DBD) dan ibu bapa serta waris yang diraikan pada hari ini kerana telah terpilih untuk menerima sumbangan cek berjumlah RM1,000.00, sebagai bantuan pendaftaran kemasukan ke IPT. Ini selaras dengan hasrat Kerajaan Negeri, seperti yang telah dinyatakan semasa pembentangan Bajet Tahun 2016 dalam Sidang Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang baru-baru ini yang berteraskan, Memperkukuhkan modal insan melalui pendidikan.

3. Untuk pengetahuan semua, sejak program ini diperkenalkan pada tahun 2008 hingga sekarang, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sebanyak RM 14,904,500.00 yang melibatkan 15498 orang pelajar yang telah berjaya melanjutkan pelajaran ke IPTA. Statistik bantuan yuran pengajian untuk para pelajar yang layak untuk kali ini adalah seperti berikut :
Daerah Timur Laut - 157 penerima (RM157,000.00)
Daerah Barat Daya - 93 penerima (RM93,000.00)
Seberang Perai Utara - 238 penerima (RM238,000.00)
Seberang Perai Tengah - 215 penerima (RM215,000.00)
Seberang Perai Selatan - 92 penerima (RM92,000.00)
Jumlah Keseluruhan : 795 penerima (RM795,000.00)

4. Program pemberian bantuan pendaftaran pelajar ini bermula pada tahun 2008 dengan bantuan sebanyak RM500.00 kemudian ditingkatkan kepada RM1,000.00 bermula pada tahun 2011. Ini adalah bayaran kerajaan negeri yang tertinggi kepada mahasiswa di Malaysia.

5. Kerajaan Negeri mampu membayar sebab Kerajaan Negeri akan terus berpegang kepada prinsip bahawa sebuah kerajaan bersih akan menjalankan tata kelola dan urustadbir Kerajaan yang lebih baik daripada sebuah kerajaan yang mempunyai unsur-unsur rasuah. Ini boleh dilihat melalui prestasi Kerajaan Negeri sejak tahun 2008 yang mana telah mencatatkan lebihan Belanjawan setiap tahun, penurunan hutang negeri sebanyak 90% dan pertambahan nilai rizab aset sebanyak 50%. Kerajaan Negeri juga telah berjaya meningkatkan lebihan belanjawan yang terkumpul sebanyak RM574 juta dalam tempoh lapan (8) tahun pemerintahan (2008-2015) berbanding dengan lebihan RM 373 juta sepanjang 50 tahun (1957-2007) di bawah Kerajaan Negeri yang lama. Hasil kerajaan bersih inilah yang mendapat pujian bukan sahaja daripada Laporan Ketua Audit Negara tetapi juga Transparency International. Itulah yang dikatakan 'Bahasa Jiwa Bangsa, Bersih Jiwa Negara'.

6. Seperti mana yang kita semua sedia maklum, Kerajaan Negeri telah melaksanakan Dasar Pengasingan Sisa Di Punca bermula pada 1 Jun 2016. Langkah ini dilihat mampu membantu negeri ke arah mencapai matlamat menjadi sebuah bandaraya yang bersih dan hijau. Mengikut rekod yang diperolehi, Kerajaan Negeri telah menjalankan tanggungjawab dengan menanam 271,000 pokok baru di Pulau Pinang sejak tahun 2008 dan yang paling penting ialah tidak seperti negeri-negeri lain seperti Kedah atau Kelantan, Pulau Pinang tidak pernah menebang atau mengurangkan seinci persegi pun hutan simpan kekal di negeri ini.

7. Sejak Kerajaan Negeri Pakatan Harapan mengambil alih tampuk pemerintahan pada tahun 2008, pelbagai usaha dilakukan dalam menjadikan Pulau Pinang sebagai sebuah negeri yang bertaraf antarabangsa dan pintar. Kepimpinan berteraskan CAT iaitu Cekap, Akauntabel dan Telus terus dipraktiskan dalam usaha membangunkan Pulau Pinang agar menjadi sebuah negeri keusahawanan dan berkebajikan.

8. Dalam membentuk model sebagai sebuah negeri keusahawanan dan berkebajikan, Kerajaan Negeri telah melancarkan Tabung Perumahan Awam dan Mampu Milik sebanyak RM500 juta, jumlah yang paling besar dalam sejarah oleh mana-mana Kerajaan Negeri. Program perumahan awam dan mampu milik yang dijangka dapat membina 26,255 unit di semua daerah Pulau Pinang, telah menarik minat yang meluas termasuk juga skim sewa-beli yang melibatkan 155 unit di Seberang Perai Selatan.

9. Malah, peningkatan sektor pertanian banyak bergantung kepada perkembangan sektor akuakultur khususnya di atas laut, di mana daripada sifar sangkar ikan atas laut telah meningkat kepada 308 sangkar ikan atas laut pada akhir 2015 yang kini menjana nilai pengeluaran sebanyak RM556 juta setahun.

Hadirin yang dikasihi sekalian,

10. Di kesempatan ini juga saya ingin memaklumkan bahawa Permohonan iBiTA telah dibuka mulai 1 September 2016 dan akan ditutup pada 30 September 2016 bagi Sesi Akademik Pertama 2016/2017 ke Peringkat Ijazah Sarjana Muda lepasan STPM / Matrikulasi/ Diploma dan setaraf. Pelajar-pelajar yang memenuhi semua syarat kelayakan boleh memohon melalui pautan http://ibita.penang.gov.my.

11. Akhir sekali saya ingin mengucapkan terima kasih kepada urusetia dan warga Pejabat Daerah dan Tanah di atas kerjasama yang telah diberikan dalam menjayakan majlis ini. Saya, berserta barisan kepimpinan Kerajaan Negeri sekali lagi mengucapkan tahniah dan syabas kepada ibu bapa, waris dan kesemua pelajar kerana terpilih untuk melanjutkan pelajaran dan bertuah kerana turut menerima bantuan kewangan ini bagi meringankan bebanan kewangan yang dihadapi oleh ibu bapa serta waris para pelajar yang terlibat.

Sekian, terima kasih.

MAJLIS PERASMIAN JALAN SAMBUNGAN ANTARA JALAN BUNGA HINAI DENGAN JALAN BUNGA KACA PIRING DI SEKITAR SRJK(C) HUN BIN, TANJUNG TOKONG

Posted in Dari Meja Ketua Menteri

TEKS UCAPAN KETUA MENTERI PULAU PINANG

SEMPENA MAJLIS PERASMIAN JALAN SAMBUNGAN ANTARA JALAN BUNGA HINAI DENGAN JALAN BUNGA KACA PIRING

DI SEKITAR SRJK(C) HUN BIN, TANJUNG TOKONG, DAERAH TIMUR LAUT, PULAU PINANG

PADA 27 OGOS 2016 (SABTU), JAM 9.00 PAGI


Salam Hormat dan Selamat Sejahtera,

1. Izinkan saya merakamkan sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah terlibat di dalam penganjuran majlis yang amat bermakna ini. Saya juga ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada para jemputan yang sudi hadir ke Majlis Perasmian Jalan Sambungan Antara Jalan Bunga Hinai Dengan Jalan Bunga Kaca Piring Di Sekitar SRJK(C) Hun Bin, Tanjung Tokong, Daerah Timur Laut, Pulau Pinang.

Para hadirin yang saya hormati sekalian,

2. Pada tahun 2015, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan RM32.7 juta untuk pelaksanaan enam (6) buah projek pembinaan dan penaiktarafan jalan dengan anggaran kos keseluruhan berjumlah RM86.3 juta. Daripada keseluruhan projek tersebut, empat (4) buah projek akan dilaksanakan di Daerah Seberang Perai Tengah, sebuah (1) projek di Daerah Seberang Perai Selatan manakala sebuah (1) lagi di Daerah Timur Laut adalah merupakan projek yang akan kita rasmikan sebentar lagi. Projek Pembinaan Jalan Sambungan Antara Jalan Bunga Hinai Dengan Jalan Bunga Kaca Piring Di Sekitar SRJK(C) Hun Bin ini merupakan salah satu daripada usaha Kerajaan Negeri untuk memantapkan dan meningkatkan lagi pembangunan infrastruktur dan kemudahan asas di Negeri Pulau Pinang. Melalui pelaksanaannya, jalan baru ini akan memberi faedah kepada penduduk di kawasan sekitar termasuk guru-guru, ibu bapa dan para pelajar SRJK(C) Hun Bin.

Para hadirin yang saya hormati,

3. Umumnya sedia maklum bahawa projek jalan ini telah dirancang dan ditenderkan secara terbuka pada tahun 2012 oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Pulau Pinang. Namun, proses pelantikan pihak kontraktor tidak dapat dibuat selepas Kerajaan Negeri mengambilkira keperluan pemindahan sepuluh (10) keluarga penduduk setinggan di enam (6) buah rumah yang terletak di atas jajaran projek. Justeru, Kerajaan Negeri terpaksa menangguhkan pelaksanaan projek buat sementara waktu berikutan proses pemindahan setinggan tidak dapat dilaksanakan dengan kadar segera kerana ketiadaaan stok atau unit rumah kos rendah untuk ditawarkan sebagai penempatan kekal kepada penduduk setinggan yang terlibat. Atas dasar keperihatinan dan kesejahteraan penduduk setinggan tersebut, akhirnya Kerajaan Negeri telah menempatkan mereka di Perumahan Kos Rendah Taman Kuala Sungai Pinang, Balik Pulau dan Perumahan Kos Rendah i-Park di Jalan Dato’ Ismail Hashim secara percuma bagi pemilik rumah dan pengurangan separuh harga bagi keluarga penumpang. Proses pemindahan penduduk setinggan ini telah selesai sepenuhnya pada akhir bulan November 2014.

4. Kerajaan Negeri amat bersyukur kerana atas usaha gigih jabatan dan agensi yang terlibat, akhirnya projek jalan ini dapat ditenderkan semula pada tahun 2015. Seterusnya, melalui proses penilaian tender yang telus, Kerajaan Negeri telah bersetuju untuk melantik Syarikat Syifa Bina Sdn. Bhd. dengan tawaran tender terendah sebanyak RM1,878,000.00. Projek ini telah dimulakan pada 14 Februari 2015 dan disiapkan sepenuhnya pada 16 Mei 2016 (Tarikh siap asal adalah pada 16 Februari 2016). Projek ini menelan belanja yang agak tinggi bagi panjang jalan yang hanya 100 meter sahaja kerana ianya merupakan pembinaan jalan di kawasan bercerun. Ianya turut melibatkan skop kerja-kerja tambakan tanah dan pembinaan tembok penahan untuk menguatkan struktur cerun.

Para hadirin yang saya dihormati sekalian,

5. Projek jalan ini bertujuan untuk melancarkan aliran trafik dan memberi keselesaan kepada pengguna jalan raya di sekitar SRJK(C) Hun Bin. Ianya juga bertujuan untuk menampung pertambahan jumlah trafik pada masa hadapan. Dengan siapnya projek jalan ini kelak, diharapkan ianya memberi faedah yang amat besar kepada penduduk sekitar.

6. Projek ini merupakan sebuah projek yang mencerminkan keperihatinan Kerajaan Negeri terhadap keperluan infrastruktur rakyat Negeri Pulau Pinang amnya dan KADUN Tanjung Bungah khususnya. Akhir kata, saya dengan sukacita dan berbesar hati merasmikan Jalan Sambungan Antara Jalan Bunga Hinai Dengan Jalan Bunga Kaca Piring Di Sekitar SRJK(C) Hun Bin, Tanjung Tokong, Daerah Timur Laut, Pulau Pinang.

Sekian, terima kasih.