SEMPENA MAJLIS PENYERAHAN SUMBANGAN BANTUAN PENGURUSAN JENAZAH WARIS OKU TAHUN 2015

Posted in Dari Meja Ketua Menteri

 

TEKS UCAPAN KETUA MENTERI PULAU PINANG
SEMPENA MAJLIS PENYERAHAN SUMBANGAN
BANTUAN PENGURUSAN JENAZAH WARIS OKU TAHUN 2015

24 OKTOBER 2015
AUDITORIUM F, TINGKAT 5, KOMTAR

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat menyambut Ma’al Hijrah kepada mereka yang beragama Islam dan selamat datang kepada semua penerima sumbangan yang terpilih pada hari ini. Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berhormat Tuan Phee Boon Poh, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar, Tuan Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri atas penganjuran Majlis ini.

Hari ini Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan menyampaikan Sumbangan Bantuan Pengurusan Jenazah Waris OKU sebanyak RM1000 kepada waris OKU yang telah meninggal dunia. Di kesempatan ini juga, saya ingin mengucapkan takziah kepada semua waris-waris di sini yang baru kehilangan ahli keluarga tersayang.


Hadirin yang dihormati sekalian,

Kerajaan Negeri Pakatan Harapan Pulau Pinang yang memerintah sejak 2008 adalah Kerajaan yang “Competent, Accountable and Transparent” dalam melaksanakan urus tadbir dan amanah rakyat. Pencapaian Pulau Pinang dipuji oleh Transparency International sebagai Kerajaan pertama di Malaysia yang memperoleh pengiktirafan tersebut.

Dalam tempoh lapan tahun Kerajaan Negeri Pakatan Harapan memerintah Pulau Pinang, Kerajaan berupaya membela secara saksama dan memberikan keadilan kepada semua rakyat tanpa mengira kaum, agama, jantina atau latar belakang politik. Kerajaan Negeri mampu menjalankan program sosial kerana dapat mencatatkan rekod pertumbuhan ekonomi yang mampan dan inklusif sehingga Oxford University baru baru ini juga turut menjemput saya untuk menerangkan:

a)Macam mana dapat menikmati lebihan belanjawan setiap tahun sebanyak RM473 juta dalam tempoh 6 tahun di antara tahun 2008-2013 berbanding dengan lebihan RM373 juta untuk 50 tahun memerintah di antara 1957-2007. Jelas sekali 6 tahun memerintah lebih berkesan daripada 50 tahun.

b)Macam mana dapat mengurangkan hutang kerajaan negeri sebanyak 90% sedangkan kebanyakan negara mengalami beban hutang kerajaan yang meningkat 100% termasuk Kerajaan Persekutuan Malaysia.

c)Macam mana dalam keadaan pengangguran tinggi, kadar pengangguran di Pulau Pinang dapat dikurangkan kepada 1.2%, yang terendah dalam sejarah Malaysia – sebenarnya menghadapi kekurangan pekerja.

d)Macam mana dapat mengurangkan jurang ketidaksaksamaan pendapatan di antara yang kaya dan yang miskin dengan Gini Coefficient yang terendah di Malaysia sekadar 0.37 pada 2012

Program sosial dan pemberian wang sumbangan ini telah diperuntukkan melalui hasil lebihan bajet Negeri, membolehkan sumbangan sebanyak RM1000.00 setahun diberikan kepada Orang Kurang Upaya (OKU); warga emas, ibu tunggal, pelajar tahun 1 dan 4 dan Tingkatan 1 dan 4 serta Bantuan “One-Off’ sebanyak RM1,000.00 setahun ke atas urusan jenazah, pelajar yang belajar di IPTA dari Negeri Pulau Pinang sejumlah RM1,000.00 setahun dan penghargaan Anak Emas Pulau Pinang mulai 1hb Januari 2011 sejumlah RM200.00 sekali sahaja telah dapat dilaksanakan dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada orang ramai.


Hadirin yang dihormati sekalian,

Saya ingin memaklumkan seramai 8,664 klien OKU yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Pulau Pinang melalui sistem i-sejahtera Kerajaan Negeri Pulau Pinang dengan mendapat sumbangan RM100 dan secara keseluruhannya, Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah membelanjakan sejumlah RM866,400.00 untuk sumbangan kepada OKU yang berdaftar melalui sistem i-sejahtera bagi tahun 2015. Tempoh pembayaran ini adalah mulai 16 Oktober 2015 sehingga 27 Oktober 2015 dibuat melalui bank GIRO-BSN. Manakala, pada majlis hari ini juga, bagi sumbangan pengurusan jenazah seramai 53 orang waris OKU akan menerima bantuan tersebut dengan peruntukan berjumlah RM53,000.00. Setiap waris akan menerima sebanyak RM1000.00 tunai seorang.

Kerajaan Negeri juga amat prihatin terhadap rakyat yang tidak berkemampuan dengan menyalurkan bantuan kewangan bulanan kepada yang layak melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat di bawah Agenda Ekonomi Saksama(AES). Sebanyak 1909 orang penerima telah mendapat manfaat daripada bantuan ini dengan peruntukan berjumlah RM5,032,674.00. Mangsa bencana juga tidak dilupakan. Sebanyak 32 kes bencana telah dilaporkan dan menerima sumbangan berjumlah RM86,790.00.

Ia juga sebagai tanda Kerajaan Negeri Pakatan Harapan tidak pernah melupakan atau meminggirkan golongan OKU di Negeri Pulau Pinang dan Kerajaan Negeri Pakatan Harapan sentiasa peka dan mencari jalan untuk membantu semua rakyat Pulau Pinang lebih-lebih lagi golongan OKU.


Hadirin yang dihormati sekalian

Di kesempatan ini juga, saya ingin mengucapkan tahniah di atas usaha JKM dan semua ADUN usaha membantu rakyat mencapai hidup yang sejahtera. Komitmen dan kesungguhan yang tinggi dalam merencana hasrat Kerajaan adalah sangat dipuji.

Akhir kata, saya dengan berbesar hati merasmikan Majlis Penyerahan Sumbangan Kerajaan Negeri Pulau Pinang iaitu Sumbangan Bantuan Pengurusan Jenazah Waris OKU sebanyak RM1000 kepada waris OKU yang telah meninggal dunia.

Sekian, terima kasih.

 

MGS OKTOBERFEST 2015

Posted in Dari Meja Ketua Menteri

 

Speech by Chief Minister of Penang
MGS OKTOBERFEST 2015
On 24 October 2015 at Malaysian-German Society

 

This evening, we are here to celebrate this spirit of brotherhood and togetherness and I want to thank the Malaysian-German Society for holding this great festival in Penang continuously for 43 years, a record in Malaysia, and perhaps S.E. Asia too.

I want to congratulate the joint efforts between Germans and Malaysians working together as a team to make the annual celebration not only the longest but the biggest Oktoberfest event in this country.

After 3 years of hard work, the Penang government has finally launched Malaysia’s first German Dual Vocational Training Programme on 1 September 2015. The Penang state government is contributing RM2 million to pay school fees for 500-600 students, whilst the students have the benefit of an allowance of RM900 monthly by the participating companies. The State Government bear twenty (20) percent of the total tuition fees charged for every participant who enrolled a diploma course under the GDVT Programme in Mechatronics and the Participating companies bear the balance 80%. We are inviting more companies to participate in this programme.

We intend to open up more places for not just Penangites but for all Malaysians. We are willing to spend another RM2-4 million more if necessary to build new talent. Talent must be enabled with rights and responsibilities. To do that we have to grant them freedom, freedom of equal opportunity, freedom to be the best they want to be and realize their potential.

I also like to encourage you all to learn from one another the good values and practices from each culture and continue to meet through the social, cultural and language learning activities organized by MGS at this spacious premises here owned by the Penang government.

Finally, let me thank the organizing committee and all parties involved for the hard work to arrange this celebration and wish you all having a great time this evening of German culture and entertainments.

 

SEMPENA MAJLIS PECAH TANAH PASAR BARU TAMAN INDERAWASIH

Posted in Dari Meja Ketua Menteri

 

TEKS UCAPAN Y.A.B. TUAN LIM GUAN ENG
KETUA MENTERI PULAU PINANG
SEMPENA MAJLIS PECAH TANAH PASAR BARU TAMAN INDERAWASIH
PADA 24 OKTOBER 2015, JAM 9:00 PAGI

Selamat pagi dan salam sejahtera,
………………………………………………………………
Terlebih dahulu saya ingin merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Majlis Perbandaran Seberang Perai kerana sudi menjemput saya ke Majlis Pecah Tanah pada pagi ini.

Tujuan kita berkumpul pada pagi ini adalah untuk mengadakan majlis pecah tanah bagi pembinaan sebuah pasar baru yang bertujuan untuk menempatkan semula peniaga-peniaga dari Pasar Perai.

Pembinaan pasar baru ini dibiayai di bawah peruntukan Pembangunan P01 Butiran 64 Projek Khas Ekonomi. Projek ini telah dimulakan pada 8 September 2015 dan ia akan mengambil masa 8 minggu untuk disiapkan. Kos untuk projek ini adalah sebanyak RM 148,605.81. Kerja-kerja yang akan dijalankan adalah :
Kerja Pembersihan

Kerja-kerja menggali, membersih, merata dan memadatkan tanah.

Tambah Crusher Run

Kerja-kerja menambah crusher run setebal 0.1m dan dipadatkan.

Kerja Konkrit
Kerja-kerja konkrit lantai tapak dengan menggunakan konkrit GD25. Konkrit ready mix G30 sebagai asas penapak. Konkrit G50 untuk lubang.

Kerja Memasang BRC A7

Kerja Bata 112mm tebal bata diperkuat dengan EXMET. Lepaan simen plaster 12mm pada dinding baru.

Kerja Besi Tiang besi ms 50 x 50mm sahaja termasuk 12mm Ms plate serta skru & bold. Membekal dan memasang bumbung metal deck G28 serta kerangka tetulang untuk kekuda & alang. Besi jeriji sahaja 12mm tebal, 100mm x 100mm untuk dinding . 12mm bar keluli tegangan tinggi. 6mm bar keluli lembut. Kepingan jejaring no A7.

Kerja Paip Membekal & memasang sinki jenis aluminium termasuk L bracket sebagai asas tapak & saluran paip keluar (15 nos). Membekal & memasang paip tembikar licin 150mm termasuk kerja konkrit. Membekal& memasang paip tembikar 225mm. Permohonan PBA (meter secara individu sebanyak 15 unit)

Kerja-Kerja Lain
Membekal & memasang pintu grill jenis lipat termasuk kerja kunci & lain-lain. Penutup lubang jenis cast-iron insitu 600mm x 600mm. Kerja-kerja sapu lapisan cat alas konkrit. Sapu 2 lapis cat kemasan dalam. Sapu 2 lapis cat rintangan cuaca. Cat besi.

Kerja Pendawaian.
Kerja-kerja pemasangan, pendawaian konduit bumi, kuprum, pemasangan lampu, powerpoint, DB box utama, sambungan sesalur utama TNB dan mengikut aspek kerja pendawaian yang diluluskan.(meter secara individu sebanyak 15 unit)

Inilah hasil sebuah kerajaan negeri bersih yang mampu mencatat lebihan belanjawan sebanyak RM453 juta dalam tempoh 6 tahun kami memerintah Pulau Pinang di antara 2008 – 2013 berbanding dengan RM373 juta yang diperolehi dalam tempoh 50 tahun kerajaan BN memerintah di antara 1957-2007. Jelas sekali 6 tahun memerintah oleh Kerajaan Negeri sekarang lebih baik daripada 50 tahun memerintah sebelum ini. Ini adalah hasil keuntungan yang diagihkan kepada rakyat dalam bentuk membina jalan, longkang, pasar dan dewan orang ramai.

Adalah diharapkan bahawa kontraktor akan menghabiskan kerja mengikut jadual pada bulan November ini. Dengan itu, saya merasmikan Majlis Pecah Tanah Pembinaan Pasar Baru Taman Inderawasih pada pagi ini.

Sekian, terima kasih.