MAJLIS MENANDATANGANI JOINT DEVELOPMENT AGREEMENT (JDA) BAGI PROJEK PENUTUPAN SELAMAT TAPAK PELUPUSAN SAMPAH JELUTONG, PENYEDIAAN TAPAK BARU BAGI PEMBUANGAN SISA BAHAN BINAAN DAN MARINE CLAY DAN PEMBANGUNAN DI TAPAK YANG TELAH DIREHABILITASI

UCAPAN KETUA MENTERI PULAU PINANG

SEMPENA MAJLIS MENANDATANGANI JOINT DEVELOPMENT AGREEMENT (JDA) BAGI PROJEK PENUTUPAN SELAMAT TAPAK PELUPUSAN SAMPAH JELUTONG, PENYEDIAAN TAPAK BARU BAGI PEMBUANGAN SISA BAHAN BINAAN DAN MARINE CLAY DAN PEMBANGUNAN DI TAPAK YANG TELAH DIREHABILITASI

 

21 FEBRUARI 2020 BILIK GERAKAN

YB Dato' Ir. Haji Ahmad Zakiyuddin bin Abdul Rahman

Timbalan Ketua Menteri (I) Pulau Pinang

YB Profesor Dr. Ramasamy a/l Palanisamy

Timbalan Ketua Menteri (II) Pulau Pinang

YB Jagdeep Singh Deo a/l Karpal Singh

EXCO Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Perancangan Bandar & Desa

YB Dato’ Abdul Razak bin Jaafar
Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau

YB Dato’ Norazmi bin Mohd Narawi

Penasihat Undang-undang Negeri Pulau Pinang

YB Dato' Sarul Bahiyah binti Haji Abu

Pegawai Kewangan Negeri Pulau Pinang

Dato’ Mohd Bazid bin Haji Abd Kahar

Pengurus Besar PDC

Dato’ Seri Ong Choo Hoon

Pengerusi Eksekutif, PLB Engineering Berhad (PLBEB)

Dato’ Ong Guan Beng

Pengarah Eksekutif, PLB Engineering Berhad (PLBEB)

Rakan-rakan media

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian

Selamat Pagi dan Salam Sejahtera.

Terlebih dahulu saya ingin mengalu-alukan kehadiran semua ke Majlis Menandatangani Joint Development Agreement (JDA) antara Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) dan PLB Engineering Berhad (PLBEB) bagi projek penutupan selamat di Tapak Pelupusan Sampah Jelutong (TPSJ), penyediaan tapak baharu kekal bagi pembinaan sisa bahan binaan dan marine clay dan pembangunan baru di tapak yang telah direhabilitasi.

Dalam usaha Kerajaan Negeri merealisasikan Visi Penang2030: Negeri Pintar dan Hijau Berteraskan Keluarga Inspirasi Negara, segala perancangan dan pembangunan yang akan dan bakal dilaksanakan haruslah seiring dengan aspirasi visi ini. Atas dasar itulah salah satu matlamat majlis menandatangani perjanjian pada hari ini diadakan bagi memberi tumpuan kepada usaha Kerajaan Negeri untuk memulih dan menghijaukan persekitaran Negeri Pulau Pinang.

Seperti mana yang semua sedia maklum, Tapak Pelupusan Sampah Jelutong (TPSJ) ini telah dimulakan pada tahun 1970-an dan pada waktu itu kawasan ini terletak hanya 3km dari terminal feri di Pengkalan Weld yang pada waktu itu merupakan kawasan pinggiran bandar. Walau bagaimanapun, dengan pembangunan pesat yang dicapai sejak itu, kawasan ini telah berkembang dengan pesat dan lokasi tapak ini menjadi tidak relevan dan bersesuaian lagi.

Menyedari hakikat ini, maka tapak tersebut telah dibiarkan untuk stabil sejak tahun 2010 dan kini telah sedia untuk direhabilitasi dan dibangunkan. Sehubungan dengan itu, Kerajaan Negeri telah mengiklankan Request For Proposal (RFP) pada 12 Mac 2015 dan kemudiannya ditutup pada 14 September 2015. Objektif utama RFP ini adalah untuk: -

  • Projek Penutupan Selamat di Tapak Pelupusan Sampah Jelutong(TPSJ) yang bertujuan untuk melaksanakan proses memulihkan tapak TPSJ dan proses penutupan secara selamat dilaksanakan.
  • Penyediaan Tapak Baharu kekal Bagi Pelupusan C&D dan Marine Clay.
  • Cadangan pembangunan baru di tapak yang telah direhabilitasi.

Cadangan yang dikemukakan oleh Syarikat PLB Engineering Berhad (PLBEB) telah membolehkan syarikat ini dipilih bagi menerajui projek dan setelah melalui proses perolehan Kerajaan Negeri, Surat Setuju Terima telah dikeluarkan kepada PLBEB pada tahun 2017. Setelah itu, proses memuktamadkan perjanjian JDA giat dilaksanakan merangkumi perbincangan lokasi dan penyediaan tapak sementara dan kekal. Adalah dijangkakan bahawa keseluruhan pembangunan di kawasan ini akan mengambil masa 15 tahun.

Akhir kata, saya berharap projek pembangunan ini nanti akan berjalan dengan jayanya sekaligus mampu memberi manfaat dan memberikan impak yang positif kepada penduduk dan negeri sepertimana kejayaan pembangunan di tapak-tapak rehabilitasi di negara-negara lain.

Sekian, terima kasih.   

Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang Tingkat 28, KOMTAR, 10502, George Town, Pulau Pinang