DIWALI DINNER OF PENANG GUJARATI ASSOCIATION

Posted in Dari Meja Ketua Menteri

SPEECH BY THE CHIEF MINISTER OF PENANG

AT THE DIWALI DINNER OF PENANG GUJARATI ASSOCIATION

1 NOVEMBER 2019

THE GURNEY HOTEL

 

Ladies & Gentlemen

It gives me great pleasure to be here on this special evening to join all of you for the Penang Gujarati Association’s Festival of Lights (Diwali) celebrations.

The Gujaratis and other North Indian communities have a very long history in Malaysia, mostly through trade and commerce even before the Malacca Sultanate; and are believed to have arrived at the shores of Penang back in the 19th Century. In the many years that the Gujarati and other North Indian communities settled here, they have proven to be a peaceful, hard-working, business-oriented community living peacefully with the other Indian communities as well as all other ethnic groups in this country.

The Gujarati community in Malaysia, and particularly in Penang has led in business and commerce and, I am told, played an important role in the development of the Indian Chamber of Commerce in Penang since its inception.

Today, many Gujaratis and other North Indians have expanded to other professions. The Penang State Government has your interests at heart, in the same manner in which we have taken care of the interests of all communities, be they large or small.

I, together with my colleagues in the State EXCO, will work with you to ensure that the Gujaratis and North Indians are at the forefront of development and progress. The State Government values your contribution to our economic development, and we look forward to working with you to transform Penang into an international and intelligent city. We can work together to make Penang cleaner, greener, safer and healthier – in short, a better state to live in, attend school, work & play in.

With the expanding economy and growth of Penang, the State is seeing many job opportunities, and many expatriates are coming to our shores. This includes many Gujarati and North Indian expatriates who have made Penang their home. We will continue with our hard work so that the State continues to flourish economically and thereby providing new jobs, especially in knowledge-based industries, so as to move up the value chain.

Finally, I would like to thank the Penang Gujarati Association, and particularly your President YBhg Dato’ Taizoon H. Tyebkhan, for the invitation so that I can celebrate the special occasion with your members, well-wishers & friends.

Thank you.

BELANJAWAN TAHUN 2020

Posted in Dari Meja Ketua Menteri

UCAPAN BELANJAWAN TAHUN 2020

 

OLEH

 

YAB CHOW KON YEOW

KETUA MENTERI PULAU PINANG

 

KETIKA MEMBENTANGKAN

RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN DAN USUL ANGGARAN PEMBANGUNAN TAHUN 2020

 

DI DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG

PADA 1 NOVEMBER 2019

 

“PENANG2030

TERAS KEJAYAAN KEMAKMURAN BERSAMA”

 

 

PENDAHULUAN

 

YB Dato’ Yang di-Pertua Dewan,

 

  1. Saya berasa amat berbesar hati dan berterima kasih kerana diberikan peluang dan kesempatan untuk membentangkan kepada Dewan yang Mulia ini, Belanjawan Negeri Pulau Pinang Tahun 2020.
  1. Pertamanya, saya bagi pihak Kerajaan Negeri merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada rakyat Pulau Pinang yang sentiasa menyokong visi Kerajaan Negeri, menerusi “Penang2030: Negeri Pintar dan Hijau Berteraskan Keluarga Inspirasi Negara” yang kini telah mula digerakkan ke peringkat akar umbi. Sesungguhnya, visi ini memerlukan usaha dan perancangan rapi serta penglibatan setiap golongan masyarakat. Kerajaan Negeri akan terus komited untuk meningkatkan keupayaan dalam merangka dan melaksanakan pembangunan yang mampan, pintar serta inklusif.

YB Dato’ Yang di-Pertua,

 

PRESTASI DAN KEDUDUKAN EKONOMI MALAYSIA

 

  1. Berikutan perang dagangan Amerika Syarikat - China yang berlanjutan, polarisasi masyarakat yang makin meningkat serta pembangunan senario antarabangsa yang tidak dapat diduga, kerajaan di seluruh dunia kini sedang berdepan dengan cabaran ketara untuk menangani pelbagai isu termasuklah isu-isu ekoran perubahan iklim di masa pertumbuhan ekonomi global yang perlahan. Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) juga telah menjangkakan pertumbuhan global sebanyak 3 peratus sahaja memandangkan pertumbuhan ekonomi global pada tahun 2019 ini mencatatkan prestasi yang paling lembap sejak krisis kewangan tahun 2008.
  1. Tambahan pula dengan ketidakpastian harga minyak dunia dan rundingan Brexit yang masih belum muktamad, ia semestinya telah memberi tempias kepada prestasi ekonomi Malaysia pada tahun 2018. Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tahun 2018 hanya mencatatkan pertumbuhan pada kadar 4.7 peratus berbanding 5.9 peratus pada tahun 2017. Kelembapan pelaburan awam juga turut mempengaruhi momentum pertumbuhan ekonomi domestik, meskipun disokong pertumbuhan perbelanjaan swasta yang meningkat.
  1. Sungguhpun demikian, menjelang suku tahun kedua 2019, ekonomi Malaysia telah mula mencatatkan pertumbuhan 4.9 peratus berbanding 4.5 peratus pada suku tahun pertama. Semua sektor ekonomi mencatatkan pertumbuhan positif, disokong oleh sektor perkhidmatan dan pembuatan. Perbelanjaan penggunaan akhir swasta dan perdagangan luar negeri juga menjadi pendorong utama bagi kaedah perbelanjaan.

 

 

PRESTASI DAN KEDUDUKAN EKONOMI PULAU PINANG

 

  1. Sebagai penyumbang kelima tertinggi kepada KDNK nasional dengan nilai sebanyak RM91.18 bilion atau 6.7 peratus daripada KDNK tahun 2018, persekitaran pelaburan di negeri ini juga kian rancak. Sehingga Jun 2019, Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) telah meluluskan pelaburan berjumlah RM9.2 bilion dan ini adalah lebih tinggi berbanding RM5.8 bilion pada keseluruhan tahun 2018. Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM8.7 bilion adalah pelaburan asing, manakala RM0.5 bilion adalah pelaburan tempatan. Ini menjadikan Pulau Pinang sebagai negeri yang mencatatkan jumlah pelaburan pembuatan tertinggi di Malaysia dan mewakili 35 peratus daripada jumlah pelaburan langsung asing (FDI) nasional. Industri elektrik dan elektronik (E&E) kekal sebagai penyumbang pelaburan tertinggi untuk Pulau Pinang dengan jumlah 93 peratus. Ini menjadikan Pulau Pinang terus kekal relevan sebagai lokasi pelaburan strategik yang menjadi tumpuan pelabur. Malah, terdapat syarikat-syarikat yang memperluaskan operasi mereka di Pulau Pinang seperti Jabil, Plexus dan Intel.
  1. Sejajar dengan perkembangan positif di peringkat nasional, dan jangkaan peningkatan FDI pada tahun ini, Negeri Pulau Pinang juga boleh menjangkakan prospek yang menggalakkan bagi tahun 2020. Ini turut disokong dengan ekosistem sedia ada yang baik dan mesra pelabur sebagai pendorong utama. Industri-industri yang mempunyai nilai tambah tinggi dan industri intensif pengetahuan akan menjadi tumpuan promosi pelaburan Kerajaan Negeri sebagai usaha memperkasa industri dan meningkatkan pendapatan per kapita negeri.

YB Dato’ Yang di-Pertua,

FOKUS BELANJAWAN 2020

 

  1. Belanjawan Negeri Pulau Pinang Tahun 2020 telah dirangka supaya agenda pembangunan dan kesejahteraan rakyat dapat diteruskan, seperti yang dijanjikan dalam manifesto Pilihan Raya Umum ke-14, dengan berteraskan kepada Visi Penang2030. Pada 9 Mei 2019, setahun sejurus Pilihan Raya Umum ke-14, YAB Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad telah mengumumkan satu dasar baru yang bertemakan “Wawasan Kemakmuran Bersama 2030”. Setelah meneliti teras pembangunan “Wawasan Kemakmuran Bersama 2030”, saya percaya falsafah Visi Penang2030 yang menjadi teras pentadbiran negeri ini akan terus menjadi fokus utama Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk mencapai matlamat kedua-dua wawasan Kerajaan Negeri serta Kerajaan Persekutuan. Oleh itu, tema belanjawan tahun 2020 bertajuk “Penang2030 Teras Kejayaan Kemakmuran Bersama” sebagai iltizam untuk menjadikan Negeri Pulau Pinang sebagai sebuah negeri maju, pintar dan hijau yang menitikberatkan kesejahteraan dan kemakmuran warga Negeri Pulau Pinang.
  1. Belanjawan 2020 sekali lagi memberi fokus kepada empat (4) tema utama Penang2030 untuk meneruskan kesinambungan usaha Kerajaan Negeri bagi mencapai Visi Penang2030 iaitu:-

 

 

Pertama   :   Meningkatkan   daya   huni   bagi   menambah  baik  kualiti            

                     kehidupan

Kedua      :   Menaiktaraf   ekonomi   bagi  meningkatkan pendapatan isi      

                     rumah

Ketiga      :   Memperkasakan   rakyat   bagi  meningkatkan   penyertaan

                      masyarakat

Keempat  :   Melabur dalam persekitaran fizikal bagi meningkatkan daya

                     tahan 

 

 

PENANG2030: NEGERI PINTAR DAN HIJAU BERTERASKAN KELUARGA INSPIRASI NEGARA

 

  1. Sepanjang tahun ini, Visi Penang2030 telah menarik perhatian pelbagai pihak sama ada individu mahupun pemain industri untuk mendalami dan menghalusi intipati Visi Penang2030 ini, lalu turut menyumbang sedikit sebanyak pelan tindakan tersendiri demi mencapai matlamat Visi Penang2030. Oleh itu, Kerajaan Negeri kini memainkan peranan penting sebagai perantara untuk merancakkan pembangunan dan pelaksanaan pelan tindakan Penang2030 bagi sektor swasta melalui pelaksanaan Pelan Transformasi Digital Pulau Pinang iaitu sebuah projek landasan seperti yang terkandung dalam ”Penang2030 Guide” yang telah dilancarkan pada 27 April tahun ini.
  1. Ekonomi digital merupakan satu era ekonomi baharu yang berasaskan penggunaan teknologi digital dalam sektor ekonomi. Kerajaan Negeri menyedari betapa pentingnya ekonomi digital kerana ia berupaya bertindak sebagai faktor penting kepada perindustrian, pembinaan modal insan serta penyelidikan. Usaha-usaha sedang dirancang dan dilaksanakan untuk menyediakan infrastruktur serta modal insan yang menyokong pembangunan ekosistem dan ekonomi digital di Pulau Pinang. Sebagai usaha untuk memantapkan dan mempercepatkan transformasi digital di Pulau Pinang, Kerajaan Negeri telah menubuhkan Syarikat Digital Penang bagi menerajui pelaksanaan projek-projek digital, memberi nasihat mengenai hala tuju digital serta membangunkan Pelan Transformasi Digital Pulau Pinang. Inspirasi Visi Penang2030 dalam usaha untuk mengutamakan transformasi digital juga telah berjaya menarik pelbagai projek perintis, projek pembangunan serta penggunaan teknologi digital.
  1. Sebagai contoh, internet berkelajuan tinggi Gigabit yang menggunakan teknologi Terragraph kendalian YTL Communications telah mengenalpasti George Town sebagai lokasi pertama di Asia untuk menjalankan pengujian teknologi Terragraph pada Februari 2019. Purata throughput adalah sebanyak 150Mbps, iaitu 10 kali lebih pantas daripada kelajuan WiFi di bandar-bandar utama dunia. Di samping itu, pada bulan Oktober baru ini, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah mengumumkan Negeri Pulau Pinang antara enam (6) negeri terpilih untuk melaksanakan Projek Demonstrasi 5G Malaysia. Jaringan 5G bukan sahaja melibatkan kelajuan internet tetapi aplikasinya dalam kehidupan seharian akan mentransformasi cara hidup masyarakat, pengembangan perniagaan serta pentadbiran Kerajaan yang lebih efisien. Negeri Pulau Pinang sebenarnya telah setapak ke hadapan berbanding negeri lain dalam usaha mewujudkan Bandar Pintar dan Digital dan sememangnya satu lokasi ideal untuk menjalankan demonstrasi 5G ini.
  1. Dengan adanya infrastruktur digital seperti 5G sebagai pemboleh ubah untuk transformasi digital, satu lagi usaha penting yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri adalah pelancaran Platform Pemudahcara Perdagangan Pintar (Penang’s Smart Trade Facilitation Platform) dengan kerjasama pakar teknologi pintar logistik terkemuka, Fusionex, untuk mewujudkan platform logistik pintar dan pemudahcara perdagangan pintar antara Negeri Pulau Pinang dengan komuniti tempatan, serantau dan global untuk menguatkan hubungan perdagangan dan peluang perniagaan. Platform Pemudahcara Perdagangan Pintar ini akan membolehkan perniagaan memanfaatkan pertumbuhan pesat ekonomi digital serta perdagangan rentas sempadan, serta mewujudkan persekitaran mesra perniagaan di Pulau Pinang, terutamanya untuk perusahaan kecil dan sederhana. KDNK Pulau Pinang telah mencatat lebih kurang RM80 bilion pada tahun 2016, dan ia dijangka akan melebihi RM100 bilion setahun pada beberapa tahun akan datang berikutan inisiatif ini.

 

 

Pembangunan Bakat dan Sumber Manusia

 

  1. Demi mencapai trickle down effect yang optimum untuk menjayakan matlamat Visi Penang2030 serta “Wawasan Kemakmuran Bersama 2030” melalui transformasi digital, pembangunan bakat dan sumber manusia tidak boleh dipandang rendah. Sukacita saya memaklumkan bahawa produktiviti buruh di negeri ini adalah 19.1 peratus lebih tinggi daripada paras nasional. Kerajaan Negeri akan terus membangun dan menarik kemasukan modal insan berkemahiran tinggi bagi menyokong kepelbagaian ekonomi dan menaikkan momentum produktiviti. Pusat Bantuan Kerjaya dan Bakat Pulau Pinang (Penang Career Assistance and Talent (CAT) Centre) akan terus memainkan peranan untuk meningkatkan kualiti sumber manusia di Pulau Pinang.
  1. Memandangkan Pulau Pinang mencatatkan bilangan migrasi yang positif iaitu sebanyak 16,300 pada tahun 2016 dan berfungsi sebagai nukleus ekonomi serta pusat pertumbuhan, maka ia telah menghasilkan kesan konurbasi ke Kedah Selatan dan Perak Utara sehingga mencipta satu sinergi baharu dalam usaha pembangunan ekonomi di Wilayah Utara. Oleh itu, Pulau Pinang harus mengukuhkan kemajuan industri selaras dengan peranannya sebagai paksi ekonomi di utara Semenanjung Malaysia.
  1. Untuk meningkatkan kualiti dan produktiviti modal insan, Kerajaan Negeri akan meneruskan subsidi kepada syarikat yang menghantar pekerja yang menjalani program German Dual Vocational Training (GDVT) yang ditawarkan oleh Penang Skills Development Centre (PSDC). PSDC telah mengadakan pelbagai program dan latihan, yang mana seramai 3,938 peserta telah dilatih menerusi 189 kursus. Untuk memastikan pelatih ini benar-benar mencapai piawaian kemahiran yang diperlukan, syarikat multinasional seperti B.Braun, BBS Automation, Inari dan Osram berperanan sebagai syarikat hos untuk memberikan latihan praktikal kepada para pelatih. Seterusnya, Kerajaan Negeri melalui PSDC juga akan memberi tumpuan kepada strategi pertumbuhan pada tahun 2020 melalui pemetaan keperluan industri tenaga kerja semasa dan masa hadapan untuk menjamin bekalan tenaga mahir.
  1. Demi memastikan pembangunan saksama dan lonjakan pembangunan sosioekonomi negeri, kerjasama dengan Kerajaan Persekutuan diwujudkan untuk melaksanakan tiga (3) program yang akan menerajui pembangunan modal insan iaitu empowerNCER@PulauPinang, entrepreneurNCER@PulauPinang dan NCER Talent Enhancement Programme (NTEP). Program empowerNCER@PulauPinang dilaksanakan melalui program pendidikan menyeluruh kepada kumpulan sasaran B40 dan latihan asas kemahiran serta keusahawanan untuk menambah nilai pasaran tenaga kerja tempatan dan peluang keusahawanan kepada rakyat di Pulau Pinang.
  1. Bagi menangani isu kekurangan pekerja mahir pula, Kerajaan Negeri menyambut baik program NTEP yang telah memberi peluang pekerjaan kepada graduan menganggur melalui kerjasama pelbagai agensi Kerajaan Persekutuan dan Negeri seperti MIDA, SME Corp, Invest Penang dan FMM. Seramai 350 orang graduan disasarkan bagi tahun 2019 dan 2020, masing-masing. Sehingga kini, seramai 94 peserta telah lulus program ini, sementara 189 orang lagi masih dalam peringkat pertimbangan kelulusan.

STRATEGI PERTAMA : MENINGKATKAN DAYA HUNI BAGI MENAMBAH BAIK KUALITI KEHIDUPAN

YB Dato’ Yang di-Pertua,

 

Meningkatkan Pembekalan Rumah Mampu Milik

 

  1. Kebolehhunian Negeri Pulau Pinang secara langsung akan memberi impak kepada pembangunan modal insan melalui kursus latihan ataupun menarik minat tenaga mahir ke Pulau Pinang untuk mewujudkan satu sistem simbiotik untuk meningkatkan jumlah tenaga mahir dalam negeri. Maka, salah satu cara untuk meningkatkan daya huni Negeri Pulau Pinang sudah pastilah dari segi keperluan perumahan. Kerajaan Negeri juga akan terus mengimbangi peningkatan kos sara hidup dan taraf ekonomi rakyat dalam keadaan ekonomi yang agak mencabar ini. Justeru, Kerajaan Negeri sedang mengkaji inisiatif baharu perumahan, selain meluaskan pembekalan Rumah Mampu Milik (RMM), terutama bagi golongan B40 dan M40 demi mencapai 180,000 unit sasaran RMM, seperti digariskan dalam Penang2030. Sehingga kini, sebanyak 29,959 unit telah siap, 23,985 unit dalam pembinaan manakala 48,391 unit kini dalam perancangan. Justeru, tambahan 77,665 unit lagi akan diusahakan pembinaannya oleh Kerajaan Negeri, melalui kerjasama pihak swasta, syarikat milik kerajaan dan Kerajaan Persekutuan.
  1. Sehubungan itu, penyediaan unit sewaan melalui Program Perumahan Rakyat (PPR) akan dipertingkatkan dan satu (1) lokasi telah dikenalpasti di Jelutong, Daerah Timur Laut (DTL). Kerajaan Persekutuan merancang untuk melaksanakan RMM ini secara Request for Proposal (RFP) dan harga rumah bermula daripada RM90,000.00 sehingga RM300,000.00. Melalui Penang2030 dalam tema meningkatkan kemampuan dan kepelbagaian perumahan, Kerajaan Negeri telah merangka penyediaan kepelbagaian unit PPR seperti Single Transit Unit dan Youth Transit Unit dengan konsep studio mikro unit. Selain itu, unit kelamin PPR juga ditambahbaik dengan konsep co-living unit dengan dua (2) bilik tidur utama bagi tujuan keluarga menjaga orang tua mereka.
  1. Selain itu, Kerajaan Negeri akan meneruskan perbincangan bersama Bank Negara Malaysia (BNM) berkenaan cadangan melonggarkan syarat kelayakan pemohon pinjaman bank bagi membantu pemilikan rumah. Ini kerana, rakyat Pulau Pinang menghadapi masalah penolakan permohonan pinjaman perumahan yang begitu tinggi, sehingga mencecah 70 peratus, sedangkan rumah yang mampu dimiliki telah dibina oleh Kerajaan Negeri. Bagi memastikan visi “1 Keluarga, 1 Rumah” tercapai, Kerajaan Negeri sedang meningkatkan usaha pemilikan RMM secara sewa beli, yang mana sebanyak 1,000 unit disasarkan seperti mana dalam Penang2030.
  1. Selain daripada pembinaan rumah baharu, Kerajaan Negeri tidak mengenepikan tanggungjawab untuk menyelenggara Rancangan Perumahan Awam sedia ada. Bagi tempoh 2008 hingga 2019, sejumlah RM176.5 juta telah dibelanjakan untuk menyelenggara Rancangan Perumahan Awam di kelima-lima daerah dan bagi tahun 2020 pula, sebanyak 6 juta telah diluluskan. Di samping itu, Kerajaan Negeri memberi perhatian kepada penyelenggaraan Skim Perumahan Kos Rendah/Sederhana Rendah swasta melalui inisiatif Tabung Penyelenggaraan Maksima 80 Peratus (TPM80) yang mana sebanyak 362 projek bernilai RM31.2 juta telah diluluskan sejak tahun 2013. Pada tahun 2020 pula, Kerajaan Negeri turut memperuntukkan sejumlah RM6.8 juta.

 

Kesejahteraan dan Kesihatan Rakyat

  1. Kerajaan Negeri sentiasa berusaha memberikan perkhidmatan kesihatan kepada rakyat negeri ini. Walaupun perkara ini merupakan tanggungjawab Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri tetap memberikan komitmen dan bantuan kewangan bagi memastikan kesihatan dan kesejahteraan rakyat. Hal ini demikian kerana seperti yang dihuraikan dalam Penang2030, antara faktor lain yang boleh menyumbang kepada peningkatan daya huni Negeri Pulau Pinang termasuklah memastikan kesejahteraan, kebajikan dan kesihatan rakyat.
  1. PENBAR atau Pulau Pinang Bebas Asap Rokok telah mula dilaksanakan bagi mendokong Artikel 8, Framework Convention on Tobacco Control (FCTC), World Health Organization (WHO), untuk melindungi rakyat daripada kesan asap rokok pasif yang terbukti menjadi punca pelbagai masalah kesihatan. Pada masa ini, pelaksanaan PENBAR tertumpu di kawasan Tapak Warisan Dunia George Town (TWDGT) sejak ia diwartakan pada tahun 2015. Bagi membuktikan komitmen Kerajaan Negeri untuk menjadikan Pulau Pinang sebagai negeri bebas asap rokok, aktiviti penguatkuasaan di bawah Peraturan-peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2003 dan usaha bagi meningkatkan kesedaran bahaya merokok kepada orang ramai akan dipertingkatkan. Kawasan larangan merokok di bawah PENBAR akan diperluaskan di semua daerah pada tahun 2020. Sehubungan itu, sebanyak RM250,000.00 akan diperuntukkan untuk tempoh lima (5) tahun, iaitu RM50,000.00 setahun bermula dari tahun 2020 untuk menjalankan aktiviti promosi dan advokasi.
  1. Sebagai tanda kasih sayang dan penghargaan kepada kaum wanita, Program Mammo-Penang yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri dengan kerjasama Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga (LPPKN) akan diteruskan pada tahun ini. Untuk itu, sebanyak RM886,000.00 akan diperuntukkan pada tahun 2020.

Kebajikan Rakyat

 

  1. Sebagai sebuah negeri berkebajikan, Kerajaan Negeri sentiasa prihatin terhadap kebajikan rakyat, terutamanya golongan yang kurang berkemampuan. Pada tahun 2020, program kebajikan iaitu iSejahtera akan diteruskan dan sebanyak 0 juta akan diperuntukkan bagi tujuan ini. Bagi menghargai warga emas, Kerajaan Negeri dengan sukacitanya memaklumkan berkenaan kenaikan bayaran penghargaan warga emas daripada RM130.00 setahun kepada RM150.00. Kenaikan ini dianggarkan memberi manfaat kepada 178,000 warga emas di negeri ini, melibatkan peruntukan sebanyak RM26.7 juta dengan kenaikan sebanyak RM3.56 juta berbanding tahun ini. Keprihatinan Kerajaan Negeri terhadap golongan OKU juga dibuktikan dengan kenaikan kadar bantuan OKU daripada RM130.00 setahun kepada RM150.00 yang akan melibatkan hampir 10,000 penerima. Ini akan melibatkan peruntukan sebanyak RM1.5 juta dengan kenaikan sebanyak RM200,000.00.

 

  1. Kerajaan Negeri sedar bahawa kos sara hidup semakin meningkat. Sehubungan itu, bagi meringankan beban rakyat, Kerajaan Negeri akan meneruskan perkhidmatan bas Congestion Alleviation Transport (CAT) secara percuma dan ini akan menelan belanja sebanyak 0 juta pada tahun 2020.

Bantuan Bencana

 

  1. Pada tahun ini kita telah dikejutkan oleh bencana Taufan Lekima yang memberi impak kerosakan yang agak teruk kepada hampir 3,075 buah rumah di seluruh negeri. Kerajaan Negeri dengan bantuan NADMA, telah memperuntukkan wang sebanyak 81 juta untuk tujuan pembaikan rumah kediaman kepada mangsa terlibat. Di samping itu, bantuan lain bagi mangsa kebakaran atau bencana alam yang lain juga telah diberikan oleh Kerajaan Negeri melalui Tabung Bantuan Bencana TYT Negeri Pulau Pinang, melibatkan peruntukan berjumlah RM133,900.00.

 

Memelihara Agama Islam

 

  1. Kerajaan Negeri menyedari keperluan untuk memperkasakan institusi keagamaan, terutamanya masjid dan surau. Pada tahun 2019, RM4.65 juta diperuntukkan untuk pembinaan masjid baharu yang mana projek ini telah dilaksanakan secara bersama dengan Kerajaan Persekutuan bagi Masjid Kampung Banggol dan Masjid Sungai Nibong Besar. Selain itu, Kerajaan Negeri juga tidak mengabaikan pembinaan baharu sekolah-sekolah agama rakyat. Untuk itu, Kerajaan Negeri telah memulakan proses pembinaan sekolah agama baharu iaitu Sekolah Agama Rakyat di Masjid Abdullah Fahim, Seberang Perai Utara (SPU) dengan peruntukan berjumlah RM2.4 juta dan Sekolah Agama Rakyat Masjid Tuan Guru, Daerah Timur Laut (DTL) dengan peruntukan RM1.0 juta. Bagi memelihara kepentingan agama Islam, sebanyak 05 juta diperuntukkan untuk tahun 2020.

 

Sukan dan Rekreasi

 

  1. Bagi merancakkan lagi arena sukan di Negeri Pulau Pinang, Kerajaan Negeri akan memperuntukkan sebanyak 05 juta pada tahun 2020 untuk tujuan pembangunan sukan. Pelancaran program Sukan Untuk Semua atau Sports For All yang mula diperkenalkan pada tahun 2019 membuktikan komitmen Kerajaan Negeri untuk membudayakan sukan ke arah kesejahteraan rakyat. Sebanyak 12 jenis sukan telah digerakkan di sepanjang tahun 2019 dengan penganjuran 1 sukan pada setiap bulan. Ini merupakan platform untuk menggalakkan penyertaan masyarakat, khususnya pelajar sekolah yang merupakan atlet-atlet harapan.
  1. Sukan sepak takraw merupakan sukan yang mempunyai kelasnya tersendiri. Kerajaan Negeri berbangga apabila negeri ini terpilih menjadi gelanggang tetap penganjuran Sepak Takraw League (STL) oleh Presiden Persatuan Sepak Takraw Malaysia. Pemilihan ini adalah berdasarkan kepada sambutan orang ramai, terutamanya penyokong sepak takraw ketika STL berlangsung di Pulau Pinang, buat pertama kalinya baru-baru ini.

                                                                 

  1. Kerajaan Negeri sentiasa berusaha untuk menambah kemudahan rekreasi di negeri ini, terutamanya dalam kawasan bandar yang tanahnya terhad. Untuk itu,  tanah Kerajaan Negeri di Lot 552 dan Lot 576, Lebuh Sungai Pinang 7, Seksyen 8, Bandar  Georgetown, DTL bakal dinaiktaraf sebagai sebuah Taman Kejiranan dalam Bandar. Dengan keluasan 13,000 meter persegi, taman ini akan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan riadah. Antara komponen yang menarik adalah Taman Komuniti, Taman Therapeutic, Taman Mini Rama-rama, Silver Garden dan pelbagai lagi.

STRATEGI KEDUA : MENAIKTARAF EKONOMI BAGI MENINGKATKAN PENDAPATAN ISI RUMAH

  1. Walaupun prestasi dan kedudukan ekonomi Negeri Pulau Pinang adalah optimis, Kerajaan Negeri percaya bahawa transformasi digital adalah penting untuk memesatkan lagi pembangunan ekonomi dalam negeri serta meningkatkan daya saing industri dalam negeri di arena antarabangsa. Antara inisiatif yang harus diberi tumpuan termasuklah meningkatkan rantaian nilai dengan pelaburan berkualiti tinggi di samping mempelbagaikan pemacu pelancongan, pertanian dan pembuatan, dan pengeraman perusahaan-perusahaan kreatif dan sosial baharu. Namun begitu, pengukuhan industri pembuatan dan sektor perkhidmatan perkongsian dengan penggunaan teknologi pintar dan hijau haruslah juga diterapkan dalam pembangunan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) memandangkan potensi IKS untuk meningkatkan pendapatan isi rumah sejagat adalah jauh lebih tinggi berbanding syarikat multinasional. Hal ini demikian kerana 99 peratus daripada jumlah perniagaan dalam Negeri Pulau Pinang terdiri daripada IKS.

Memberi Tumpuan kepada Pelaburan Berkualiti Tinggi

 

  1. Pulau Pinang optimis untuk terus menjadi pilihan pelabur walaupun berlaku pertikaian antara Amerika Syarikat dan China. Seiring dengan dunia kini yang bergerak ke arah teknologi baharu, pengkomersilan 5G, pengembangan Industri 4.0, Internet of Things (IoT) dan Artificial Intelligence (AI), semua ini sedang rancak dilaksanakan di Negeri Pulau Pinang, selaras dengan visi menuju negeri pintar.
  1. Di sebalik kekalutan ekonomi global, banyak syarikat luar sedang mencari tapak baharu untuk mengalihkan operasi pengeluaran. Ini memberikan peluang kepada Pulau Pinang, yang mana pada tahun 2019, Invest Penang menerima lonjakan pertanyaan pelabur asing untuk menjalankan operasi mereka di sini. Justeru, Kerajaan Negeri komited untuk menarik pelabur yang berkualiti tinggi dan lestari ke negeri ini. Kerajaan Negeri juga akan menggalakkan pelaburan yang menggunakan teknologi rendah karbon dan industri mesra alam.
  1. Selain itu, kemampuan Pulau Pinang juga telah diiktiraf oleh organisasi antarabangsa, di mana pada September 2020, Pulau Pinang telah dipilih untuk menjadi tuan rumah bagi Kongres Dunia Teknologi Maklumat (World Congress On Information Technology – WCIT). Kerajaan Negeri berharap agar kongres ini dapat menarik penyertaan 4,000 perwakilan termasuk ketua-ketua industri, pemimpin kerajaan dan ahli akademik dari lebih 80 buah negara.
  1. Bagi menarik pelaburan bernilai tinggi ke Pulau Pinang, Kerajaan Persekutuan juga telah menyediakan Pakej Insentif Istimewa NCER yang telah ditambah baik dengan penambahan Daerah Barat Daya (DBD), Seberang Perai Tengah (SPT), Seberang Perai Utara (SPU) dan Seberang Perai Selatan (SPS) bagi menarik pelaburan-pelaburan baharu demi memastikan pembangunan yang seimbang di Pulau Pinang.

Meningkatkan Usaha Dalam Bidang Penyelidikan dan Pembangunan (R&D)

 

  1. Kerajaan Persekutuan pada masa ini sedang memberi fokus kepada pemerkasaan penyelidikan dan pembangunan (R&D) negara. Justeru, sejak tahun 2012, Collaborative Research in Engineering, Science and Technology (CREST) telah merekodkan 138 projek R&D, 77 rakan industri dan universiti serta melahirkan 6,000 graduan universiti dan tenaga mahir industri di Wilayah Utara. Pelan jangka panjang CREST bagi 2021 hingga 2025 akan merangkumi pembangunan produk baharu melalui jaringan R&D dan pengkomersilan, penjagaan kesihatan digital dengan melonjakkan aplikasi inovasi perubatan mampu milik serta membangunkan bandar pintar untuk memperluaskan aplikasi teknologi kepada komuniti setempat.
  1. Memandangkan sektor pasaran eksport industri E&E menyumbang sebanyak RM380.8 bilion atau 39.4 peratus daripada jumlah barangan eksport Malaysia pada tahun 2018, Negeri Pulau Pinang berbangga apabila menjadi pilihan Kerajaan Persekutuan untuk menubuhkan hab kejuruteraan ujian (test engineering hub) E&E di Bayan Lepas.

 

Membantu Industri Kecil dan Sederhana (IKS)

 

  1. IKS turut berperanan dalam pembangunan ekonomi negara dan merupakan sebahagian daripada ekosistem ekonomi Negeri Pulau Pinang. Kerajaan Negeri akan memastikan pembangunan IKS terus berkembang melalui beberapa pendekatan sedia ada yang telah ditambah baik seperti Pusat Penasihat Pasaran, Sumber dan Latihan IKS Pulau Pinang (Penang SME Advisory, Resource & Training - Penang S.M.A.R.T Centre), Pusat IKS Pulau Pinang (Penang SME Centre) dan Perkampungan-perkampungan IKS Pulau Pinang (Penang SME Villages) di Bukit Minyak dan Batu Kawan.
  1. Kerajaan Negeri juga memberi subsidi sewa kepada IKS tempatan yang layak menyewa di Pusat IKS dan Perkampungan IKS. Bagi meminimumkan kesan negatif yang timbul daripada perang perdagangan usahasama ke atas IKS, Kerajaan Negeri telah mengambil inisiatif dengan menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) bersama China Chamber of International Commerce Shenzhen Branch, bertujuan untuk menggalakkan pelaburan dua hala dan kerjasama dalam bidang ekonomi dan teknologi. Kedua-dua pihak juga komited untuk mewujudkan mekanisme komunikasi dan data bagi pertukaran maklumat untuk projek pelaburan serta analisis.

YB Dato’ Yang di-Pertua,

Meningkatkan Produktiviti Sektor Pertanian

 

  1. Sektor pertanian amat penting dalam menjamin bekalan makanan dan kekal relevan sebagai antara sektor yang menyumbang kepada KDNK. Momentum pertumbuhannya amat bergantung kepada Dasar Kerajaan Negeri, sosio-ekonomi dan perkembangan teknologi pertanian. Menyedari kepentingan sektor ini, terutamanya apabila berlaku peningkatan harga makanan, Kerajaan Negeri akan memastikan bekalan makanan mencukupi, dan selamat dengan harga berpatutan. Tambahan pula, Kerajaan Negeri turut memberi tumpuan untuk memodenkan dan mempelbagaikan pertanian mampan seperti yang dihuraikan dalam inisiatif strategik Visi Penang2030 supaya isu sekuriti makanan dapat ditangani serta meningkatkan pendapatan para petani. Transformasi digital dalam sektor pertanian dijangka dapat membantu para pengusaha untuk meningkatkan keberkesanan pengagihan sumber berserta dengan penggunaan data raya untuk perancangan tanaman kontan. Fokus akan diberikan untuk meningkatkan taraf hidup petani, hasil pengeluaran tanaman makanan, menggalakkan penglibatan sektor swasta dan golongan muda. Melalui Jabatan Pertanian Negeri, Kerajaan Negeri telah merangka beberapa strategi pembangunan agar seimbang dan lebih fokus. Teknologi-teknologi canggih seperti drone, AI, IoT dan automasi akan digarap supaya kualiti dan produktiviti dapat ditingkatkan, agar produk pertanian lebih terjamin dan berdaya saing. Bagi tahun 2020, Kerajaan Negeri akan memperuntukkan 07 juta untuk pembangunan sektor pertanian.
  1. Dasar Pertanian Pulau Pinang juga akan diselaraskan dengan Dasar AgroMakanan Negara 2.0 supaya fokus dapat diberikan kepada tanaman hasil tinggi seperti superfruits, beras organik, sayuran tanah rendah, tiram, nanas, padi dan tanaman kontan. Oleh itu, satu model pertanian baharu akan dilaksanakan untuk meningkatkan produktiviti pengeluaran dan memperkenalkan teknologi tinggi yang mana syarikat peneraju akan memacu industri perniagaan tani, sekaligus mewujudkan kesan limpahan ekonomi. Selain itu, Kerajaan Negeri juga membantu mewujudkan rakan strategik dengan sektor swasta dan menggalakkan pertanian integrasi dan lestari seperti projek Pertanian Bandar.
  1. Kerajaan Negeri juga berterima kasih kepada Kerajaan Persekutuan kerana memilih Pulau Pinang untuk projek ladang nukleus penternakan tiram di Balik Pulau dengan kos RM5.0 juta dan pembangunan Modal Pengurusan Estet 2.0 di SPS yang bernilai RM5.0 juta.

YB Dato’ Yang di-Pertua,

Menambah Baik Industri Penternakan

 

  1. Pada tahun 2018, Nilai Hasil Ternakan (NHT) meningkat sebanyak 10 peratus iaitu RM939.77 juta berbanding RM849.88 juta pada tahun 2017. Pengeluaran hasil bagi komoditi ayam (daging/telur) dan khinzir telah memberi sumbangan ekonomi yang terbesar, iaitu 90.85 peratus daripada keseluruhan NHT bagi komoditi utama negeri pada tahun 2018 yang berjumlah RM939.77 juta. Komoditi lembu/kerbau (ruminan besar), kambing/bebiri (ruminan kecil) dan tenusu telah menyumbang 8 peratus iaitu RM81.33 juta kepada NHT tahun 2018.
  1. Pada tahun 2019 dan tahun 2020, Kerajaan Negeri akan terus menghadapi cabaran untuk meningkatkan pengeluaran NHT, kerana permintaan pengguna untuk daging, susu dan telur yang meningkat. Justeru, Kerajaan Negeri akan terus menambah baik dasar dan sektor penternakan untuk memperkukuhkan industri ini.
  1. Enakmen Penternakan Babi telah dilulus dan diwartakan di Dewan Undangan Negeri (DUN) pada tahun 2016. Pada masa ini, Kerajaan Negeri sedang menyediakan peraturan-peraturan di bawah enakmen berkenaan untuk memperkemaskan prosesnya. Untuk itu, tempoh Pengecualian Kebenaran Merancang yang telah tamat pada 31 Disember 2018 telah dilanjutkan sehingga 31 Disember 2019 untuk memberi peluang kepada pengusaha melaksanakan transformasi sistem perladangan terbuka kepada sistem perladangan tertutup. Pada masa ini, Kerajaan Negeri melalui Jabatan Perkhidmatan Veterinar sedang memantau dan memberi khidmat nasihat ke atas pelaksanaan sistem perladangan tertutup.
  1. Enakmen Unggas pula kini dalam peringkat penyediaan draf akhir. Pengecualian Kebenaran Merancang bagi penternakan unggas juga telah ditetapkan sehingga 14 Ogos 2020 oleh PBT. Kedua-dua Enakmen Babi dan Enakmen Unggas ini telah menetapkan pelaksanaan Amalan Penternakan Yang Baik (GAHP).
  1. Bagi tahun 2020, Kerajaan Negeri akan menggalakkan penternakan ke tahap komersil untuk meningkatkan produktiviti dan menjana pulangan ekonomi yang tinggi melalui transformasi sistem penternakan. Kerajaan Negeri memperuntukkan sejumlah 98 juta kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar untuk meningkatkan industri penternakan negeri.

YB Dato’ Yang di-Pertua,

Merancakkan Sektor Pelancongan

 

  1. Industri pelancongan Pulau Pinang telah mencatatkan peningkatan prestasi yang unggul untuk tahun 2019 dengan mencapai peningkatan kedatangan pelancong sebanyak 9.09 peratus bagi tujuh (7) bulan pertama menerusi Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP), iaitu peningkatan daripada 4.42 juta pada 2018 kepada 4.82 juta pada tahun 2019. Peningkatan ini adalah hasil usaha Kerajaan Negeri menambah beberapa laluan penerbangan terus antarabangsa dan domestik yang baharu sejak awal tahun 2019.
  1. Pelbagai pengiktirafan diterima oleh Negeri Pulau Pinang pada tahun 2018 dan 2019, antaranya diiktiraf sebagai antara destinasi pelancongan terbaik di dunia iaitu, lima (5) destinasi persaraan terbaik, 21 destinasi pantai terunggul oleh International Living, 19 destinasi pelancongan paling murah oleh Insider, Most Loved State for Tourism oleh Going Places Reader’s Choice Award 2018 dan George Town sebagai salah satu bandar terindah di Asia oleh CNN Travel. Justeru, Kerajaan Negeri akan meneruskan usaha untuk menarik lebih ramai pelancong ke negeri ini pada tahun 2020 yang merupakan Tahun Melawat Pulau Pinang, melalui kempen Experience Penang Year 2020 - EPY2020 dengan tagline Celebrate Asia’s Diversity.
  1. Selaras dengan keperluan menyediakan pelbagai produk pelancongan berkualiti, sepertimana Visi Penang2030, Kerajaan Negeri sedang membangunkan projek Coastal Resort and Spa di Batu Feringghi bersama pihak swasta, berkonsepkan Public Private Professional Partnership (PPPP), melibatkan pelaburan berjumlah RM10.0 juta. Projek bertaraf antarabangsa ini bakal menyediakan kemudahan 80 hingga 100 buah bilik dan perkhidmatan spa serta kemudahan pelancongan tepi pantai. Kerajaan Negeri amat optimis projek ini bakal merancakkan industri pelancongan negeri, di samping menyumbang kepada perkembangan ekonomi penduduk setempat.
  1. Pulau Pinang juga amat terkenal dengan destinasi eko pelancongan, seperti Bukit Bendera. Kehadiran pelancong pada tahun 2019 ke Bukit Bendera dianggarkan akan mencecah 1.9 juta orang berbanding 1.74 juta orang pada tahun 2018. Kerajaan Negeri ingin merakamkan sekalung penghargaan kepada Kerajaan Persekutuan kerana memperuntukkan belanjawan berjumlah RM100.0 juta bagi pembinaan kereta kabel baharu di Bukit Bendera, yang akan menjadi lonjakan ekonomi kepada sektor pelancongan. Projek ini masih tertakluk kepada kajian kebolehlaksanaan (feasibility study) dan kelulusan pihak berkuasa berkaitan.
  1. Bagi menjamin keselamatan dan keselesaan para pengunjung, Kerajaan Negeri telah membelanjakan RM10.9 juta untuk melaksanakan projek-projek penstabilan cerun di kawasan stesen tengah, masjid, kuil dan Bel Retiro serta kawasan Jalan Upper Tunnel. Selain itu, projek penstabilan cerun juga akan dilaksanakan di kawasan Jalan Viaduct West, Jalan Lower Tunnel, banglo Edgecliff, Stesen Atas dan di sepanjang landasan funikular dan dijangka siap pada hujung tahun 2020. Dalam pada itu, pembangunan semula banglo hillside iaitu banglo warisan kategori ke-2 turut diberi perhatian dan bakal menjadi Hillside Retreat. Bagi tahun 2020, Kerajaan Negeri akan menyediakan peruntukan berjumlah 4 juta untuk pembangunan Bukit Bendera.
  1. Kerajaan Negeri juga sedang berusaha memohon status UNESCO Biosphere Reserve sebagai langkah memelihara biodiversiti di kawasan Bukit Bendera. Pada masa ini, surat kepada pihak Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli telahpun dikemukakan untuk diangkat bagi mendapatkan kelulusan kabinet sebelum dihantar kepada pihak UNESCO.
  1. Secara keseluruhannya, sejumlah 8 juta diperuntukkan untuk sektor pelancongan pada tahun 2020. Di kesempatan ini, Kerajaan Negeri juga ingin merakamkan ucapan penghargaan kepada Kerajaan Persekutuan kerana telah meluluskan pemberian baharu kepada Kerajaan Negeri iaitu Pemberian Pelancongan. Bagi tahun 2019, sebanyak RM10.98 juta telah diterima oleh Kerajaan Negeri.

 

Memperkemas Industri Perkhidmatan Perniagaan Global (GBS)

 

  1. Pulau Pinang juga telah muncul sebagai salah satu hab utama bagi industri Perkhidmatan Perniagaan Global (GBS) di Malaysia. Landskap GBS di Pulau Pinang kini telah bergerak ke fasa pertumbuhan yang menarik, didorong oleh inisiatif digitalisasi yang mantap. Sehingga kini, terdapat 60 syarikat GBS di Pulau Pinang yang berjaya mewujudkan lebih 12,000 peluang pekerjaan berkualiti tinggi.
  1. Bagi mewujudkan minat dan kesedaran di kalangan pelajar, Kerajaan Negeri melalui Invest Penang dan Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) sedang mengkaji inisiatif baharu untuk memperkenalkan GBS di universiti-universiti tertentu. Sebagai permulaan, universiti-universiti ini akan menetapkan GBS sebagai salah satu subjek elektif untuk pelajar jurusan pengurusan. Bagi tenaga kerja sedia ada pula, GBS Focus Group Penang sedang mewujudkan kesedaran dan membina saluran bakat untuk industri ini melalui kursus GBS yang diiktiraf oleh Human Resources Development Fund (HRDF).

 

Menaiktaraf Infrastruktur Pelabuhan Pulau Pinang

 

  1. Kerajaan Negeri menyambut baik akan cadangan Kerajaan Persekutuan untuk meningkatkan kapasiti pengendalian kargo di Pelabuhan Pulau Pinang dari 2 juta TEU (twenty-foot equivalent to unit) kepada 2.32 juta TEU pada tahun 2020. Projek ini bukan sahaja membawa manfaat kepada Negeri Pulau Pinang, malahan memberi impak kepada ekonomi nasional kerana dapat meningkatkan perdagangan rentas sempadan antara Malaysia dan Thailand. Pada masa ini, difahamkan 60 peratus daripada jumlah dagangan dua (2) negara ini adalah melalui sempadan Malaysia-Thailand dan 38 peratus daripada pengendalian kontena di Pelabuhan Pulau Pinang dari Selatan Thailand untuk tujuan pengeksportan semula. Berkaitan perkara ini, Penang Port Sdn. Bhd. (PPSB) sedang merangka Pelan Induk Pelabuhan dengan usaha sama Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP), bagi meletakkan Pelabuhan Pulau Pinang sebagai sebuah pelabuhan antarabangsa yang efisien di rantau ini. Usaha ini dilihat dapat meningkatkan kapasiti pelabuhan kepada 7.5 juta TEU setahun pada 2024.

STRATEGI KETIGA : MEMPERKASAKAN RAKYAT BAGI MENINGKATKAN PENYERTAAN MASYARAKAT

 

Memantapkan Sektor Pendidikan Negeri

 

  1. Berdasarkan kajian, KDNK per kapita tidak lagi boleh menjadi satu-satunya penanda aras bagi kesejahteraan rakyat. Bagi saya, pemerkasaan rakyat adalah penting untuk meningkatkan penyertaan masyarakat supaya Kerajaan Negeri dapat membuat keputusan yang seiras dengan permintaan masyarakat. Antara cara pemerkasaan rakyat yang paling efektif adalah melalui pendidikan, tidak kira pendidikan formal, sivik mahupun pendidikan sepanjang hayat. Selaras dengan Pelan Transformasi Digital Pulau Pinang serta Visi Penang2030 untuk memperkasakan rakyat, pembangunan modal insan tidak boleh diabaikan walaupun ia terletak di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan. Modal insan bukan sahaja merupakan aset penting negeri tetapi juga penting untuk pembangunan negara. Oleh itu, ia perlu dimantapkan dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran serta nilai-nilai keinsanan. Sejak 11 tahun yang lalu, Kerajaan Negeri telah menyalurkan peruntukan tahunan sebanyak 0 juta kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR), Sekolah Mubaligh/Cina/Persendirian, Sekolah-Sekolah Tamil dan bantuan ini akan diteruskan pada tahun 2020.
  1. Bagi tahun 2019, 170 buah sekolah kebangsaan dan sekolah menengah kebangsaan turut menerima peruntukan berjumlah RM3.0 juta daripada Kerajaan Negeri untuk pembaikan dan penyelenggaraan infrastruktur sekolah. Walaupun Kerajaan Persekutuan di dalam Belanjawan 2020 telah mengumumkan peningkatan peruntukan untuk penyelenggaraan sekolah-sekolah kerajaan, namun Kerajaan Negeri akan terus menyediakan peruntukan ini pada tahun 2020, malahan Kerajaan Negeri juga akan meningkatkan jumlahnya daripada 0 juta kepada RM 5.0 juta pada tahun 2020. Kerajaan Negeri berharap agar penyaluran peruntukan ini dapat menaiktaraf infrastruktur di sekolah-sekolah berkenaan bagi mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih selesa untuk merangsang potensi pelajar.
  1. Kerajaan Negeri akan meneruskan bantuan kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi (IPT) iaitu RM1,000.00 untuk pelajar yang mendapat tawaran IPT di Semenanjung Malaysia, RM1,200.00 untuk pelajar yang mendapat tawaran ke IPT di Sabah dan Sarawak serta RM300.00 untuk pelajar yang menerima tawaran ke Politeknik. Ini melibatkan peruntukan sejumlah 0 juta pada tahun 2020.
  2. Suka juga untuk saya berkongsi bahawa pada tahun ini, Penang STEM telah bekerjasama dengan Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang (JPNPP) buat pertama kalinya untuk menganjurkan Karnival STEM Negeri Pulau Pinang. Saya berharap kolaborasi antara JPNPP dan Penang STEM tersebut menjadi titik permulaan kepada kerjasama yang lebih erat dalam memenuhi misi untuk melahirkan lebih ramai bakat STEM. Kerajaan Negeri akan terus memacu dan menyokong agenda Ekonomi Digital dan Industri 4.0 serta menggerakkan agenda STEM bagi mengekalkan status sebagai pusat kecemerlangan STEM.

Memperkasakan Wanita

 

  1. Portfolio Keterangkuman Gender akan memasuki tahun kedua pada tahun 2020, seiring itu pelbagai pelan tindakan dirangka untuk memastikan program dan perkhidmatan kerajaan dapat diakses oleh semua. Bagi memastikan agenda keterangkuman gender terus dipergiatkan, Kerajaan Negeri akan memperuntukkan sejumlah RM200,000.00 untuk pelaksanaan program bagi tahun 2020. Perbadanan Pembangunan Wanita Pulau Pinang (PWDC) terus menjadi agensi pelaksana untuk melaksanakan pelaksanaan Dasar Keterangkuman Gender di semua agensi Kerajaan Negeri. Kerajaan Negeri akan memperuntukkan sebanyak 5 juta kepada PWDC untuk terus memacu pelaksanaan agenda pembangunan wanita, keluarga dan keterangkuman gender.

Memantapkan Kepimpinan Akar Umbi

 

  1. Kerajaan Negeri juga tidak menafikan peranan penting yang dimainkan oleh ahli-ahli MPKK di peringkat akar umbi. Memandangkan kini pentadbiran Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan adalah sama, maka elaun MPKK disalurkan oleh Kementerian Pembangunan Luar bandar (KPLB) dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) kepada Kerajaan Negeri. Bagi memantapkan lagi kepimpinan MPKK, Kerajaan Negeri bersetuju untuk membayar kadar yang sama seperti yang diterima oleh JKKK sebelum ini. Untuk itu, Kerajaan Negeri akan menambah perbezaan kadar yang ditetapkan oleh KPLB dan KPKT. Bagi tujuan tersebut, Kerajaan Negeri akan memperuntukkan sebanyak 1 juta pada tahun 2020.

 

STRATEGI KEEMPAT: MELABUR DALAM PERSEKITARAN FIZIKAL BAGI MENINGKATKAN DAYA TAHAN

  1. Dalam usaha Kerajaan Negeri untuk meningkatkan kebolehhunian dan kesejahteraan rakyat Pulau Pinang, pelaburan dalam projek pembangunan infrastruktur serta menaiktaraf perkhidmatan asas tidak dapat dielakkan dan ia semestinya akan menyebabkan peningkatan tekanan pembangunan dalam negeri, terutamanya di bahagian Pulau. Namun begitu, kelestarian alam sekitar tidak boleh diabaikan memandangkan berlakunya ketidaktentuan dalam cuaca global. Maka, Pulau Pinang mestilah melabur dalam infrastruktur dan perkhidmatan yang mampu memastikan daya tahan dan mengurangkan kerentanannya. Seperti yang dirangkumi dalam Visi Penang2030 di bawah tema D, ia seharusnya bermula dengan perancangan pembangunan yang seimbang melalui perancangan kegunaan ruang yang efektif dan antara alternatif yang dicadangkan termasuklah pembangunan semula dan rejuvenasi bandar.

Penubuhan Urban Transformation Centre (UTC)

 

  1. Kedudukan KOMTAR yang strategik telah menjadi pilihan lokasi bagi menubuhkan Urban Transformation Centre (UTC). Penubuhan UTC di KOMTAR akan menarik lebih ramai pengunjung ke KOMTAR bagi mendapatkan perkhidmatan yang berkaitan dan menjadi pemangkin untuk menghidupkan kembali peluang-peluang perniagaan. Pada peringkat permulaan, terdapat 15 agensi kerajaan yang akan mula beroperasi di UTC Pulau Pinang pada pertengahan tahun 2020. Penubuhannya dijangka akan menelan kos 0 juta, yang mana sebahagian besarnya akan ditanggung oleh PDC, terutamanya bagi penaiktarafan kawasan guna sama di tingkat 1, 2 dan 3 dan pengubahsuaian pejabat di tingkat 2 dan 3 serta pembelian peralatan pejabat agensi berkaitan. Peralatan khas agensi pula akan dibiayai oleh Kementerian Kewangan sebanyak RM5.24 juta. Pewujudan UTC ini akan memudahkan rakyat mendapatkan perkhidmatan di bawah satu bumbung. Saya percaya ini juga akan membantu pihak kerajaan untuk meningkatkan perkhidmatan kepada rakyat dengan mengoptimumkan penggunaan sumber sedia ada.

YB Dato’ Yang di-Pertua,

Penang’s New City Core (PNCC)

 

  1. Kerajaan Negeri amat teliti dalam merancang pembangunan demi memastikan penggunaan tanah dimaksimumkan agar dapat memberi impak positif kepada penduduk di Pulau Pinang. Justeru, kawasan pesisir pantai (waterfront) di Weld Quay untuk bahagian Pulau dan Butterworth di Seberang Perai yang berpotensi tinggi akan ditransformasikan sebagai tarikan baharu Pulau Pinang dan akan dikenali sebagai Penang’s New City Core (PNCC), yang dijangka dapat menarik pelaburan baharu yang berdaya saing serta menjadikan Pulau Pinang sebagai bandar pintar, berdaya huni dan mampan. PNCC akan menyumbang ke arah perkembangan ekonomi berteraskan inovasi, budaya dan industri kreatif.

Menaiktaraf Infrastruktur dan Jalan Raya

 

  1. Pembangunan sosio-ekonomi yang menyeluruh amat berkait rapat dengan penyediaan infrastruktur yang berkualiti dan mampan, meliputi jaringan jalan raya dan sistem saliran yang sistematik. Sehubungan itu, Kerajaan Negeri komited untuk terus menyediakan persekitaran yang baik agar dinikmati oleh rakyat dan pelabur. Pada tahun 2019, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan RM3.08 juta untuk Jabatan Kerja Raya (JKR) melaksanakan lima (5) projek jalan di SPU, satu (1) projek jalan di SPT dan satu (1) di SPS. Manakala bagi tahun 2020, Kerajaan Negeri akan menyediakan peruntukan berjumlah 12 juta untuk menaiktaraf dan membina projek infrastruktur jalan. Kerajaan Negeri juga berterima kasih kepada Kerajaan Persekutuan kerana menyalurkan peruntukan berjumlah RM147.03 juta, setakat Oktober 2019 di bawah MARRIS.
  1. Dalam pada itu, MBPP turut memperuntukkan sejumlah 35 juta untuk tahun 2020 bagi melaksanakan kerja-kerja pembinaan jalan untuk melancarkan sistem aliran lalu lintas. Sementara itu, MBSP pula memperuntukkan sejumlah RM36.21 juta bagi tujuan yang sama.
  1. Pada masa ini, Kerajaan Negeri melalui pihak kontraktor yang dilantik secara tender terbuka masih meneruskan pelaksanaan rekabentuk terperinci bagi 3 jalan utama iaitu Jalan Berkembar dari Tanjung Bungah ke Teluk Bahang (Pakej 1); Jalan Pintasan Dari Lebuhraya Tun Dr. Lim Chong Eu ke Ayer Itam (Pakej 2); dan Jalan Pintasan dari Lebuhraya Tun Dr. Lim Chong Eu ke Persiaran Gurney (Pakej 3). Bagi fasa pembinaan bagi Pakej 2 iaitu Jalan Pintasan dari Lebuhraya Tun Dr. Lim Chong Eu ke Ayer Itam, perjanjian bagi tujuan pembinaan telah ditandatangani di antara Kerajaan Negeri dengan Consortium Zenith Construction Sdn.Bhd. (CZC) pada 11 Oktober 2019. Pembinaan Pakej 2 sepanjang 5.7 km akan dapat menguraikan kesesakan lalu lintas di kawasan Ayer Itam selain dapat memendekkan masa perjalanan. Majlis pecah tanah akan diadakan pada 2 November 2019 dan kerja-kerja awalan pembinaan telahpun dimulakan pada 31 Oktober 2019.
  1. Manakala kajian kebolehlaksanaan bagi Link Ketiga Pulau Pinang (Pakej 4) kini sedang dalam semakan Perunding Teknikal lantikan Kerajaan Negeri dan pindaan semula oleh pihak kontraktor. Pelaksanaan reka bentuk terperinci projek ini dan selanjutnya pembinaan Link Ketiga Pulau Pinang adalah bergantung kepada hasil laporan kajian kebolehlaksanaan tersebut.

Memperkasakan Pengangkutan Awam

 

  1. Kerajaan Negeri yakin bahawa sistem pengangkutan yang holistik dan dinamik mampu menjana pertumbuhan ekonomi dan meningkatkan taraf hidup rakyat. Justeru, Kerajaan Negeri amat komited untuk merealisasikan projek di bawah Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PTMP). Fokus utama pada masa ini adalah projek Bayan Lepas Light Rail Transit (BLLRT) dan Lebuhraya Pan Island Link 1 (PIL 1). Seperti mana yang diketahui umum, Laporan Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA) bagi pelaksanaan PIL 1 telah diluluskan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) pada April 2019 yang lalu. Kini, projek ini dalam peringkat rekabentuk terperinci dan dijangka akan memulakan pembinaannya pada tahun 2020 dan mengambil masa tujuh (7) tahun untuk disiapkan. Apabila PIL 1 siap kelak, ia akan menjadi laluan alternatif yang menghubungkan kawasan utara sehingga ke kawasan selatan pulau dengan tempoh perjalanan 20 minit sahaja. PIL 1 juga turut dihubungkan ke kawasan-kawasan strategik melalui 6 pertukaran atau interchange iaitu di Persiaran Gurney, Paya Terubong, Jalan Utama, Relau, Tun Dr. Awang dan Lebuhraya Tun Dr. Lim Chong Eu. Sementara itu, projek BLLRT kini dalam proses untuk memenuhi syarat skim rel oleh Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) bagi mendapatkan kelulusan penuh daripada Kementerian Pengangkutan. Kerajaan Negeri amat positif bahawa projek ini akan menjadi pemangkin kepada agenda merakyatkan pengangkutan awam dan memberi manfaat kepada rakyat serta pelancong.
  1. Projek tambakan laut Penang South Reclamation (PSR) juga telah mendapat kelulusan daripada JAS bagi EIA pada 25 Jun 2019 yang lalu dengan 72 syarat yang ditetapkan. Kerajaan Negeri komited untuk mematuhi kesemua syarat tersebut dan optimis bahawa pelaksanaan projek ini akan membantu menjana ekonomi dan pembangunan Pulau Pinang untuk keperluan sehingga 2050.
  1. Penaiktarafan dan pembesaran Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) pula masih di peringkat pengumpulan maklumat bagi memuktamadkan rekabentuk. Projek ini telah diluluskan oleh Kementerian Kewangan dan akan dijalankan secara berperingkat di mana peringkat pertama mengandungi Fasa 1 : 12 mppa (million passengers per annum) dan Fasa 2 : 16 mppa. Peringkat kedua akan melibatkan pembesaran kepada kapasiti maksima sehingga 20 mppa. Untuk itu, Malaysia Airports Holdings Bhd. (MAHB) perlu menjalankan kajian ruang udara bagi mengendalikan trafik udara sehingga kapasiti maksima 20 mppa. Projek pembinaan bangunan letak kereta bertingkat di LTAPP telah dimulakan pada Ogos 2018 dan telah siap 40 peratus. Mengambil masa 14 bulan untuk disiapkan, kapasitinya adalah 1,800 lot kawasan parkir kereta.
  1. Dalam pada itu, Kerajaan Negeri juga akan mentransformasikan pengangkutan air Pulau Pinang daripada perkhidmatan feri kepada perkhidmatan vessel passenger seperti teksi air dan catamaran, khusus untuk penumpang pejalan kaki. Perkara ini telahpun dipersetujui oleh Menteri Pengangkutan dalam sesi lawatannya pada Ogos yang lalu dan Kerajaan Negeri amat berharap agar projek ini akan dimulakan pada awal tahun 2020. Walaupun perkhidmatan teksi air bakal diperkenalkan, sebahagian perkhidmatan feri akan dikekalkan untuk terus membawa kenderaan dan untuk tujuan pelancongan, memandangkan feri merupakan ikon utama Negeri Pulau Pinang sejak tahun 1894.

Negeri Pintar Bertaraf Antarabangsa

 

  1. Selaras dengan aspirasi Visi Penang2030, Negeri Pulau Pinang kini sedang menuju negeri pintar bertaraf antarabangsa menjelang tahun 2030, dengan tema Data is King, Talent is Everything. Justeru, Kerajaan Negeri memberikan 100 peratus komitmen bagi merealisasikan visi tersebut selaras dengan pelaksanaan Pelan Transformasi Digital Pulau Pinang dengan memperhebatkan langkah apabila bakal menubuhkan Perbadanan Digital Pulau Pinang (Penang Digital Corporation) bagi memacu pembangunan inisiatif digital dan pintar di negeri ini. Dengan adanya perbadanan ini, semua inisiatif digital dan pintar akan diletakkan di bawah satu ‘payung’ bagi memudahkan koordinasi dan pelaksanaan. Untuk tujuan tersebut, sebanyak 1 juta akan diperuntukkan pada tahun 2020.
  1. Kini terdapat 22 inisiatif negeri pintar yang telah dilaksanakan, enam (6) inisiatif lagi sedang giat dilaksanakan, manakala empat (4) inisiatif dalam perancangan. Kesemua inisiatif ini dalam proses untuk dibukukan dalam Roadmap: Penang Towards A Smart International State, hasil kerjasama Kerajaan Negeri dengan Penang Institute.

Projek Tebatan Banjir

 

  1. Kerajaan Negeri, melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) kini giat memastikan lapan (8) projek berimpak tinggi dengan nilai RM0 juta yang mula dilaksanakan sejak tahun 2018 dan dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2020 dan 2021.
  1. Dalam pada itu, terdapat satu (1) projek tebatan banjir yang juga sedang dilaksanakan di bawah Peruntukan Caruman Perparitan Negeri iaitu Projek Tebatan Banjir Sg. Jelutong Diversion (Bawah Tanah) di Jalan Tengku, Persimpangan Jalan Jelutong dan Solok Perak, Jelutong, DTL. Projek bernilai 2 juta ini dijangka siap pada Ogos 2020.
  1. Kerajaan Negeri amat berterima kasih kepada Kerajaan Persekutuan yang turut menyalurkan peruntukan bagi melaksanakan dua (2) projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) iaitu di Teluk Kumbar yang bernilai RM7.69 juta dan dijangka siap pada tahun 2021 dan RTB Sungai Pinang bernilai RM150.0 juta yang telah dimulakan dengan pelaksanaan kerja reka bentuk terperinci. Kerajaan Persekutuan turut meluluskan peruntukan tiga (3) projek melalui Rancangan Malaysia Kesebelas (RMKe-11) di bawah Rolling Plan Ketiga (2018) untuk RTB Teluk Bahang/Sungai Pinang, DBD berjumlah RM8.0 juta, RTB Pondok Upeh/Sungai Burung, DBD berjumlah RM10.0 juta dan RTB Sungai Kechil, SPS berjumlah RM16.5 juta. Semua projek ini akan bermula pada tahun 2020.
  1. Kerajaan Negeri turut memohon melalui RMKe-11 di bawah Rolling Plan Keempat (2020) untuk melaksanakan projek RTB Sungai Dua, DTL yang akan melibatkan kos berjumlah RM45.0 juta dan bagi melaksanakan Kajian Keberkesanan Penyelesaian Banjir Jangka Panjang di Negeri Pulau Pinang, termasuk daerah Kulim dan Bandar Baharu, Kedah, dengan anggaran kos kajian berjumlah RM10.0 juta.
  1. Bagi memastikan sistem saliran Kerajaan Negeri dinaiktaraf dan masalah banjir dapat ditangani dengan baik, sejumlah 53 juta diperuntukkan bagi tujuan ini pada tahun 2020.

Menjamin Bekalan Air Kepada Rakyat

  1. Seiring dengan pertumbuhan populasi negeri ini, purata penggunaan air turut meningkat daripada 744 juta liter sehari (MLD) pada tahun 2008 kepada 840 MLD pada tahun 2018, dan dijangkakan terus meningkat kepada 1,483 MLD  pada tahun 2030; 1,696 MLD pada tahun 2040 dan 1,884 MLD menjelang tahun 2050. Bagi menjamin bekalan air kepada rakyat, Kerajaan Negeri, melalui Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP)  merancang pelbagai skim/projek bekalan air iaitu Skim Pemindahan Air Mentah Sungai Perak; Projek Saluran Air Berkembar Dasar Laut Ketiga Pulau Pinang; penaiktarafan semua loji rawatan air, kolam air dan rumah pam; pemasangan paip baru dan penggantian paip lama serta pengurusan air tanpa hasil. Bagi menyokong polisi negeri, iaitu “Tiada Catuan Air”, PBAPP menganggarkan sejumlah 0 juta akan dilaburkan untuk tempoh 2019 hingga 2021.

Pemeliharaan Alam Sekitar ke Arah Negeri Hijau

 

  1. Alam sekitar yang berkualiti merupakan ciri penting bagi sesebuah negeri maju. Justeru, pembangunan yang dilaksanakan di Pulau Pinang harus mementingkan penggunaan sumber semulajadi secara mampan. Langkah-langkah yang telah dilaksanakan dalam melaksanakan dasar Cleaner, Greaner, Healthier and Safer Penang akan terus dimantapkan dalam menjadi negeri contoh dalam aspek pengurusan alam sekitar.
  1. Kerajaan Negeri yang kini dalam peringkat akhir pembangunan Agenda Hijau Pulau Pinang (Penang Green Agenda) (2020-2030) akan menyusun strategi ke arah pembangunan lestari berteraskan kepada United Nations Sustainable Development Goals (UNSDGs).
  1. Antara agenda hijau Kerajaan Negeri adalah pensijilan Indeks Bangunan Hijau (GBI) yang mana kebanyakan bangunan di sekitar negeri telahpun berjaya mendapat pensijilan tersebut. Malah, Pulau Pinang berada di tangga ketiga tertinggi di Malaysia yang mendapat pensijilan Indeks Bangunan Hijau (GBI) dengan keluasan sebanyak 3 juta kaki persegi. Kerajaan Negeri juga akan memperkenalkan pensijilan ini kepada bangunan-bangunan bersejarah.
  1. Usaha hijau lain seperti, Dasar Tanpa Beg Plastik Percuma, peningkatan caj untuk beg plastik dan pengurangan sisa plastik adalah amat selari dengan usaha Kerajaan Persekutuan untuk menggalakkan lebih banyak produk mesra alam di bawah Pelan Tindakan Hala Tuju Sifar Penggunaan Plastik Pakai Buang 2018-2030. Negeri Pulau Pinang juga berjaya merekodkan kadar kitar semula sebanyak 42.69 peratus pada tahun 2018 dan usaha penambahbaikan akan terus dibuat, terutama sekali apabila melibatkan Dasar Pengasingan Sisa di Punca.
  1. Tahniah kepada Penang Green Council kerana telah berjaya menganjurkan Penang International Green Conference & Exhibition (PGIGCE) pada 27 hingga 29 September yang lalu dengan tema ‘Pulau Pinang Bandar Hijau dan Pintar’. PGIGCE merupakan platform untuk meningkatkan kualiti kehidupan melalui perancangan dan pelaksanaan bandar hijau dan pintar. Program ini juga secara tidak langsung dapat mewujudkan kesedaran awam yang lebih tinggi terhadap penyelesaian isu alam sekitar.

MEMPERCEPATKAN PENYAMPAIAN PROGRAM DAN PEMBAHARUAN INSTITUSI

 

  1. Akhir sekali, kecekapan penyampaian projek-projek dan inisiatif-inisiatif mengikut Belanjawan 2020 ini tertakluk kepada keberkesanan Kerajaan Negeri dalam proses penyelarasan dan penyampaian kerja. Pemerkasaan rakyat dalam proses pembuatan keputusan turut diperlukan dan transformasi digital mestilah diterapkan dalam praktis dan prosedur pihak kerajaan seiring dengan reformasi institusi kerajaan. Adalah mustahak supaya institusi-institusi kerajaan untuk meraih manfaat daripada penggunaan data raya dalam perancangan polisi jabatan masing-masing demi mencapai keputusan paling efektif dalam masa tersingkat.

Perkhidmatan Awam yang Kejat

 

  1. Kawalan Saiz Perkhidmatan Awam (KSPA) telah mula dilaksanakan oleh kerajaan sejak tahun 2015, dengan mengoptimumkan sumber manusia melalui pewujudan jawatan secara tukar ganti (trade-off), penyusunan semula perjawatan, penetapan had siling pengisian jawatan, rasionalisasi skim perkhidmatan dan penyediaan dokumen deskripsi tugas. Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Transformasi Perkhidmatan Awam (JKK-TPA) Bil. 2 Tahun 2018 pada 23 Oktober 2018 yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri telah memutuskan supaya usaha KSPA ini dimulakan dengan pengurangan perjawatan sektor awam. Dasar ini turut dipanjangkan kepada Kerajaan Negeri. Jumlah perjawatan tetap bagi penjawat awam, termasuk Badan Berkanun dan PBT di negeri ini adalah seramai 9,504 orang. Pada tahun 2019, Kerajaan Negeri mensasarkan pengurangan lima peratus daripada jumlah tersebut secara berfasa sehingga tahun 2021, melalui pengurangan satu peratus bagi tahun 2019 dan dua peratus lagi pada tahun 2020 serta 2021. Walau bagaimanapun, pelaksanaan KSPA ini tidak melibatkan penjawat awam sedia ada yang sedang berkhidmat tetapi dilaksanakan melalui pemansuhan jawatan jumud, Jawatan Perubahan Sementara Skim (JPSS) dan jawatan yang tidak diisi melebihi tempoh dua (2) tahun.
  1. Perkhidmatan awam perlu lebih anjal dalam menyampaikan perkhidmatan dan perlu sentiasa berorientasikan kepada kehendak rakyat yang dinamik. Untuk itu, penjawat awam perlu memegang tujuh (7) prinsip iaitu integriti, kerja berpasukan, kecemerlangan, inovatif, sentiasa relevan, proaktif dan responsif dalam mendokong hasrat dan ekspektasi Kerajaan Negeri serta rakyat. Menyedari aspek pembangunan modal insan, latihan kepada penjawat awam negeri akan diteruskan. Keperluan untuk menghadiri sekurang-kurangnya lima (5) hari berkursus memberikan peluang kepada penjawat awam menimba ilmu dan memperkasakan diri. Untuk tujuan ini, sejumlah 2 juta akan diperuntukkan pada tahun 2020.
  1. Kerajaan Negeri menghargai penjawat awam dengan menyediakan peruntukan bagi kemudahan perbelanjaan perubatan yang dinikmati oleh penjawat awam, termasuklah pesara dan ahli keluarga terdekat. Sehingga Ogos 2019, sebanyak RM2.1 juta telah dibelanjakan oleh Kerajaan Negeri untuk bayaran bantuan perubatan. Kemudahan ini turut dipanjangkan kepada ibu bapa pesara dan ibu bapa Pegawai Lantikan Contract of Service di Badan Berkanun Negeri serta PBT, yang masih dalam perkhidmatan awam.

 

Pencapaian Perkhidmatan Awam

 

  1. Di kesempatan ini, Kerajaan Negeri ingin mengucapkan tahniah kepada Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (PSUK) yang telah memenangi Anugerah Emas Konvensyen Team Excellence Wilayah Utara oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) dan memenangi tempat pertama dalam pertandingan Hackhaton Data Terbuka 2019 peringkat kebangsaan anjuran MAMPU. Tahniah juga kepada JPS yang menerima Penarafan 5 Bintang bagi Pelan Tindakan Inovasi Tahun 2018 JPS Malaysia dan tempat ke-2 bagi Anugerah Cetusan Idea Inovatif Kategori Negeri sewaktu Hari Inovasi JPS Malaysia. Syabas juga diucapkan kepada MBPP atas anugerah berprestij, “Special Recognition for Public Facility Award” bagi Penang Coastal Cycling Route dan Chowrasta Market sempena Property Guru Asia Property Awards Malaysia pada April lalu. Selain itu, MBPP juga berjaya memperolehi Anugerah Gangsa bagi kategori International Large Urban Parks Award 2019 sempena World Urban Park Award. Tidak lupa juga kepada MBSP yang telah mendapat Anugerah Emas dalam Konvensyen Team Excellence Wilayah Sabah dan Sarawak yang diberi pengiktirafan Industri 4.0.
  1. Tahun ini merupakan tahun terakhir Jabatan Audit Negara melaksanakan Pengauditan Pengurusan Kewangan (Indeks Akauntabiliti). Untuk tahun terakhir ini, sebanyak sepuluh (10) jabatan telah diaudit dan tiga (3) jabatan telah mendapat penarafan cemerlang iaitu, MBPP, PSUK dan Jabatan Botani. Tahniah diucapkan, dan sebagai menghargai kecemerlangan ini, Kerajaan Negeri akan memberikan sumbangan tunai sebanyak RM15,000 kepada tiga (3) jabatan tersebut.

PENGURUSAN PERBELANJAAN MENGURUS DAN PEMBANGUNAN

YB Dato' Yang di-Pertua,

  1. Rang Undang-Undang Perbekalan 2020 adalah bertujuan untuk mendapatkan kuasa berkanun bagi membolehkan Kerajaan Negeri membuat Perbelanjaan Bekalan sebanyak RM758,519,150.00 (Ringgit Malaysia: Tujuh Ratus Lima Puluh Lapan Juta, Lima Ratus Sembilan Belas Ribu, Satu Ratus Lima Puluh) untuk 20 jabatan bagi tahun 2020, seperti mana perincian di Risalah Bilangan 7 Tahun 2019. Selain daripada itu, peruntukan sejumlah RM34,138,730.00 (Ringgit Malaysia: Tiga Puluh Empat Juta, Satu Ratus Tiga Puluh Lapan Ribu, Tujuh Ratus Tiga Puluh) diperlukan untuk Perbelanjaan Tanggungan tiga (3) jabatan mengikut undang-undang di bawah Kumpulan Wang Disatukan. Oleh itu, jumlah keseluruhan Perbelanjaan Mengurus yang dianggarkan pada tahun 2020 ialah RM792,657,880.00 (Ringgit Malaysia: Tujuh Ratus Sembilan Puluh Dua Juta, Enam Ratus Lima Puluh Tujuh Ribu, Lapan Ratus Lapan Puluh).
  1. Bagi tahun 2020, Kerajaan Negeri mensasarkan bahawa hasil yang akan dapat dikutip berjumlah RM519,162,400.00 (Ringgit Malaysia: Lima Ratus Sembilan Belas Juta, Satu Ratus Enam Puluh Dua Ribu, Empat Ratus). Anggaran hasil tahun 2020 meningkat sebanyak RM13.66 juta atau 2.7 peratus berbanding anggaran hasil tahun 2019. Walaupun anggaran hasil 2020 tidak meningkat dengan ketara, namun Kerajaan Negeri akan terus melipatgandakan usaha untuk meningkatkan kutipan hasil negeri dengan mengurangkan tunggakan kerajaan dan mengenalpasti sumber alternatif hasil baharu melalui pelaburan atau kaedah lain yang tidak membebankan rakyat Pulau Pinang.
  1. Berdasarkan unjuran hasil dan perbelanjaan ini, Belanjawan 2020 adalah belanjawan defisit sebanyak RM273.50 juta. Anggaran defisit ini adalah rendah jika dibandingkan dengan anggaran defisit tahun 2019 yang berjumlah RM395.69 juta iaitu pengurangan sebanyak 30.88 peratus. Anggaran defisit tahun 2020 berkurang kerana anggaran perbelanjaan mengurus tahun 2020 adalah sebanyak RM792.66 juta, berbanding tahun 2019 sebanyak RM901.19 juta, iaitu pengurangan sebanyak RM108.53 juta atau 12.04 peratus. Sebab utama pengurangan belanja Mengurus ini adalah disebabkan oleh caruman ke Kumpulan Wang Pembangunan Negeri bagi tahun 2020 dibajetkan sebanyak RM150 juta berbanding RM230 juta pada tahun 2019. Pengurangan caruman ini adalah dengan mengambilkira terimaan bayaran balik pinjaman daripada PDC dan PBAPP kepada Kerajaan Negeri pada tahun 2020. Maka adalah ditegaskan pengurangan caruman ini tidak akan menjejaskan projek-projek pembangunan yang telah dirancang pada tahun 2020.
  1. Di bawah anggaran Mengurus 2020, sejumlah RM181.62 juta adalah bagi Emolumen, RM181.20 juta bagi Perkhidmatan dan Bekalan, RM4.25 juta bagi perolehan Aset, RM421.36 juta bagi Pemberian dan Kenaan Bayaran Tetap, dan RM4.23 juta bagi Perbelanjaan-perbelanjaan lain. Perbelanjaan Pemberian dan Kenaan Bayaran Tetap kekal sebagai komponen terbesar mencakupi 53.16 peratus daripada keseluruhan perbelanjaan Mengurus Kerajaan Negeri. Jumlah ini termasuk caruman ke Kumpulan Wang Pembangunan Negeri sejumlah RM150 juta yang saya nyatakan sebelum ini, bantuan sosial rakyat dan program-program kebajikan negeri sejumlah RM105 juta dan pemberian geran kepada agensi/badan berkanun negeri/syarikat milik kerajaan sebanyak RM35 juta dan lain-lain.
  1. Seterusnya, belanjawan pembangunan bagi tahun 2020 adalah sebanyak RM269,342,475.00 (Ringgit Malaysia: Dua Ratus Enam Puluh Sembilan Juta, Tiga Ratus Empat Puluh Dua Ribu, Empat Ratus Tujuh Puluh Lima) iaitu penurunan sebanyak RM37.03 juta atau 12.08 peratus berbanding anggaran tahun 2019 sebanyak RM306.38 juta. Walaupun peruntukan pembangunan yang dibajetkan ini kurang sedikit berbanding tahun 2019, namun ia telah mengambil kira keperluan projek-projek pembangunan negeri tahun 2020 serta tidak akan menjejaskan perancangan projek-projek utama Kerajaan Negeri yang telah komited.
  1. Perincian peruntukan Pembangunan yang disediakan untuk sembilan (9) jabatan negeri adalah seperti di Risalah Bilangan 7 Tahun 2019. Peruntukan pembangunan yang disediakan di bawah Maksud Pembangunan Jabatan Kewangan Negeri adalah yang paling tinggi iaitu sejumlah RM152.35 juta, diikuti oleh Pejabat Ketua Menteri dan Pejabat Setiausaha Kerajaan sebanyak RM53.11 juta, seterusnya Jabatan Kerja Raya RM24.13 juta, Jabatan Pengairan dan Saliran sebanyak RM17.53 juta, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam sebanyak RM11.09 juta, Jabatan Pertanian sebanyak RM4.94 juta, Jabatan Perkhidmatan Veterinar sebanyak RM2.98 juta, Jabatan Perhutanan sebanyak RM2.06 juta dan Jabatan Taman Botani sebanyak RM1.15 juta. Peruntukan bagi Jabatan Kewangan Negeri kekal tinggi pada tahun 2020 bagi meneruskan pembiayaan bagi projek-projek, terutama sekali projek berimpak tinggi seperti Rancangan Tebatan Banjir, projek-projek infra yang dilaksanakan oleh PDC bagi Kerajaan Negeri, dan lain-lain projek khas.
  1. Kerajaan Negeri juga berjanji akan meneruskan perolehan secara tender terbuka untuk memastikan value for money bagi setiap sen yang dibelanjakan oleh Kerajaan Negeri, selain memastikan projek yang dilaksanakan memberikan impak positif dan maksimum kepada rakyat. Amalan tadbir urus berdasarkan Competency, Accountability, Transparency (CAT) yang diamalkan oleh Kerajaan Negeri akan diteruskan untuk mengekalkan Kerajaan Negeri Pulau Pinang sebagai sebuah negeri dengan kepimpinan yang dinamik dan bersih.

 PENGHARGAAN KEPADA PENJAWAT AWAM

 

  1. Kerajaan Negeri amat bertuah kerana memiliki barisan penjawat awam yang sangat berdedikasi. Komitmen jitu yang diberikan telah membantu Negeri Pulau Pinang dalam mengekalkan prestasi yang cemerlang dalam semua bidang. Mengambil kira sumbangan penjawat awam yang tidak terhingga dan juga bagi melonjakkan semangat mereka, saya meluluskan bayaran bantuan khas kewangan (BKK) akhir tahun sejumlah ½ bulan atau minimum RM1,000. Adalah diharapkan bayaran BKK ini akan mendorong penjawat awam untuk memberikan perkhidmatan yang lebih cemerlang lagi di tahun akan datang. Bagi tujuan pembayaran ½ bulan atau minimum RM1,000 tersebut yang melibatkan keseluruhan 3,996 penjawat awam, implikasi kewangan yang terlibat adalah berjumlah RM5.42 juta. Kesemua bayaran BKK akan dibayar pada bulan Disember 2019.
  1. Di samping itu, pembayaran kepada 1,594 Penyelia dan Guru KAFA, 275 Guru Sekolah Rendah Agama Rakyat, 185 Guru Sekolah Menengah Agama Rakyat serta 583 Guru dan Staf Sekolah Persendirian Cina sebanyak RM300.00 seorang dan RM200.00 seorang kepada seramai 252 Guru Tahfiz, Guru Pondok dan Guru TADIS yang akan melibatkan tambahan perbelanjaan berjumlah RM841,500.00 kepada kumpulan ini akan juga dibayar pada Disember 2019.
  1. Bagi pihak Kerajaan Negeri, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih atas sumbangan semua penjawat awam kepada Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan. Saya juga ingin menzahirkan penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada YB Dato' Seri Setiausaha Kerajaan Negeri, YB Dato' Pegawai Kewangan Negeri, YB Dato’ Penasihat Undang-Undang Negeri dan semua Ketua Jabatan yang tidak jemu-jemu membantu menjayakan dasar-dasar Kerajaan Negeri, sekaligus memastikan pengurusan kewangan negeri yang cekap dan efisien.
  1. Setinggi-tinggi ucapan terima kasih dan penghargaan kepada YB Dato’ Seri Farizan bin Darus, Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang akan mencapai umur persaraan genap 60 tahun pada 8 November 2019. Kerajaan Negeri akan merasai kehilangan seorang pemimpin yang sangat dihormati dan disanjungi. Bermula 9 Januari 1984, YB Dato’ Seri telah setia berkhidmat sebagai penjawat awam selama 35 tahun, dengan pelbagai kepakaran dan pengalaman luas khususnya dalam pentadbiran tanah dan kerajaan tempatan, pengurusan projek pembangunan negeri dan komuniti selain dasar strategik pengurusan sumber manusia, kewangan dan perolehan. YB Dato’ Seri telah menjawat pelbagai jawatan penting dan strategik antaranya sebagai Pegawai Daerah, Pejabat Daerah dan Tanah Daerah SPS, Yang DiPertua Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), Pegawai Kewangan Negeri dan jawatan terakhir kini sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri.
  1. Terlalu banyak pencapaian yang membanggakan yang berjaya dicapai oleh Pentadbiran Kerajaan Negeri di bawah kepimpinan YB Dato’ Seri dalam tempoh lebih lapan (8) tahun. Pencapaian ini telah meletakkan Pentadbiran Kerajaan Negeri Pulau Pinang di hadapan kerana sentiasa meraih kejayaan di pelbagai peringkat sama ada antarabangsa, kebangsaan dan negeri yang menjadikan pentadbiran ini disegani di kalangan Pentadbiran Kerajaan Negeri yang lain. Saya selaku Ketua Menteri Pulau Pinang merakamkan setinggi-tinggi sanjungan kepada YB Dato’ Seri Farizan bin Darus atas segala jasa yang dicurahkan ketika berkhidmat dalam Pentadbiran Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Saya juga berharap agar YB Dato’ Seri sentiasa berada dalam keadaan sihat dan terus dapat memberikan sumbangan, kepakaran dan berkongsi pengalaman beliau di masa hadapan. Sesungguhnya, jasa YB Dato’ Seri tiada galang ganti dan menjadi kenangan dalam lipatan sejarah negeri ini.
  1. Akhir kata, saya amat berharap agar gandingan kukuh dan semangat kerjasama antara kakitangan kerajaan dengan pimpinan Kerajaan Negeri ini akan terus lebih erat dan seterusnya merealisasikan aspirasi Belanjawan 2020 iaitu ”Penang2030 Teras Kejayaan Kemakmuran Bersama”. Kerajaan Negeri Pulau Pinang komited untuk terus mara ke hadapan dalam usaha pembaharuan digital dan pintar seiring dengan penglibatan setiap lapisan masyarakat dan pihak industri selaras dengan Visi Penang2030 untuk muncul sebagai negeri yang menginspirasikan negara.

YB Dato' Yang di-Pertua, saya mohon mencadang.

PROGRAM HARI SAINS DAN INOVASI PELAJAR TAHUN 2019

Posted in Dari Meja Ketua Menteri

UCAPAN KETUA MENTERI PULAU PINANG

SEMPENA PROGRAM HARI SAINS DAN INOVASI PELAJAR TAHUN 2019

 

26 Oktober 2019

SK Pokok Sena

Selamat Pagi dan Salam Sejahtera.

Terlebih dahulu saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah dan syabas kepada jawatankuasa penganjur terutama pengurusan Sekolah Kebangsaan Pokok Sena atas komitmen dan usaha yang telah dipamerkan dalam memastikan Hari Sains dan Inovasi Pelajar 2019 pada hari ini dapat dijalankan dengan jayanya.

Seperti mana yang semua sedia maklum, program berbentuk pertandingan inovasi, bengkel, kuiz, pameran dan pertandingan mewarna berkaitan sains dan teknologi yang berlangsung sepanjang hari ini sememangnya satu inisiatif yang amat baik dalam usaha untuk memupuk, mendedah dan menggalakkan para pelajar dari pelbagai peringkat umur dan latar belakang tentang kepentingan sains dan teknologi dalam menghadapi gelombang Revolusi Industri 4.0. yang penuh mencabar pada masa kini.

Sebagai sebuah negeri perindustrian dan bergantung kepada modal insan yang berbakat dan berkemahiran tinggi, tumpuan kepada pengkhususan STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik) sangat diperlukan dalam usaha untuk menjadikan Pulau Pinang sebagai pusat kecemerlangan dan teraju utama dalam pendidikan STEM ini.

Menyedari akan tanggungjawab sosial ini, Kerajaan Negeri telah mengambil langkah setapak  maju ke hadapan dengan melabur sejumlah RM68 juta bagi memperkenal dan mempromosikan pendidikan STEM melalui penubuhan beberapa organisasi STEM seperti Penang Science Cluster (PSC), Tech Dome Penang (TDP), Penang Skills Development Centre (PSDC), Penang Math Platform, @CAT Penang dan Penang Digital Library (PDL) sebagai persediaan awal kepada anak-anak di negeri ini terutamanya dalam mempromosikan minat yang mendalam dalam pendidikan STEM ini.

Sudah pasti pemikiran saintifik serta inovasi merupakan elemen terpenting yang perlu diterap di peringkat awal sekolah lagi bagi memupuk minat dan kesungguhan pelajar dalam bidang ini.

Pelbagai program, bengkel dan pertandingan giat dianjurkan dari semasa ke semasa secara bersama di antara organisasi STEM dan pihak sekolah di pelbagai peringkat, dan mendapat sokongan yang amat menggalakkan di kalangan para pelajar. Saya turut berpeluang mengikuti projek-projek yang dipersembahkan oleh anak-anak ini ketika lawatan ke beberapa program yang dianjurkan, hasilnya adalah sangat mengagumkan.

Tahniah dan syabas kepada semua!

Dan pada hari ini, konsep yang sama akan dijalankan di mana sebanyak 15 buah sekolah akan mengambil bahagian dalam pertandingan inovasi ini di mana setiap sekolah akan mempersembahkan projek masing-masing di hadapan para juri. Menang dan kalah adalah adat pertandingan. Pengalaman yang ditimba pada hari ini adalah segalanya dan dapat dijadikan sebagai perangsang untuk kejayaan pada masa hadapan.  

Kreativiti dan inovasi sesuatu projek tidak terhad kepada penghasilan sesuatu yang gah dan berskala besar. Asas kreativiti, semangat berpasukan dan disiplin yang tinggi dalam diri setiap para pelajar sudah mencukupi sebagai permulaan dalam menghasilkan generasi pelapis dalam pengkhususan ini.

Akhir kata, semoga majlis seumpama ini dapat diteruskan pada masa hadapan dan jurang yang mungkin wujud di kalangan para pelajar di bahagian pulau dan seberang perai dalam aspek pendedahan awal pendidikan STEM ini dapat dikurangkan.

Sekian, terima kasih.