MAJLIS PENUTUP KEMPEN “PENANG GOES ORANGE : HENTIKAN KEGANASAN, HORMATI WANITA” & SESI KESEDARAN AWAM TENTANG KEGANASAN TERHA

Posted in Dari Meja Ketua Menteri

MAJLIS PENUTUP KEMPEN “PENANG GOES ORANGE : HENTIKAN KEGANASAN, HORMATI WANITA” & SESI KESEDARAN AWAM TENTANG KEGANASAN TERHADAP WANITA
Tarikh : Khamis, 11hb Disember 2014 Waktu : 9.00 pagi - 1.00 tengahari*
Tempat : Dewan Auditorium C, Tingkat 5, KOMTAR

Saya amat berbesar hati kerana dapat bersama anda semua hari ini untuk acara penutupan rasmi kempen Penang Goes Orange 2014. Penang Goes Orange adalah kempen peringkat negeri pertama yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang, untuk meningkatkan kesedaran dan mengambil tindakan bagi menghentikan Keganasan terhadap Wanita – atau VAW. Kempen ini dirancang khas bermula secara rasmi pada 25hb November 2014, iaitu Hari Antarabangsa untuk Membasmi Keganasan terhadap Wanita, dan berakhir semalam pada 10hb Disember 2014, iaitu Hari Hak Asasi Manusia.

Hakikatnya, hak wanita adalah hak asasi manusia – dan sebaliknya juga. Ini termasuk hak-hak seperti untuk hidup, bebas dari perhambaan dan penyeksaan, dilindungi undang-undang, bergerak secara bebas, dan sebagainya. Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat (atau Universal Declaration of Human Rights) mengingatkan kita bahawa 'semua umat manusia dan negara' – mahupun lelaki, wanita, kanak-kanak lelaki atau kanak-kanak perempuan – berhak sama kepada semua jenis hak dan kebebasan umum, pada bila-bila masa dan di mana-mana pun. Hakikat ini memang ditekankan dalam tema Hari Hak Asasi Manusia tahun ini, iaitu ‘Human Rights 365’. Ertinya, setiap hari adalah hari untuk mempertahankan dan melindungi hak asasi manusia.

Malangnya, keganasan dan pencabulan hak asasi kerap berlaku di Malaysia, dan biasanya wanita adalah orang yang menderita. VAW adalah salah satu bentuk pelanggaran hak asasi wanita yang paling sistemik dan lazim berlaku. Setiap hari, kita membaca berita tentang kes keganasan rumah tangga, penderaan seksual atau jenayah jalanan di mana mangsa wanita mengalami kecederaan – atau dalam kes yang teruk, meninggal dunia. Kita berasa takut apabila memikirkan keselamatan orang tersayang, sahabat-sahabat dan rakan-rakan sejawat. Yang dahsyatnya, kanak-kanak pun tidak terkecuali, seperti dalam kes-kes keganasan, penderaan seksual dan rogol – dan perkahwinan kanak-kanak juga.

Mengenai isu perkahwinan kanak-kanak, saya ingin menegaskan bahawa Perkara 16 Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat menyatakan bahawa "perkahwinan boleh dilaksanakan hanya dengan persetujuan bebas dan sepenuhnya oleh pihak yang bercadang untuk berkahwin." Selain itu, Seksyen 375 Kanun Keseksaan mentakrifkan Rogol Statutori sebagai keadaan di mana seorang lelaki menjalinkan hubungan seks dengan seorang wanita di bawah umur 16 – dengan atau tanpa izinnya. Dalam erti kata lain, undang-undang Malaysia menganggap bahawa kanak-kanak tidak berupaya memberikan kerelaan dalam apa jua keadaan. Secara mudah, perkahwinan kanak-kanak adalah jenayah – dan ia melanggar hak kanak-kanak perempuan kepada kesihatan, pendidikan, dan masa depan yang yang dipilihnya sendiri secara bebas. Pihak mahkamah, polis dan pihak berkuasa mesti menyedari hakikat ini, dan tidak menjadikan perkahwinan sebagai "fasal pelepasan” (atau ‘escape clause’) untuk pesalah.

Jenis pencabulan hak asasi manusia seperti ini adalah hasil daripada prasangka budaya dan masyarakat, yang bukan sahaja menganggap wanita dan kanak-kanak perempuan sebagai kurang bernilai tetapi juga cuba untuk mengawal kehidupan mereka. Saya percaya bahawa kita di Malaysia bukan sahaja perlu berusaha mengurangkan keganasan dan seks jenayah, tetapi juga untuk menggalakkan kesaksamaan gender dan perubahan pemikiran radikal dalam masyarakat. Masa depan Negeri Pulau Pinang tidak akan makmur tanpa adanya penyertaan penuh serta maruah kedua-dua jantina, dalam semua bidang kehidupan. Untuk tujuan ini, Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan melaksanakan dasar-dasar, program dan perkhidmatan awam yang akan memastikan bahawa wanita dan kanak-kanak perempuan diberi peluang dan penghormatan yang sewajarnya – dalam masyarakat, di rumah, di tempat kerja dan bidang pentadbiran.

Dalam melangkah ke hadapan, Kerajaan Negeri berazam untuk mengurangkan kemiskinan dan ketidaksaksamaan sosial, terutama bagi kumpulan rentan seperti ibu tunggal, kanak-kanak dan warga emas. Kami mengambil maklum bahawa Pekali Gini Pulau Pinang, yang mengukur tahap ketidaksaksamaan, telah menurun daripada 0.419 pada tahun 2009 kepada 0.37 pada tahun 2012, iaitu satu angka yang menggalakkan. Dengan mempertingkatkan program Agenda Ekonomi Saksama (AES) pada tahun 2015, kami berharap untuk melihat wanita dan kanak-kanak perempuan mencapai tahap kebebasan kewangan yang lebih baik – yang akan menjadi kunci kepada kebebasan dan maruah mereka.

Pada tahun 2011, Kerajaan Negeri telah menubuhkan Perbadanan Pembangunan Wanita Pulau Pinang (PWDC) dengan geran tahunan untuk menggalakkan kesaksamaan gender dan keadilan sosial di Negeri Pulau Pinang.
Saya juga berbesar hati untuk memaklumkan bahawa Kerajaan Negeri akan terus menyokong pertubuhan komuniti dan NGO-NGO yang membela hak-hak dan kesejahteraan wanita dan kanak-kanak di Negeri Pulau Pinang. Sejak tahun 2009, Kerajaan Negeri telah menyediakan geran untuk menubuhkan dan mengurus Pusat Perkhidmatan Wanita (atau PPW) di Seberang Perai.

Sebagai penutup, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada PWDC, rakan kongsi kempennya, agensi-agensi kerajaan dan semua NGO wanita dan kanak-kanak yang bekerja keras untuk menghentikan Keganasan Terhadap Wanita (VAW). Walaupun kempen Penang Goes Orange 2014 sedang berakhir, kerja kita semua tidak berakhir di sini. Mari kita terus menjunjung semangat tema Hari Hak Asasi tahun ini, iaitu Human Rights 365 – dalam erti kata lain, membela hak asasi manusia setiap hari; dan membela kebebasan, kesaksamaan, keadilan dan maruah semua lelaki dan wanita, kanak-kanak lelaki dan kanak-kanak perempuan di Negeri Pulau Pinang dan dunia.

Saya dengan ini merasmikan acara penutup PENANG GOES ORANGE 2014. HENTIKAN KEGANASAN, HORMATI WANITA.

Industrial Roadshow

Posted in Dari Meja Ketua Menteri

Address by the Rt. Hon. Mr. Lim Guan Eng, Chief Minister of Penang at the Industrial Roadshow, EQ Hotel, on 11th December 2014

Good day and a very warm welcome to all of you

Penang is an industrialized island in Northern of Malaysia. It has grown tremendously both economically and trade. Semicon is one of the biggest trade in the island, the way forward is the manufacturing of higher technology.

Today’s event which focuses on the High tech manufacturing , brought together 46 foreign and local participants and more than 1600 manufacturers and supplier company representatives in business matching meetings and sourcing. It provide an interactive platform for business leaders, entrepreneurs and investors to gain insights into local and global business prospects and opportunities, to network and establish collaboration towards gaining a competitive edge in the challenging global market.

Manufacturing remains a key pillar of Penang economy

The manufacturing sector, which contributed close to 50 per cent of our GDP, is an important sector to Penang besides tourism. A strong manufacturing base will allow us to diversify our economy and make it more resilient. High-value manufacturing also creates good jobs and opportunities for locals, and stimulates demand for sophisticated services.

We will continue to invest in talent development, R&D, and in building up the capabilities of our local ecosystem to create a more compelling value proposition for manufacturing companies to invest in Penang. Over the years, we have worked around our land, energy and sharpen our skills by implementing innovative solutions in partnership with companies to raise productivity and resource efficiency. These efforts have enabled companies in Penang to achieve commercial success by manufacturing high-value complex products in innovative and efficient manufacturing plants in high precision kind of technology like Life sciences, Industrial Automation, Solar Power and Aerospace.

Penang is well positioned to seize and support the growth in high tech manufacturing

The Life Science industry is a prime example of how companies have recognized Penang’s strong value-proposition for sophisticated manufacturing. Today, Penang is home to world-class commercial-scale life science manufacturing facilities. The National Biotechnology Policy says that biotechnology as “an enabling tool for advances in agriculture, healthcare and industry.” Companies with BioNexus status from Malaysian Biotechnology Corporation will enjoy the Tax Incentives for their Biotechnology related R&D activities. This has made Penang a top choice of setting up a facility as this island has more than 3,000 well developed local suppliers in Electronics, automation, packaging, plastics, precision engineering, metal work and software development to support this cause.

In the Medical sector, Penang is one of the major clusters in Medical Devices with more than 55 medical devices and supporting companies. Generally, local medical devices manufacturer are involved in the production of surgical and examination products. While foreign owned medical devices companies are manufacturing high value products like pacemakers, blood transfusion systems, safety intravenous cannulas & needles, orthopaedic products, medical electrodes and many more.

With all the high tech capacity from local and overseas manufacturers residing in Penang, Aerospace has also become one of the up and growing industries in Penang. We have handful of small to big manufacturers like the Sam Berhad, KMWE, Honeywell Aerospace and so forth, manufacturing locally and exporting parts and technology worldwide. Industrial Automation and Process Technology plays the major part on supporting and facilitating the demand in all these sectors here. It is with the high technology and innovation of Industrial Automation and process that boost production in a cost effective ways, quicker and precise.

The key word is convergence of the manufacturing serves and public sector to help Penang transform into an international and intelligent city. We should focus on knowledge, intensive, innovative, high-tech and creative industries added industry that can generate high-income jobs. Penang has the talent technology and tolerance of new ideas to establish creative clusters. Let Penang appeal to you as an oasis of tolerance that celebrates diversity and as a Mecca of talent.

MAJLIS PENYEMPURNAAN PROJEK MENAIKTARAF SISTEM SALIRAN BAGI MENGATASI MASALAH BANJIR KILAT DI TAMAN SRI NIBONG, NIBONG TEBAL

Posted in Dari Meja Ketua Menteri

TEKS UCAPAN
YAB TUAN LIM GUAN ENG
KETUA MENTERI PULAU PINANG
MAJLIS PENYEMPURNAAN PROJEK MENAIKTARAF SISTEM SALIRAN BAGI MENGATASI MASALAH BANJIR KILAT DI TAMAN SRI NIBONG, NIBONG TEBAL
PADA 7 DISEMBER 2014 (AHAD), JAM 10:00 PAGI

Kami bersyukur kepada Tuhan kerana memberi kita semua kesihatan dan juga kekuatan untuk sama-sama menghadiri Majlis Penyempurnaan Projek Menaiktaraf Sistem Saliran Bagi Mengatasi Masalah Banjir Kilat Di Taman Sri Nibong, Nibong Tebal pada Hari ini.

Para hadirin sekalian,
Sebanyak enam projek tebatan banjir telah siap dilaksanakan pada tahun 2012 dan tahun 2013 dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM 6,323,672.67. projek-projek ini adalah:

1. Cadangan Menaiktaraf Parit dan Kolam Takungan di Taman Remia, Bukit Mertajam, SPT
2. Cadangan Menaiktaraf Longkang dan Jalan Di Taman Nibong Tebal Jaya, SPS
3. Projek Tebatan Banjir Sungai Rambai : Sistem Perparitan dan Rumah Pam Taman Makok – Pakej 3
4. Cadangan Menaiktaraf Parit Di Taman Sejahtera Alma, SPT Dan lain-Lain Kerja Yang Berkaitan
5. Cadangan Menaiktaraf Sistem Perparitan Dan Infrastruktur Di Sekitar Taman Sempadan / Taman Transkrian, SPS
6. Cadangan Kerja-Kerja Menaiktaraf Sistem Perparitan Dan Infrastruktur Di Sekitar Taman Tangling, SPS

Bagi tahun 2014, pada 8 November yang lalu, Projek Tebatan Banjir dan Menaiktaraf Parit di sekitar Jalan Kampung Baru yang melibatkan kos sebanyak RM6,913,896.00 telah dirasmikan. Walaupun projek tersebut melibatkan kos yang sangat tinggi namun untuk keselesaan warga Seberang Perai, Kerajaan Negeri telah meluluskan projek ini.

Manakala terdapat 5 projek yang sedang dilaksanakan dengan jumlah kos projek adalah sebanyak RM 5,505,592.52 iaitu:
1. Kerja-Kerja Menaiktaraf Sistem Saliran Bagi Mengatasi Masalah Banjir Kilat Di Taman Siakap, Seberang Jaya, Pulau Pinang
2. Cadangan Pembinaan Rumah Pam Dan Naiktaraf Parit Di Taman Seri Jaya Dan Taman Sungai Rambai, SPT
3. Perlantikan Untuk Kajian Dan Menyediakan Pelan Sistem Perparitan Induk Di Kawasan Perindustrian Sg. Lokan
4. Cadangan Pemasangan Pintu Air Di Parit Monsun Taman Bagan
5. Cadangan Kajian Mengatasi Banjir Di Taman Machang Bubok, SPT.

Terdapat 2 projek dalam proses pemilihan kontraktor yang melibatkan jumlah kos sebanyak RM 1,541,000.00.

Untuk makluman hadirin sekalian,

Bagi Projek Menaiktaraf Sistem Saliran untuk mengatasi masalah banjir kilat Di Taman Sri Nibong, Nibong Tebal yang akan disempurnakan pada pagi ini, ia melibatkan kos sebanyak RM 1,176,190.00. Kerja-kerja yang terlibat adalah seperti pembinaan longkang, kerja-kerja piling, pembinaan pembentungan baru bagi menggantikan yang lama, pemasangan railing, roadworks.

Selaras dengan hasrat Kerajaan Negeri Pulau Pinang menjadikan Pulau Pinang bersih, hijau, selamat dan sihat, saya berharap para hadirin sekalian dapat bekerjasama dengan MPSP menjaga kebersihan kawasan sekitar dan menjaga segala kemudahan yang disediakan untuk meningkatkan kualiti hidup dan keselesaan penduduk Seberang Perai. Semua warga Seberang Perai diseru supaya tidak membuang sampah ke dalam parit monsun supaya laluan air tidak tersumbat yang mana akan menyebabkan banjir kilat.

Dengan itu, saya merasmikan Majlis Penyempurnaan Projek Menaiktaraf Sistem Saliran Bagi Mengatasi Masalah Banjir Kilat di Taman Sri Nibong, Nibong Tebal. Sekian, terima kasih.

SEMPENA MAJLIS PENYAMPAIAN BANTUAN PENDAFTARAN PELAJAR KE INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI (IPT) BAGI KEMASUKAN SESI AKADEMIK 1 TAHUN 2014/2015, DAERAH SEBERANG PERAI TENGAH

Posted in Dari Meja Ketua Menteri

UCAPAN KETUA MENTERI PULAU PINANG,
YAB TUAN LIM GUAN ENG
SEMPENA MAJLIS PENYAMPAIAN BANTUAN PENDAFTARAN PELAJAR KE INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI (IPT) BAGI KEMASUKAN SESI AKADEMIK 1 TAHUN 2014/2015, DAERAH SEBERANG PERAI TENGAH
PADA 6 DISEMBER 2014 (SABTU), 11.00 PAGI

Selamat pagi dan salam sejahtera kepada semua.

Terlebih dahulu marilah kita memanjatkan kesyukuran kepada Tuhan atas kesempatan yang telah diberikan kepada kita semua untuk bertemu dalam majlis penyampaian Bantuan Pendaftaran Pelajar-Pelajar ke IPTA dan IPTS tahun 2014.

Di kesempatan ini juga saya mengalu-alukan kehadiran 572 pelajar/ wakil pelajar Ijazah Sarjana Muda Daerah SPT untuk menerima bantuan pendaftaran RM1000 untuk anak-anak Pulau Pinang yang berjaya dipilih melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah untuk sessi 2014/2015. Sesungguhnya, Kerajaan Negeri sememangnya prihatin terhadap pelbagai aspek kebajikan rakyat negeri ini, termasuklah dalam bidang pendidikan.

Kerajaan Negeri telah meluluskan permohonan 2,028 orang dengan peruntukan sebanyak RM2.5 juta untuk tahun 2014 ini. Untuk daerah SPT, Kerajaan Negeri telah meluluskan 781 dengan peruntukan RM781,000.00 permohonan tahun ini iaitu 572 orang pelajar peringkat Ijazah sarjana muda dan 209 orang pelajar Diploma yang telah diberi pada majlis yang lalu. Kerajaan Negeri telah meluluskan permohonan-permohonan mulai dari tahun 2011 sebanyak 550 dengan peruntukannya sebanyak RM550,000.00, bagi tahun 2012 sebanyak 731 dengan peruntukannya sebanyak RM731,000.00 dan bagi tahun 2013 sebanyak 635 dengan peruntukannya sebanyak RM635,000.00 dari jumlah keseluruhannya dari tahun 2011 sehingga 2014 ialah sebanyak RM2.7 juta bagi Daerah Seberang Perai Tengah.

Bagi tahun 2014, kita telah membuka permohonan i-BiTA bagi pelajar peringkat diploma pada 02 Jun 2014 sehingga 09 Julai 2014. Majlis pemberian telah pun diadakan pada bulan 24 Ogos 2014 yang lalu. Bagi memberi lebih ramai peluang bagi anak-anak negeri Pulau Pinang, Kerajaan Negeri telah bersetuju untuk memanjangkan kemudahaan bantuan ini kepada penuntut-penuntut IPTS dimana di beri peluang kepada 4 universiti iaitu Universit Terbuka Wawasan, Universiti AIMST, Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman (TARC) dan Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR). Manakala bagi pelajar peringkat Ijazah Sarjana Muda, permohonan i-BiTA telah dibuka pada 01 September 2014 sehingga 21 Oktober 2014.

Pada tahun depan kerajaan negeri akan menaikkan had pendapatan untuk tahun depan daripada RM 6,000 sebulan sekarang kepada RM 8,000 sebulan untuk setiap isi rumah/keluarga.

Tuan-tuan dan Puan-puan sekalian,

Di kesempatan ini, ingin saya menyampaikan sekalung penghargaan kepada warga Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Perai Tengah di atas kerjasama yang telah diberikan dalam menjayakan majlis ini, saban tahun. Akhir kata, saya, berserta barisan kepimpinan Kerajaan Negeri sekali lagi mengucapkan tahniah dan syabas kepada ibu bapa, waris dan kesemua mahasiswa serta mahasiswi yang amat bertuah kerana terpilih untuk melanjutkan pelajaran ke menara gading, dan sekali lagi bertuah kerana turut menerima bantuan kewangan ini, bagi meringankan bebanan kewangan yang dihadapi oleh ibu bapa serta waris para pelajar yang terlibat.

Sekian, terima kasih.