SEMPENA MAJLIS PENYERAHAN SUMBANGAN BANTUAN PENDAFTARAN PELAJAR KE IPTA / IPTS TAHUN 2014

Posted in Dari Meja Ketua Menteri

 


UCAPAN KETUA MENTERI PULAU PINANG, YAB LIM GUAN ENG
SEMPENA MAJLIS PENYERAHAN SUMBANGAN BANTUAN PENDAFTARAN PELAJAR KE IPTA / IPTS TAHUN 2014
PADA 6 DISEMBER 2014 DI BILIK TAKLIMAT/ RUANG PAMERAN
TINGKAT SATU, KOMPLEKS PASAR AWAM,PEJABAT MPPP
CAWANGAN JALAN TUN SARDON, 1000 BALIK PULAU

Terlebih dahulu marilah kita memanjatkan kesyukuran kepada Tuhan atas kesempatan yang diberikan kepada kita untuk bertemu pada majlis penyampaian Bantuan Pendaftaran Pelajar-Pelajar ke IPTA / IPTS 2014.

Tahniah diucapkan kepada Pejabat Daerah DBD dan semua pihak yang terlibat dalam memastikan proses penyampaian bantuan pendaftaran pelajar ke IPTA/IPTS berjalan lancar dan bantuan ini dapat diagihkan kepada semua pihak yang berkenaan.

Saya mengalukan-alukan kehadiran 251 pelajar / wakil pelajar Ijazah Sarjana Muda Daerah DBD bagi menerima bantuan pendaftaran RM1000 untuk anak-anak Pulau Pinang yang telah dipilih melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah untuk sesi 2014/2015.

Bagi tahun ini, Kerajaan Negeri telah meluluskan 333 permohonan bagi daerah DBD iaitu 251 orang pelajar peringkat ijazah sarjana muda dan 82 orang pelajar diploma.

Sebagai makluman, permohonan i-BITA 2014 telah dibuka bagi pelajar peringkat diploma pada 2 Jun 2014 sehingga 30 Jun 2014. Majlis pemberian telah pun diadakan pada 23 Ogos 2014 yang lalu. Manakala bagi pelajar peringkat Ijazah Sarjana Muda, permohonan i-BITA telah dibuka pada 1 September sehingga 14 Oktober 2014.

Adalah diharapkan, beban ibu bapa untuk menghantar anak ke Universiti dapat dikurangkan melalui pemberian ini. Sumbangan ini juga adalah bagi menjaga kebajikan tuan-tuan dan puan-puan. Ucapan tahniah kepada semua terutama ibu bapa yang telah berusaha mendidik anak-anak dengan baik. Diharapkan juga anak-anak yang telah berjaya ini dapat memberi khidmat di negeri Pulau Pinang.

Pada tahun depan kerajaan negeri akan menaikkan had pendapatan untuk tahun depan daripada RM 6,000 sebulan sekarang kepada RM 8,000 sebulan untuk setiap isi rumah/keluarga.

Akhir kata, saya berharap kita semua dapat bekerjasama membangunkan negeri Pulau Pinang dan seterusnya mendapat manfaat daripada hasil kemajuan yang dicapai.

Sekian, terima kasih.

SEMPENA MAJLIS PERASMIAN PESTA PULAU PINANG 2014

Posted in Dari Meja Ketua Menteri

UCAPAN Y.A.B KETUA MENTERI
SEMPENA MAJLIS PERASMIAN PESTA PULAU PINANG 2014
30 NOVEMBER 2014 - 8.20 MALAM

Selamat Malam dan Salam sejahtera,

1. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua kerana dapat menghadiri Majlis Perasmian Pesta Pulau Pinang tahun 2014. Pesta Pulau Pinang adalah merupakan acara tahunan Kerajaan Negeri yang lazimnya diadakan dalam bulan Disember setiap tahun. Pesta Pulau Pinang sememangnya dinanti-nantikan oleh bukan sahaja warga Pulau Pinang tetapi juga mereka yang berada di sekitar kawasan Utara Semenanjung, serta pelawat dan pengunjung yang bercuti di Pulau Pinang.

2. Pada kesempatan ini, saya ingin menyampaikan salam Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri dan Toh Puan yang tidak dapat bersama-sama kita di Majlis Perasmian ini atas faktor kesihatan yang tidak mengizinkan. Kita berdoa kepada tuhan bahawa beliau akan sembuh dengan cepat. Walau bagaimanapun, TYT Tun dan Toh Puan amat berharap agar segala persiapan yang telah disusun untuk Majlis Perasmian ini serta penganjuran Pesta Pulau Pinang 2014 berlangsung sempurna sebagaimana yang dirancangkan.

Hadirin yang dihormati sekalian,

3. Pesta Pulau Pinang 2014 pada tahun ini akan berlangsung selama 37 hari, mulai dari hari Selasa lepas, 25 November sehingga 31 Disember 2014, dari jam 6.00 petang hingga 11.30 malam, namun kebiasaannya akan berlarutan sehingga ke tengah malam. Pada tahun ini pihak penganjur telah berusaha untuk membuat penambahbaikan dengan menjanjikan suatu kelainan berbanding dengan tahun-tahun sebelumnya.

4. Bersesuaian dengan tagline Jom Pi Pesta, matlamat penganjuran ini adalah bagi mewujudkan jalinan muhibbah, permuafakatan dan semangat perpaduan berbilang kaum disamping mempromosi Pulau Pinang sebagai salah satu destinasi utama pelancongan di rantau ini.

5. Menariknya pada tahun ini, selaras dengan matlamat kerajaan untuk meringankan tanggungan rakyatnya serta tidak membebankan pengunjung ke Pesta Pulau Pinang, harga tiket masuk masih sama seperti mana tahun-tahun lalu iaitu ditetapkan kepada RM3.00 dewasa manakala bayaran masuk kanak-kanak pada kadar RM1.00.

Hadirin yang dihormati sekelian,

6. Sebanyak 176 gerai jualan dan pameran merangkumi sektor elektrik dan elektronik, produk kesihatan, pelancongan, hiasan dalaman, produk berasaskan kayu, bazaar tekstil dan pakaian, produk kraftangan dan lain-lain menanti kehadiran pengunjung di Tapak Pesta. Selaras dengan prinsip Kerajaan Negeri yang ditadbir berlandaskan prinsip CAT iaitu Cekap, Akauntabiliti dan Telus, maka kemudahan perniagaan di Pesta Pulau Pinang ini telah ditawarkan melalui kaedah cabutan undi, sebutharga terbuka serta Request For Proposal (RFP). Walaupun begitu, saya difahamkan bahawa masih terdapat penggerai yang terpedaya oleh pihak-pihak yang telah menyalahgunakan tawaran perniagaan mereka bagi mendapat keuntungan pintas dan singkat. Saya percaya perniagaan di Pesta menguntungkan dan ini yang menyebabkan pihak yang sanggup menawarkan semula lot perniagaan mereka. Maka adalah menjadi tanggungjawab peniaga untuk melaporkan perkara ini sekiranya berlaku, supaya tindakan dapat diambil oleh pihak-pihak berkuasa.

7. Seperti yang sedia maklum, pelaksanaan aktiviti dan program di Pesta menyeluruh, mengambil kira program bercorak kekeluargaan, kesukanan dan riadah. Di samping pengunjung disajikan dengan pertunjukan hiburan pentas, program bercorak kesukanan seperti Pertandingan Sukan merangkumi Pertandingan Sukan Kombat, Silat, Pesta Tinju Antarabangsa, Pesta Muay Thai Challenger 2014 dan Motor Show juga akan diadakan.

8. Beberapa pertandingan hiburan bertujuan untuk mencungkil bakat-bakat baru seperti Chinese Youth Singing Competition, Festival Boria dan Bintang Pesta serta pertandingan Battle Of The Bands akan diadakan sebagai platform dalam melahirkan bintang-bintang baru dalam persada seni negara.

9. Pesta Pulau Pinang pada tahun ini juga buat pertama kalinya telah bekerjasama dengan pengusaha tempatan untuk menganjurkan program Cosplay (costume play) yang akan dimeriahkan oleh penyertaan para-para belia, remaja dan golongan dewasa yang meminati watak komik atau super hero pujaan mereka dengan berpakaian dan berimej watak super hero pujaan mereka yang tersendiri, antaranya seperti watak Star Wars, Hatsune Miku, Gundam, Kamen Rider dan sebagainya. Program ini akan dilangsungkan pada 12 dan 13 Disember 2014 di Dewan Terbuka yang juga akan di meriahkan dengan pelbagai aktiviti permainan kad-kad komik dan sebagainya.

10. Pesta Pulau Pinang pada tahun ini juga buat pertama kalinya telah berusahasama untuk mengadakan pameran dan lukisan seni tiga dimensi, 3D, yang diadakan di Dewan A. Bayaran masuk yang dikenakan juga berpatutan, pada kadar subsidi sebanyak RM10 untuk dewasa dan RM5 untuk kanak-kanak.

11. Terima kasih kepada agensi-agensi yang terlibat selain daripada jabatan-jabatan Kerajaan Negeri ialah Polis Diraja Malaysia (PDRM), Majlis Perbandaran Pulau Pinang, Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang dan lain-lain yang mempamerkan pelbagai maklumat dan perkhidmatan yang ditawarkan untuk kemudahan pengunjung.

12. Selain itu, penglibatan sektor perbankan seperti Bank Rakyat dan Maybank yang menyediakan kaunter khidmat pelanggan masing-masing di samping menyediakan mesin ATM bagi mempermudahkan urusan pengunjung membeli belah.

Hadirin sekelian,

13. Seiring dengan majlis perasmian Pesta Pulau Pinang 2014 ini, saya ingin mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan syabas dan tahniah kepada Jabatan Kewangan Negeri dan urusetianya yang telah dipertanggungjawabkan untuk menjadi penganjur Pesta Pulau Pinang 2014, kali ke - 48. Saya percaya Jawatankuasa ini di samping komitmen di peringkat jabatan masing-masing telah berusaha dengan penuh gigih dan bersungguh-sungguh dalam merencana dan menjayakan pelaksanaan program di Pesta Pulau Pinang 2014.

14. Tidak dilupakan juga penghargaan dan terima kasih di atas segala kerjasama yang telah diberikan oleh agensi-agensi kerajaan lain sama ada agensi Persekutuan ataupun Negeri, Badan Berkanun Negeri, pihak swasta, orang perseorangan dan lain-lain yang turut terlibat memberi komitmen dan sokongan padu dalam penganjuran Pesta Pulau Pinang kali ini. Pada kesempatan ini juga, sukalah saya juga mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada pihak Polis DiRaja Malaysia, RELA, pihak media khasnya FM Mutiara, media cetak dan kesemua mereka yang telah menyumbangkan idea bagi menjayakan Pesta Pulau Pinang pada tahun ini.

15. Akhir kata, saya dengan sukacitanya merasmikan Pesta Pulau Pinang Tahun 2014.

Sekian, terima kasih.

Datuk Mohd Zaidi Mohd Said Should Not Be So Ignorant, By Pretending Not To Know I Have No Powers Over The Police, But Should Have The Courage to Give Information Of Illegal Gambling, Prostitution And Entertainment Outlets In Penang To The Penang Chief Pol

Posted in Dari Meja Ketua Menteri

Press Statement By Penang Chief Minister Lim Guan Eng In Komtar, George Town On 30.11.2014.

Datuk Mohd Zaidi Mohd Said Should Not Be So Ignorant, By Pretending Not To Know I Have No Powers Over The Police, But Should Have The Courage to Give Information Of Illegal Gambling, Prostitution And Entertainment Outlets In Penang To The Penang Chief Police Officer.

Police reports will be lodged against Penang UMNO leaders like UMNO Permatang Pauh Division Chairman Datuk Mohd Zaidi Mohd Said, for criminal defamation and seditious lies made with malicious intent to incite racial hatred, including lies that the political and economic strength of the Chinese in Penang comes from illegal economic activities such as illegal gambling, prostitution and entertainment outlets.  The Penang state government is under no illusions that any action will be taken by the Federal government against UMNO leaders.

Despite the likelihood that no action will be taken, police reports must be lodged for the record to defend the dignity and honour of the people of Penang, including the Chinese community who are being taunted by such humiliation. Everyone in Penang can succeed whether Chinese, Malay or Indian, if they are honest and work hard. To accuse the Chinese who have succeeded as being engaged in illegal activity is an insult and contempt towards those who are clean, honest and hard-working.

Furthermore, the Penang Chief Police Officer Datuk Abdul Rahim Hanafi denied in today’s papers that there were such illegal activities in Penang. As late as the end of last month, Datuk Abdul Rahim even stressed, "For the record, Penang has zero illegal gambling machines” . Such baseless allegation by Datuk Zaidi, is also an attack on the police in Penang for being so ineffective that such lawlessness or illegal activity exists?

I would like to ask MCA and Gerakan, whom Datuk Zaidi has contacted them as his friends, whether MCA and Gerakan accepts their friend’s (Datuk Zaidi) explanation and easily forgives him for his vile lies against the Chinese?

UMNO leaders like Datuk Zaidi have openly displayed their hatred for the Chinese community.  Datuk Zaidi now tries to twist and turn, by claiming that he was not referring to the Penang Chinese but was referring to the failure of the enforcement authorities to take action. Datuk Zaidi even said that he had already explained this to his friends in MCA and Gerakan.

Datuk Zaidi is a coward, who is lying a second time by not daring to admit his racist attacks against the Chinese, especially when he had said in his speech that if the enforcement action was taken, only then the Chinese will fear the BN government. I would like to ask MCA and Gerakan, whom Datuk Zaidi has contacted them as his friends, whether MCA and Gerakan accepts their friend’s (Datuk Zaidi) explanation and easily forgives him for his vile lies against the Chinese?

Until now, both Penang UMNO and Datuk Mohd Zaidi have failed to show proof or the location where these illegal criminal activities are, whether inside or outside Permatang Pauh. Instead, Datuk Mohd offered to take me personally to visit the illegal gambling, prostitution and entertainment outlets.

This is ridiculous. Are UMNO leaders that ignorant as not to know that it is the police’s responsibility to fight such illegal activities, which is under the control of the BN Federal government? Datuk Mohd Zaidi Mohd Said should stop pretending that he does not know I have no powers over the police, but should have the courage to give information of illegal gambling, prostitution and entertainment outlets to the Penang Chief Police Officer.

UMNO have clearly given up on winning the Chinese votes and have now decided to treat them with contempt, with lies and insults. MCA, Gerakan and MIC have shown that they are without any shred of honour and dignity by continuing to stick to and support such a racist and extremist party that bullies and threatens ordinary Malaysians.

LIM GUEN ENG

 

 

槟州首席部长林冠英于20141130日在槟城乔治市光大发表的声明:

拿督莫哈末再迪不应该如此傲慢,假装不知道我在警队是没有权力的;反之,他应该有勇气将槟城的非法赌博、卖淫及应召娱乐场所的资料,提供给槟州总警长。

我们将会针对巫统峇东埔区部主席拿督莫哈末再迪指槟州华人的政治及经济壮大,是源自于从事非法经济活动如非法赌博、卖淫及应召娱乐场所一事报案,因为他涉及刑事诽谤,作出煽动性谎言,恶意煽动种族仇恨。槟州政府对联邦政府会否采取行动对付巫统领袖,实在不敢抱有任何的幻想。

尽管极大可能有关的巫统领袖是不会被采取任何的行动,但我们依然有必要向警方报案以作记录,以捍卫槟城人民的尊严,包括那些被如此嘲弄及侮辱的华社。在槟城,不管是华人、马来人或印度人,只要肯诚实及努力工作,必能成功。指控那些成功的华人为从事非法勾当,对那些廉洁、诚实及勤劳的人士而言,是一种侮辱和蔑视。

再说,槟州总警长拿督阿都拉欣哈纳菲已在今日的报章上否认槟城有着这些所指控的非法活动。迟至上个月底,拿督阿都拉欣哈纳菲甚至强调:“根据记录,槟城的赌博机是零。”拿督莫哈末再迪这种毫无根据的指控,是否等同攻击槟州警方无能,导致这些非法活动能够在槟城出现

我想问问马华和民政,也即是被拿督莫哈末再迪称他已联系的朋友”,到底马华及民政是否接受他们“朋友”拿督莫哈末再迪的解释,并轻易地就其对华人的卑鄙谎言作出原谅及替他漂白?

巫统领袖诸如拿督莫哈末再迪公然展示他们对华社的仇恨,现在,他尝试扭曲及反口,称他并不是意指所有的槟州华人,他只是指执法当局的执法不力。他甚至声称,他已经向他在马华及民政党内的“朋友”作出解释。

拿督莫哈末再迪是一个懦夫他再次地撒谎也不敢承认他对华人作出的种族攻击,特别是他在其演讲中说,若执法当局有采取执法行动,那华人才会怕国阵政府。我想在此问问马华及民政党,也即是被拿督莫哈末再迪称他已联系的“朋友”,到底马华及民政是否接受他们朋友”拿督莫哈末再迪)的解释,并轻易地就其对华人的卑鄙谎言作出原谅及替他漂白?

截至目前为止,槟州巫统及拿督莫哈末再迪尚无法出示证据,证明这些非法勾当的地点,到底是在峇东埔区内还是区外。相反地,他甚至主动提出要亲自带我到非法赌博、卖淫及应召娱乐场所去参观。

这是荒谬的。.难道所有的巫统领袖是如此无知,不知道类似的非法活动是在联邦政府的管辖下吗?拿督莫哈末再迪该停止假装不知道我在警队是没有权力的,反之,他应该有勇气将槟城的非法赌博、卖淫及应召娱乐场所的资料,提供给槟州总警长。

很明显的,巫统已经放弃赢回华人票,并决定轻蔑地以谎言及侮辱对待他们。随着马华及民政继续支持和与种族及极端主义、欺负及恐吓马来西亚人的巫统党同在,更助他们漂白,这证明了,马华及民政党连丝毫的尊严也已荡然无存。

林冠英

MAJLIS PENYAMPAIAN BANTUAN MASUK KE IPTA (iBITA) TAHUN 2014, DAERAH SEBERANG PERAI SELATAN

Posted in Dari Meja Ketua Menteri

UCAPAN YAB KETUA MENTERI PULAU PINANG
MAJLIS PENYAMPAIAN BANTUAN MASUK KE IPTA (iBITA) TAHUN 2014, DAERAH SEBERANG PERAI SELATAN
PADA 29 NOVEMBER 2014 (SABTU), 3 PETANG
DI DEWAN JAWI

Pulau Pinang bukanlah Negeri yang dilimpahi dengan pelbagai kekayaan sumber aslinya, yang mampu memberikan pendapatan malahan keluasan Pulau Pinang juga tidak sebesar beberapa Negeri yang lain. Tiada minyak, tiada balak, tiada bijih tetapi kita bersyukur kerana Pulau Pinang tetap maju kehadapan disebabkan kekuatan sumber manusia dan inteleknya. Kita tidak kekurangan bakat bertaraf dunia dan disebabkan itulah Kerajaan Negeri sentiasa meletakkan agenda pembangunan modal insan antara yang terpenting.

Tuan-tuan dan Puan-puan, menyedari kos yang ditanggung oleh keluarga dalam menyambung pelajaran adalah tinggi, jumlah bantuan yang diberikan bermula tahun 2011 dinaikkan kepada RM1,000 dari RM500. Malahan had kelayakan pendapatan dinaikkan kepada RM6,000 dari RM4,000. Secara keseluruhan Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah membelanjakan sebanyak RM2.56 juta pada tahun ini sahaja dan bagi daerah SPS seramai 47 pelajar Diploma telah menerima bantuan pada sesi yang lepas, dan hari ini seramai 259 pelajar Ijazah pula akan menerima bantuan.

Tahun 2015 akan menjelang tidak lama lagi, dalam menghadapi keperluan mendatang, saya membentang bajet 2015 dengan tema Melabur Dalam Pendidikan dan Menjana Kemajuan Demi Memenangi Masa Depan dan Kesejahteraan Rakyat. Perancangan Kerajaan Negeri dalam membangunkan bakat dan kemahiran tidak hanya terbatas kepada kelompok yang memasuki IPT sahaja.

Sehubungan itu, Kerajaan Negeri melalui pelbagai inisiatif akan melabur dalam pembangunan modal insan dan menjemput Institusi Pengajian Tinggi antarabangsa dan tempatan yang tersohor untuk membuka cawangan atau kampus di Pulau Pinang, khususnya di Batu Kawan. Antaranya adalah University of Hull dari United Kingdom dan KDU University di Batu Kawan serta mungkin Asean Women Leadership University. Daripada sifar universiti tiba-tiba kawasan SPS ada 3 buah universiti. Malahan di setiap Daerah akan dibina pusat pembelajaran untuk menggalakkan pembelajaran berterusan di semua peringkat umur.

Tuan-tuan dan Puan-Puan, pemberian dalam bentuk bantuan kewangan Kerajaan Negeri tidak hanya terbatas kepada pelajar IPTA malahan mencakupi pelbagai kumpulan sasar. Hasil yang diperolehi ini juga hanya akan dapat dinikmati rakyat jika ia ditadbir urus dengan baik, tiada penyelewengan , tiada pembaziran dan pemborosan. Dengan sebab itu, slogan Cekap, Akauntabiliti dan Telus menjadi pegangan pentadbiran Kerajaan Negeri.

Pesanan saya kepada adik-adik ' baliklah dan majukanlah Pulau Pinang' dengan ilmu dan kemahiran yang mereka perolehi. Jika mereka balik tentulah mereka perlukan pekerjaan, dan kerana itu Kerajaan Negeri akan terus menarik pelaburan antarabangsa dan domestik untuk beroperasi di Pulau Pinang. Tidak jauh dari sini, di Batu Kawan Industrial, SME Village dan Penang Science Park akan dibina pelbagai industri berteknologi tinggi yang memerlukan pekerja berkemahiran tinggi. Bila bekerja memerlukan pula kediaman, maka Kerajaan Negeri merancang membina 22,545 unit pelbagai kategori kediaman dari rumah kos rendah sehingga rumah mampu milik di Pulau Pinang dengan harga antara RM42,000 – RM 400,000.

Akhir kata, saya sekali lagi mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua para pelajar penerima Bantuan Masuk ke IPT, kepada semua pihak yang bertungkus lumus menjayakan program penyampaian pada petang ini dan sehingga berjumpa lagi pada lain masa dan ketika.

Sekian, terima kasih.