SEMPENA MAJLIS PENYAMPAIAN BANTUAN PENDAFTARAN PELAJAR KE INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI (IPT) BAGI KEMASUKAN SESI AKADEMIK 1 TAHUN 2014/2015, DAERAH SEBERANG PERAI UTARA

Posted in Dari Meja Ketua Menteri

UCAPAN KETUA MENTERI PULAU PINANG,
YAB TUAN LIM GUAN ENG
SEMPENA MAJLIS PENYAMPAIAN BANTUAN PENDAFTARAN PELAJAR KE INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI (IPT) BAGI KEMASUKAN SESI AKADEMIK 1 TAHUN 2014/2015, DAERAH SEBERANG PERAI UTARA
PADA 29 NOVEMBER 2014 (SABTU), 12.30 TENGAHARI
DI PERKARANGAN PEJABAT DAERAH & TANAH SPU

Selamat pagi dan salam sejahtera kepada semua,

Sebagai pembuka bicara, ingin saya melahirkan rasa syukur kepada Tuhan kerana memberi peluang dan ruang untuk kita semua bertemu pada hari ini, bersempena dengan Majlis Penyampaian Cek Bantuan Pendaftaran Pelajar ke Institut Pengajian Tinggi (IPT) bagi Kemasukan Sesi Akademik 1 Tahun 2014/ 2015.

Selamat datang dan tahniah diucapkan kepada 456 orang pelajar daripada Daerah Seberang Perai Utara (SPU) dan ibu bapa serta waris yang diraikan pada hari ini kerana telah terpilih untuk menerima sumbangan cek berjumlah RM1,000.00, sebagai bantuan pendaftaran kemasukan ke IPT. Sesungguhnya, Kerajaan Negeri sememangnya prihatin terhadap pelbagai aspek kebajikan rakyat negeri ini, termasuklah dalam bidang pendidikan. Ini selaras dengan hasrat Kerajaan Negeri, seperti yang telah dinyatakan semasa pembentangan Bajet Tahun 2015 dalam Sidang Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang baru-baru ini yang berteraskan, Melabur dalam Pendidikan dan Menjana Kemajuan Demi Memenangi Masa Depan dan Kesejahteraan Rakyat. Kerajaan Negeri sedar akan kepentingan pendidikan bagi melahirkan masyarakat yang cemerlang dalam pelbagai bidang, agar kesejahteraan dan kelestarian negeri ini dapat dipelihara dan seterusnya dipertingkatkan, sekaligus dapat menaiktaraf hidup rakyat di negeri ini. Sesungguhnya pemberian sumbangan ini mencerminkan
komitmen Kerajaan Negeri ke atas pembangunan modal insan di negeri ini dan keprihatinan dalam meringankan beban yang ditanggung oleh keluarga pelajar, terutamanya ibu bapa serta waris.

Bantuan ini, yang pada asalnya berjumlah RM100,000.00 setiap tahun bagi Daerah SPU, telah ditambahbaik mulai tahun 2011. Pada tahun 2011, sebanyak RM443,000.00 telah disalurkan. Sumbangan ini kemudiannya meningkat kepada RM685,000.00 pada tahun 2012, bergantung kepada peningkatan jumlah pelajar yang layak. Pada tahun 2013, jumlah ini meningkat kepada RM720,000.00 dan pada tahun ini pula sebanyak RM601,000.00 disumbangkan oleh Kerajaan Negeri. Semenjak penambahbaikan yang dibuat pada tahun 2011, Kerajaan Negeri, secara keseluruhannya telah menyumbangkan sejumlah RM2.5 juta bagi tempoh empat tahun kebelakangan ini, bagi para pelajar IPT di Daerah SPU sahaja.

Bermula pada tahun 2011, seramai 443 orang pelajar di Daerah SPU telah menerima bantuan ini, seterusnya jumlah ini meningkat kepada 685 orang pelajar pada tahun 2012, di mana 103 orang merupakan pelajar diploma, manakala 582 orang lagi merupakan pelajar ijazah. Pemberian ini diteruskan pada tahun 2013, dengan peningkatan jumlah penerima seramai 720 orang, yang terdiri daripada 608 orang pelajar ijazah dan 112 orang pelajar diploma. Pada tahun 2014 pula, seramai 601 orang pelajar telah terpilih untuk menerima bantuan ini, iaitu 145 orang pelajar diploma bagi sesi yang lepas, manakala 456 orang pelajar ijazah lagi sedang kita raikan pada hari ini. Daripada jumlah 456 orang pelajar tersebut, seramai 140 orang merupakan mahasiswa, bersamaan dengan 31 peratus penerima, manakala 316 adalah mahasiswi, yang sekaligus menyumbang kepada 69 peratus daripada jumlah penerima yang diraikan pada hari ini.

Kerajaan Negeri sememangnya amat komited dalam merealisasikan strategi untuk Memperkasa Pembangunan Modal Insan dengan Mengukuhkan Pendidikan dan Penguasaan Ilmu Pengetahuan. Selaras dengan itu, pada tahun 2014, Kerajaan Negeri telah bermurah hati untuk memanjangkan bantuan kewangan sebanyak RM1,000.00 tersebut kepada para pelajar Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) yang terpilih, berbanding tahun-tahun sebelum ini, di mana sumbangan hanya diberikan kepada para pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA).

Hadirin yang dikasihi sekalian,

Di kesempatan ini, ingin saya menyampaikan sekalung penghargaan kepada warga Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Perai Utara di atas kerjasama yang telah diberikan dalam menjayakan majlis ini, saban tahun. Akhir kata, saya, berserta barisan kepimpinan Kerajaan Negeri sekali lagi mengucapkan tahniah dan syabas kepada ibu bapa, waris dan kesemua mahasiswa serta mahasiswi yang amat bertuah kerana terpilih untuk melanjutkan pelajaran ke menara gading, dan sekali lagi bertuah kerana turut menerima bantuan kewangan ini, bagi meringankan bebanan kewangan yang dihadapi oleh ibu bapa serta waris para pelajar yang terlibat.

Sekian, terima kasih.

MAJLIS PERASMIAN TASKA D’ KOMTAR

Posted in Dari Meja Ketua Menteri

UCAPAN PERASMIAN TASKA D’ KOMTAR
YAB TUAN LIM GUAN ENG
KETUA MENTERI PULAU PINANG

ANJURAN MMK PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN KOMUNITI DAN
PERBADANAN PEMBANGUNAN WANITA PULAU PINANG (PWDC)

 8 Ogos 2014 ( Jumaat )
                              Jam 10.00 am – 12.00 pm                                        
Taska D’Komtar, Tingkat 4, KOMTAR, Pulau Pinang

Pagi ini, kita berkumpul untuk merasmikan Taska D’Komtar, satu inisiatif kerajaan negeri Pulau Pinang menerusi PWDC yang menawarkan perkhidmatan pengasuhan kanak-kanak yang pertama dan berkualiti kepada kakitangan kerajaan yang berkhidmat di Pulau Pinang.

Hari ini di Malaysia, berjuta-juta keluarga dengan ibu bapa yang bekerja di luar rumah menghadapi tekanan untuk mencari pusat penjagaan untuk kanak-kanak mereka yang berpatutan harga, berkualiti dan boleh dipercayai.

Penjagaan kanak-kanak bukan bukan sahaja kerja yang perlu dilakukan mahupun dirancang oleh kaum wanita semata-mata. Penglibatan lelaki selaku suami dan bapa adalah amat penting, kerana apa yang harus diutamakan adalah tanggungjawab kedua-dua ibubapa untuk mencari keseimbangan kerja dan hidup. Sebagai seorang suami dan ayah, saya sendiri memang dapat memahami cabaran-cabaran yang dihadapi oleh keluarga moden.

Perkhidmatan penjagaan kanak-kanak yang berpatutan harga dan accessible juga merupakan salah satu faktor utama untuk menyokong penglibatan kaum wanita dalam pekerjaan di luar rumah.

Di Malaysia, kadar penyertaan tenaga buruh adalah tinggi untuk wanita berusia antara 25 hingga 29 tahun, tetapi turun dengan mendadak apabila mereka mula melahirkan anak.

Trend ini pada dasarnya disebabkan kelemahan dalam sistem sokongan, termasuk penjagaan kanak-kanak.

Ia mewujudkan situasi yang sukar dipulihkan di mana wanita yang tercicir dari tenaga kerja menghadapi masalah untuk menyertainya semula.

Akibat jangka panjangnya, walaupun wanita melebihi lelaki dua kepada satu di universiti-universiti awam, berbanding dengan lelaki, wanita jauh ketinggalan di peringkat kepimpinan dan pembuatan  keputusan dalam hampir semua bidang pekerjaan.

Sebagai sebuah kerajaan negeri yang prihatin, sejak tahun 2009, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah memulakan dua (2) pusat penjagaan kanak-kanak sekolah untuk kanak-kanak daripada ibu tunggal dan kanak-kanak dari golongan berpendapatan rendah, iaitu di kawasan Padang Tembak di belah pulau dan Taman Serumpun di seberang.

Taska D' Komtar yang telah mula beroperasi sejak 2 Januari 2014 dan mengambil masuk kanak-kanak daripada lingkungan umur tiga (3) bulan sehingga empat (4) tahun merupakan satu lagi perkhidmatan penjagaan yang penting di Pulau Pinang.

Kerajaan Negeri telah melaburkan sebanyak RM270,000.00 untuk kerja-kerja pengubahsuaian termasuk pemasangan sistem kumbahan dan air paip dalam melengkapkan premis tersebut dengan keluasan lantai sebanyak 1,680 kaki persegi ini kepada satu pusat penjagaan kanak-kanak yang lengkap dengan kemudahan yang bersesuaian dan selamat khas untuk anak-anak kakitangan kerajaan negeri.

Dalam pada itu, Kerajaan Negeri juga memberikan subsidi yuran bulanan kepada para ibu bapa yang menghantar anak-anak mereka ke Taska D’ Komtar. Subsidi sementara bulanan sebanyak RM100 sehingga RM150 turut diberikan kepada kakitangan kerajaan yang menghantar anak-anak mereka ke Taska D’ KOMTAR sementara permohonan mereka untuk subsidi daripada jabatan-jabatan kerajaan masing-masing yang diluluskan. Dalam pada itu, Kerajaan Negeri turut menampung kos sewaan bulanan premis dan kos-kos utiliti sebanyak lebih kurang RM2,000 setiap bulan.

Semoga inisiatif ini akan membawa kita ke arah mewujudkan persekitaran di mana sumber dan manfaat Kerajaan Negeri Pulau Pinang disalurkan dengan efektif kepada rakyat kita yang tercinta, terutamanya para keluarga dan kanak-kanak.

Dengan itu, saya dengan sukacitanya merasmikan Taska D’ Komtar. Syabas dan Selamat Berjaya!
Terima kasih.

Public Bike Share Sdn. Bhd Won The MPPP Tender For Design, Install, Operate And Maintain A Bicycle Sharing System In George Town, Penang For RM9.2 Million Funded By The Private Sector

Posted in Dari Meja Ketua Menteri

PRESS CONFERENCE STATEMENT BY CHIEF MINISTER OF PENANG
Y.A.B. TUAN LIM GUAN ENG


Date: 1st August 2014
Time: 11.00am
Venue: Level 28, Komtar


Public Bike Share Sdn. Bhd Won The MPPP Tender For Design, Install, Operate And Maintain A Bicycle Sharing System In George Town, Penang For RM9.2 Million Funded By The Private Sector

Over the past few decades, Malaysia, and much of the world, began to embrace a car-centric transport culture, full of highways and car parks. The humble bicycle lost its place among the people following the influx of cars into our society.

As London, New York, Taipei and Melbourne opened up their streets with better infrastructure for cycling, Bike Share Systems in these cities have re-introduced cycling to our modern era. On such a system, no longer do you have to be tethered to your vehicle. With a simple access pass, you can pick up a bicycle at any station, Ride, Commute and Cycle to a destination of your choice, returning the bicycle there with ease and convenience.

In line with the state government’s vision of turning Penang into a bicycle state, it is with pleasure that I announce that Penang will be getting its own Bike Share system. This is a move to encourage Penangites to cycle as the first step to an evolution in the state’s transport system. The system is to promote cycling as an alternative mode of transport and to introduce a more healthy and environment-friendly scene. We believed that the system will significantly relieve traffic congestion in Penang, improve visitors' experience by making places accessible without a car. This project supports the State Government’s commitment to a Cleaner, Greener, Safer and Healthier Penang, and is a stepping stone to a public transport future in Penang.

The Open Competitive Tender of RFP (Request For Proposal) For Design, Install, Operate and Maintain A Bicycle Sharing System In George Town began on 31/12/2013 and closed on 7/4/2014. MPPP received 4 tenders proposal after the deadline. Companies participating in the tender includes 2 companies from Penang, 1 company from KL and 1 from Selangor. Penangites-owned Public Bike Share Sdn. Bhd won the tender after numerous technical meetings and tender evaluation.

Public Bike Share Sdn. Bhd will bear all the cost of planning, preparing, operating and maintenance of the Bicycle Sharing System with a 12-years concession period. Estimated operation cost per year will be approximately RM 750,000. The company will pay MPPP a concession fee beginning from year-7, with RM100,000, year-8 of RM 200,000, and RM300,000 each year for year-9 to year-12, with a total sum of RM 1.5 million.

The rental of the bicycle will be by using a prepaid bike pass, credit card or Mobile app.

Once again Penang leads by becoming the first state in Malaysia that provides an automated bicycle sharing system. Penang will be able to enjoy a Bicycle sharing system with at least 25 stations, 1000 bicycles docks and 500 bicycles in the George Town area. The project will be on our street as early as May 2015, with the network planned to be completed by 2017. Assisting the state government and MPPP, Public Bike Share Sdn. Bhd. will undertake to realise a low carbon emitting, traffic congestion free future.

For each car on our roads, we can fit five bicycles on the same infrastructure. A bike share network will improve public transport networks via the introduction of a transport alternative, and ease overall traffic congestion in Penang. The initiative will kick start local businesses and cycling related enterprises, cementing Penang as our nation’s first cycling state and capital. Public Bike Share Sdn. Bhd will undertake the project with full private sector funding, with no contribution from the state government.

Just as cycling is gaining popularity in Penang, the Penang state government is committed to supporting this movement with better infrastructure. As such, we invite residents, tourists and businesses alike to get on your bicycles, and let us all ride together to turn Penang into Malaysia’s first cycling state.


LIM GUAN ENG 

Mengatasi Masalah Kesesakan Trafik Dengan Menawarkan Tender Terbuka Untuk Pelan Induk Pengangkutan Awam Pulau Pinang Sebanyak RM 27 Bilion Dan Mempergiatkan Demokrasi Perumahan Dengan Meneruskan Projek Rumah Awam Dan Mampu Milik

Posted in Dari Meja Ketua Menteri

Utusan Hari Raya Aidilfitri 1435 Oleh Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng Di Komtar, George Town Pada 26.7.2014.

Mengatasi Masalah Kesesakan Trafik Dengan Menawarkan Tender Terbuka Untuk Pelan Induk Pengangkutan Awam Pulau Pinang Sebanyak RM 27 Bilion Dan Mempergiatkan Demokrasi Perumahan Dengan  Meneruskan Projek Rumah Awam Dan Mampu Milik.

Bagi pihak kerajaan negeri Pulau Pinang, kami ingin ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri maaf zahir dan batin. Semoga kejayaaan menunaikan ibadah puasa di kalangan masyarakat Islam dapat diraikan dengan suasana meriah tanpa melupakan kehibaan dan kepiluan ekoran nahas MH370 yang masih kehilangan di Lautan Hindi dan kezaliman nahas MH17 yang ditembak jatuh oleh puak pengganas di timur Ukraine.

Kerajaan negeri ingin sekali mengucapkan takziah serta simpati dan solidariti kepada semua mangsa-mangsa dan ahli keluarga kedua-dua nahas kapalterbang ini. Pada masa yang sama, kerajaan negeri juga menyanjung tinggi ketabahan hati dan kecekalan semangat penduduk Palestin di Gaza yang dimangsakan oleh pengganas rejim Israel dan mengecam keganasan bukan sahaja oleh Israel tetapi juga negara-negara yang berkepala keras terus menyokong Israel.

Kerajaan negeri bangga dengan usaha gigih rakyat Pulau Pinang untuk menjadikan Pulau Pinang terus aman dan damai serta maju dan adil. Menjelang usaha menjadikan Pulau Pinang sebuah negeri bertaraf antarabangsa dan pintar yang bersih, hijau, sihat dan selamat kian dicapai, adalah perlu diingatkan bahawa syarat penting kejayaan adalah masyarakat yang berharmoni dan bersatu-padu. Bukan sekadar bersikap toleransi tetapi juga harus saling hormat-menghormati demi mengekalkan hubungan silaturahim di kalangan masyarakat majmuk kita.

Oleh itu adalah dikesali pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab mempertikaikan kebajikan hal ehwal Islam di Pulau Pinang sungguhpun dalam aspek peruntukan kewangan adalah jauh lebih baik sebelum 2008. Tambahan peruntukan kewangan kepada hal ehwal agama Islam telah mengundang banyak kritikan oleh pihak yang sama sebagai tidak menghormati kaum bukan Islam tetapi kini kerajaan negeri dikritik pula sebagai mengabaikan Islam.

Fitnah haruslah ditolak dan fakta ditegakkan. Peruntukan kewangan untuk hal ehwal Islam adalah RM25.49 juta di bawah BN pada 2008, manakala di bawah PR selepas 2008 adalah RM35.78 juta (2009), RM37.85 juta (2010), RM63.21 juta (2011), RM64.03 juta (2012), RM54.55 juta (2013) dan RM51.17 million untuk 2014. Ini adalah jauh lebih banyak daripada apa yang diberikan oleh BN sebelum ini dan itulah sebabnya tambahan peruntukan ini dikritik oleh Gerakan sebagai anti-bukan Islam.

Bagi agama bukan Islam, peruntukan kewangan hanya mula diberikan pada 2012 dengan jumlah wang sebanyak  RM 801,315 pada 2012, RM 1,384,425 pada 2013 dan sehingga 24 Julai 2014 sebanyak RM 477,500.

Kerajaan negeri juga menggalakkan pihak swasta mengadakan interaksi dan aktiviti bersama di kalangan pelbagai agama untuk memupuk hubungan silaturrahim. Oleh itu upacara perasmian bangunan baru oleh sebuah NGO, Penang India Association, yang didoakan oleh sami Hindu, paderi Kristain dan imam Islam adalah satu perkembangan positif. Malangnya ia telahpun dipolitikkan oleh pihak tidak bertanggungjawab sebagai bangunan kerajaan negeri yang dihadiri oleh Timbalan Ketua Menteri II Professor P. Ramasamy dan dengan sengaja tidak mahu menyebut bahawa Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri G. Palanivel juga turut hadir dalam majlis perasmian tersebut.

Kerajaan negeri percaya rakyat akan menolak motif dan niat jahat golongan tidak bertanggungjawab ini yang ingin menghancurkan harmoni kaum dan agama. Kerajaan negeri tidak akan dialihkan perhatian daripada memberikan tumpuan kepada 2 cabaran utama rakyat Pulau Pinang iaitu memperbanyakkan bekalan rumah yang mampu dimiliki oleh rakyat dan masalah pengangkutan awam.

Kerajaan negeri akan berusaha mengatasi masalah kesesakan trafik dengan menawarkan tender terbuka untuk Pelan Induk Pengangkutan Awam Pulau Pinang sebanyak RM27 bilion dan mempergiatkan demokrasi perumahan dengan  meneruskan projek rumah awam dan mampu milik. Kerajaan negeri berkeyakinan dapat mengatasi masalah perumahan mampu milik dengan dana RM500 juta untuk membina lebih 22,000 unit di kelima-lima daerah di Pulau Pinang.

Akan tetapi masalah kesesakan trafik amat bergantung kepada kesediaan kerajaan persekutuan meluluskan lessen operasi kerana pengangkutan awam bukanlah bidangkuasa negeri tetapi kuasa mutlak kerajaan pusat. Kerajaan negeri akan terus berinteraksi dengan kerajaan pusat untuk mencari penyelesaian bersama.


LIM GUAN ENG